07
Jan
08

Jangan Selindung Sebalik Fitnah!

usop menanyakan:
saya ingin bertanya berkaitan satu video yang saya jumpai di laman web, mngatakan hubungan sex antara dsai dengan seorang wanita. turut disertakan perbualan video antara dsai dan wanita tersebut. video ini sbg counter kpd dsai berkaiatan video dr chua. adakah perbualan telefon tersebut benar? jika tidak, mengapaa dr anwar tidak mengambil tindakan terhadap wanita tersebut?

Sdr Usop,
Saya dengar kisah tersebut 10 tahun lalu. Tidak ada pertuduhan dan dakwaan terhadap saya. Fitnah seperti ini dilancarkan oleh tokoh Umno dengan biaya tauke besar judi.

Tidak munasabah dikaitkan fitnah perbualan talipon dgn video skandal seks Menteri BN!

Fitnah seperti ini dimuatkan dalam buku 50 Dalil dan Hakim Hishamuddin telah memutuskannya sebagai fitnah yang melibatkan pemimpin Umno. Walhasil? Kes tutup!

Nasihat saya kepada mereka yang menyebarkan: jawab isu, ketengahkan fakta, dan jangan sembunyi di sebalik fitnah.

ANWAR IBRAHIM


44 Responses to “Jangan Selindung Sebalik Fitnah!”


  1. 1 antatuyaya Jan 7th, 2008 at 11:20 am

    Usop,

    Kalau usop ni gentlement pergilah ke gelangang UMNO,
    kalau nak jadi CID ke mato mato ke? banyak kes kat puak tu.
    Kenapa nak serang Pak Seikh kami ni. Tak puas lagi ke UMNO/BN dah
    humbang beliau dalam penjara 6thn. Cuba siasat kes high profil
    rogol dan bunuh, tak pernah polis malaysi dapat tangkap. Yang
    dapat tangkap dengan hebat Tian Chua di Parlimen, Mat Sabu di Highway,
    Peguam di Jln.TAR. Usop kalau nak sokong keris tu, sokonglah, tapi tak
    payahlah dok tanya soalan yang bodohni.
    “Saya juga dengar USOP berbual dengan wanita tersebut” ada video juga…ha
    macamna nak caunter….caunter leee. Usop ni masih tak faham percaturan politik UMNO-BN

  2. 2 Lanang Jan 7th, 2008 at 12:02 pm

    Saudara Usop, mungkin baru dalam arena politik…selama ini dia tidak didedahkan oleh maklumat, bukan tujuannya nak sokong kerajaan sekarang tetapi keterhadnya kepada maklumat menyebabkan dia terpesong…InsyAllah , Usop akan bersama kita bila dia faham nanti…bimbinglah Usop, Semalam Kami adakan Ceramah Pun ada kawan berbisik dengan saya…Nampak kali ini ramai orang UMNO datang…Ceramah saya kata Alhamdullilah.

  3. 3 Ibrahim Jan 7th, 2008 at 12:57 pm

    assalamualaikum DSAI,

    Dato Seri, saya yg merupakan penyokong kuat parti pembangkang amat mengharap supaya kemenangan BA dlm PRU akan dtg. akan tetapi kekuatan bn yg diterajui umno amat sukar dikalahkan. mereka akan menggunakan segala macam penipuan disamping jentera kerajaan serta media mainstream untuk menyerang pembangkang.pembangkang pula hanya mempunyai internet/suratkhabr yg dihadkan pengeluaran yg tidak digunakan oleh majoriti pengundi di malaysia. Jadi apakah akses yg terhad ini membolehkan BA menang dlm PRU yg makin hampir? anyway saya amat kagum dengan usaha Dato Seri dlm berkempen. malah sering mempunyai program seperti ceramah perdana. disini saya juga ingin mencadangkan supaya dato seri berkempen di tempat2 tumpuan umum seperti stesen bas, pasar, pasaraya, pasar malam, serta sering ke masjid yg berbeza bagi setiap solat fardu&jumaat. ini pada saya akan memberi impak besar terhadap sokongan terhadap parti keAdilan. kunjungan ditampat2 awam ini tidak perlu untuk dato seri berceramah, hanya bersalam dengan mereka serta risalah BA diedar. saya yakin kempen seperti ini mampu bnyk mengubah minda sesetengah pengundi atas pagar kerana pengundi ini jarang ke ceramah pembangkang.

