31
Dec
07

Perutusan Tahun Baru

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 Masehi kepada semua rakyat Malaysia.

Mari kita merenung sejenak cabaran besar yang dihadapi negara kita: ekonomi yang makin hambar, jenayah yang meningkat, harga barang yang terus naik serta ketegangan kaum dan agama yang makin parah.

Sempena tahun baru ini, wajar sekali kita membulatkan tekad dan azam untuk mengatasi cabaran-cabaran ini dengan kepimpinan yang tegas, berani dan jujur di dalam memperjuangkan perubahan.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

Selamat Tahun Baru 2008

ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

2008 NEW YEAR MESSAGE

We would like to take this opportunity to wish a Happy New Year to all Malaysians.

Let us reflect on the critical challenges that our nation face today: a lackluster economy, rampant crime, rising prices as well as worsening racial and religious relations.

On this New Year, let us strengthen our resolve to overcome these challenges with resolute, courageous and honest leadership in our endeavour to heal the country.

Stop the rot, vote for change.

Happy New Year 2008.

ANWAR IBRAHIM & DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL


65 Responses to “Perutusan Tahun Baru”


  1. 1 Datuk Halik Zaman Dec 31st, 2007 at 2:33 pm

    Tahun baru, azam baru, usaha baru, baju baru, buang PakLah yang lama, ganti DSAI yang baru.

    Ucap selamat tahun baru kepada Dato Seri Anwar dan Datin Seri Presiden serta keluarga.

    Dari Halik Zaman & Nordiana Mohd. Raziz.

  2. 2 Datuk Halik Zaman Dec 31st, 2007 at 3:49 pm

    Esok Tahun Baru, harga kopi pun baru. Mahal sangat. Untuk menjimatkan wang, Najib suruh rakyat mesti ikut style P.Ramlee (Nujum Pak Belalang). Minum kopi guna arang kuali. (Sebelum P.Ramlee meninggal dunia, beliau sudah habaq, orang miskin cuma mampu minum kopi guna arang kuali jer. Ini satu sindiran P.Ramlee pada UMNO hari ini).

    Esok 1hb. Jan.2008 nak cuba minum kopi arang kuali.

  3. 3 darzfan Dec 31st, 2007 at 5:30 pm

    Selamat tahun baru. Semoga lebih bersemangat tahun hadapan.

    Sorang2 mereka yang bersubahat membuat fitnah terhadap DSAI ditimpa musibah…Skrg Menteri kesihatan pulak dgn kes “filem”nya…

  4. 4 Jantan Dec 31st, 2007 at 6:29 pm

    Selamat Tahun Baru Utk Semua Rakyat Malaysia.

    Kita ‘try tukar’ la masa mengundi.Masa 26 tahun Tun Dr. M jadi PM kita, Jepun tukar PM 16 kali, maju juga. So,siapa yang takut ni? Kita kena berani berubah. Tapi kita tambah lagi la proses nak maju tu,jangan ikut memb**i buta negara lain. Tuhan akan tolong kita kalau kita tolong agama-Nya.

    Oo,betulkah Menteri Kesihatan punya ‘filem’ tu? Kita siasat la dulu. Tapi buat malu la..

    Salam Reformasi!! Takbir!!

  5. 5 antatuyaya Dec 31st, 2007 at 6:35 pm

    Selamat Tahun Baru kepada Datok & Datin dan tak lupa kepada semua warga kerja PKR.
    Saya nak minta Datok Seri Anwar Ibrahim komen tentang ucapan Najib yang Malaysia akan
    bangkrap sekiranya harga minyak diturunkan. Setahu saya pendapatan dan kutipan kerajaan tak kurang daripada 100B setahun, kenapa susah sangat nak subsidikan 5B untuk minyak rakyaat setahun? Banyak orang Melayu bawahan kurang arif tentang pendapatan negara.
    Wassalam

  6. 6 Ong Dec 31st, 2007 at 6:47 pm

    Wishing you(DSAI) and your loved ones Happy New Year 08.

  7. 7 Watan Marhaen Dec 31st, 2007 at 7:03 pm

    Dalam BA ada PKR, Pas dan DAP di peringkat pusat bagaimana dengan kerjasama di peringkat negeri seperti Sabah dan Sarawak. Awal - awal lagi parti pembangkang tempatan seperti Pasok menolak kerjasama dengan BA yg. dianggap parti import sama seperti UMNO. Apakah pandangan dan strategi BA khasnya PKR dalam hal ini?

    Bagaimana pula ‘krisis’ di antara Pas dan DAP? Adakah mereka kini sudah berdamai dan sanggup berkompromi demi mencapai matlamat dan tujuan bersama. Kiranya kedua-dua parti telah mencapai titik persamaan adakah ia hanya strategi politik untuk PRU 12?

    What say you, Pak Syeikh?

    Lawan tetap lawan, ubah demi maruah

  8. 8 m1ng1e3 Dec 31st, 2007 at 7:13 pm

    Selamat Tahun Baru 2008. Semoga tahun 2008 akan membawa sinar serta kemenangan yang gemilang kepada PKR didalam PRU yang akan menjelang tiba. Kemenangan ini merupakan suatu hadiah kepada seluruh warga Malaysia. Reformasi! Reformasi! Reformasi

  9. 9 As-Salam Dec 31st, 2007 at 8:52 pm

    Datuk Seri,

    Saya masih menunggu pendirian PKR tentang PTPTN , saya harap Datuk Seri dapat menyatkan pendirian BA tentang isu ini sebelum pilihanraya, supaya saya boleh war warkan kepada rakyat akar umbi.Percayalah isu ini cukup dekat dengan pelajar-pelajar melayu dan bekas pelajar.

  10. 10 dendang Dec 31st, 2007 at 9:10 pm

    Asalamualaikum ,
    betol ker tahun baru ini, minyak akan naik?

  11. 11 b.muhdrazi Dec 31st, 2007 at 9:50 pm

    Selamat Tahun Baru 2008 kepada DSAI sekeluarga dan seluruh kepimpinan BA..Semoga tahun baru memberi sinar kepada penubuhan kerajaan baru di Malaysia..

