Archive for January 7th, 2008

7 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

TPM Dato’ Seri Najib memberi nasihat kepada semua pemimpin Umno-BN untuk menjaga disiplin. Nasihat yang baik!

Maknanya, jangan ada skandal, rasuah, atau menindas rakyat.

Madah beliau yang kedua adalah mempertikai pengumuman saya untuk menurunkan harga minyak kerana takut negara bankrap..

Jawapannya: untung bersih dari eksport minyak mencecah RM80 billion. Seandainya diturunkan harga, masih mengekalkan untung sekitar RM70 billion.

Negara bankrap kerana borosnya pemimpin, rasuah, komisyen termasuk kapal selam dan jet pejuang!

ANWAR IBRAHIM

7 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

usop menanyakan:
saya ingin bertanya berkaitan satu video yang saya jumpai di laman web, mngatakan hubungan sex antara dsai dengan seorang wanita. turut disertakan perbualan video antara dsai dan wanita tersebut. video ini sbg counter kpd dsai berkaiatan video dr chua. adakah perbualan telefon tersebut benar? jika tidak, mengapaa dr anwar tidak mengambil tindakan terhadap wanita tersebut?

Sdr Usop,
Saya dengar kisah tersebut 10 tahun lalu. Tidak ada pertuduhan dan dakwaan terhadap saya. Fitnah seperti ini dilancarkan oleh tokoh Umno dengan biaya tauke besar judi.

Tidak munasabah dikaitkan fitnah perbualan talipon dgn video skandal seks Menteri BN!

Fitnah seperti ini dimuatkan dalam buku 50 Dalil dan Hakim Hishamuddin telah memutuskannya sebagai fitnah yang melibatkan pemimpin Umno. Walhasil? Kes tutup!

Nasihat saya kepada mereka yang menyebarkan: jawab isu, ketengahkan fakta, dan jangan sembunyi di sebalik fitnah.

ANWAR IBRAHIM