  4. 4 fajar Jan 7th, 2008 at 12:58 pm

    Kerja orang UMNO dan konco-konconya memang sedaya upaya menabur fitnah ke atas DSAI sebagai tektik jahat dan kotor. Tabiat pimpinan UMNO hanya berselindung di atas cakap kosong dan slogan yang cakap tidak serupa bikin. Islam Had arilah, Tamadun Islamlah, Bina Masjidlah dan seribu satu macam penipuan. Moga ALlah SWT pelihara DSAI dari segala fitnah dan bencana.

  5. 5 Datuk Halik Zaman Jan 7th, 2008 at 1:16 pm

    Dato Seri,

    Perkara fitnah ini sungguh sakit. Paling sakit dari luka dibadan kita.Fitnah boleh buat kita tension dan darah tinggi. Fitnah adalah dosa yang paling besar sekali, lebih besar dari membunuh.

    Kepada seseorang yang mempercayai fitnah pun berdosa besar.Sama juga dosanya dari orang yang membuat fitnah.

    Perkara Usop mendengar perbualan talipon antara DSAI dan seorang wanita dari website itu, musuh politik DSAI boleh buat dengan mengupah orang lain buat suara mimik dengan tujuan busuk mereka, membunuh karier politik DSAI.Lain lah dengan kes VK Lingam, kita nampak tubuh badannya sekali.

    Usop,
    Berapa UMNO bayar ko? Atau ko takut UMNO kalah dalam PRU maka hilanglah kontrek ko dari Kerajaan, maka ko sanggup fitnah DSAI.

  6. 6 anak mudo negori Jan 7th, 2008 at 2:21 pm

    Assalammualaikummmm….. DSAI

    Saya terpanggil dalam kenyataan dato’ seri di akhbar Chin Chew bertarikh 07/01/08,dato’ seri mengatakan bahawa parti DAP tidak menghormati keputusan tentang pembahagian kerusi dalam PRU12. Kes yang timbul adalah berkenaan dgn kerusi bagi DUN SENAWANG, DAP menyatakan bahawa PKR tidak boleh dapat unti Cina tetapi jika DAP bertanding sebaliknya, inilah dipanggil seperti musang berbulu ayam. Jadi di sini saya sebagai anak jadi N.Sembilan mencadangkan agar PKR tidak lagi membuat apa-apa perundingan dgn DAP. Kajian yg telah kami lakukan terhadap pengundi Cina beliau akan menyertai PKR jika parti membuat keputusan sedemikian seperti mana DAP juga menolak pakatan bersama PAS. Jadi kita di PKR usah risau dgn pengundi cina sebab PKR adalah perti berbilang kaum dan menepati inspirasi politik masa depan yang mana tidak ada lagi parti yg berasaskan kaum. Di sini kami ingin penjelasan dato’ seri tentang pendirian PKR bersama DAP. Apa guna berbaik dgn org yg tidak ikhlas dalam perjuangan.

    Sekian terima kasih.

    ‘ KITA SEMUA SATU KELUARGA ‘

    yang benar,

    ANAK MUDO NOGORI

  7. 7 che gueva Jan 7th, 2008 at 2:23 pm

    usop

    Kalau engkau nak jadi hero tangkap khalwat,siasat dulu timbalan pm ko rang dulu.Bagaimana kes beliau dengan Ziana Zain,Siasat nazri Aziz dengan Marina dan belambak lagi kalau aku nak sebut…

  8. 8 Mat Kecoh Jan 7th, 2008 at 2:45 pm

    Ish3… jangan dimarahi adik usop tu… mungkin dia betul2 tak tahu. Tidak baik berburuk sangka. Jika buruk sangka diamalkan maka apalah beza kita dengan kita dengan pasukan BN-UMNO. Yang penting kita jawab persoalannya dengan ikhlas dan berhemah. Tidakkah itu yang dibuat rasul kita nabi Muhammad saw tatkala dimaki-hamun oleh kafir yahudi?