  12. 12 For a better Malaysia Dec 31st, 2007 at 10:53 pm

    Datuk Seri,

    Happy new year 2008 to you and all at home. I look forward to 2008 with great hope that we may see a new Malaysia. I hope to see a free Malaysia, free from oppression, corruption and racism. I want to see a Malaysia led by leaders who are accountable and clean.

    I am voting for change.

  13. 13 Hang Nadim Dec 31st, 2007 at 11:15 pm

    Salam Tahun Baru 2008

    Tekadkan langkah, bulatkan azam, leburkan halangan di hadapan. Jiwa mesti tabah, walau ranjau kian parah. Diri tetap gagah walau nyawa ingin dipisah. 2008 Ayuh! Bangkitlah Bangsaku. Bangkit dari tidurmu.. REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!

  14. 14 urangKB Jan 1st, 2008 at 12:22 am

    Selamat tahun baru kepada DS dan keluarga serta rakan seperjuangan…

    semoga berjaya dalam perjuangan ini….

  15. 15 adihamka Jan 1st, 2008 at 12:39 am

    Buat As-Salam…
    tunggu resolusi AMK berkenaan isu ini…
    akan disebarluas Januari ini insyaAllah.

  16. 16 Tazrimi Jan 1st, 2008 at 12:51 am

    Salam sejahtera kepada DSAI dan Datin Sri dan selamat menyambut tahun baru 2008.

    Kita sebentar tadi telah sama-sama menyambut tahun baru 2008, itu juga sebagai tanda kita telah meninggalkan segala pahit manis yang sama-sama dilalui pada tahun 2007, yang pasti kita akan sama-sama menempuh cabaran dan dugaan pada tahun baru 2008 nanti, 1hb Jan 2008 menandakan juga kita terpaksa membayar lebih kepada 8 tol di negara kita, pasti. Diawal tahun dan permulaan tahun 2008 kerajaan pimpinan pak lah telah menyajikan dengan masalah kepada rakyatnya dengan kenaikan harga tol dan nanti minyak pula, selepas itu kita semua tidak tahu apa pula yang akan naik.

    gaji menteri pulak kot?,

    kita rakyat bawah yang akan terasa dengan kenaikan ini, mereka dengan segala keperluan semua ditanggung oleh kerajaan, kroni dan “pemberi-pemberi wang yang mulia”.

    bagi saya ini semua perlukan perubahan, macam mana nak berubah, kita perlukan pengorbanan, pengorbanan maksud saya adalah masa, wang dan sanggup melibat perubahan. ramai orang menyatakan nak berubah tapi tidak sanggup menghadapinya. Ini realiti rakyat malaysia.

    saya disini menyatakan sokongan yang penuh kepada DSAI untuk melihat perubahan tersebut, teruskan tanggungjawab, jangan leka dan berjuanglah bagi mencapai keadilan untuk semua…

    Hosama…0045H

  17. 17 yusof hussien Jan 1st, 2008 at 1:01 am

    Dato’ Najib kata Malaysia akan bangkraf jika harga minyak diturunkan. Menurut teori ekonomi ini jika berdasarkan nisbah yang sama, maka bila simpanan minyak kering, Malaysia akan berbalik ke zaman batu. Ini cakap orang UMNO berizajah ekonomi, berbangga dengan agenda ekonomi BN untuk membawa negara ke tahap negara maju, jikalau menurut proses transformasi ke arah tahap ini yang tinggal 12 tahun lagi, bererti penstrukturan ekonomi ke arah taraf ekonomi pasaran yang matang sudah mencapai lebih dari 80%, maka negara tidak boleh lagi begantung kepada hasil bumi untuk membina sekolah, hospital, jalanraya, tiang lampu dll, tapi kita sudah boleh berbahasa seperti memajukan sistem pendidikan, kesihatan dll dengan menggunakan ekonomi perindustrian dari hasil pembuatan dan perkhidmatan yang lumayan. Ternyata agenda ekonomi UMNO/BN hanya untuk membodohkan rakyat biasa. Masuk tahun 2008, mereka masih lagi menggunakan konsep lama ekonomi untuk mempertahankan kuasa di tangan mereka. Saya harap rakyat Sabah tidak diperbodohkan oleh Dato’ Najib.

  18. 18 bumilangit Jan 1st, 2008 at 1:32 am

    dulu video lingam, sekarang video tuduh mentri kabinet.banyak sangat video la. macam cerita sivaji

  19. 19 anagkasawan nasa Jan 1st, 2008 at 1:33 am

    Atatuyaya,

    Ramai pihak keras perut ketawa bila Najib kata negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan saya tak faham Najib sekolah kat mana. Sebab bila BA kata boleh turunkan harga minyak bermakna BA sudah buat perkiraan dari semua segi BA bukan cakap tak serupa bikin apa ingat bangsa UMNO sahaja ke yang pergi sekolah. bangsa lain tak pernah g sekolah.malang sekali bila Najib meminpin negara Najib hanya bersandarkan bapanya untuk harungi dunia politik apa ingat bumi malaysia ini milik keluarga ke? Dari Bapa jatuh ke anak dan jatuhke keturunan mereka hisyamtokmudin. Sudah le jangan nak monopoli kuasa politik belegar untuk keluarga sahaja, malaysia milik rakyat bukan milik keluarga atau satu keturunan sahaja harap Najip cerminkan diri ada kah malaysia milik keluarga aku.Harap ahli UMNO hukum Najib kerana menjadikan UMNO hak milik dituntutut oleh keluarga dia.

    Wassalam.

  20. 20 Jebat Andalus Jan 1st, 2008 at 1:51 am

    Assamualaikum…Selamat Tahun Baru…Syukur kita pada Tuhan kerna nikmatnya kita merasa juga Tahun 2008….Buar para penyokong Keadilan,gandakan usaha kita agar Tahun ini merupakan Tahun milik kita…BN amnya UMNO semakin gelabah dan kelam kabut…Mereka hari ini telah pun sedar akan kebangkitan rakyat,dan dengan itulah mereka sedaya upaya menghancurkan perjuangan murni kita ini,tujuan mereka hanyalah satu iaitu memastikan pekung mereka tidak pecah…..Tadi baru sahaja media mereka menyiarkan tentang moral pemimpin mereka yang terbabait dengan gejala seks,maka bertambah peninglah Pak Lah…Maka kesempatan yang Tuhan berikan ini maka perjuangan kita haruslah di teruskan…….Salam Tahun Baru.

