Arkib Tahun 2007

10 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

23 Disember, 2007

1. Di Padang Awam, Taman Lobak, Lunas
Jam 5pm-6.30pm
Bagi meraikan kemasukan berduyun-duyun ahli baru dari masyarakat India, khususnya pengundi Kulim-BB, Pdg Serai, Merbok, dan Sg.Petani.
Turut berucap : Dr Lee B.C., Dr Xavier Jayakumar, Sdr Suppiah, Gobi, & Kalaivanar

2. Di Pekan Lama, Sg. Petani
Jam 7.15-10.30pm
Bagi meraikan kemasukan serentak 1000+ masyarakat cina Kedah Tengah.
Turut berucap : Dr Lee B.C., Dr Xavier, Tian Chua, Tan W X, Toy Peh

3. Di Bt. 9, Kota Sarang Semut
jam 9.30pm-12.00
Bagi mengistiharkan MoU gerakerja bersama Keadilan-PAS Kedah
Turut berucap : Ir. Zamri, YB Ust Azizan, dan DS Tuan Guru Hj Abd Hadi

Semua dijemput hadir.

9 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Penahanan 8 individu yang mengepalai perhimpunan aman sempena sambutan Hari Hak Asasi Sedunia menggambarkan janji-janji kosong yang telah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi laungkan kononnya Malaysia harus dipuji amalan demokrasinya.

Sebaliknya, alasan yang dangkal dan tidak masuk akal kononnya perhimpunan lebih 100 orang peserta mendatangkan sebarang musibah kepada keselamatan awam, menjadi satu pembuktian sahih bahawa undang-undang telah digunakan di Malaysia untuk mencabar kebebasan dan menekan hak demokratik untuk berhimpun secara aman.

Individu-individu yang ditahan hari ini adalah di antara rakyat Malaysia yang paling patriotik dan telah mendedikasikan kehidupan mereka untuk menjunjung kedaulatan undang-undang. Di sebalik kesamaran pembuktian kononnya mereka merancang untuk mengganggu keselamatan awam, penahanan mereka menggambarkan tidak ada selain daripada taktik kolot yang digunakan sebelumnya oleh kerajaan Malaysia dalam keadaan mereka bersedia untuk menggunakan pendekatan drakonian, iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia telah menyatakan penentangan mereka ke atas undang-undang tersebut, di mana tidak ada tempat untuk ia dikuatkuasakan dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan sistem demokrasi. Dengan meluaskan penguatkuasaannya, kerajaan telah mempercepatkan kehilangan sokongan yang mendadak di kalangan rakyat.

Saya menggesa pihak berkuasa untuk membebaskan semua tahanan tanpa alasan dan berkuatkuasa serta merta. Sayugia saya turut menegaskan betapa kerajaan perlu menamatkan serangan mereka ke atas hak berhimpun secara aman yang dijamin perlembagaan.

ANWAR IBRAHIM

8 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Cokelat, anakmuda, dan lain-lain menyelar media milik Umno-BN yang terus memfitnah dan memperbodoh rakyat. Saya setuju dengan saranan tidak membeli akhbar-akbar tersebut. Saya dah lama tidak membaca berita picisan termasuk media Umno-BN. Lebih waras berfikir!

Namun kita perlu mengisi dengan menggunakan blog, emel, pengedaran risalah, dan ceramah kelompok.

ANWAR IBRAHIM

8 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

The following speech was delivered at the Institute of Social Sciences Conference on Democracy in India.

Opening the conference was Justice J.S. Verma, Former Chief Justice of India and Former Chairman, National Human Rights Commission of India.

Also speaking at the conference was Mr. Roel von Mijenfeldt, Director, Netherlands Institute for Multiparty Democracy (www.nimd.org), Carl Gershman, Director of the National Endowment for Democracy (www.ned.org), and Dr. Farooq Abdallah, Former Chief Minister of Jammu & Kashmir, among others

*

Your Excellencies and Distinguished Guests. Dr. George Matthew and Dr. Ash Roy, Carl Gershman. Ladies and Gentleman.

Please permit me to begin by quoting the great Rabindranath Tagore, from his book of poems known as A Flight of Swans – Poems from Balaka:

I hear the countless voices of the human heart

Flying unseen,

From the dim past to the dim unblossomed future

Hear, within my own breast,

The fluttering of the homeless bird which,

In company with countless others,

Flies day and night,

Through light and darkness,

From shore to shore unknown

Tagore was of course referring to the flying swans, or Hansa-balaakaa in Bengali. I understand that this word is to pious Hindus a symbol of the human soul winging its way to its heavenly resting-place. To my mind, the celebration of the human spirit may also be likened to Tagore’s metaphor of the eternal flight of the swans.

