Archive for January, 2008

31
Jan

Doa Buat Sheikh Azmi

syeikhazmi-003.jpg

Saya dan Azizah sekali lagi ke KBMC menziarah sahabat kami Dato Sheikh Azmi yang sedang dirawat setelah menjalani pembedahan. Kami ke sana minggu lalu tatkala beliau masih di bilik pembedahan.

Alhamdulillah nampaknya beliau kian sembuh dan kita mendoakan semoga beliau segera pulih.

ANWAR IBRAHIM

31
Jan

Pemergian Allahyarham Ishak Baharom Kehilangan Besar Buat Negara

ishak

Kepulangan Allahyarham Ustaz Datuk Ishak Baharom ke Rahmatullah adalah satu kehilangan besar buat umat Islam di Malaysia.

Ketegasan Allahyarham mempertahankan hukum Allah dibayar dengan pemecatan Allahyarham meskipun Allahyarham baru dilanjutkan kontrak untuk meneruskan khidmat sebagai Mufti Selangor. Apakan daya, arahan penguasa lebih perlu didulukan berbanding amar maaruf nahi mungkar.

Beberapa tahun selepas pemecatan Allahyarham, Allahyarham terus menyumbang buah fikir bersama-sama Majlis Syura Ulama’ PAS.

Azizah berkesempatan menziarahi jenazah dan keluarga Allahyarham memandangkan saya berada di luar ibu kota.

Saya begitu terkesan dengan pemergian Allahyarham, saya dan keluarga mendoakan moga ditempatkan roh Allahyarham di kalangan para sallehin.

Al Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

31
Jan

Al Fatihah Buat Loloq

loloqSemalam Malaysia kehilangan seorang lagi pejuang seni yang banyak menyumbang karya yang sarat dengan kritik sosial yang menyentuh pelbagai aspek.

Allahyarham Loloq, atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia petang semalam disebabkan pendarahan dalam otak.

Pemergian Allahyarham akan membawa bersama karya-karya yang penuh dengan metafora bahasa yang indah tetapi tidak meminggirkan pengisian filsafat, sejarah dan kritikan sinis. Karya-karya Allahyarham sebelum ini yang acapkali bergandingan dengan M Nasir, akan meninggalkan kelompongan besar buat industri seni tanah air.

Allahyarham juga antara individu yang bertanggungjawab menjemput beberapa artis terkenal tanah air untuk sama-sama berdialog di dalam Program Seniman anjuran IKD sejurus pembebasan saya pada tahun 2004.

Ada yang memaklumkan bahawa antara karya beliau sebelum ini, Salut, nyanyian kumpulan Spider adalah merupakan satu penghargaan buat saya dan para pejuang reformasi. Demikian juga lagu Mabuk yang sarat dengan kritikan kepada golongan penguasa yang dahagakan kuasa dan pangkat.

Sekalung takziah daripada saya sekeluarga kepada keluarga Allahyarham Loloq. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

ANWAR IBRAHIM

30
Jan

Wibawa Suruhanjaya Terus Dipertikai, Kini Masa Untuk Menyelamatkan Negara!

cuti.jpg  eusoffchinlingamoa9.jpg

Sesungguhnya kesan siasatan seandainya Suruhanjaya benar bebas dan wibawa adalah besar sekali dan mampu menggugat seluruh sistem pemerintahan Umno. Perhatikan saja penglibatan tauke judi mengusung bekas Peguam Negara Mohtar Abdullah ke percutian mewah, VK Lingam dan Eusoff Chin (lihat foto).

Kenyataan Dato’ Murad bahawa beliau diarah oleh Dr Mahathir, dan melibatkan sekali lagi Vincent Tan dan menteri Umno sekutunya Tengku Adnan untuk memfitnah saya. Akhirnya Murad menegaskan VK Lingam mengarah beliau mengaku salah jika tidak beliau akan dipenjara!

VK Lingam meyakinkannya bahawa sudah “diatur” penyelesaian dengan Eusoff Chin dan Mohtar Abdullah.
Maka tepat ulasan saudara bila mengaitkan peranan hakim hacks, serta rasa meluatnya Abang Mie, Warga Malaysia, mahasiswa chooi, pang5 dan lain-lain.

Kini masanya kita bergerak menyelamatkan negara!

Usul zan mengenai kabinet bayangan sukar diterima buat sementara waktu. Kuan mengulas mengenai sikap korporat kaya yang menolak negara kebajikan. Alahai mustahil saudagar kaya yang memunggah kontrak dan saham rakyat mengerti makna kebajikan!

ANWAR IBRAHIM

29
Jan

Daya Saing Malaysia Ke-8 di Dunia? Telitikan Data Sebenar

image11.jpg

Dakwaan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Malaysia kini di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara adalah satu fakta yang sengaja diputarbelitkan.

Penelitian menyeluruh kepada data yang dikeluarkan mendapati bahawa fakta tersebut adalah betul tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas.