  21. 21 fajar Jan 1st, 2008 at 8:04 am

    Moga ALlah SWT memberi kekuatan kapada DSAI dan pejuang-pejuang kebenaran untuk meneruskan perjuangan sehingga tumpasnya UMNO dan BN dalam PRU yang tak lama lagi. Bak kata kawan saya, hanya orang bodoh saja yang pangkah UMNO dan BN. Semua rakyat tak kira Melayu. Cina atau India perlu bersatu memperjuangkan keadilan. Bersama-sama kita tumbangkan Dollah, Najib dan konco-konconya. Rakyat telah ditipu selama 50 tahun. Cukuplah…

  22. 22 wan padang serai Jan 1st, 2008 at 10:53 am

    semoga kehadiran tahun 2008 ini menjadi tahun barisan nasional berkubur dan terus lenyap di malaysia

  23. 23 zali gombak Jan 1st, 2008 at 12:37 pm

    kenyataan paling bodoh sempena menyambut tahun baru 2008 iaitu negara bangkrup bila minyak turun.

  24. 24 Insan Prihatin Jan 1st, 2008 at 2:09 pm

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta keluarga…

    Pertama-tama, saya ingin mengucapkan Takziah diatas kembalinya ke Rahmatullah, Allahyarham Kapten (B) Abdul Zaki (Inna lillahi wainnailaihi rojiun) - semoga Allah Subhannahu Wataala limpahi rahmat ke atas roh Allahyarham, amin - dan saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2008!

    Pada Hari Raya Aidil Fitri tahun 2001, saya telah berkesempatan bersilaturrahim dengan Datin Seri dan saudari Nurul Izzah serta ahli keluarga Datuk Seri yang lain (semasa Rumah Terbuka di kediaman Damansara yang lama) untuk menyatakan rasa simpati saya terhadap perjuangan Jihad Fisabillillah Datuk Seri dari dalam penjara Sg Buloh dulu. Alhamdullillah doa saya yang ikhlas telah saya luahkan didepan Datin Seri waktu itu, Allah Yang Maha Adil makbulkan jua. Almaklumlah saya ketika itu seorang musafir yang merantau di Malaysia dan sedang dalam kesusahan dan berkat rezeki makan hidangan juadah raya yang telah dijamu oleh isteri tercinta lagi tersayang Datuk Seri yang peramah lagi pemurah, Datuk Seri sekarang telah bebas dari belengu kezaliman dipenjara yakni dengan izin dan kehendak Allah jua.

    Dan sekarang, saya doakan agar perjuangan JIHAD Datuk Seri Anwar yang tidak kendur-kendur demi menegakkan keADILan semata-mata untuk kemanfaatan UMMAH akan Allah Azza Wajalla kabulkan dengan seberapa segera, jika idak hari ini, esok atau lusa.. Insya Allah — AMIN ya RABBul Alamin!

  25. 25 dap Jan 1st, 2008 at 4:55 pm

    selamat tahau baru!
    DAP ucapkan kepada semua rakyat di malaysia!
    DAp percaya dr anwar ibrahim boleh membuat satu kejutan besar bila pilihan raya nanti!
    salam perjuangan!

  26. 26 sewel Jan 1st, 2008 at 5:05 pm

    Dear Anwar,
    I told you before also in our Uni days when you were with ABIM that you will be a great leader but dont just side the malays or side UMNO etc.

    Now again I advise you that you have become a great leader for all Malaysians including the Malays, Chinese, Indians, Singhs and you will be our greatest leader.

    You are not just a malay leader today, now you are a malaysian leader. Anwar you are our Martin luther king, our gandhi or abraham lincoln. Greatness has been forced upon you whether you like it or not. So i want you to be strong and be out there because when you look around you I am one of the thousands upon thousands supporting you.

  27. 27 Juwaini Jan 1st, 2008 at 5:20 pm

    Assalamualaikum w.b.t DSAI.

    Saya merupakan seorang pengkagum DSAI dan sering mengikuti perkembangan politik DSAI.

    Saya ingin menyarankan agar DSAI dapat meluangkan sedikit masa untuk membidas kembali kenyataan-kenyataan ‘kurang cerdik’ yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Contohnya adalah seperti hujah Najib (tiada salutasi kerana penghormatan adalah sesuatu yang diberi, bukan dipaksa) yang menyatakan bahawa negara akan bangkrap sekiranya subsidi minyak terus-menerus diberikan.

    Saya juga berminat untuk mengetahui tahap optimistik DSAI tentang sejauh manakah keupayaan pihak BA untuk memenangi kerusi pada pilihanraya yang mendatang.

    Terima kasih.

  28. 28 mH71 Jan 1st, 2008 at 5:21 pm

    Assalamu’alaikum Dato’ Seri & keluarga,

    Saya juga berdoa agar Dato’ Seri diberi kekuatan di tahun ini untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang bakal menjelma dek kerana pilihanraya semakin hampir walaupun tuan nakhoda negara masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah honeymoonnya dan masih fikir bahawa rakyat Malaysia aman gembira & gemilang walhal hakikatnya majoriti rakyat sekarang merana dan sengsara akibat kemelut kewangan yang meruncing akibat harga barangan asas melambung naik di samping harga minyak dijangka naik tahun ini.

    Saya percaya & amat yakin bahawa Dato’ Seri lah satu-satunya pemimpin Melayu beragama Islam sekarang ini yang mampu mengembalikan maruah bangsa agama dan negara di dalam negara dan di arena antarabangsa. Inilah yang paling penting Dato’ Seri. Jangan abaikan masalah Melayu dan agama Islam haruslah dibela & dipelihara. Selagi Dato’ Seri ikhlas dan jujur memperjuangkan reformasi saya yakin seluruh rakyat jelata yang tidak mempunyai kepentingan politik - ataupun the so called silent majority akan bersama dengan Dato’ Seri menjayakan negara bangsa dan juga agama.

