28
Dec
07

Usah Khuatir Dengan Serangan

Saya ditegur mengapa melayani serangan pengunjung seperti “abd maaruf”, “ah mustahak” di atas alasan mereka adalah perkakas Umno atau perasuah.

Saya tidak dapat pastikan identiti atau nawaitu mereka. Ada baiknya saya memberikan ruang sehingga terungkai muslihat mereka.

Umpamanya teori “ah mustahak” yang mendabik dada seolah lebih mengetahui sikap pimpinan Abim 1982. Walhal saya tidak pernah mendengar dari Almarhum Ustaz Fadhil, dan lain-lain pimpinan Abim mengenai tafsiran sdr.

Mengenai Wolfowitz saya memilih untuk bercakap benar, mengakui beliau sebagai kenalan (sdr menambah sahabat baik!). Para duat tidak pernah mengusulkan supaya kita memutuskan hubungan dengan sesiapa jua. Belajarlah dari contoh qudwah hasanah - para rasul. Bak kata ulama, Nabi Musa Alaihissalam pun menemui Firaun, inilah jawapan Sheikh Muhd Al-Ghazali manakala dikritik tatkala menemui Hosni Mubarak.

ANWAR IBRAHIM


17 Responses to “Usah Khuatir Dengan Serangan”


  1. 1 For a better Malaysia Dec 28th, 2007 at 10:11 am

    Datuk Seri,

    Yes, you are right. The baseless accusations cooked up by UMNO-BN against you is nothing but signs of desperation.

    I was at the dinner at Taman Rashna, Klang last night and was proud to see Malaysians of various races coming together. This tells me that the attempts by UMNO youth to divide and play the racial card is not working. However, we must continue playing our respective roles to ensure that we dont fall into UMNO-BN’s trap.

    Last night, for me personally, I am glad I took my uncle who is a ‘diehard’ MCA supporter to the dinner so that he can finally open his eyes. From my conversation with him in the car on the way home, I dare say he is 90% won over to the BA’s cause. I will continue to print and provide him news on the internet so that he gets the true picture.

    We must continue to unite together for the love of our Malaysia and fight this corrupt UMNO-BN regime so that we can leave this country in a good shape for the future generation.

    Lastly, Datuk Seri, please take good care of your health as we need a fighting fit & handsome prime minister!! :)

    God bless you, Datuk Seri

  2. 2 Mohseni Ejeie Dec 28th, 2007 at 10:16 am

    Pertolongan Dato’ Sri d perlukan utk menghebahkan kpd orgramai. Saya tlh d maklumkan oleh bapa saya (org Umno) bhw nama saya masih lagi terdapat d tempat lama saya membuang undi. Padahal saya tlh bertukar tempat mengundi ke Ulu Klang & tlh 2x mengundi d sana. Semakan terbaru d SPR membuktikan bhw saya mengundi d Ulu Klang. Ini membuktikan bhw jentera pilihanraya Umno masih menggunakan identiti saya utk membuang undi. D nasihatkan kpd bekas² penyokong Umno supaya membuat semakan d kawasan lama anda mengundi krn mrk menggunakan nama anda utk membuang undi d saat² akhir.

  3. 3 Hasbullah Pit Dec 28th, 2007 at 10:26 am

    “Usah Khuatir dengan serangan”

  4. 4 Zulnizam Dec 28th, 2007 at 12:25 pm

    salam DSAI

    dia orang ni lagak nya warak, cakapnya mengalahkan pemimpin, tetapi tetap mengintai peluang meng”KAYA”kan kroni…….

  5. 5 thaqif Dec 28th, 2007 at 12:52 pm

    DS

    Mengenai Wolfowitz,bukan satu kesalahan utk berkawan.Kalau di putuskan hubungan pun apa faedahnya yg kita dapat.Sallehuddin al Ayubi pun menawarkan doktor pribadinya bagi mengubati penyakit musuhnya,Nabi Muhammad menziarahi org Yahudi yg meluduhnya setiap hari.Kelemahan org Islam hari ini adalah terlalu mengikut kehendak hati,tanpa mengunakan akalbudi,namun mereka yg demikian tidak kemana juga.Saya cukup berbangga mempunyai tokoh Islam seperti DS yg dapat di terima oleh semua bangsa,ugama dan negara.Saya hanya berharap DS sentiasa berwaspada terhadap anasir-anasir seperti yg mengorbankan Benazi Butho(semuga roh belaiu di rahmati Allah).