    Mengulas kegusaran usop, saya ingin bertanya adakah itu video(bergambar) atau suara semata-mata? Jika suara semata-mata tak perlulah nak percaya. Dengan teknologi sekarang ini, suara boleh diubah semudah menggerakkan tetikus(mouse).

    Harap usop dicerahkan jika selama ini diliputi kegelapan.

  9. 9 gust Jan 7th, 2008 at 3:10 pm

    saya BANGKANG!!!!!kerajaan Barisan Nafsu…perlu menubuhkan siasatan diraja…ini mungkin sabotaj dari pihak pembangkang!sebab BN tak pernah silap …BN adalah kerajaan islam hadhari,IMAM nye cucu ulama…mane mungkin BN silap..yg selalu silap adalah DATO SERI ANWAR…yg selalu salah adalah dato seri anwar…bila dah keluar video sex chua soi lek pun …yg jahat tetap dato seri anwar…masyaallah tak sedar lagi ke wahai rakyat malaysia….tuhan dah nak tunjuk sikit2 kesilapan kerajaan yg perintah kita sekarang …..tak sedar lagi? semoga tahun baru hijrah yg akan menjelang ni bakal membawa perubahan besar pada senario politik negara…cukup la dengan yg memerintah sekarang …….aku dah BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN…dato seri …keep up ur good work ..may allah bless u and ur family

  10. 10 Hasbullah bin Pit Jan 7th, 2008 at 3:37 pm

    Janganlah dipersalahkan “usop” itu, kerana dia hanya bertanya untuk mendapatkan kepastian.
    Ianya kauh lebih baik darps “menyebarkan tanpa usul periksa”

    Dan kenapa pula dia dilabel sebagai “dibayar oleh UMNO”?

  11. 11 siswa reform Jan 7th, 2008 at 3:46 pm

    Reformasi harus bermula dengan pengkayaan minda, bukan sekadar retorik hukum.

  12. 12 anak muda Jan 7th, 2008 at 3:49 pm

    Pasti pembesar-pembesar UMNO tersenyum melihat ada juga anak-anak muda yang cetek akal terpengaruh dan percaya dengan fitnah ciptaan mereka. alangkah kesian dan sedihnya bila ada juga anak-anak muda yg percaya pada fitnah ini adalah mereka yang dikalangan mahasiswa/i.

    jadilah anak muda yang berjuang demi kesejahteraan rakyat. kini rakyat hidup dalam keadaan yg amat tertekan. saya mengajak anak-anak muda keseluruhannya marilah kita sama-sama membantu rakyat dan membangunkan negara tercinta ini. jangan guna kan akal yang ALLAH kurnia ini untuk mempercayai fitnah kerana akal kita bukan dicipta untuk itu. kerja kita bukan umtuk mempertahankan pemimpin-pemimpin yang kaya,angkuh dan zalim diatas sana. kerja kita turun dan terjun dalam kelompok rakyat hulurkan bantuan dan bantu mereka seterusnya bersama-sama kita bangunkan negara.

  13. 13 Dr.Shan Jan 7th, 2008 at 3:54 pm

    Datuk Seri Anwar your popularity shaken up barisan nasional.I am sure they are living in terror now and wondering what and who is next.
    Well datuk you dont have to answer silly questions such as from brother Usop.Its waste of time.
    I can understand that brother Usop is not mature and thinking ability is below an average level.I feel sorry for him.
    God is with you.Me too.
    From Australia

  14. 14 Datuk Halik Zaman Jan 7th, 2008 at 4:32 pm

    Mat Kecoh

    Buat apa kita berlembut dengan “pengidar fitnah?”. Mat, kena faham betapa sakitnya diri seseorang jika difitnah. Terasa benar sakitnya bila pemimpin yang kita sayangi difitnah. Rasanya kalau ikut hati saya, nak saya cucuk mata si-Usop itu dengan garfu, biar dia jadi P.Ramlee dalam pilim Ibu Mertuaku.