    Dato’ Seri percayalah bahawa rata-rata rakyat kini amat rindu dengan pemimpin yang berkarisma seperti Dato’ Seri. Semangat berkobar-kobar Dato’ Seri jelas terpampang dimuka apabila beraksi dalam kata-kata. Saya amat sedih sekali melihat tuan nakhoda negara dalam perutusan tahun barunya di dalam TV malam tadi yang amat lemah dan teragak-agak, langsung tidak bersedia untuk membaca skrip yang disediakan. Siap kena edit ditengah2 ucapan. Kenapa jadi begini? Tak tahulah tapi jelas sekali ini memberi satu opportunity yang amat baik kepada Dato’ Seri untuk menonjolkan ‘talent’ Dato’ Seri sebagai pemimpin itupun kalau ada ruang-ruang untuk ditonjolkan. Teruskan dengan Al-Jazeera dan sebagainya kerana rakyat kini pun mempunyai akses untuk menontonnya. Akhir kata, salam Tahun Baru & selamat berjuang.

  29. 29 AQIM_03 Jan 1st, 2008 at 5:31 pm

    SALAM

    SEMPENA TAHUN BARU. SEMUAGA DATO SERI DI BERI KEKUATAN DARI SEMUA SEGI.
    KATA NAJIB BANGKRUB KALAU BA DAPAT PERINTAH NEGARA.. DATO SERI! INILAH
    CARA BERFIKIR ORANG YANG TIADA KEBOLEHAN DALAM MENTADBIR NEGARA, NAJIB
    NI BUKAN TAU APA. DIA TERJADI MACAM SEKARANGPUN PASAI TRADISI UMNO YANG
    KARUT MARUT. DIA ORANG JADIKAN HAK KELUARGA BAGI JAWATAN TERSEBUT.
    KALAU ITU CARA DIA KEMPEN DAN NAK BODOHKAN RAKYAT. BIAR SAYA JAWAB.

    SIBAHALOL NAJIB!
    AWAK YANG GILA DAN HILANG AKAL. BAGI KEPEDULIAN NASIB RAKYAT BA BERSEDIA
    MENURUKAN HARGA MINYAK DENGAN MENGAGIHKAN PENDAPATAN NEGARA SECARA BIJAK SANA.
    KEUNTUNGAN PETRONAS DAH CUKUP UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA SEBENARNYA.
    DIDALAM BA KITA TAK AMALKAN KOMISYEN HINGGA JUTAAN RINGGIT (KOMISYEN AMAT
    LUAR BIASA DAN GILA) KITA JUGA TAK AMALKAN KRONI, TENDER TERUS, DAN MACAM2
    KERJA GILA YANG UMNO BUAT. SEMUA INI AWAK JANGAN BODOH. ITU BUKAN DUIT BAPAK AWAK.
    JANGAN JADIKAN RAKYAT HAMBA ABDI. SUDAH CUKUP APA YANG ANDA BUAT.

    NAJIB!
    CUBA AWAK JELASKAN PADA RAKYAT BENDA YANG BETUL. APA HAL DENGAN ALTANTUYA??
    KAPAL SELAM, PELABUHAN KELANG. BALAK PAHANG. PASTU AWAK BOLEH BARCAKAP
    HAL EKONOMI. KALAU TIDAK BOLEH BLAHHH

    HISYAM PUN SAMA. KETURUNAN YANG JAHIL TENTANG TADBIR NEGARA. TAPI BELAGAK PANDAI.
    KALAU PASAI SAMUN SAHAM GUA RESPEK LU…

    UBAH DEMI MARUAH
    UBAH SEBELUM PARAH.

  30. 30 Iqmal Jan 1st, 2008 at 7:08 pm

    Saya juga ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru, bukan saja buat Dato Seri dan keluarga, tetapi kepada semua penyokong perubahan.

    Guru Reiki saja pesan, tahun 2008 adalah tahun untuk selesaikan agenda tahun 2007. Nampaknya, dengan sokongan dan kerja keras semua, insya Allah 2008 adalah milik kita. Amin.

  31. 31 cheah chung kheng Jan 1st, 2008 at 7:49 pm

    semoga tahun baru kepada Dato seri dan keluarga..semoga dato seri berjaya dengan perguangan di tahun baru..especially general election…

  32. 32 yusof hussien Jan 1st, 2008 at 9:08 pm

    Ucapan tahun baru dari Pengerusi SPR yang tak baru memberikan satu mesej kepada kita yang sudah nyata lagi terang, bahawa pada hari pencalunan nanti, parti pembangkang bukanlah tetamu yang dijemput untuk mengisi borang pencalonan. Jadi apa lagi kita nak buat kalau parti pembangkang sudah dianggap oleh penganjur PRU12 sendiri seperti hidung tak mancung, pipi terserong-serong. Berikan sesuatu yang memeranjatkan kepada seluruh dunia seandainya PRU12 diadakan dalam tahun 2008 ini.

  33. 33 negarawan Jan 1st, 2008 at 10:15 pm

    Salam hormat DSAI dan saudara-saudari sekalian. I would like to wish all of you a Happy and Blessed New Year 2008. Datuk Seri, you are Malaysia’s last hope for survival and peace. May Allah Bless you and guide you and the entire coalition party machinery towards huge success in the coming GE. Whether it is before April or after does not matter, the support of all races in our beloved country, are all behind you. Let’s work as one united people, irregardless or race and religion, to bring back the shining glory of Malaysia. Nothing good can come from UMNO, MCA and MIC, only corruption and pathetic “leadership” that will continue to plunder and destroy the entire country.

  34. 34 King Mongkut Jan 1st, 2008 at 10:31 pm

    Bersempena tahun 2008,saya juga terus mengambil langkah meminta saudara mara dan rakan taulan agar terus menyokong BA,bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.Diksempatan ini saya juga meminta Dato Seri menghebahkan agar ibu bapa mengambil langkah memboikot segala bentuk bayaran yang dikenakan oleh pihak sekolah.Langkah yang diambil oleh kementerian pendidikan sekadar melepas batuk ditangga. Dukacita hanya RM4.50 saja yang ditolak dari beratus-ratus RM yang masih membebankan masyarakat. Seandainya BA memerintah saya ingin memberikan cadangan agar dimasuhkan semua bentuk bayaran yang dikenakan oleh Kementerian Pendidikan,khususnya pihak sekolah.