  6. 6 Muhazir Dec 28th, 2007 at 3:50 pm

    Saudara Mohseni Ejeie,

    Kalau nama saudara ada di dua tempat, jgn lepaskan peluang utk mengundi 2 kali! Tapi pangkahlah dengan bijak yer…rasanya tak salah kita gunakan senjata Be End utk kalahkan diorang, sbb dah lama diorang buat kerja kotor ni.

    Dgn Rashid dilanjutkan kontrak, lengkaplah konspirasi Be End utk menipu rakyat…

  7. 7 As-Salam Dec 28th, 2007 at 4:00 pm

    Datuk Seri,

    Saya terpanggil untuk menyuarakan rasa terkilan kami terhadap Tabung Pinjaman Pendidikan Negara (PTPTN)yang mula agresif dalam mengutip kembali hutang pinjaman daripada bekas-bekas pelajar yang telah meminjam.

    Untuk pengetahuan Datuk Seri saya ialah salah seprang peminjam PTPTN. Saya masih ingat PTPTN dibuat secara “segera” bagi membantu pelajar meneruskan pelajaran dalam keadaan ekonomi negara yang pada masa itu sungguh meruncing. Bagi mengelakkan golongan pelajar bangkit kepada kerajaan dengan bebanan yuran universiti yang tinggi , maka PTPTN ditubuhkan bagi membantu para pelajar. Saya faham bahawa kami telah menandatangani perjanjian itu dan terikat dengan obligasi-obligasi perjanjian. Tetapi keadaan pada masa itu di mana para pelajar tiada pilihan lain selain daripada meminjam PTPTN adalah suatu bentuk “undue influence” ke atas kami untuk menandatangani PTPTN tanpa berfikir panjang, maklumlah masih pelajar dan memang terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran universiti.
    Ini ditambah pula dengan kos pentadbiran yang dikenalan sebanyak 4% setiap bulan.

    Saya mencadangkan supaya Manifesto BA memasukkan klausa supaya kerajaan BA mempertimbangkan semula perjanjian PTPTN dan memansuhkan PTPTN sama sekali dengan memberikan bantuan secara ihsan kepada bekas peminjam. Saya yakin jika BA berjanji melaksanan perkara ini jika dipilih untuk memerintah ramai daripada bekas pelajar universiti akan bersama dengan kerajaan BA. Harap dapat maklum balas Datuk Seri.

  8. 8 crepe_0712 Dec 28th, 2007 at 5:50 pm

    SALAM PERJUANGAN…..
    “USAH KHUATIR DENGAN SERANGAN” JIKA IANYA BETUL PADA SASARAN DAN TUNTUTAN KITA BOLIH HURAIKAN DENGAN JUJUR..TAPI JIKA SERANGAN TAK PUNYA HALUAN DAN MATLAMAT SERTA KEPENTINGAN,TIDAK MENDATANGKAN APA2 FAEDAH UNTUK DILAYAN,UNTUK APA DILAYAN..TAPI JIKA SEKADAR UNTUK MENGAMBIL HATI,MAKA WAJIBLAH KALAU KITA LAYAN,AGAR TIDUR MEREKA LENA…BANYAK KERJA KITA,YANG LEBIH PENTING DIHADAPAN MENUNGGU,…LEPAS LAYAN BUDAK2 NI,TERUS TUMPUKAN KERJA,JANGAN SAMPAI LALAI ATAU LEKA MELAYAN KERENAH2 MEREKA NI..HAHAHA..SUSAH..SUSAH…SUSAH.. MELAYAN BUDAK2,MASAALAH DISEKELILING BERKELIARAN BUAT TAK TAU,MASAALAH YANG TAK ADA, DIJADIKAN MASAALAH..ITU YANG INGIN DIJADIKAN PERSOALAN UNTUK UJUDKAN MASAALAH..APE KE HE NYE..MUNGKN INI SALAH SATU DARIPADA PENGAJARAN YANG DIMILIKI SETELAH DUDUK BAWAH KETIAK UMNO SELAMA 50 TAHUN DIKATAKAN MERDEKA…”JANGAN LAWAN ORANG YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN,LAWAN ORANG YANG MENENTANG KEMUNGKARAN” MUNGKIN INI PRINSIP MEREKA…LAYAAAAAAAANNNN!!!!!!!…

