Arkib Tahun 2007

26 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Rakyat yang ikhlas bagi respons:

Assalamualaikum Dato seri..Saye sedih dengan ape yang terjadi pada negara sekarang..Akhir2 ini timbul banyak tanda2 negara akan terperosok ke kancah pertelingkahan kaum..Terlebih dahulu, saye ingin melahirkan rase sedikit kekesalan saye, kerana saye agak sedikit kecewa dengan senario perjuangan dato seri dan parti Keadilan kebelakangan ini..Saye adelah antara orang yang sangat mengkagumi pejuangan dato seri, dan saye yakin bukan saye seorang sahaja,sbenarnyer ramai rakyat Malaysia bijak berfikir, dan ramai yang sememangnye sedih bagaimana dato seri menjadi mangsa fitnah kepade pimpinan UMNO terdahulu..Sehingga sekarang saye masih menghormati dato seri sebagai seorang pemimpin yg berani..

Tapi persoalannyer, perjuangan dato seri dan parti keadilan kebelakangan ini sedikit kurang jelas..Banyak persoaln yg timbul,dan saye khuatir perjuangan parti Keadilan sekarang seolah-olah memangkin ke arah kejatuhan negare..Antara persoalan utama yg timbul ialah bagaimana dengan isu perkauman sekarang ?? Dimanakah pendirian keadilan ?? Adakah parti keadilan menentang hak keistimewaan orang melayu dan mahukan demokrasi tulen? Bukan ape, kerane orang melayu amat sensitif dengan isu ini..

Banyak juga pembaharuan dan usaha2 telah dilakukan dalam pimpinan pak lah untuk membaiki sistem pimpinan seblum, adakah parti keadilan cube menidakkan niat baik ini dengan hanye mebangkitkan isu2 negatif??..Contoh mudah dasar2 pembangunan ekonomi seperti di timur/negeri Kelantan..Tidak dinafikan, Dasar ekonomi dato seri yg saye lihat sendiri di youtube,memang meyakinkan,persoalannye mampukah ia dicapai?? Adakah ahli bijak ekonomi dalam parti keadilan selain dato seri sendiri,sedangkan yang nampak sudah ade bibit kemelut politik kuasa seperti UMNO dalam keadilan sebelum pilihan raye lg..Sudah tentu sekiranye keadilan bejaye merampas kuasa dari pimpinan sekarang,ekonomi negare akan merudung jatuh,seterusnye mampukah ekonomi dibangunkan semula dan konflik kaum diatasi..

Namun, yang paling penting sekali ialah kite sudah nampak sudah ade pihak yg cube mengambil kesempatan ke atas situasi ketika ini, terutama sekali media asing dan x salah sekiranye saye katekan mereka mempergunakan dato seri untuk mensensaikan berita mereka..Kumpulan etnik lain pula cube mengheret ke arah pertelingkahan kaum,sedangkan ape yg terjadi tak seteruk yg digambarkan..kajian terdahulu telah membuktikan orang cina banyak menguasai pegangan ekonomi negare,bukan orang melayu,make tidak mustahil la etnik india yg lebih minoriti dalam kelompok yg lebih bawah..Sekiranye perjuangan HINDRAF diambil kira iaitu hak keistimewaan melayu meruntuhkan ekonomi etnik lain,bagaimana masayarakat cina dan ananda krishnan menjadi kaye..Majoriti kemiskinan di Selangor sahaja(sebuah negeri maju) masih lagi kelompok masyarakt melayu..

Saye harap dato seri dapat menjawab beberape persolan di atas ini dengan ikhlas,supaye rakyat jelas dengan perjuangan parti keadilan..rakyat memang meyokong menentang penyalahgunaan kuase dalam kerajaan yang menjadi punca perosak negare, dan ramai yg setuju isu video Lingam patut diadili dengan adil..Perjuangan dato seri dalam menangani isu rasuah dan penyalahgunaan kuase,isu hak asasi manusia,isu kemiskinan,patut diteladani pemimpin kerajaan sekarang..

Akhir kate, sekiranye comment saye ini iaitu manusia yg tidak sempurna juga diizinkan oleh moderator blog, saye ingin membawa kepade satu persoalan untuk sumer penganut islam di negare ini..Sistem kapitalis telah merebak ke negare kita(yang kaye akan terus kaye,miskin terus miskin),sedangkan sistem zakat telah diturunkan Allah untuk menangani sistem ini..Adakah kite semua sudah membayar zakat harta (terutama sekali zakat pendapatan) kerane sedih sekali peratus yg membayarnye masih sedikit.Seblum salahkan sesiape mari kite tanye diri kite sendri dulu..