  35. 35 Awie Jan 1st, 2008 at 10:51 pm

    Dato and Datin seri..assalamualaikum,
    Kita boleh baca dah mentaliti najib ni. Kalau perkara yang hendak dilakukan itu adalah
    untuk kebaikan rakyat, terus nagara akan bankrup. Tapi bagaimana dengan perancangan koridor-
    koridor yang akan menelan belanja ratusan billion ringgit..Saya syorkan pada Bn kalau betul
    memperjuangkan nasib rakyat tak payah laksanakan projek koridor tu.Turunkan harga minyak.Semua
    rakyat akan dapat nikmatnya. Kerana jika harga minyak turun harga barangan yang menyiksa
    rakyat masa ni akan ikut turun juga. Projek koridor yang akan di bangunkan tu bukan ada
    manfaatnya sangat buat rakyat..kerana projek2 tu hanya lah untuk menghidupkan kroni kronak
    UMNO yang dah terbiasa hidup mewah dan senang lenang sekarang ni. Kalau tak ada projek apa
    mereka nak cekik..Semua rakyat harus sedar 1 undi untuk BN bermakna monolong untuk kenaikan
    harga minyak dan akan menyulitkan lagi kehidupan rakyat yang memang dah terseksa buat masa
    ini… Slogan untuk pilihan raya 1 UNDI UNTUK BN = kenaikan RM0.50 harga petrol.

  36. 36 zali gombak Jan 1st, 2008 at 11:30 pm

    pelakon filem porno yg terhebat di malaysia yg dilahirkan oleh mca dan umno.pelakon seorg menteri yg menghalang anwar berubat diluar negara.padan muka.Kpd pemimpin umno barua bahagian labis sulaiman terbukti pelakon tu ialah menteri lagi kau nak bela.pas tu tuduh pembangkang.tak malu kerr…otak udang langsung.masa anwar kau setuju walau tiada bukti now org yg kau bela ni ada bukti dvd lagi. bodoh… bodoh…

  37. 37 Kuan Jan 2nd, 2008 at 1:23 am

    Salam Dato Seri
    Nampaknya Najib telah menelanjangkan kebolehan yang ada pada mereka yang diangkat oleh kalangan pemimpin sebagai pemimpin negara dengan kenyataan bahawa negara akan bankrup jika harga minyak tidak dinaikkan ( diBNkan) .Setelah 50 tahun ,rupa-rupanya bn tidak mampu mempelbagaikan sumber pendapatan negara dan hanya bergantung pada sumber minyak .Apa akan jadi pada negara kita jika minyaknya kering , sedang tidak dinaikanharganyapun negara bakal bangkrut ???Aduh menyedihkan pemimpin ini.Mungkin kenyataan jujurnya patut berbunyi ‘kami ( pemimpin BN) dan anakbini akan
    bankrup jika harga minyak tidak dinaikkan ‘.
    UBAH SEBELUM PARAH
    UBAH DEMI MARUAH
    LAWAN TETAP LAWAN

  38. 38 r2d2 Jan 2nd, 2008 at 1:30 am

    Saw the dispicable Health Minister on TV without any shame admitting that he was the one captured on tape for 18SX behavior with his ‘friend’. For what he had done and admitted, he had the nerve to say that his wife and children had accepted his apology over the matter - Dhuh !. Really pity them, the wife especially. But if it’s true that the lady can accept what the husband had done, I salute you madam! It’s either your’e genuinely noble, or genuinely plain stupid. Actually, I quote that from my 15 yr old niece who was watching TV with me at the time.

    With his arrogant, muka tembok face he went on to blab how he had explained everything to the PM, Dep. PM and the MCA president and that he will continue to serve the country as Health Minister and that he’ll perform his duty as usual ( I wonder what - ordering more viagra for his Ministry, I suppose?). The best joke was when the TV showed him being greeted respectfully by the ’songkok tinggi’ man in red T shirt whom I believe is from UMNO, and some other MCA man who then read a written statement saying how they’ll stand behind him all the way. Good God !Are they for real? Malaysia boleh betul !

    The moral of the story here is that, he’s making it sound like “Hey it’s my business I am the victim here and that the person prying on me is the real culprit. So, police go after him”. Hello… in case you forgot, you’re a minister man, not some ordinary apek selling vegetable at Pasar Pudu. You got no sense? Your ministry advices the public not to engage in lewd sex and yet you …, what did you do with your ‘friend’ in that room? Knowledge sharing?

    Dear Malaysians, don’t you think that enough is enough? Being in power for too long make them big headed and think that they can get away with anything. This is another episode showing how Government leaders taking things for granted and the reason why they dare to do all these is because they take us, the Rakyat as fools. But, if you’re not one - then, VOTE FOR CHANGE

    P/s : Tahniahlah Pak Lah, now you have a complete set of rogues in your cabinet - corrupts, morons, murderers, adulterers. What next?

  39. 39 madan Jan 2nd, 2008 at 4:25 am

    A’kum DSAI dan keluarga BA.
    Hari beralih tahun. Pun begitulah kian terungkai kejijikan pemimpin yg mentadbir negara kita hari ini. bila melihat muka-muka yg mengampu ni, makin benci dgn pentadbiran hari ni. mmg jelas mata hati mereka kian tertutup!!! biarlah pemimpin dah rogol anak dara org (klu mak dia pun tak apa agaknya), dah bunuh org, dah jual harta org melayu (maksud saya reserve melayu), dah runtuhkan surau (termasuk kuil), dah mentekedarah duit rakyat dan mcm2 lagi yg kita semua dah tau, mereka tetap juga nak sokong pemimpin BN. Mampuih lagi baik lah klu cara hidup cam gini…. ANDA HIDUP DENGAN TIADA NILAI……

  40. 40 Salman Al-Farisi Jan 2nd, 2008 at 9:05 am

    HAPPY NEW YEAR 2008 to all Malaysians!

