Arkib Tahun 2007

14 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Sila juga rujuk kenyataan penuh DSAI.

Transkip Penuh:

(Parts are slightly inaudible. This transcript may not be entirely accurate.)

Lingam: The CJ (Chief Justice – judiciary’s No 1 post) said his relative is now the Agong, so he wants to stay on to 68, so, Tengku Adnan said – I told Tengku Adnan, yesterday I had a meeting with him – he said PM is already very angry with him … and … he said no problem, he is going to make you acting err… confirm your position as PCA (President of Court of Appeal – judiciary’s No 2), working very hard, and then get Tan Sri Mokhtar as CJM (Chief Judge of Malaya – judiciary’s No 3).

Ah, so we just keep it confidential. I am working very hard on it. Then there is a letter, according to Tengku – I am going to see him tomorrow – there is a letter sent to … ah … CJ – I mean Tan Sri Dzaiddin – that Datuk Heliliah, …er Datuk Ramli and Datuk Maarop be made judges, and he rejected that Dr Andrew Chew and apa itu Zainudin Ismail lah because Zainuddin Ismail who condemned your appointment and Tan Sri Mohtar’s appointment.

And then you also, it seems, wrote a letter for the remaining … confirmed as judges. As per our memo, I discussed with Tun Eusoff Chin and we sent the same memo to PM. I just want to get a copy letter that this has been done.

And then Tan Sri Dzaiddin said he is going to recommend six people for the Court of Appeal, but until today the letter hasn’t come to PM. He never discussed, but neither he has sent the letter to PM. He has not sent. So, I know it is under the constitution, for judges all, that is your job, Datuk, to send, but we don’t want to make it an issue now.
(more…)

14 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Setelah saya mendedahkan klip video Lingam kepada orang ramai kira-kira tiga bulan yang lalu, kerajaan kini telah mengumumkan keanggotaan dan terma rujukan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat rasuah kehakiman.

Pada mulanya, kerajaan tidak mengendahkan isu ini tetapi kemudiannya hanya bersetuju membentuk panel tanpa bidang kuasa jelas. Justeru itu, keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja kami anggap sebagai langkah positif untuk mengembalikan integriti kehakiman Negara. Kami mengucapkan tahniah kepada ribuan rakyat Malaysia yang telah menuntut reformasi kehakiman.

Malangnya, terma rujukan Suruhanjaya DiRaja ini tidak memenuhi bidangkuasa yang sewajarnya untuk memulakan siasatan menyeluruh terhadap krisis yang dihadapi institusi kehakiman, sebagaimana yang dituntut Majlis Peguam, badan-badan bukan kerajaan dan lain-lain pertubuhan masyarakat. Kewujudan video ini merupakan bukti bahawa krisis ini cukup mendalam dan telah melibatkan peringkat tertinggi institusi kehakiman. Kami kesal bahawa Suruhanjaya ini tidak diberikan bidangkuasa yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah yang telah ditimbulkan oleh video ini.

Penglibatan Tan Sri Haidar dan Tan Sri Steve Shim sebagai pesuruhjaya juga menimbulkan beberapa persoalan. Suruhanjaya DiRaja telah dipertanggungjawabkan untuk menyiasat semua perkara berkaitan dengan nama-nama yang disebut di dalam video ini, termasuk saya, yang dirujuk sebagai “Kes Anwar” di dalam video tersebut. Walaubagaimanapun, saya perlu menarik perhatian disini bahawa Tan Sri Haidar dan Tan Sri Steve Shim adalah antara hakim yang mendengar kes saya di Mahkamah Persekutuan. Di dalam perkara ini, kami berharap mereka bertindak waras bagi mengenepikan sebarang tanggapan negatif yang mungkin bersangkit di dalam penyiasatan Suruhanjaya DiRaja.

Namun demikian, kami masih komited untuk memberikan kerjasama penuh dengan Suruhanjaya DiRaja dengan harapan bahawa anggotanya mempunyai keberanian melaksanakan amanah mereka dengan jujur dan ikhlas. Rasuah, muslihat perlantikan hakim dan ketidakadilan yang dilaksanakan di dalam penghakiman adalah masalah serius yang perlu ditangani.

Untuk memenuhi janji saya sebelum ini, saya dengan ini memberikan klip penuh video tersebut selama 14 minit dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya DiRaja. Video tersebut boleh ditonton di:

http://anwaribrahimblog.com

http://keadilanrakyat.org

http://www.suarakeadilan.com

ANWAR IBRAHIM


After I first made public the Lingam video clip nearly three months ago, the government has finally announced the composition and terms of reference of a Royal Commission to investigate judicial corruption.

In spite of the initial stonewalling and the much belated setting up of a three-man panel, we view this concession by the government as a positive first step in restoring the integrity of the nation’s judiciary. We applaud the thousands of Malaysian people who have demanded reform of the judiciary.