Saya syorkan telitilah risalah Agenda Ekonomi Malaysia yang telah disebar meluas, huraian Tan Sri Khalid, Din Merican dan lain-lain. Pandangan saudara mirip propaganda Biro Tatanegara dan Pemuda Umno.

Perkara 153 – hak istimewa Melayu dan bumiputera dipertahankan untuk rakyat bukan untuk memperkayakan keluarga pemimpin Umno.

ANWAR IBRAHIM

26 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pimpinan KeADILan pusat dan negeri diberi taklimat mengenai persiapan pilihanraya dari jawatankuasa pilihanraya, strategi, Sismep, wanita, AMK, selain daripada saranan tambahan daripada Sdr Din Merican, saya dan Timbalan Presiden.

Tahniah kepada rakan-rakan yang menyelenggarakan program dengan perencanaan rapi.

Sidang yang bermula jam 10 pagi berakhir pada jam 7 malam. Hampir 1 petang saya dan sdr Azmin berlepas ke Pasar Keramat setelah diberitahu mengenai kebakaran 14 kedai di situ. Kita berikan tempoh satu minggu untuk kerajaan mengambil tindakan membantu mangsa kebakaran dan membina semula pasar.

Saya kemudian ke Kampung Segambut menghadhiri kenduri kahwin anak sahabat.

Dalam perjalanan kami saksikan kumpulan masyarakat India di merata jalan di bandar. Saya berhenti, menyapa mereka dan memberikan tanda simpati. Cara polis dan kerajaan Umno-BN menangani masalah tersebut terlalu keras dan angkuh.

Imej negara kian terjejas manakala menyaksikan liputan berita di media antarabangsa – CNN, BBC, dan Aj Jazeera.

ANWAR IBRAHIM

25 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya menyampaikan pesanan kepada aktivis KeADILan Melaka dan Negeri Sembilan tatkala mnutup kursus pilihanraya di Melaka. Kursus dikendali sdr Azmin. Shamsul Iskandar, Zuraidah, Tian Chua dan Dr Mansor.

Selesai Maghrib, tazkirah dan makan, saya ke bilik gerakan di Taman Asean , Bukit Katil berucap kepada ratusan masyarakat Cina yg hadir. Ceramah di Jasin mendapat sambutan hangat.

ANWAR IBRAHIM

24 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Wakil rakyat BN Sibu melarang rakyat menghadhiri ceramah beracun saya. Kehadiran di restoran Cina malam tadi melebihi 1000 orang. Saya bicara soal minyak dan balak!

Awal pagi tadi kami bertolak ke daerah Julau, rumah panjang Nurie. Ketua masyarakat diugut bersama penduduk miskin. Dr Ambrose bangkitkan isu NCR dan tanah adat.

Saya menyeru supaya rakyat berani menuntut hak mereka. Sudahlah miskin papa kedana, diugut pula oleh wakil soldadu dan saudagar kaya BN.

Dari Sibu kami kini ke KLIA dan menuju ke Melaka.

ANWAR IBRAHIM

23 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Transit di Kuching menemui pimpinan KeADILan dan SNAP di lapangan terbang sebelum berlepas ka Sibu.

Maghrib di Masjid Sibu, ceramah di kawasan Muslim di rumah Abang Ismail dan jam 9 malam bersama dengan masyarakat Cina di restoran pekan Sibu.

Sdr Dominic Ng, Dato’ Hafsah Harun, sdr Baha, Patrick Lim dan lain-lain turut menyampaikan ucapan.

ANWAR IBRAHIM

23 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Raja Kamaruddin (Raja Komando) dimasukkan ke hospital Klang beberapa hari lalu. Ustaz Badrul Amin segera memberitahu saya.

Semalam sempat saya menziarah beliau di hospital. Keadaan stabil tetapi perlu rawatan ke IJN. Semangat beliau masih tinggi dan suara tetap garang. Tetapi merokok perlu dikurangkan. Haha!

Saya kemudian terus ke Hospital Sunway untuk menemui Sdr Adlan Benan, bekas Setiausaha Pemuda KeADILan (kini AMK) yang mengalami pelbagai rencam kesakitan. Sdr Saifuddin banyak menghubungi beliau dan memaklumkan kepada saya perihal beliau. Kebetulan beliau “bercuti” dua hari sebelum meneruskan rawatan Isnin ini. Maka saya tak sempat bersua dengan beliau.