    My special greetings to Dato’ Seri Anwar Ibrahim & family as well as to all “Parti KeADILan Rakyat Fighters for Justice” … I dedicate this prose to you all:

    The time has come asunder
    For you to strike thunder
    Amongst the lightning of fear
    Into the hearts of grandeur

    Time is of the essence
    Now! No more nonsense
    Strategies of effervescence
    Are keys to victorious eminence

    Anwar Ibrahim is a worthy leader
    A fighter of honourable calibre
    Why disunite, quarrel and bicker?
    Together you forge ahead quicker!

    The General Election is drawing close and near
    Negative thinking to be considered no longer
    Let the whole world say most impossible to gather
    The momentum of strength is your force multiplier

    DSAI has gone through much worser tests by the Almighty
    You have only withstood a minute portion of God’s calamity
    There is no other Malaysian Muslim of incredible integrity
    To lead your beloved nation to the Pinnacle of the New Century!

  41. 41 jerry Jan 2nd, 2008 at 10:54 am

    Assalamualaikum w.b.t

    Didoakan semoga Dato’Seri dan para pemimpim pembangkang lain berada dalam keadaan sihat walafiat.Tahniah diucapkan di atas keprihatinan Dato’ Seri terhadap masalah negara dan kemelut yang kita sedang berhadapan sekarang. Percayalah, sokongan terhadap Dato’ Seri di kalangan rakyat sekarang bertambah dari hari ke hari baik yang tinggal di kampung-kampung apalagi golongan menengah yang berada di bandar. Dikesempatan ini saya ingin meminta DS supaya senantiasa menjaga prilaku dan ucapan yang boleh mengundang kesangsian rakyat serta perkara-perkara buruk lain yang mudah dieksploitasi oleh BN.

    Salam Reformasi…

  42. 42 Salman Al-Farisi Jan 2nd, 2008 at 12:32 pm

    Assalamualaikum Dato’ Seri Anwar,

    Dengan niat tulus ikhlas, saya usulkan kepada Dato’ Seri bahawasanya satu-satu cara bagi Parti KeADILan dibawah pimpinan Dato’ Seri untuk meraih sebarang undian Majoriti di seluruh pelusuk negara ialah dengan keberanian Dato’ Seri merujuk kepada seluruh rakyat jelata negara Malaysia dari Raja setiap negeri yang hidup mewah sejahtera hinggalah ke akar umbi fakir papa kedana yang menderita untuk mengundi kesemua calon-calon Parti Dato’ Seri seolah-olah setiap calon dari Parti Dato’ Seri adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri… maksud saya, setiap calon PKR adalah “personal proxy” atau wakil peribadi Dato’ Seri. Dalam erti kata lain, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dan mencabar kesemua calon-calon UMNO dan BN secara “TOTAL” dan menyeluruh! Insya Allah, kejayaan pasti akan tiba…

  43. 43 Mohseni Ejeie Jan 2nd, 2008 at 1:13 pm

    TAHUN BARU, ORANGNYA LAMA
    UMNO BARU, TAK AKAN BERTAHAN LAMA…

  44. 44 anak_bugis Jan 2nd, 2008 at 2:19 pm

    Assalamualaikum….

    Selamat Tahun Baru pada semua. Walaupun saya baru mula kerja hari ni,saya tetapkan juga azam untuk tahun 2008. 27 Nov 2007 saya accident, tak parah tapi patah tangan la juga. Doctor nak operate masuk besi bagai. Sori la doctor oii… Saya pi bomoh patah 2 kali urut sekarang dah ok 100%. Alhamdulillah….. kalau masuk besi tak tentu hooray lagi tahun baru ni. Untuk 2008….Azam baru, tekad baru dan pemimpin pun baru la juga.

    LAWAN TETAP LAWAN.

  45. 45 angkasawan nasa Jan 2nd, 2008 at 4:06 pm

    AQIM_03,

    Saya hormati pandangan saudara tapi harapan saya gunakan ayat yang manis sikit saya pun keluarkan pandangan sebagai sebuah negara demokrasi semua werganegara berhak menberi pandangan saya berpegang pada itu, tetapi saya amalkan ayat yang serderhana kita tidak boleh terlalu emosi dalam melakukan usaha perjuangan mahupun apa perkara sekalipun sifat sederhana perlu diamakan. apa tidak boleh dipadan dengan api, oleh itu api perlu dipadan dengan air. sebab itu FRU guna air.jika rasa baran biasanya orang pergi mandi ini bukan petua tetapi dalam agama pun menuntut begitu.Walau apa pun tahniah pada Najib kerana telah bermenantu dari anak isteri pertama. jika timang cucu nanti jemput jemput lah.

  46. 46 ladymariah Jan 2nd, 2008 at 4:14 pm

    Selamat Tahun Baru. Ubah demi Malaysia yang lebih baik!

  47. 47 ulam batar Jan 2nd, 2008 at 4:35 pm

    DSAI,

    Kita sibuk bicara soal harga minyak petrol tiba tiba minyak masak pula tiada dipasaran, nanpaknya UMNO dan BN kian tidak menentu sekarang hinggakan tampak gagal menguruskan negara, bagai mana malaysia sebuah negara pengeluar minyak sawit terbesar didunia boleh jadi begini rakyat nak makan pun susah.ini petanda jelas cara UMNO & BN telah gagal sama sekali menguruskan negara.jika kita menginport minyak sawit kita mungkin boleh terima keadaan sebegini, tetapi kilang minyak sawit bersepah kat malaysia tetapi minyak masak tiada dipasaran ‘apa ke jadahnya’ bukan saya kata tapi NTV7 yang kata.ini yang dikata pelik tapi benar. malaysia sebuah negara yang penuh misteri jika nak dibukukan berpeluh penulis, jika nak difilemkan pengarah hollywood pun angkat tangan.yang paling pelik bila Pengerusi SPR suruh penbangkang boycott pilihan raya, sedangkan dia Pengerusi Pilihan raya dia berdiri atas apa bila dia sebutkan ayat ini?.sebagai Pengerusi SPR atau Pengerusi BN.aku berasa negara ini begitu pelik sekali.inilah sebuah negara yang mana kakitangan awam telah gagal menjalankan amanah serta sumpah yang telah mereka angkat sewaktu memegang kuasa jangan dimakan sumpah sudah le yop..malu orang perak.malu kita dengan orang lambor kiri lambor kanan, bote keri bote kanan.mana yop nak letak muke kat orang cenderong balai orang labu kubong,langkap sana ramai orang PAS. udah le yop.. yong pun yanpah negoknya..