The terms of reference of the Royal Commission unfortunately fall short of a broad mandate to initiate a comprehensive investigation into the crisis facing the judiciary, which was widely demanded by the Bar Council, NGOs, and other institutions of civil society. The video provides proof that the rot is pervasive and has corrupted the highest levels of the judiciary. We regret that the Commission will not be empowered to address the entirety of the problems represented by the video.

The inclusion of Tan Sri Haidar and Tan Sri Steve Shim as commissioners also raises some concerns. The Royal Commission has been charged with investigating matters concerning all the names mentioned in the tape, including my own, referred to as the “Anwar Case” in the tape. However, it must be pointed out that Tan Sri Haidar and Tan Sri Steve Shim were among the judges who heard my case in the Federal Court. In this regard, we believe that the onus is on them to remove any semblance of bias or conflict of interest which may arise in the course of the proceedings pursuant to the Royal Commission’s inquiry.

Nevertheless, we remain committed to giving our full cooperation to the Royal Commission with the sincere hope that the members will not shirk their responsibilities in carrying their duties without fear or favour. Bribery, judge fixing, injustices perpetuated against many and wrongful conviction are serious problems which demand serious attention.

In fulfilling my earlier promise, I am releasing the entire 14-minute video clip and I pledge to cooperate fully with the Royal Commission. The video can be viewed at:

http://anwaribrahimblog.com

http://keadilanrakyat.org

http://www.suarakeadilan.com

ANWAR IBRAHIM

13 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Video Penuh VK Lingam akan didedahkan pagi esok, Jumaat, 14 Disember, 2007. Video tersebut boleh di layari di blog ini, SuaraKeadilan.com dan keadilanrakyat.org.

13 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memberikan ceramah perpaduan di Markas Pas di Klang pada 13hb Disember 2007 (Rabu) pukul 10.30 malam. Program Bahasa Tamil akan diadakan antara waktu 8 – 9 malam.

Tarikh : 13hb Disember 2007 (Khamis)

Tempat : Markaz Pas, Bkt Naga, Jalan Kampung Jawa (Hadapan Mardi)

Masa : 10.30 PM

13 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Amnesty International condemns the arrests of human rights lawyers, activists and members of the public in the past few days as they exercised their right to peaceful assembly and freedom of expression. These include members of Bersih, a national coalition of NGOs and opposition politicians, calling for free and fair elections and the Hindu Rights Action Force (Hindraf). Amnesty International is also concerned that there are still many individuals who remain in detention, and calls for the immediate release of all those detained.

Amnesty International is concerned that the Malaysian government appears to have begun a sustained crackdown against public assemblies. In recent weeks two large assemblies have been held which have been met by excessive use of force by police and arrests on dubious charges. On 10 November, Bersih held a large demonstration of at least 30,000 people. In a separate incident on 25 November, Hindraf gathered around 40,000 ethnic Indians in order to protest their dissatisfaction over government policies resulting in marginalisation of and discrimination against the Indian community. During both demonstrations, police used water canons, tear gas and excessive force against demonstrators, resulting in many injuries. Mass arrests and arbitrary detention also occurred following the events.

(more…)

12 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

02dsc_7715.jpg

Kami amat prihatin dengan krisis-krisis terbaru yang membelenggu negara kita.

Kami memandang serius ketegangan kaum dan agama yang melanda masyarakat kita. Komitmen utama kami ialah perpaduan nasional, muafakat masyarkat majmuk dan juga keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia. Kami percaya satu-satunya cara memelihara nilai-nilai tersebut ialah untuk menolak pendekatan yang memecahbelahkan masyarakat dan memelihara jaminan Perlembagaan. Justeru kami sekali lagi ingin mengulangi komitmen kami untuk mengambil pendekatan yang benar-benar bersatu dan pelbagai kaum dan agama di dalam perjuangan kami memperjuangkan keadilan untuk semua.

Kami juga kesal dengan tindakan kasar pihak berkuasa di dalam siri penahanan yang berlangsung pada 9 hingga 11 Disember. Penangkapan pimpinan badan bukan kerajaan dan parti-parti politik merupakan satu pelanggaran jelas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Peristiwa tangkapan dan tekanan ini jelas bertentangan dengan jaminan kerajaan bahawa Malaysia merupakan sebuah demokrasi yang kukuh, dan akan mencemar nama negara di mata dunia.

Kami juga terus komited di dalam memperjuangkan agenda pilihan raya yang bebas dan adil di samping reformasi Pilihan Raya yang benar-benar bermakna. Pemindaan Perlembagaan yang membenarkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk terus berkhidmat setahun lagi ialah petanda jelas bahawa kerajaan benar-benar ingin meneruskan sistem pilihan raya yang penuh dengan kelemahan dan penipuan. Sekali lagi kami mendesak kerajaan untuk memberi akses yang saksama terhadap media untuk semua parti politik dan menerima bukti-bukti yang kami kumpul secara serius untuk membanteras penyelewangan pilihan raya yang menular selama ini.