    Orang yang macam Usop ini, kalau berada dalam PKR pun tidak ada gunanya. Lagi buat susah, suka fitnah orang lain. Itu pasal kita tidak ada tolak ansur dengan pengidar fitnah, sama beratnya dengan pengidar dadah.

    Kecil kecil tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang!!

  15. 15 AQIM_03 Jan 7th, 2008 at 4:34 pm

    SALAM DATO SERI..

    UNTUK USOP YANG DIKASIHI..
    DATO SERI TAK LAH MACAM YANG AWAK SEBUTKAN..
    BELIAU ADA PRINSIP.PEGANGAN AGAMA.BERJAYA MENDIDIK KELUARGA BERAKLAK.
    TAK LAH MACAM DOLAH DAN NAJIB SERTA PUAKNYA.

    USOP!
    SEBENARNYA APA YANG TERJADI PADA DATO SERI ADALAH MANGSA FITNAH.
    DISEBABKAN BELIAU DI LIHAT OLEH MAHATHIR AMAT BERPENGARUH DAN MEMPUNYAI
    PRINSIP DALAM MENTADBIR NEGARA DAN TIDAK MEMIKIRKAN KESENANGAN PERIBADI.
    BELIAU TAKUT BILA DATO SERI ANWAR JADI PM. BELIAU SAKIT. SEGALA KES SALAHLAKU
    AKAN DI KOREK OLEH DATO SERI ANWAR.

    JADI INI PUNCANYA.
    SAMPAI SANGGUP MEREKAFITNAH DAN MENGONGKONG HAKIM DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.
    KEBETULAN HAKIM DIATUR OLEH TAUKE JUDI.
    PAHAMMMMMM/??????

  16. 16 r2d2 Jan 7th, 2008 at 5:03 pm

    To slanderers dan yang sewaktu dengannya,

    Aren’t you guys afraid of the wrath of Allah by slandering innocent people? Sheeesh… Have you not seen what had happened to those who conspire against DSAI and many like him? One by one have been given their dues by Allah the AlMighty and I believe others will get what’s comming to them in the near future.

    UMNO hardcores who like to fabricate and distribute nonsensical stories about leaders of the opposition please bear in mind that nowadays Allah pays cash for everything that you do. So, repent while you can.

    Futhermore, your millionaire leaders have tonnes of money to camouflage whatever evil things that they do and with their power and money they too can do the immpossibles no ordinary people like you or me can do. What do you guys have? Only the songkok tinggi and red bright tudungs, I believe.

    Take a look around. The rakyat after 50 years of Merdeka some still live in rundown shacks not even fit for goats and chickens. Some, who have without fail vote for BN, still long to have clean water in their houses, still waiting when they’ll get electricity, still crave for better roads to be built in their areas, still, still, still, and still…

    Come on..! Think and reflect. Get what I mean? No, you don’t? Nevermindlah, I’m not surprise… Alahai, UMNO la katakan…

  17. 17 Mat Kecoh Jan 7th, 2008 at 5:24 pm

    Datuk Halik Zaman,

    Saya bersetuju untuk tidak berlembut dengan pengedar fitnah! Tapi dalam kes saudara usop ni, adakah patut dia dilabel sebegitu setelah menyatakan kegusaran dan kebimbangan apabila terbaca dari laman web seperti yang dinyatakan di atas? Yang harus diperangi adalah laman web tersebut bukan saudara usop.

    Malah pada pendapat saya, saudara usop membuat tindakan yang betul untuk bertanya sendiri kepada DSAI berkenaan hal tersebut di sini. Jika dia tidak berbuat demikian tetapi menyebarkan kenyataan tersebut, itu baru dikira fitnah! Seperti yang saya nyatakan sebelum, kita hanya perlu beri keterangan ikhlas dan sewajarnya kepada saudara usop supaya sedar dengan fitnah dari laman web tersebut.

  18. 18 kesava Jan 7th, 2008 at 5:59 pm

    JD says:”Mr Nalla you have the right to ask Mr Anwar that question.Now I am asking you the same question,What have you done for the Malaysian Indian community other then start a new party affilating it with the Barisan Nasional.When Mr Anwar was in power you were one of the few people who was carrying him on your head and dancing.

