Arkib Tahun 2007

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Ning menanyakan soalan berikutan kes Port Klang Free Zone (PKFZ):

ling ling sik dan chan kong choy 2 kepala MCA. apa kata orang cina?

Ning,
Cara pembesar negara menutup pekung rasuah adalah dengan mendiamkan diri, agar segera dilupa oleh rakyat. Media kepunyaan mereka, dan dalam konteks ini The Star akan memadamkan cerita tersebut.

Isu ini membuktikan bagaimana rakyat di peringkat bawah – Melayu, Cina dan India ditipu oleh pemimpin Umno, MCA dan MIC. Mereka menggunakan kedudukan dalam kerajaan mengaut untung besar.

Kemudian mereka peralatkan media dan menjaja cerita pembangunan untuk rakyat dan memfitnah pembangkang. Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy perlu memberi penjelasan kepada BPR dan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Jumaat, 28 Disember 2007

1 pm – 2.30 pm
FELDA PASOH 4, DUN Pertang, Jelebu
- Sembahyang Jumaat
- Bertemu Jentera P’raya
- Ramah mesra Bersama Pengundi

2. 4 pm – 5 pm
FELDA PALONG 10, DUN Palong, Jempol
- Bertemu pengundi / jentera

3. 5.45 pm – 7 pm
PEKAN ROMPIN, DUN Jeram Padang,
( kawasan India / Cina )
- Bilik Gerakan bersama Jentera
- Beramah-mesra dengan pengundi
- Solat maghrib di Rompim

4. 8 pm – 9.15 pm
PEKAN Kuala Pilah, Parlimen K.Pilah
- Ceramah Kelompok

5. 10.30 pm – 12 tgh mlm
PEKAN Linggi, DUN Linggi, Telok Kemang
- Ceramah Umum

Sabaruddin 017-246 2237, 012 634 6714
Hj. Kamel, pengarah JKP N9 (019 2169984).

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada mujahidinreformasi:

SALAM DSAI,

Saya sarankan DSAI dan semua jentera PAS dan Keadilan untuk turun ke bandar Johor Bahru melakukan roadshow sebelum PRU nanti.Warga Johor masih ramai yang kurang prihatin tentang permasalahan negara.

Mereka lebih prihatin tentang masalah WPI yang menggugat negeri Johor semata-mata.Ayuh jentera semua ayunkan langkah ke selatan.Gegarkan Bandar Johor Bahru dan perkukuhkan barisan di sana..Allahu Akhbar!!

Mujahidinreformasi,
Inshaallah saya akan ke Johor Januari nanti. Projek raksasa WPI – satu lagi projek kroni yang mengenepikan kepentingan rakyat Johor. Hal tersebut akan disentuh bersama isu semasa lainnya.

ANWAR IBRAHIM

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

kedah

Tahniah kepada rakan-rakan di Pulau Pinang dan Kedah kerana mengatur program dengan jayanya. Sambutan masyarakat India terutama di Paya Besar,Lunas sekitar 6 hingga 7 ribu orang majoriti kaum India mengejutkan banyak pihak. Samy Vellu pun mula mengaum marahkan saya. Ayo yo….

Di Tasek Gelugor dan istimewa di Markaz PAS Kedah puluhan ribu orang kebanyakannya Melayu membanjiri padang mendengar pidato ustaz Azizan, Ustaz Abdul Hadi dan saya.

Alhamdulillah perkembangan cukup menggalakkan.

ANWAR IBRAHIM

Paya Besar 1Paya Besar 2Paya Besar 3Paya Besar 4Paya Besar 5Sungai Petani 1Sarang Semut 1Sarang Semut 2Kedah 1

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Tickler:
In another estate area with almost 600 Indian flood victims, the UMNO ‘volunteers’ delivered just one sack of rice to be shared by 600 Indian estate workers and their children. Many of the Indian estate women became hysterical and screamed how 600 people were going to share one bag of rice.
http://www.malaysia-today.net/2008/index.php?option=com_content&task=view&id=272&Itemid=36

Yen:
I appeal to Sdr Anwar Ibrahim to constantly moderate the over enthusiastic Indians by reminding them to give their support and you as a Leader will do the fighting for them and for all Malaysians alike.We must not let a small group of crooks,hooligans and gangsters to hijack our dream to see you become the prime minister of Malaysia.We must not resort to anything illegal which can give BN an excuse to advantage off. BN is a well oiled machinery and it has the financial muscle to do what it wants.

Yusof:
Ini satu petanda menunjukkan berapa lama orang Cina dan India dalam BN boleh tahan untuk mendapat kongsi kuasa dengan UMNO menurut syarat UMNO di mana mereka mesti bertoleransi dengan sikap buruk UMNO dan budak-budak suruhan mereka, nampaknya menurut tuntutan PM yang baru, mereka mesti dapat bertahan untuk selama sekurang-kurangnya 50 tahun lagi. Nampaknya mereka dah tak boleh tahan lo!