Jika tiada langkah yang segera diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, kita tidak akan memperoleh keadilan, keamanan dan kebebasan. Justeru, kami bersedia untuk membawanya ke peringkat kerajaan yang paling tinggi memandangkan adalah penting masalah-masalah ini dapat diselesaikan segera.

Dengan itu, kami ingin mendapatkan temujanji segera dengan Perdana Menteri untuk membincangkan masalah-masalah negara yang mustahak ini dan mendesak beliau berpegang pada janjinya untuk mendengar masalah semua rakyat Malaysia. Di dalam pertemuan ini kami berhasrat meneruskan agenda perpaduan dan muafakat nasional di kalangan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan meneruskan gesaan kami untuk pilihan raya yang bersih dan adil, di samping berusaha menyelesaikan masalah negara yang kita hadapi.

*

Joint Statement to Seek Immediate Appointment with Prime Minister

We view with great seriousness the recent crises that trouble our nation.

We are especially troubled by the racial and religious antagonism that now pervades Malaysian society. Our foremost commitment is to national unity, multiracial solidarity as well as to the safety and welfare of all Malaysians. We believe that the only way to safeguard these values is to reject socially divisive approaches and uphold Constitutional guarantees. We thus affirm our pledge to remain united in our multiracial and multi-religious approach to uphold justice for all.

We deplore the heavy handed actions of the authorities in the series of arrests that took place between the 9th and 11th of December. This brutal crackdown against leaders of civil society organisations and political parties is a clear contravention of the fundamental liberties and human rights guaranteed in our Constitution. The inconsistency of these arrests and intimidations with the government’s assurances that Malaysia continues to be a strong democracy will undoubtedly tarnish our country’s reputation in the international community.

We also remain firmly committed to pursuing the agenda of free and fair elections as well as meaningful electoral reform. The amendment of the Constitution to allow the chairman of the Electoral Commission to serve for another year is a clear reminder that the government is fully intent on perpetuating an electoral system that is rife with irregularities and corruption. We reiterate our calls to the government to provide full access to the media for all political parties and to take seriously the mass of incriminating evidence that we have adduced time and time again and take all necessary measures to abolish well documented electoral malpractices.

Justice, harmony and freedom in Malaysia will be forever absent unless immediate steps are taken to remedy these vital issues. The importance of addressing them vigorously is such that we will seek to bring the matter to the highest level of government.

We are thus seeking an immediate appointment with the Prime Minister to discuss these pressing matters of state and urge him to honour his promise of being willing to listen to the concerns of all Malaysians. At this meeting we intend to pursue the agenda of national unity and reconciliation among all Malaysians regardless of race and religion, press on with our demands for free and fair elections, and work towards resolving the serious national problems we face.

List of Endorsees:

Political Parties

1 Democratic Action Party (DAP)
2 Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
3 Parti Sosialis Malaysia (PSM)
4 Parti Islam se-Malaysia (PAS)

NGOs

1 Center for Independent Journalism (CIJ)
2 Centre for Policy Initiatives
3 Citizen Think Tank
4 Civil Rights Committee (KLSCAH)
5 Concerned Citizens Group
6 Gabungan Mansuhkan ISA (GMI)
7 Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8 Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas)
9 Labour Resource Centre (LRC)
10 Malaysians Against the Death Penalty and Torture (MADPET)
11 National Human Rights Society (HAKAM)
12 National Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
13 Police Watch and Human Rights Committee
14 Research for Social Advancement (REFSA)
15 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
16 Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
17 Youth For Change (Y4C)

12 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Ada yang sangsi malah mempertikai kehadiran saya di Mahkamah Klang kerana bimbang disalahtafsir dan dikecam oleh media milik Umno-BN. Kenyataan saya dua hari sebelum Hindraf dan temuramah saya dengan media India di Mumbai cukup jelas. Kita simpati dengan keluhan masyarakat miskin dan terpinggir dari semua kaum, kita hormati kebebasan beragama. Kita menolak tuntutan melampau mempertikai perkara 153 dan tohmahan “ethnic cleansing.”

Mengapa harus bermaaf atau defensif kerana takut dilabel pro pelampau Hindu? Sejak bila kita diminta menelan bulat berita dari kaum fasik memfitnah kita dan menutup pekung kezaliman dan rasuah? Apakah tarbiyah kita menghalalkan kemunkaran yang dilakukan oleh Melayu-Islam?

Saya hormati hak kalangan yang menyerang tuntutan pelampau Hindraf dan saya harap mereka turut menjadi jaguh membantah kezaliman dan rasuah Umno!