    Today you are questioning him, why didnt you question this when you were with him and publish it to the Malaysian Indian community a few months ago when you were part of his team.This is the politics you play at the expense of the community.

    Let me tell you this Mr Nalla, maybe Mr Anwar never did anything for the Malaysian Indians but it is better then believing people like you who behave like a snake to your friends when it is only your self interest that you have been looking out for.

    The snake around Lord Shiva neck is more then enough for the Malaysian Indian community to appreciate,we dont need a snake like you around our necks choking us to dead”.
    http://makkalsakti.blogspot.com/2008/01/what-have-you-done-for-indians-nalla.html

  19. 19 awie Jan 7th, 2008 at 6:25 pm

    Apalah nak diherankan dengan budak usop yang hingus pun belum kering lagi tu..
    Cubalah kita imbas kebali tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan kepada DSAi. Ia
    adalah merupakan tuduhan-tuduhan yang belum pernah lagi berlaku didalam sejarah
    kemanusiaan.Kerana ia melibatkan diri Anwar itu sendiri, tidak seperti Peminpin
    lain seperti Nelson Mandela ia tidaklah dimalukan seperti DSAI dimalukan.
    Kalau seseorang itu jahat sekali pun mungkin dia akan jahat satu
    perkara atau dua.. Ini, semua kejahatan dilemparkan kepada Anwar ibrahim dan untuk
    menguatkan lagi, mereka2 seperti orang tak siuman mengusung tilam kemahkamah.
    Terlalu banyaknya fitnah yang mereka reka2 sampai orang ramai tak dapat
    menerima logiknya pertuduhan itu. Walaupun DSAI teraniaya merengkok didalam penjara
    tetapi ia tetap dihormati dan diterima oleh masyarakat terbanyak.
    Sekarang tiba giliran BN pula menerima balasan dari Allah, macam2 perkara mutahkir
    yang berlaku nyata membongkar kebejatan yang dilakukan oleh BN.
    Najib pulak berkokok di Kelantan kononnya kalau dapat BN tawan kelantan. Kelantan
    akan jadi Negeri Islam tersohor. Bagaimana dengan negeri2 lain yang dah 50 tahun
    dibawah BN satu pun tak jadi Islam tersohor..malah orang Melayu bertambah bangsat..

  20. 20 Datuk Halik Zaman Jan 7th, 2008 at 6:38 pm

    Mat Kecoh

    Ok..alasan sdra masuk akal.
    Thanks dan maaf.

  21. 21 Datuk Halik Zaman Jan 7th, 2008 at 6:38 pm

    Mat Kecoh

    Ok..alasan sdra masuk akal.
    Thanks dan maaf.

  22. 22 che gueva Jan 7th, 2008 at 6:39 pm

    UMNO dah mengelabah dengan keadaan sekarang.Macam 2 strategi mereka guna.tak puas dengan tv,surat khabar hantar pulak Usop dalam blog kita.Tarikh pilihanraya pun takut nak diberikan lebih awal.Bila pun kita tak kisah kami akan hanguskan kem2 Umno pada pilihanraya kali ini.Kami berjuang atas pegangan prinsip dan keadilan rakyat,bukan berteras nafsu dan penyalahgunaan kuasa dan harta rakyat.

  23. 23 r2d2 Jan 7th, 2008 at 7:40 pm

    Usop dan yang sewaktu dengannya,

    Baik hangpa cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengaq-dengaq. Apa, hangpa tak takut kah nanti kalu hangpa semua ditangkap dek ‘inspektor sahab’ kerana melayari laman web yang menyediakan bahan-bahan lucah? Zaman la ni orang yang buat salah tak kena tangkap, yang kena org yang macam hangpa… yang menonton, menyimpan dan mengedar. BEWARE ! Jangan kata aku tak peringat…

  24. 24 belut Jan 7th, 2008 at 8:04 pm

    Usop..usop… Mamang ramai org bodoh macam kamu ni kt Malaysia.Tu la dulu mak bapak kau suruh belajar pandai2 kau tk nak… asik2 nk main lastik burung jer. Nahhh da besar baru kau tau. Ada otak tpi dungu. kesiannn aku tengok. Aku pasti mak bapak kamu tentu keciwa dpt anak si bodoh ni. Kau ni da khawin ke belum. Pasti malang kalu dpt menantu macam kau ni. Org kata bawak sial kat Org Malaysia. Heheheh. Jgn marah Usop… Org UMNO kata kat org BA lagi teruk.