  48. 48 negarawan Jan 2nd, 2008 at 8:34 pm

    I am thoroughly disgusted by the government-controlled media coverage of Chua’s resignation. Instead of looking for opportunities for improvement, UMNO and MCA are now twisting the situation and making Chua sound like a victim. So when a BN minister commits a crime and openly admits to it, the whistleblower is now condemn and hunted down by the corrupted UMNO-led government. Likewise, when the Indians take to the streets peacefully to highlight serious community problems, and when the rakyat take to the streets peacefully to highlight electoral fraud and irregularity because the government refuse to listen, they are shot at with poisonous chemicals and tear gas, persecuted, and jailed without trial under ISA. This is a corrupted Nazi-like and Apartheid government which needs to be removed by all means and urgently for the sake of the future of Malaysia. Let’s work together regardless of race and religion to bring back the glory of our beloved country Malaysia. We urge the international community especially the US and EU to put pressure on the corrupted UMNO-led government and to impose sanctions on its corrupted and criminal “leaders”

  49. 49 kublai khan Jan 2nd, 2008 at 9:35 pm

    Per : Saya lah orangnya

    Satu ujian darah perlu dilakukan keatas bekas menteri kesihatan dan menteri pertahanan sama ada mereka pembawa HIV.jika positif mereka boleh masuk kelab marina anak Tun Mamat Mahadir.peminpin UMNO dan BN ibarat sokong menbawa rebah, harapkan pagar pagar makan padi,bagaimana filem lucah nak dikawal menteri sendiri pelakonnya bagimana nak kawal HIV menteri sendiri yang jadi pengedarnya.aduh!.. malaysia boleh pak kata pendatang indonesia. baya!.. pula kata di bangala menterinya tak sebegitu teruk. maaf saya bukan nak menburukkan menteri BN tetapi ini satu hakikat yang semua pihak tahu bak kata orang ‘bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan daun pisang’inilah bala dari allah kepada kerajaan yang zalim .bukit tinggi, janda baik tak lama lagi mungkin genting akan bergegar dik gemnpa bumi dari banjir kegempa bumi yang tak putus putus dibumi malaysia ini lah hadiah kepada peminpin yang tamak,zalim,menbazir kan wang rakyat,salah guna kuasa dan dll malas nak sebut.nanti ada yang kecil hati.

  50. 50 iman balqis Jan 2nd, 2008 at 11:08 pm

    salam tahun baru 2008…semoga tahun ini memberi sinar baru buat kita semua… semoga keamanan dah kesejahteraan yang kita nikmati hari ini berkekalan buat selama-lamanya…hentikanlah kutuk-mengutuk dan hina-menghina… ini bukan budaya kita…BERSYUKURLAH…wasalam..

  51. 51 Soon Jan 2nd, 2008 at 11:53 pm

    Dr Chua:Practise safe sex and be faithful to your partner.

  52. 52 Soon Jan 2nd, 2008 at 11:57 pm
  53. 53 NanOsmera Jan 3rd, 2008 at 9:30 am

    DSAI,
    Sila namakan Barisan Menteri Kabinet Baru BA sekiranya BA dapat menumbangkan kerajaan BN.Nak tau juga siapa orang-orang tu.Boleh pakai ka atau sama ja.Kalau DSAI jadi PM,nak tutup ka Genting,nak tambah sabsidi petroluem ka.Betul ka atau cakap politik ja.Susah nak percaya la sebab masa DSAI TPM dulu pun banyak kroni yang kaya raya.

  54. 54 panglima sdk Jan 3rd, 2008 at 11:07 am

    A.kum DSI,,

    SELAMAT TAHUN BARU SEMOGA PERJUANGAN BEROLEH KEJAYAAN..AMIN
    Saya mengharapkan agar PRU kali ini pihak PKR berjuang habis2an di Sabah yg dlm keadaan kekalutan skrg..pada pendapat saya BN sabah tidaklah sekuat mana seperti yg dicanang2kan..cuma parti pembangkang yg ada tidak begitu bertenaga..seolah2 bertanding hanya untuk mencukupkan syarat…biarla kali ini Datuk Seri mengatur langkah yg jitu bagi menakluki empayar BN sabah..pada hemat saya …skrg ni..rakyat dah sedar..BN dah semakin lemah….tapi..klu ikut teori RAHMAN…bersempena dgn nama PM yg pertama Abdul Rahman…kita masih ada lagi satu pemimpin umno yg bakal jadi PM..
    R = RAHMAN
    A = RAZAK
    H = HUSIEN ONN
    M = MAHATHIR
    A = AHMAD BADWI ( sebelum ini saya andaikan DSI Anwar Ibrahim
    N = NAJIB (comming soon)

    selepas tu..Malaysia tidak lagi ditadbir oleh umno…itu cuma teori ..wassalam

  55. 55 Salman Al-Farisi Jan 4th, 2008 at 9:28 am

    Yang saya hormati Dato’ Seri Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah

    Alahai! Kenapakah kita nak agung-agungkan sangat Tahun Baru kristian ni? Tak ada kah perancangan strategik keISLAMan nak contohi dan teladani SEMANGAT HIJRAH NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM langsung bersempena dengan Sambutan Ma’al Hijrah yakni Awal Muharam pada minggu depan?!

    Saya sebagai seorang penganut agama Islam anjurkan sudilah kiranya Dato’ Seri dan Datin Seri serta kesemua pucuk pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR) bermuzakarah, bermusyawarah dan bersatu padu, satu hati, satu fikiran dan satu tenaga bergabung dengan pucuk pimpinan Parti PAS terutama Tok Guru Haji Abdul Hadi dan Tok Guru Haji Nik Aziz untuk buat satu pelan tindakan bersama berganding bahu dalam semangat HIJRAH yang sebenar-benarnya menuju ke arah KEJAYAAN UMMAH SEJAGAT dengan melaung-laungkan keagungan Ilahi yakni Tuhan Yang Maha KUASA keatas segala-galanya!

    ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR! HAIYA ALAL FALAH! HAIYA ALAL FALAH!

  56. 56 mohd.azmi mohajir Jan 4th, 2008 at 10:36 am

    kerajaan x nak tubuh suruhanjaya untuk siasat cd soi lek ke? cd tu ntah betul ke x. entah2 dsai yang buat cd tu.

  57. 57 Salman Al-Farisi Jan 4th, 2008 at 11:49 am

    saudara bijaksana kita yang punyer nama glemer mohd.azmi mohajir nampak gaya “implant” anasir tertentu dalam blog Dato’ Seri yang semakin meningkat “hits” di kalangan ahli-ahli fikir parti-parti tertentu agaknyer? Apa betulkah jolokan bahasa Perancis bagi saudara ‘Muhajirin’ kita dalam “HOTTEST blog” Dato’ Seri ini sebagai “Agent Provocateur”? Al-maklumlah Dato’ Seri saya budak baru belajar…

  58. 58 Salman Al-Farisi Jan 4th, 2008 at 2:55 pm

    Saudara mohd.azmi mohajir, saya susun jari sepuluh mohon maaf ya kerana saya tak reti komen ’sarkastik’ anda pada mulanya… sekarang dah faham sikit jerr. Teruskan perjuangan saudara!

  59. 59 panglima sdk Jan 4th, 2008 at 3:06 pm

    apa la ko ni mohdazmi..
    tak kan dsai yg buat vcd tu..kan datuk chua dah pun mengaku dia lelaki tu…jgn siasat siapa yg rakam/buat vcd tu..tu tak penting…yg salah tetap salah..tapi fikirkan pasal perangai menteri kita skrg.. kementerian kesihatan selalu menasihatkan org ramai supaya tidak melakukan sex rambang…tapi…hehehehe…lagi byk org buat vcd mcm tu..lagi bagus..so org takut2 nak buat salah…wsslm

  60. 60 yusof Jan 6th, 2008 at 12:32 am

    Mungkin ini hanya anggapan saya, bahawa tindakan mencatu bekalan minyak masak adalah kerana pengeluar mengutamakan stok mereka untuk melayan pembeli dari luar negeri atau mungkin juga pembeli dari kementerian pertahanan untuk membayar hutang pembelian alat pertahanan dari Russia kerana kalau lambat bayar baunser dari Russia akan datang ke sini untuk repossess jet Sukoi. Kita pun sukar untuk menyalahkan pengeluar minyak masak kerana inilah dasar perindustrian kerajaan BN yang penuh dengan segala kepincangan. Nampaknya, orang Russia termasuk angkaswan mereka di Stesyen Angkasa dan juruterbang boleh menikmati ayam goreng, sedangkan orang Malaysia kenalah makan lauk sup saja pada setiap hari.

  61. 61 yusof Jan 6th, 2008 at 10:31 am

    Dato’ Najib yang pernah diceritakan oleh Nenek saudara saya yang pernah mengasuhnya semasa kecil sebagai seorang yang terlalu dimanjakan, masih lagi mahu terus merperbodohkan rakyat biasa dengan mengatakan kekurangan minyak masak adalah sebab ada orang yang menyorok stok minyak. Di zaman Pak Lah ni, baiknya tidak mudah menyorok barang-barang atau perbuatan yang buruk. Sama ada nak dengar atau nak ambil tindakan lanjut atau tidak, itu saja bezanya. Berapa banyak stor yang diperlukan untuk menyorok minyak masak dari begitu banyak pengilang? Orang-orang Melayu memang suka dengar cerita-cerita penglipur-lara dan Dato’ Najib ingat dia boleh mendendang cerita-cerita begini kepada rakyat zaman sekarang. Sampai bila perkara ini nak berlarutan? Jangan terperanjat, lain kali gula, garam, asam, susu.

  62. 62 A.Aziz Ahmad Jan 6th, 2008 at 5:55 pm

    Assalamualaikum Dato’ Sri,

    Saya bukannya nak memberi comment tapi hanya nak beri cadangan itu pun kalau diizinkan.Cadangan saya ialh setiap ceramah yang Dato Sri adakan mengapa tak disiarkan dalam bentuk video di Suara keadilan.com atau web Dato Sri sendiri,tapi gunakanlah format saperti yang digunkan oleh Terengganukini.com.Ceramah ceramah ini bleh didownload dan boleh disebarkan kepada rakan rakan dan saudara mara yang tak dapat peluang mendengar caramah Dato Sri.Tapi jangan gunakan youtube atau google sebab tak boleh nak download.Caramah ceramah Dato Sri yang keluar di Terengganukini.com banyak saya download dan saya sdarkan kepada kawan kawan dan saya rasa inilah satu cara agar ramai lagi yang boleh dapat maklumat maklumat masa kni. Sekian Terima kasih.

  63. 63 matang pauh kita Jan 9th, 2008 at 10:12 am

    Assalamualaikum DSAI..

    Saya kurang bersetuju jika DSAI menyatakan hasrat DSAI tak akan bertanding diParlimen Ptg. Pauh..Kawasan ini amat sinonim bagi DSAI.Seluruh dunia akan melihat Permatang Pauh dan Kepala Batas semasa pilihanraya nanti..Ubah sebelum Parah..Ubah Demi Maruah!!

  64. 64 rugi besar Jan 13th, 2008 at 10:51 pm

    haiya, ini kerajaan tutup website swisscash bikin saya rugi besar ooooo, apa jadi ini masam, itu duit lo guna eleksen ke?

  65. 65 thiru Feb 15th, 2008 at 8:36 pm

    saya nak jadi ahli keadilan saya tidak tauh cara nya

    NAMA: THRUCHELVAN

    H/P : 012-4461258 DAN SAYA NAK TOLONG DALAM PELIAHANRAYA YANG AKAN DATANG

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31