ANWAR IBRAHIM

11 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

oleh Ismaily Bungsu

LEWAT MINGGU ini parlimen Kimanis telah berjaya mengadakan 3 pertemuan/perhimpunan dan yang akan datang bakal diadakan di bongawan, binsulok dan batu enak dalam waktu yang terdekat.

Para pemimpin Keadilan sekarang ini sudah sekian lama masuk dan keluar kampung dan sering ketemu di Pekan Membakut dan Bongawan dan kelihatannya sambutan suku kaum Kadazan yang pengundi di ADUN Membakut dan Bongawan hampir 50 % sudah yakin dan percaya kepimpinan PKR dan dengan adanya sokongan suku Dusun kadazan yang diluar jangkaan kerusi ADUN Membakut dan Bongawan termasuk Parlimen Kimanis sudah berada dalam tangan dan BN yang menguasai ketiga-tiga kerusi berkenaan akan tumpas kerana lewat pilihanraya yang lalu PKR hanya kalah tipis.
(more…)

11 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Video penangkapan Tian Chua di Parlimen pagi tadi.

11 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi saya ditahan oleh pegawai Imigresen yang memaklumkan bahawa nama saya telah timbul dalam “senarai yang disyaki”. Tiada penjelasan tambahan yang diberikan. Setelah itu paspot saya dikembalikan dan saya meninggalkan lapangan terbang.

Dengan menggunakan alasan keselamatan awam, dalam tiga hari kebelakangan ini pihak berkuasa telah meningkatkan tekanan terhadap rakyat Malaysia dan menahan pimpinan pembangkang dan badan bukan kerajaan.

Tindakan melampau ini petanda jelas kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sudah sampai ke penghujungnya.

Di Malaysia, rasuah terus menular di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman telah punah. Jenayah telah meningkat. Ekonomi semakin lesu dan media perdana kawalan UMNO-BN masih dikuasai kerajaan.

Rakyat Malaysia telah turun ke jalan untuk turut serta dalam perhimpunan aman untuk mendesak perubahan sistem pilihan raya. Dalam insiden terbaru, pejuang hak asasi telah ditangkap kerana ingin membiarkan kain rentang Hak Asasi Manusia terus berkibar di Dataran Merdeka. Kerajaan telah bertindak balas dengan menggunakan ancaman ISA untuk menakut-nakutkan pimpinan masyarakat.

ANWAR IBRAHIM

11 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya telah ditahan oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang KLIA pagi tadi, dan menyatakan pihak atasan telah meletakkan nama saya di dalam ‘senaraihitam suspek’. Pasport saya telah dibawa kepada Pegawai Senior (polis?) Imigresen dan kemudian dibenarkan keluar.

Sekarang berada dalam kereta menuju ke rumah, InshaAllah..

ANWAR IBRAHIM

10 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Acara saya di Singapura: Sesi satu hari dengan pasukan dari University Stanford, Columbia dan Brookings terpaksa dibatalkan.

Persidangan mengenai Islamophobia di Istanbul dihadiri oleh ramai teman-teman dari seluruh dunia. Selari dengan pendirian saya, saya tegaskan bahawa faham agama dan budaya kita tidak mengusulkan pertembungan dengan Barat dan lain-lainnya. Masalah prasangka sejak Perang Salib, penjajahan kuasa Barat di Dunia Ketiga dan negara Islam tambah merumitkan.

Keadaan bertambah gawat dengan kehadiran Presiden Bush di pentas dunia yang memperalatkan 9/11 untuk melancarkan ‘War on Terror’. Akibatnya Amerika kelihatan lebih rakus, keluhuran undang dinodai, penaklukan keatas bumi Iraq dan Afghanistan serta penganiayaan ke atas rakyat Palestin tambah mempertajam permusuhan.

Tetapi saya menegaskan bahawa jenayah Amerika juga dijadikan dalih oleh penguasa di dunia Islam untuk menekan rakyat. Kita harus mempersoal mengapa kita menghina agama dan budaya kita sendiri, seolah-olah boneka kepada pemikiran penguasa Amerika dengan membiarkan kezaliman, rasuah berleluasa di negara sendiri.

Negara Turki di bawah pimpinan PM Taib Erdogan mengorak langkah dengan lebih meyakinkan – sistem politik bebas, ekonomi segar, penghayatan nilai agama dan budaya sihat.

Kini saya dalam perjalanan pulang menghadapi kemelut politik akibat kerakusan kuasa sang penguasa yang gementar dengan pendedahan rasuah, penindasan ke atas rayat, ekonomi malap dan kenaikan harga barang mendadak, serta kisah sang ketua hakim yang menerima sogokan tauke judi meliana dengan dukungan pimpinan Umno.

Ayuh bangsaku!

Ubah sebelum parah,
Ubah demi maruah.

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site