  25. 25 Toaknaybear Jan 7th, 2008 at 8:13 pm

    Umno Habis Modal.

  26. 26 kublai khan Jan 7th, 2008 at 8:29 pm

    Apa nak jadi dengan malaysia belakang rumah pokok kelapa sawit ber ekar ekar tetapi kat dapur tiada minyak masak inilah malaysia ku terbilang dan temberang.inilah hadiah UMNO kepada saudara usup santorian yang terbilang dikalangan rakyat malaysia.

  27. 27 zali gombak Jan 7th, 2008 at 8:59 pm

    awal muharam dudah dekat marilah kita buat penghijrahan utk maruah kita sebagai anak bangsa malaysia.hijrah sebelum parah hijrah demi maruah.reformasi

  28. 28 cheah chung kheng Jan 7th, 2008 at 9:11 pm

    saya memang sokong jawapan DSAI..Ini adalah kerja kepada kerajaan…Dan saya berharap kawan-kawan jangan ditipu dengan video clip tersebut,kerana mereka telah meletak beberapa video negative terhadap DS..Allahamdulilah,kita berkerja sama untuk bawa perubahan.

  29. 29 zali gombak Jan 7th, 2008 at 9:15 pm

    dato seri bagaimana pembahagian kerusi antara dap dan pas.dalam malaysiakini dap marah dengan kenyataan tian mengenai pembahagian kerusi.lagi satu saya harap pihak pas benarkan keadilan bertanding di kerusi parlemen gombak dan batu caves.pas pernah bertanding di kerusi parlimen gombak dan satu dun iaitu dun gombak setia.apa salahnya kalau pas beri peluang pada keadilan bertanding di parlimen gombak dan dun batu caves. kalau boleh pihak pas jgn guna alasan jentera.kalau jentera kuat pun kalau pengundi tak kasi undi susah juga kan… saya harap pas gombak dapat memahaminya.suara saya mewakili pandangan pengundi gombak. terima kasih.
    kalau boleh keluarkan pandangan saya ini.

    razali abdul ghafar
    exco amk bahagian gombak

  30. 30 pengkaji Jan 7th, 2008 at 9:41 pm

    datuk halik zaman

    baca dengan terang kenyataan yang dibuat oleh sdr usop itu. Dia sedang bertanya.

    bila orang bertanya, yang dia harapkan adalah jawapan…

    bukan tuduhan.

    Dia bertanya pada orang yang dituduh. Orang yang dituduh sudah menjawab.
    apa isu saudara..?

  31. 31 Mohd Faizol Jan 7th, 2008 at 10:01 pm

    Salam Dato’ Seri,

    Saya dimaklumkan bahawa VCD fitnah tersebut sudah pun disebar di Permatang Pauh dan kawasan sekitar. Dari maklum balas yang diterima, Orang-orang kampung yang tidak terdedah dengan dunia luar sudah termakan fitnah tersbut hingga mereka menganggap Dato’ Seri sebagai pengkhianat dan lain-lain.

    Soalan saya, apa strategi yang PKR gunakan untuk menangani masalah ini kerana jika tidak sia-sia sahaja gerak kerja yang dilakukan selama ini hanya dengan VCD Fitnah Dato’ Seri itu. Saya fikir, PKR perlu bertindak pro aktif untuk mematahkan fitnah tersebut kerana orang orang di kampung begitu terhad pendedahan mereka terhadap maklumat semasa.