Kepada yen; tickler dan yusof,

Mesej kita kepada rakyat harus konsisten, pertahankan paksi perlembagaan, keadilan untuk semua. Rakyat miskin jangan dipinggirkan dan khazanah negara jangan dirompak oleh segelintir keluarga dan kroni pimpinan Umno & BN.

Masih punya ruang untuk berubah, tinggal rakyat perlu manfaatkan demi maruah!

ANWAR IBRAHIM

25 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Khamis 27/12/2007

5.00 – 6.45 Petang
.
-Minum Petang di Meru
.-Ucapan Dato Sri Anwar Ibrahim
.-Kehadiran Penduduk Meru, Melayu,Cina, India
(Azman- 019-6366111)

6.45 – 7.30 Malam
.-Sembahyang Magrib di Masjid Meru
.-Ucapan Dato Sri Anwar Ibrahim
.-Kehadiran AJK 30 Surau di Meru dan penduduk setempat
(Azman- 019-6366111)

8.00 – 9.30 Malam
-Jamuan Perpaduan Rakyat di Restoran Taman Rasnah, Klang
.-Ucapan Dato Sri Anwar Ibrahim
.-Kehadira jualan Tiket Makan Malam
(Ang- 0127613688)

10.00 – 12.00 T.Malam .
- Ceramah Halatuju Malaysia Selepas 50 Tahun
.-Ceramah Dato Sri Anwar Ibrahim
.-Kehadira Rakyat Parlimen Kapar
(Suzaimi- 016-6918850 )

24 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua penganut Kristian di Malaysia dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia.

Kami menaruh harapan bahawa penganut rakyat Malaysia terus mendoakan Malaysia yang bersatu dan aman-damai.

Kita perlu terus berusaha untuk membina masyarakat yang menjunjung keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM & DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

*

CHRISTMAS GREETING

We would like to wish all Christian Malaysians a blessed and joyful Christmas and a Happy New Year to all Malaysians.

We hope that all Malaysians continue to pray for a united and peaceful nation.

We need to work harder to build a society that upholds justice for all Malaysians.

ANWAR IBRAHIM & DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

24 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya diberitahu Dr. Jeffrey Kitingan kian stabil di bilik VIP. Saya dan Azizah juga akan berusaha mendapatkan pandangan rakan kami pakar luar negeri.

Dr Jeffrey merupakan di antara penggerak utama kempen KeADILan Sabah. Diharap rakan-rakan teruskan usaha gigih beliau.

ANWAR IBRAHIM

23 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

(1) jmjat memberi respon:
assalamualaikum…..salam perjuangan buat Dto seri anwar & the` gang…saya menghormati perjuangan dato yang ingin melihat UMNo tersungkur…tapi saya perhatikan bahawa Umno begitu yakin dengan dasarnya dan menyatakan bahawa mereka perihatin dengan bangsanya…walaupun rasuah jelas kelihatan, segelintir anak2 muda dlm Umno yang begitu ramai bergelar dato akan membiarkan pembangkang kedepan dengan mudah….

pergolakan dalam Pas dan keadilan bagi kerusi di kelantan jelas bahawa kita sendiri belum matang bagi merobohkan Umno…pas seolah-olah tidak memandang keadilan sebagai barisannya….adakah benar begitu….

sdr jmjat,
Sukar bagi dato-dato saudagar kaya yang menelan habuan melimpah untuk berbicara mengenai perjuangan dan perubahan. Kita perlu menerobos ke peringkat akar umbi.
Umumnya rundingan dengan PAS berjalan lancar. Mudah-mudahan masalah di Kelantan dapat diselesaikan segera.

(2) ulambatar memberi respon:

Zon Bebas mereka boleh buat sebebas bebasnya sehingga PAC pun main wayang. Dato Sharill’s harap u tumpukan sahaja perniagaan dobi u takusah lah duduk kat kerusi pengerusi PAS tu,sori PAC tersasul pulak. jika 44 orang tersasul kata pengerusi PAS maka ada potensi jadi pengerusi PAS.

Ulambatar,
Jangan bergantung harapan kepada institusi BN, terlalu banyak kepentingan! Strategi sebaiknya: anjurkan perubahan menyeluruh.

(3) Daripada For A Better Malaysia:
This is daylight robbery of the rakyat’s money.

Well, my fellow Malaysians, are we gonna unite as one and vote out this UMNO-BN?? Or are we gonna stay divided and fall into UMNO-BN’s trap and let them rule Malaysia for another 50 years?

Brother, The answer is obvious. But we need to mount a concerted and sustained campaign.

(4) Lakshy memberi pendapat:
DS, You must use these and other abuses of the bn gomen and take it on a road show to the villages. Show them what that amount of money could have been used for to develop ALL malaysian villages.

Also do a before and after wealth situation of the umnoputras (ministers, mps, local councillors) to show what the abuse of power by these people of poor character lead by imam hadhari has achieved. They have robbed the poor to take for themselves. You need to show the malays what is really happening in this country. If they love this country and love their children, they need to make a stand to protect the future of this nation.