Bagi pihak Azizah, keluarga dan sahabat handai kami mendoakan agar kedua mereka sehat walafiat.

ANWAR IBRAHIM

23 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Bahagian 1:

Bahagian 2:

22 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Cokelat cadangkan supaya Omar the lion (OBJ) turut berucap di Melaka Sabtu ini. Setuju.

Anak Tan Sri menyorot peranan MCA, Gerakan dan MIC. Pimpinan mereka gagal mengungkap permasalahan rakyat. Dan seperti juga pemimpin Umno, mereka sibuk dengan saham dan perniagaan, rakyat diabaikan.

Kepada Mongolian, Ong dan lain lain – benar keadaan melelahkan, tetapi kita perlu mara terus, sedarkan rakyat:

Ubah sebelum parah. Ubah demi maruah.

Pangeran, adik Hamzah, Noh dan lain lain tersenyum lebar pastinya dengan adegan tambahan Lingam dan adiknya. Agak lari sedikit dari plot asal. haha!

ANWAR IBRAHIM

22 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pengarang mencungkil dari khazanah pidato dan penghakiman Tun Suffian, bekas Ketua Hakim Negara termasuk sanggahan keras beliau terhadap badan kehakiman sekarang.

Selain itu beberapa isu perundangan seperti kes Tun Salleh, Anwar, Zainur Zakaria, Moorthy, dan Lina Joy juga disentuh.

ANWAR IBRAHIM

22 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

(English version below)

Saya menyokong hak HINDRAF untuk berhimpun secara aman dan ingin mengulangi rayuan saya kepada Polis DiRaja Malaysia untuk memberikan permit agar perhimpunan mereka dapat berlangsung pada 25 November 2007. Hak untuk berhimpun secara aman telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan Perhimpunan Aman Bersih telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia dapat bertindak secara bertanggungjawab sesuai dengan amalan masyarakat madani.

Tetapi saya saya menyeru kepada HINDRAF agar mereka mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan bertanggungjawab di dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka, khususnya di dalam soal Perlembagaan, khususnya Perkara 153. HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama.

Gerakan HINDRAF menggambarkan masalah asas yang terus menular di negara kita dan membakar api perkauman yang hanya mengeruhkan lagi ketegangan kaum dan permusuhan sesame rakyat Malaysia..

Rakyat Malaysia terus komited untuk melaksanakan pembaharuan di negara ini mesti sedar bahawa pembangkang yang berwibawa adalah penting untuk Malaysia dan masanya telah tiba untuk menyokong pembangkang. Parti-parti yang menyokong Reformasi mesti bekerjasama secara efektif, dan menekankan isu-isu bersama, terus bekerjsama dan mengelakkan menyalahkan kaum lain untuk masalah mereka.

Apabila kita berpecah, suara kita lemah. Tetapi bersatu, kita boleh hidup secara rukun dan aman damai di negara yang boleh kita banggakan bersama.

ANWAR IBRAHIM

(more…)

21 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

(English version below)

Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sewajarnya menyegerakan kelulusan permit membenarkan HINDRAF menganjurkan perhimpunan sebagaimana dirancangan pada 25 November 2007.

Ini aadalah merupakan hak demokratik bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan pendapat dan hak mereka secara aman. Sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, sekiranya pihak polis sedia memberikan kerjasama, keselamatan dan perjalanan apa sahaja perhimpunan boleh terjamin.

Sebagai individu yang percaya akan prinsip keadilan untuk semua, saya tidak mempertikai hak menganjurkan perhimpunan aman tersebut. Komuniti India telah sekian lama menderita dan adalah penting pada waktu ini untuk menghentikan segala bentuk penindasan senyap dan jurang kemiskinan semua bangsa.

Saya berharap agar perhimpunan ini akan mencapai matlamatnya untuk menjamin hak komuniti India sebagai rakyat Malaysia, dan adalah menjadi hak mereka untuk mendapatkan upaya sara hidup dan kualiti kehidupan seharian komuniti India seluruh Malaysia. Saya kekalmenyatakan pendirian saya untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia

Kita perlu mengiktiraf pengorbanan rakan-rakan komuniti India seluruhnya yang telah berkhidmat kepada negara dengan jujur dan penuh dedikasi dalam pelbagai bidang.
ANWAR IBRAHIM

(more…)

21 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Ceramah Perdana Melaka

Pemidato:
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Shamsul Iskandar Mohd Akin

Tempat:
KM 19, Kg Sempang – Tedong Pantai

Tarikh & Masa:
24 November 2007, 8.30 malam

Switch to our mobile site