Arkib Tahun 2007

21 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Menurut sumber, pengerusi Bernama, Dato Anuar Zaini yang juga pengerusi anak syarikat Berjaya (kepunyaan Vincent Tan) dan baru-baru dilantik PM Abdullah Badawi sebagai penasihat Koridor Utara (NCER) telah membantah keputusan pengurusan radio menyiarkan sekitar 10 saat kenyataan Anwar Ibrahim bersabit kenyataan media bersama pembangkang dan badan sivil menemui PM.

Episod tersebut berakhir dengan perletakan jawatan pengurus berkenaan.

Demikian kisah demokrasi Malaysia, peranan Umno dan pengaruh besar saudagar judi dalam media!

ANWAR IBRAHIM
(more…)

19 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

By Din Merican who delivered this lecture in Kota Kinabalu recently

To know a politician, listen to what he says. To know a leader, read what he writes and observe what he does. A leader leads, it is that simple. To know a man, listen to his soul and the rumblings of his heart. That is more complex.
(more…)

19 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

eid

Sempena sambutan Eid ini, wajar sekali kita menyingkap makna dan pengajaran dari peristiwa qurban yang melibatkan Nabi Ibrahim a.s. dan putera baginda Nabi Ismail a.s. Yang terserlah adalah nilai taqwa, hasrat mempertahankan hak dan menolak kebatilan.

Pada masa sama kita perlu meluangkan sedikit waktu merenung tanggungjawab kita mengangkat martabat umat dan membela nasib rakyat.

Semoga Allah s.w.t. merestui amal bakti, sadaqah jariah dan pengorbanan kita.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Eidul Adha minal adin walfaizin walmaqbulin kepada saudara dan keluarga.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Walillahil hamd.

ANWAR IBRAHIM

19 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

pkfz2.jpg

Sehingga hari ini kerajaan belum memberikan sebarang penjelasan tentang status Zon Bebas Pelabuhan Klang dan bertanggungjawab di atas pertambahan kos yang berjumlah RM 3.5 bilion. Untuk menutup kerugian projek yang gagal ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan pinjaman berjumlah sehingga RM4.681 bilion bermula dari tarikh yang lebih awal.

Kes ini merupakan salah satu daripada begitu banyak contoh yang mendedahkan percanggahan kepentingan, rasuah dan salahtadbir melibatkan ahli politik, tokoh korporat dan pegawai kerajaan. Meskipun Perdana Menteri dan Kabinet sudahpun mengeluarkan arahan, Ketua Setiausaha Negara masih lagi tidak memberi penjelasan yang mencukupi. Tidak ada seorang pun yang telah dipertanggungjawabkan untuk skandal ini.

Meskipun aspek kewangan projek ini sukar diselamatkan, sebuah audit yang bebas dan telus akan memastikan pihak yang mencabuli amanah di dalam kes ini dipertanggungjawabkan dan memulihkan kredibiliti Kementerian Pengangkutan.

Pengambilan Tanah

(more…)

18 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Ahad 23/12/2007

Pelancaran Jentera Barisan Alternatif (Kulim & Sungai Petani)
1. Tempat: Padang Awam, Taman Lobak, Lunas
Masa: 5.00 – 6.30 pm

2. Tempat: Pekan Lama, Sg. Petani
Masa: 8.30 pm

3. Tempat: Bt. 9, Kota Sarang Semut
Masa: 10.30 pm

18 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Sabtu 22/12/2007

1. Majlis Jamuan Perpaduan BA
Tempat: Kawasan lapang Berhadapan Rumah Pak Leh, Sungai Nibong
Masa: 1.00 pm

2. Program Majlis Korban di Permatang Pauh
Tempat: Sekitar Permatang Pauh
Masa: 2.00 – 5.00 pm

3. Program Kemasukkan Ahli India kedalam Parti Keadilan Rakyat
Tempat: Taman Putri Gunung, Simpang Empat
Masa: 5.30 pm

4. Ceramah Umum (Masyarakat Cina)
Tempat: Restoran RUBY, Seberang Jaya
Masa: 8.45 pm

5. Ceramah Perdana
Tempat: Kampung Padang Bengali, Teluk Air Tawar
Masa: 10.30 pm

18 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Khamis 20/12/2007

Terbang ke Kuala Terengganu

1. Mesyuarat Perhubungan Negeri di Kuala Terengganu
Masa: 4.00 – 5.00 pm

2. Program Korban Perdana dan Jamuan Raya
Agihan Daging Korban kepada penduduk DUN PAKA
Ucapan ringkas Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Perutusan Hari Raya Korban