Otherwise they will be at a loss when their grandchildren question them for not having made a stand when they could have done so and made a change for the better of the nation.

Lakshy,
It has to be a concerted effort. We all must do our part to stop the rot.

ANWAR IBRAHIM

22 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Daripada Abd Maruf:

Tapi saya paling kecewa sekali adalah saudara sanggup memburu-burukkan Malaysia di Indonesia. Tapi yang berhormat tak fikir di mana tempat lahir yg brhormat.

Sdr Abd Maruf,
Terima kasih. Sekarang sdr berdalih dan mengelak lagi, tidak membicarakan soal rasuah dan kezaliman tetapi kenyataan di luar negara!
Sdr boleh teliti ucapan saya. Namun bila ditanya mengenai penipuan pilihanraya atau rasuah, wajarkah dijawab, “ini urusan dlm negeri”.

Bagaimana pula bila PM dan menteri menyerang pembangkang di luar negara tanpa diberi ruang untuk menjawab?

ANWAR IBRAHIM

22 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

(1) respon anakmuda:

sudah banyak kes rasuah melibatkan pemimpin BN didedah. tetapi rakyat kebanyakkan menganggap permasalahan ini tidak ada kena mengena dlm kehidupan mereka. mungkin strategi perlu dipertajamkan lagi supaya masalah rasuah dan salah guna kuasa ini benar-benar mampu membangkitkan kesedaran rakyat untuk bangkit mempertahankan hak mereka.saya cadangkan:

Pimpinan BA peringkat negeri@pusat perlu menyenaraikan masalah rasuah dan penyalah gunaan kuasa yg berlaku di negeri masing-masing. ada baiknya satu ‘team’ ditubuhkan khas utk menyebarluas isu rasuah ini samada melalui ceramah,risalah dan edaran cd. Jikalau unit amal PAS yg dikenali dengan jolokan tentera merah terkenal dalam menjalankan tugas-tugas kebajikan, kita perlu ada satu lagi ‘tentera’ khas dalam menyebarluas apa sahaja masalah berkaitan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan negeri@pusat. Mungkin ‘team’ ini perlu uniform yg berwarna. Dengan uniform yg berwarna akan membuatkan rakyat kenal siapa sebenarnya ‘team’ ini. Lihat sahaja ‘team’ ini pasti rakyat sudah tahu bahawa akan ada risalah atau maklumat terbaru berkenaan rasuah yang akan disampaikan. Masalah rasuah ini akan mampu menjadi senjata paling berkesan dalam melawan pemerintah yang korup seperti BN jika strategi itu disusun dgn rapi.

Kebanyakan kerajaan di dunia ini jatuh apabila rakyat benar-benar sedar masalah rasuah dan salah guna kuasa ini beri kesan kepada kehidupan mereka. Tetapi sedihnya bila rakyat di malaysia ini tidak begitu sensitif dan ambil peduli.

(2) respon daripada thaqif:
Bagi penyokong Umno ,org Melayu khususnya sehelai kain pelikat lebih besar nilainya berbanding RM 4.6 belion wang negara dan hasil titik peluh rakyat yg di bazirkan oleh pemimpin mereka.Malang sunguh rasanya,kerana kita di takdirkan hidup senegara dgn org yg sebegini.Perompak tentunya akan terus memerentah.

Respon balas:

Anakmuda,
Beberapa langkah proaktif serta serangan berkesan melalui ceramah kelompok dan pengedaran risalah telah diambil dan akan diperhebatkan.
Saranan sdr juga akan dirujuk kepada AMK.

Sdr thaqif,
Kita perlu mengasak terus, memberikan penjelasan kepada rakyat. Isu kain batik di kampung, saham kepada penyokong atau kontrak kepada kroni tidak harus menghalang kita.

ANWAR IBRAHIM

21 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Respon Abd Maruf drpd emel:

Assalamulaikum,
kalau tidak ada bukti yang kukuh mengatakan umno berkelakuan sedemikian datuk seri tidak boleh berkata sedemikian,sekarang baru saya tahu bahawa datuki seri tamak dengan kuasa.dekat pilihan raya datuk seri cuba menjatuhkan umno walaupun perkara itu tidak betul.Cuba renungi hadis ini ‘MEMFITNAH LEBIH KEJAM DARIPADA MEMBUNUH’.Kemungkinan datuk seri cemburu dan juga mungkin takut kalah,atas dasar janji PM telah ditunaikan iaitu ECER telah di lancarkan tanpa gangguan.

Waalaikumsalam,
Terima kasih di atas peringatan sdr. Saya mengerti apa makna fitnah dan derita akibatnya.

Saya tidak mereka-reka! Videoklip VK Lingam, laporan audit Price Waterhouse Coopers, Memorandum Bersih dan data dalam laporan Sham Democracy, dan paling akhir isu PKFZ yang melibatkan Menteri Pengangkutan perlu sdr teliti semula.

Hadis perlu difahami dengan ikhlas dan bukan alasan mempertahan perasuah.

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site