    Moga Dato’ Seri dapat beri sedikit ulasan. Terima kasih

  32. 32 Cavalera Jan 7th, 2008 at 10:28 pm

    cian usop…..pasti dia terkezut dan berpeluh tengkuk bila org ramai membahaskan soalan beliau kpd DSAI…dia mgkn ingin sekadar bertanya pada seorg pemimpin besar(secara terus)…bukan senang tau nak bersoal/jawab dgn org2 besar spt DSAI….cuba kita lihat, ada tak pemimpin2 BN buat seperti apa yg DSAI lakukan seperti blog/friendster/myspace/facebook etc
    tak usahlah kita layan lagi si usop tu, mgkn dia dah sedar dan faham skrg nie….

  33. 33 b.muhdrazi Jan 7th, 2008 at 10:31 pm

    henti lah saudara usop…tak payah fikir jauh,minyak masak pun tak cukup dalam negara..Malaysia antara negara pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia…sekarang sudah 50 tahun merdeka..rakyat tidak sepatutnya dibebani seperti zaman penjajah..kerajaan ini perlu ditukar pemerintahannya…

  34. 34 Shakri Jan 7th, 2008 at 10:47 pm

    Kepada Datuk Halik Zaman

    Saya memerhatikan cara Datuk menulis seolah-oleh saudara telah penuh dengan ilmu dan maklumat sehingga terlalu cepat memandang serong dan merendahkan orang lain.Kalau betul meraka tu tali barut UMNO ok tetapi kalau betul mereka itu yang betul kekurang maklumat tidakkah kita rugi dan berdosa.

    Anak muda sekarang sememangnya kekurangan maklumat sebab telah di sogok dengan hiburan dan propoganda UMNO dah lah emak bapak mereka orang UMNO.Kalau mereka-mereka ini mudah untuk kita beri penjelasan tidaklah susah untuk kita terutama DSAI kehulu kehilir untu memberi ceramah dan penerangan.Sampai ada yang mencadangkan DSAI turun ke stesen bas,pekan sehari dam masjid-masjid.

    Saya adalah salah seorang yang telah turun ke pekan sehari,masjid-masjid,stesen bas mengedar risalah dan memberi penerangan bersama Haji Suhaimi Said di Temerloh dahulu.Macam-macam perangai dan tingkah laku masyarakat yang jiwanya karat UMNO dan mereka-mereka yang tidak mendapat maklumat dengan tepat malahan dikalangan penyokong kita sendiri pun ada yang terkeliru.

    Bukan senang untuk menarik orang menyokong kita,oleh itu kita jangan cepat melatah menuduh orang sesuka hati tampa bukti kukuh,kalau kita sesuka hati menuduh orang lain tampa usul periksa sama lah kita dengan puak-puak UMNO BN yang zalim lagi kejam itu.

    “Saya yang layak dipimpin daripada memimpim”

    LAWAN TETAP LAWAN,LAWAN SAMPAI MENANG.

  35. 35 amir hamzah Jan 7th, 2008 at 11:39 pm

    Saya juga menyokong pendirian dan perjuangan DSAI menentang angkara fitnah terdahulu. Namun demikian, Siapakah Wanita yang dikatkan dengan Klip Perbualan Telefon itu? Sudahkah identitinya dikenalasti? Kita mahu semua yang terlibat dalam fitnah tersebut diambil tindakan sewajarnya.

  36. 36 panglima sdk Jan 8th, 2008 at 10:16 am

    akum…

    jgn terlalu salahkan Usop…tak salah klu bertanya..mgkn kita patut bertanya benda2 yg mengelirukan kita…mgkn jg Usop keliru sebb dia baru…
    kita tidak sepatutnya melenting bila tuduhan atau fitnah ditaburkan ke atas kita…kan itu memang kerja musuh..kita sepatutnya bersedia dlm apa jua keadaan..jgn terus melenting dan mengamuk tak tentu pasal…InsyAllah klu suatu masa nnti keadilan menjadi pemerintah dan pada masa itu rakyat membuat tuduhan yg pelbagai..takkan kita nak jadi mcm UMNO ATAU BARISAN NAFSU…yg mengamuk mcm keldai kena kilat! kita ada cara kita sendiri…menjawap dgn berhikmah..tangkis tuduhan dgn lembut..baru la tak sama dgn UMNO hadhari( islam yg ada had dan ada hari)..saya minta sekiranya apa yg saya katakan menyinggung rakan2 seperjuangan..tapi ini utk kebaikan kita semua…LAWAN TETAP LAWAN

  37. 37 matang pauh kita Jan 8th, 2008 at 4:28 pm

    Salam perjuangan buat DSAI..