Masa: 6.00 pm

3. Bertolak ke Bandar AMBS, Bukit Besi
Solat Maghrib – TAZKIRAH – Solat Isyak
Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan
Ucapan Ringkas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempena majlis tersebut
Masa: 6.30 pm

4. Bertolak ke Sura, Dungun
Ceramah Perdana:
i. Haji Mohamad B. Md. Amin
ii. Dato’ Haji Mustapha Ali
iii. Dato’ Seri Presiden PAS
iv. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Masa: 9.00 pm

Jumaat 21/12/2007

1. Perjumpaan dengan semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR Terengganu di Mayang Sari Resort, Pantai Sura, Dungun
Masa: 7.30 – 8.30 am 

18 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Terima kasih kepada Malaysiakini dan TVCeramah.

(Terdapat masalah teknikal dari minit ke-13 ke minit ke-18. Video sambung balik pada minit ke-19. Harap maaf, video penuh akan dimuat naik sebaik sahaja ia diperolehi)

Pasukan Pengendalian Blog DSAI

17 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Sdr Yudi Helfi menghubungi melalui emel:

Assalamualaikum pak Anwar.
Apa khabar sekarang? saya membaca beberapa media yang mengabarkan tentang pencekalan kepada pak Anwar. Apakah ini pencekalan yang serius
sehingga pak Anwar tidak boleh lagi bepergian ke luar negara Malaysia? Kami di PII sangat memprihatinkan ini jika sampai berlaku.

Wassalam.

Sdr Yudi, Waalaikumsalam.
Saya terharu dengan keprihatinan sdr. Benar tindakan sang penguasa kian terdesak dan ganas. Tekanan terhadap saya masih kecil dan setelah liputan meluas media internasional termasuk Indonesia mengenai kasus tersebut, mereka mundur setapak. Namun serangan media Umno hampir menggila, memapar saya sebagai pro Hindu pula!

Inshaallah rakyat kian sedar.

ANWAR IBRAHIM

17 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Lewat malam berlepas ke Bahrain menghadhiri mesyuarat Bank Islam di sana.

Alhamdulillah perjalanan keluar negara lebih mudah walaupun terpaksa melalui pegawai imigresen dan tidak saluran biasa. Saya sering menyapa baik pegawai-pegawai yang melayan dengan sopan.

Saya di Bahrain sekitar 5 jam, menziarahi keluarga pengurus bank Adnan Yusuf yang kehilangan abangnya semalam, dan menyelesaikan mesyuarat
dalam tempoh 2 jam 30 minit.

Kini saya dalam perjalanan pulang melalui Dubai, mengadakan beberapa perbincangan dengan rakan-rakan sebelum berlepas pulang ke KL inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

16 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

from thales:

Some Important Questions for Dato Seri Anwar Ibrahim:

1] as a Muslim political leader, [not necessarily a ruling Government leader] how would you treat non-Muslim Chinese and non-Muslims Indians, an Christians, Hindus, Buddhist or even Jews in Malaysia over their grievances?
this should be answered in 2 contexts:
a] those non-Muslim Chinese and non-Muslim Indians, Christians, Hindus, Buddhist etc who abide by their own MORAL and ETHICAL codes , meaning while obeying the laws of the land, they abhor CORRUPTION, INJUSTICES, ABUSE of POWER, MISUSE of PUBLIC FUNDS as they all, including, I say with certainty, the Muslims too.
b] those non-Muslim citizens who vent their grievances by VIOLENCE and STRIFE and have no MORAL and ETHICAL code of life.

As citizens of Malaysia all groups are guaranteed status under the law to rights and freedoms that includes freedom of conscience and religion. There is nothing in the mainstream thought of the non-Muslim faiths practiced in Malaysia which stands in contravention to the underlying principles of freedom and democracy enshrined in the constitution. All of these great traditions, including the religion of Islam, are fundamentally opposed to corruption, abuse of power, and the injustices that are being perpetrated by the current Malaysian government.
(more…)

15 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Wall Street Journal Editorial, December 14, 2007

Terjemahan dari Laman Marhaen, Versi Asli Dalam Bahasa Inggeris di bawah.