Merujuk kepada Laporan Daya Saing Dunia 2007 seperti yang dipetik oleh Perdana Menteri, hakikatnya Malaysia hanya menduduki tempat ke 23 di dalam dunia. 15 daripada 22 negara yang menduduki tangga lebih tinggi di atas Malaysia pada tahun 2007 mempunyai populasi kurang daripada 20 juta penduduk, manakala 7 daripada 22 negara tersebut melebihi 20 juta penduduk.

Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22, dan pada tahun 1997 di tangga ke-17.

Keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya.

Daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi kita dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, kita sekarang di kedudukan ke 23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Jelasnya, kita memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.

ANWAR IBRAHIM

*

Prime Minister Abdullah’s claim that Malaysia is currently ranked 8th in the world in terms of competitiveness is deliberately misleading.

Closer examination of the data reveals that this is true only within the category of countries with a population of 20 million or more.

According to the full World Competitiveness Report 2007 as cited by the Prime Minister, Malaysia is in fact ranked only 23rd in the world. Fifteen of the twenty-two countries ranked above Malaysia in 2007 have populations of less than 20 million people, while seven of the twenty-two have populations exceeding 20 million.

Malaysia’s competitiveness ranking in 2006 was 22nd, and in 1997, it was 17th.

Prime Minister Abdullah’s decision to resort to such misdirection is a weak attempt to hide the fact that Malaysia’s economic fundamentals have weakened progressively under his government.

Malaysia’s competitiveness is plumetting and where once our economy stood shoulder to shoulder with countries like Singapore and Hong Kong, we are now ranked 23rd in the world, they are ranked 2nd and 3rd respectively.

We are clearly in need of a higher calibre of leadership if Malaysia is to realise its full potential as an economy of global stature.

ANWAR IBRAHIM

Sila rujuk Laporan Daya Saing IMD 2007

29
Jan

Keengganan Suruhanjaya Menerima Bukti Menghakis Keyakinan

Suruhanjaya Haidar di dalam memutuskan untuk tidak menerima bukti wujudnya konspirasi menetapkan keputusan mahkamah telah menghakis keyakinan orang ramai bahawa kerajaan hari ini serius di dalam mengembalikan kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Saya amat kecewa bahawa Suruhanjaya Haidar telah memutuskan bahawa saya tidak perlu dipanggil untuk memberikan bukti wujudnya rasuah sebagaimana disebutkan di dalam petikan kenyataan saya yang diserahkan kepadada Suruhanjaya Haidar. Saya yakin bukti yang saya dapat berikan mampu membantu Suruhanjaya Haidar untuk mendapatkan kebenaran disebalik kemelut yang melanda sejarah kehakiman Malaysia ini.

Keputusan Suruhanjaya untuk tidak membenarkan saya memberi keterangan sudah semestinya akan menimbulkan tanggapan ada kuasa-kuasa di belakang tabir yang menentukan keputusan tersebut. Kuasa-kuasa ini cukup berpengaruh sehinggakan Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja bagi menafikan saya memberikan bukti, meskipun bukti tersebut sudah semestinya akan membantu menjelaskan keterangan-keterangan lain yang telah diberikan selama ini. Namun, para pesuruhjaya (terutamanya Tan Sri Haidar) tidak mengambil peluang ini untuk mencari punca sebenar skandal ini, tetapi menghabiskan masa mereka dengan isu-isu prosedur dan tafsiran yang terhad tentang bidangkuasa mereka.

Tujuan dan matlamat siasatan ini ialah untuk memastikan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa hakim-hakim di negara kita boleh menjunjung keadilan tanpa kecuali. Malangnya, para pesuruhjaya mengambil tafsiran yang terhad terhadap terma-terma rujukan dan sekaligus mengelak dari menyiasat rasuah yang paling jijik sekali bahawa keputusan di dalam mahkamah kita boleh diatur, dan bukannya mengapuskan barah rasuah ke akar umbinya. Secara asasnya, video Lingam menunjukkan pihak yang berkemungkinan terjebak atau sememangnya terlibat dengan rasuah dilantik ataupun dinaikkan pangkat sebagai hakim. Para pesuruhjaya tersilap di dalam hanya membenarkan bukti penetapan perlantikan hakim tanpa membenarkan bukti rasuah diambilkira.

Sebelum penubuhan Suruhanjaya DiRaja ini saya sudah mendesak agar terma rujukan siasatan ini mestilah cukup luas dan jelas bagi memastikan kemaslahatan umum dipelihara. Jelas, perkara ini tidak berlaku. Akibat dari terma rujukan yang tidak dihurai dengan baik dan terma rujukan yang terhad, para pesuruhjaya kini telah membuat ralat yang nyata.

Justeru, di dalam pendekatan yang teramat pincang ini, Suruhanjaya bukan sahaja gagal mendapat gambaran sebenar situasi ini tetapi sama ada secara sedar atau tidak terlibat di dalam menghalang penegakan undang-undang. Saya tidak menggunakan istilah ini dalam konteks perundangan yang terhad tetapi konteks etika dan moral yang lebih luas bagai mengambilkira harapan tulen rakyat. Dan menjadi harapan sebenar rakyat bahawa prosiding siasatan ini dijalankan supaya keadilan dapat dicapai secara meyakinkan.