    Usop tu adalah manusia yang diperkudakan oleh koncu-koncu UMNO yang kian rancak
    untuk menambur fitnah..Biasa la orang macam Usop sanggup apa saja demi fulus..
    Bekas al-Imam..al-Ustad..al-fulus pun buat macam tu jugak..sanggup menyokong
    fitnah semasa DSAI dok dalam penjara dulu..Allah berpihak kepada kita semasa
    mahkamah mengistiharkan kemenangan berpihak kepada kita..memang sedih pada hari tu
    kerana bekas seorang imam mempunyai sifat yang tak sepatutnya dia buat..apa punya tur!!

  38. 38 gust Jan 8th, 2008 at 6:05 pm

    dah biasa sangat kat blog dato seri anwar ni …bila ade soalan yg lari sikit dari kebiasaan,mulalah orang yg bertanya dihentam…kalau berdiskusi dengan satu arah sahaja matilah …sedar tak cara orang2 yg rasa hebat di blog dato seri anwar ni tak berbeza dengan cara orang2 umno ?ape saja soalan yg berbeza sedikit mesti orang yg bertanya digasak cukup2…come on la brader…bukan macam ni cara nak tumbangkan kerajaan BN…

  39. 39 Chef Jan 8th, 2008 at 10:08 pm

    Ucop kalau anda berniat baik bertanya DSAI tak…tapi kalau anda dari cybertrooper umno..memeng awak ni bang…maaf le bebanyak.
    nak tanya sikit maaf lari tajuk sikit…statment sdr azmin hari ni.kata poster 10 juta DSAi akan diedarkan dengan banner,poster pkr…ni akan membuka peluang umno cuba untuk menyekat benda tu dari masuk sini…harap perkara macam ni kena berhati2 keluar…bahaya..apapun pada semua selamat berjuang

  40. 40 kuan Jan 8th, 2008 at 11:34 pm

    Saudara saudari
    Dalam sejarah bn ni , sesiapa yang sebenar-benarnya telah terlibat melakukan xxx tu pasti akur dan MELETAKKAN JAWATAN ( dapat terus cari makan ) TIDAK MELAWAN. YANG MELAWAN hanya mereka yang sebenar-benarnya tidak terlibat melakukan XXX tu ( difitnah )dan berani mengambil risiko dan menuntut pengadilan demi maruah diri dan kepercayaan kepada tuhan.

  41. 41 panglima sdk Jan 9th, 2008 at 11:36 am

    salam perjuangan…saudara gust

    saya sokong saudara…kita perlu terbuka untuk menumbangkan BN..

    LAWAN SAMPAI MENANG!

  42. 42 abcd Jan 11th, 2008 at 7:31 am

    Salam Dato Seri,
    Merujuk kepada pertanyaan Usop diatas, saya ada juga sedikit pertanyaan. Adakah video Dato Seri sedang menari seperti yang disiarkan disini adalah fitnah juga: http://www.isuhot.com/modules.php?name=Tv&video=modules/Tv/kopidangdut-2.wmv

    Bukan apa, saya lihat dalam video tu seperti rupa Dato Seri. Harap mendapat penjelasan Dato Seri.
    Sekian,

  43. 43 suara Jan 11th, 2008 at 12:27 pm

    Laa..pasai apa belit2 ni. DS Anwar, usop tu tanya “adakah perbualan telefon tersebut benar? jika tidak, mengapaa dr anwar tidak mengambil tindakan terhadap wanita tersebut? Jwb jer lah…BENAR atau TIDAK. Tak pyh la pusing2.

  1. 1 Percubaan Menjawab Fitnah Antara Najib Dan Anwar « Sahabat MANTAP Pingback on Jan 19th, 2008 at 12:05 am

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031