In this regard, we may say that democracy is about giving dignity to the human spirit, which is founded on the doctrine of natural rights that all individuals are endowed by their creator with a right to life, liberty, and estate. I believe democracy is also about pluralism, without which dissenting views will not find expression and a healthy vibrant opposition will not materialize. Essential to this process is a profound commitment to the protection of the minority and to the rule of law and justice so that these natural rights shall not be taken away from the people.

(more…)

7 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya singgah di Delhi sekitar 12 jam bagi menyampaikan ucaputama mengenai The State of Democracy In The World sempena Persidangan Antarabangsa anjuran Institue of Social Science. Pastinya persoalan mengenai demokrasi, masalah kaum India diungkit oleh peserta dan media. Saya ulangi pendirian bahawa masalah kemiskinan dan masyarakat terpinggir perlu ditangani tanpa mengira kaum.

Dan dalam temuramah khas TV CNN India, saya tegaskan bahawa sebahagian kenyataan dan tuntutan Hindraf adalah keterlaluan.

Negara India harus tangani masalah tersebut selari dengan prinsip kebebasan dan keadilan dan bukannya kaum dan agama.

Saya menunggu reaksi dari beberapa menteri yang akan melalak dan memfitnah lagi!

(Saya kini di Lapangan Terbang Delhi dalam perjalanan ke Istanbul untuk menyampaikan ucapan dalam persidangan mengenai Islamophobia)

ANWAR IBRAHIM

5 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

dari Daily News and Analysis, India

Anwar Ibrahim, former deputy Prime Minister of Malaysia, who was in Mumbai for the global Islamic conference, spoke to DNA correspondent Prashant Hamine about charges of racial discrimination faced by Indians and other immigrants in Malaysia

What do you think about the racial discrimination faced by Indians in Malaysia?

Ours is a multiracial society and it is not just the Indians, but also the ethnic Malays and ethnic Chinese communities who have been complaining of racial discrimination. I have been consistently raising the issue for the past six to eight months. Although the Malaysian government has an affirmative action policy, it lacks transparency. Indians living in Kuala Lumpur are better off than those living outside Kuala Lumpur. Most live in abject poverty and lack basic necessities like water, food, etc.

How do you react to the concerns raised by the Indian government over the treatment of ethnic Indians?

Indian Prime Minister Manmohan Singh has raised the issue with the Malaysian government in a very polite and diplomatic manner. I hope it will make our government realise the treatment meted out to ethnic Indians. It is contradictory to complain about discrimination against Muslims in Burma and Palestine, while in our own country, Indians are being treated unfairly.

(more…)

5 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Ada beberapa pihak menyuarakan ketidaksenangan mereka terhadap kenyataan PM India Manmohan Singh yang meluahkan keprihatinan beliau terhadap penindasan masyarakat India di Malaysia. Sewaktu di Mumbai, saya nyatakan penghargaan kepada PM India yang prihatin terhadap kegelisahan masyarakat India di Malaysia tetapi juga melahirkan harapan agar beliau menekankan isu hak asasi seluruh rakyat Malaysia.

Daily News & Analysis India jelas merakam kenyataan saya tersebut, bahawa masyarakat Cina dan juga Melayu ditindas. Saya juga tegas menyatakan saya tidak bersetuju dengan kenyataan agresif HINDRAF, tetapi masalah peminggiran golongan tertindas harus ditangani segera.

ANWAR IBRAHIM

5 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Begitu hebat sekali asakan media milik Umno-BN ke atas saya dan pembangkang lainnya. Ruang untuk pembangkang dibisukan, dalam masa yang sama kenyataan diputarbelit untuk memuaskan nafsu pemerintah. Sudah sampai masanya media milik Umno-BN digasak!

Sila rujuk kenyataan saya sejak awal, malah sabelum perhimpunan Hindraf:

21 Nov – Benarkan Himpunan 25 November
22 Nov – Himpunan Hindraf: Tumpu Pada Kelemahan Dasar BN

Saya sokong hak mereka menyuarakan bantahan secara aman. Isu Komuniti India miskin dan terpinggir perlu ditangani bersama melayu dan lain-lain kaum.

Tetapi saya jelas, sanggahan mereka terhadap Agama Islam dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan ditolak.

Janganlah mudah kita terperangkap dengan taktik Umno dan media mereka!

P/S: Buat Betuibetuikah: Sdr tergamam dengan muslihat umno atau merujuk kepada fakta. Sdr seharusnya mencabar umno untuk mengemukakan bukti penglibatan saya dalam kes shiah atau arqam. Keputusan KDN tidak ditandatangani olih saya!

ANWAR IBRAHIM

4 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dua acara di Kota Kinabalu, selainnya di Kota Belud, Kiulu, Tuaran, Ranau dan Papar diselenggarakan dengan baik dan diberikan sambutan hangat oleh rakyat.