Saya juga menyeru Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan segera bagi menjelaskan terma rujukan bagi memastikan bukti rasuah termasuk penetapan keputusan mahkamah bermula dengan penyingkiran bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diterimapakai di dalam siasatan ini.

Sekiranya kerajaan benar-benar serius di dalam memerangi rasuah serta mengembalikan keyakinan terhadap institusi kehakiman, inilah peluang untuk mereka membuktikan komitmen mereka. Sudah sampai masanya Perdana Menteri mengambil tindakan tegas bagi membawa mereka yang merosakkan institusi kehakiman, tidak kira apa jawatan mereka ke muka pengadilan, bukan dengan hanya melaungkan slogan muluk-muluk tentang prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

Saya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertindak segera bagi memastikan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa dapat diyakinkan bahawa kerajaan beliau serius di dalam memerangi rasuah dan benar-benar mahu menegakkan kedaulatan undang-undang.

ANWAR IBRAHIM

*

Continue reading ‘Keengganan Suruhanjaya Menerima Bukti Menghakis Keyakinan’

29
Jan

Lawatan Kerja ke Kedah dan Perlis (Feb 1)

[Jumaat, 1 Februari 2008]

Contact: Zamri 013 4845000 (Kedah), Ghani 012 4102490 (Perlis)

3.15 pm High Tea bersama Masyarakat Felda di Lubuk Merbau, DUN Pedu
4.15 pm Sepetang bersama Masyarakat Siam di Naka, DUN Pedu
5.30 pm Amanat kpd Petugas BA Padang Terap di Kuala Nerang
7.30 pm Maghrib dan Tazkirah di Kuala Kedah
9.00 pm Perjumpaan Masyarakat Cina di Kelab Hokkien, Kangar.
10.30 pm Ceramah Perdana di Titicai, Utan Aji, Kangar

29
Jan

Latihan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang Diketuai DSAI

[Sabtu, 2 Februari 2008]

Contact: Dr. Mansoh 012 430 3512, Hj Malik 019 445 1005
2.30 -4.00 pm HCTV Forum Media Interview di Han Chiang High School Auditorium
4.00 pm Program bersama dengan masyarakat Cina di Kuala Sungai Pinang (Parlimen Balik Pulau)
5.00 pm Majlis Sepetang Bersama DSAI di N. 39 Pulau Betong
7.30 pm Solat Maghrib & Taskirah di surau Bayan Baru
8.30 pm Ke majlis bersama masyarakat Cina di Kampong Naran (DUN Batu Maung)
9.30 pm Indian Program di Iniras Restaurant, Brown Garden
10.30 pm Ceramah Perdana di Kg Batu Maung di Parlimen Bayan Baru

29
Jan

Lawatan Kerja Ke Kota Raja

[Ahad, 3 Februari 2008]

Untuk Dihubungi: Dr. Xavier 012 2860595

9.30 pm Ceramah Perdana DSAI di Pekan Lama Sri Muda

11.00 pm Ceramah Perdana DSAI di DUN Seri Andalas

29
Jan

Pelancaran Program Wanita

[Ahad, 3 Februari 2008]

Untuk Dihubungi: Zuraida 019 385 4238

2.30-3.30 pm Pelancaran Program “Dari Wanita untuk Wanita, Dari Wanita untuk Semua” di Corus, Hotel, KL

 

 

29
Jan

Lawatan Kerja Ke Negeri Kelantan

bersama-rakyat.jpg

[Selasa, 5 Februari 2008]

Untuk Dihubungi: Nik Mahmood 019 338 9229

6.00 pm Majlis Asyura di Seri Cemerlang, di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu

7.00 pm Solat Maghrib di Masjid Muhammadi, Kota Bharu

8.00 pm Solat Isyak & Tazkirah di Masjid Kota

9.45 pm Ceramah Umum DSAI di Kampung Telaga Bata, Tumpat bersama Dato’ Kamarudin Jaafar, Dato’ Husam Musa dan calon DUN KeADILan Pengkalan Kubur

11.00 pm Ceramah Perdana DSAI di Dataran Stadium, Kota Bharu bersama Nik Mahmood Nik Hassan, Saifuddin Nasution, Takiyuddin Hassan, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat


28
Jan

Takziah Allahyarham Suharto

suharto

Sebaik menerima berita pulangnya bekas Presiden Suharto ke rahmatullah semalam, saya dan Azizah segera menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya dan mendoakan agar ruhnya dirahmati.

Secara peribadi, bekas Presiden Suharto memang memberikan ruang yang amat baik buat saya setiap kali berkunjung ke Indonesia. Kita akui sumbangan beliau membangunkan ekonomi negara. Namun persoalan yang akan terus dibahaskan adalah tindakan keras membantai pembangkang dan pengkritik serta merebaknya amalan rasuah dan kronisme.

Sekalung takziah buat Allahyarham Suharto.

ANWAR IBRAHIM




Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

DSAI Menerangkan Dasar Harga Petrol Alternatif

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031