Semasa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memulakan jawatannya pada 2004, dia telah disambut sebagai seorang pengubah yang akan menyuburkan kebebasan demokrasi di Malaysia. Kelmarin, kerajaan beliau telah menyuburkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu undang-undang peninggalan penjajah dahulu yang memberikan kuasa mutlak kepada Eksekutif untuk menahan pihak penentangnya. Tindakan tersebut mencetuskan persoalan serius tentang iltizam Abdullah terhadap demokrasi.

Malaysia sedang berdepan dengan krisis politik yang paling besar sejak 1998, ketika mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mengepalai pergerakan Reformasi. Sejak November, sekitar 30,000 orang telah bersatu melaungkan agar diadakan perubahan kepada sistem pilihan raya, lebih 20,000 orang etnik India telah membantah terhadap perbezaan ekonomi dan para peguam telah turun ke jalan raya tunjuk perasaan menentang rasuah penghakiman. Protes yang sama telah diadakan lebih awal pada minggu ini.

Pada mulanya Abdullah menyahut cabaran secara bertahan, meminta para pembantah supaya duduk di rumah. Polis juga menolak setiap permohonan mahukan permit membantah, dengan alasan mahu mengekalkan perpaduan rakyat. (Di Malaysia, walaupun Perlembagaan membenarkan hak berkumpul secara aman, mana-mana kumpulan yang berkumpul lebih daripada lima orang mesti terlebih dahulu mendapatkan satu permit).

Apabila tindakan ini tidak berhasil, Abdullah mengambil satu cara kekerasan yang pernah diamalkan oleh bekas ketuanya dahulu, Mahathir Mohamad, dengan memperlekeh pembangkang politik. Kelmarin, aktivis India yang turut serta dalam perhimpunan aman pada 25 November, telah ditahan di bawah ISA. “Mereka boleh ditahan selama dua tahun kerana menghasut dan menjalankan aktiviti yang mengancam keselamatan nasional,” demikian kata Johari Baharom, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepada Bernama. Beliau tidak menjelaskan bagaimana satu himpunan aman boleh “mengancam keselamatan negara.”

Abdullah memang sudah lama berdepan dengan ledakan itu sepanjang minggu. Pada hari Ahad, satu kumpulan peguam dan aktivis – termasuk penggerak utama yang melancarkan bantahan yang paling besar bulan lalu – telah ditangkap, dan dibebaskan kemudiannya. Pada hari Selasa, beberapa orang pemimpin parti pembangkang telah dipenjarakan. Segelintirnya – walaupun bukan semuanya – sudahpun dibebaskan dengan ikat jamin. Ada yang tidak pun didakwa. Akan tetapi mesejnya amat jelas: Sesiapa yang mengkritik kerajaan sebelum pilihan raya umum yang akan diadakan, mengikut jangkaannya pada awal tahun hadapan, ataupun mendesak agar proses pilihan raya dibersihkan, boleh disumbat dalam penjara.

Tindakan keras beliau sesungguhnya memburukkan keadaan Abdullah. Rakyat Malaysia bukannya mempunyai kebebasan bersuara yang sama dengan negara demokrasi yang lain. Pihak media memang begitu dipengaruhi oleh kerajaan. Jadi, salah satu daripada segelintir cara untuk ahli politik pihak pembangkang dan aktivis menyuarakan rintihan ialah keluar di jalan raya. Dengan menafikan hak itu, Abdullah sebenarnya mencabar kumpulan tersebut menganjurkan bantahan orang ramai yang lebih besar lagi.

Rakyat Malaysia memang tidak suka dengan bantahan ganas di jalan raya. Seperti yang pernah dilalui oleh negara ini pada 1969 dahulu, ketika beratus-ratus orang telah terbunuh dalam rusuhan antara orang Melayu dan Cina. Akan tetapi dalam sebuah negara demokrasi yang matang, tidak ada sebab kenapa rakyat Malaysia, tidak boleh dipercayai mengadakan debat aman mengenai masa depan politik mereka. Cara Abdullah menangani protes masa depan akan menentukan hala tuju demokrasi Malaysia. Kalau diambil kira tindakan semalam, pertandanya memang tidak bagus.

Original English version:

(more…)

Switch to our mobile site