Dialog Asian Renaissance-Revisited dengan peserta dari Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura memberikan ruang untuk saya membahas semula gagasan nahdah dan pembaharuan, maqasid shariah dan kupasan John Locke dan Russeau, dasar ekonomi manusiawi berbeda dari falsafah pembangunan dan ekonomi semasa.

Dan buat pengunjung prihatin, bayangkan perasaan saya dan sdr Ansari Abdullah tatkala menemui pemuda di restoran Ranau yang bekerja di kedai kopi kerana tidak mampu menjelaskan yuran pengajian di UPM setelah satu semester. Saorang pekerja, yang sedang menyapu membersihkan lantai membisik kepada saya, mengeluh sara hidup yang tinggi.

Cendekiawan bagaimana?

ANWAR IBRAHIM

dsai1.jpgdsai2.jpgdsai3.jpgdsai4.jpgdsai5.jpg

3 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

For a better Malaysia menanyakan:

Datuk Seri,
Seriously, whats your secret?? I mean I see you flying all over the world and I wonder where you get so much energy and stamina. You must tell us your secret.

Sdr,
Rahsia? Jika dilihat semalam setelah selesai 6 acara, badan dah lemah longlai!

Selainnya – makan sederhana, sedikit senaman, jangan khianat dan hati senang!

Ha, penting sekali – keluarga aman dan isteri mithali!

ANWAR IBRAHIM

3 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Ahmad Fuad menanyakan:

Assalamu ‘alaikom Sdr Anwar,

Mengapa kah Saudara yang banyak dijemput kesana kemari untuk memberi ucapkan dalam pelbagai Forum yang menyentuh pelbagi isu? Saya sarankan Sdr membantu mengharumkan nama Malaysia (yang serba boleh), dengan mencadangkan kepada pihak penganjur Forum yang akan datang, supaya mereka menjemput Menteri Malaysia, khususnya Nazri Aziz dan ZAM. Merekalah yang amat petah bercakap!

Saya yakin, seluruh dunia akan terpegun dengan apa juga isu yang dikupaskan oleh mereka berdua!

Sdr Ahmad Fuad,

Ya, mungkin saja selaku pelakon tambahan dlm “mind your language”!

ANWAR IBRAHIM

3 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Thales memberi respon:

my goodman Datok Seri Anwar Ibrahim,

ucapan terima kaseh atas teguran dari jawapan DSAI. memang saya sengaja sinis [cynical] itu saya mengaku, hanya untuk memperingatkan umum bahawa DSAI adalah bekas anggota Kerajaan bawah pempinan TDM.

DSAI telah serit dengan pengalaman dalam era-22 tahun itu. dan bagi orang yang lemah semangat dan tidak ada halu-tuju mahu pun prinsip hidup akan menjadi mangsa polisi2 yang keterlaluan zaman era 22 tahun itu !

Tun Musa Hitam terus berhenti tetapi ini DSAi mahu lawan tetap lawan maka di pecat dan di kurung dalam penjara Sungai Buluh. saya memang tidak lansung membangkit perkara jawapan {a} apatah lagi tidak ingin mahu tahu tentang perkara itu.

cuma saya kurang pula minat pada perkataan “rennaisance” macam zaman European Renaissance yang mengandaikan ada nya sebelum itu ada “dark ages”[jahilliyyah kah ini] dan di khuatiri takut kita perlu pula kepada kebangkitan “moden” dan lepas itu “pasca-moden” termasuklah perlu nya ada anjakan paradigma {paradigm shifts] dalam bidang sains pula.

Adakalanya kita perlu mengetahui akar2 yang tumbuh di bawah tanah daripada melihat Pokok … dan baja apakah yang di guna untuk menghidupkan Pokok itu … iaitu apakah sistem nilai [systems of values, worldviews, philosophical beliefs that you hold and that you want to propogate to the electorate] ….. eg. apakah pendirian yang mengharuskan konsep bayaran Toll bagi Lebuh Raya kengunaan Kepentingan Social …. adakah untuk memperkayakan segelintir …kecuali kita telah mempunyai banyak jalan raya yang lain … jadi POKOK ialah Lebuh Raya yang berToll, akar2nya adalah eg nilai buat duit untuk segelintir

[so, please do not feel offended by the question that bagun with certain cynical premises ]

Sdr Thales,

Terima kasih.
Saya sekadar mengesahkan bahawa soalan yang nadanya sinis, tetapi tidak semestinya menyinggung perasaan. Walau bagaimanapun saya hargai penjelasan tersebut.

Mengenai penggunaan istilah renaissance ada dijelaskan dlm buku. Ada diulas kupasan Will Durant dan Nahdah dalam edisi Bahasa Melayu, “gelombang”.

Isu tol setakat ini dibataskan kpd penolakan kenaikan harga, namun yang dikira mendesak nanti adalah mengkaji semula perjanjian.

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site