  9. 9 hafiz Dec 28th, 2007 at 8:31 pm

    merujuk kepada cadangan sdr as salam tu..bagi saya sebagai pelajar IPTA untuk dimansuhkan pembayaran balik tu mungkin agak sukar untuk dimasukkn dlm manifesto BA kerana perbelanjaan besar wang kerajaan untuk pinjaman PTPTN ini .Tetapi mungkin dengan cadangan seperti:

    Pemansuhan Faedah untuk pinjaman PTPTN yang dikatakan kos perkhidmatan..

    Pembayaran Balik sebanyak separuh dari jumlah kepada pelajar yang mendapat cgpa 3.00 ke atas.

    Tiada bayaran balik bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.5 ke atas.

    Ini sedikit sebanyak menarik pelajar IPTA dan IPTS jika saranan saya ini dilaksanakan…

    Harap DSAI dapat komen..

  10. 10 Muda Dec 28th, 2007 at 8:53 pm

    Salam hormat kepada Dato’ Seri.

    Saya setuju dengan cadangan saudara As-Salam.

    Sektor pendidikan Malaysia memerlukan perubahan yang holistik dari semua segi. Kelemahan pentadbiran dan pengurusan yang bersifat terlalu dipengaruhi politik BN menyebabkan keadaan lebih parah. Pendidikan adalah kaedah yang paling berkesan membentuk rakyat yang memahami dan pandai berfikir serta menilai dengan baik. Jika kita lihat statistik jumlah pelajar yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran dalam PMR, ia menunjukkan betapa banyak kekurangan dalam sistem pendidikan negara walaupun peperiksaan PMR dikatakan telah ‘dipermudah’ dan direndahkan paras kesukaran soalan serta graf grednya diturunkan bagi membolehkan peratus kecemerlangan meningkat saban tahun.

    Pendidikan tadika hingga ke menara gading jelas memerlukan pelbagai suntikan perubahan yang boleh membetulkan keadaan. BA perlu memerhatikan situasi ini dalam manifesto yang akan datang. Klausa-klausa perubahan dalam sistem pendidikan negara amat penting! Langkah merombak PTPTN merupakan langkah pertama yang amat berkesan dengan syarat disusuli dengan pembaharuan dan pemulihan yang lain sekiranya BA memerintah, insyaAllah!

    LAWAN TETAP LAWAN!

    - Muda.

  11. 11 najwan halimi Dec 28th, 2007 at 11:19 pm

    Datuk Seri,

    Harap diperbetulkan respon balas tuan. Barangkali individu yg dirujuk oleh tuan sebagai “Ah Mustahak” itu ialah “Mat Mustahak”.

    Terima kaseh.

    -Najwan

    admin: sdr najwan, terima kasih atas teguran. telahpun diambil tindakan.

  12. 12 ning Dec 29th, 2007 at 12:07 am

    khutbah jumaat hari ini antara lain khatib menyebut terdapat 3 golongan manusia:
    1- golongan yang tidak merancang langsung.ini ialah golongan yang tidak kisah apa yang berlaku sekadar terima yang ada.
    2-golongan yang merancang untuk membuat kemungkaran dan kejahatan. apa saja yang dirancang tak ada yang baik.otaknya dah ditunekan kesatu arah jer ia itu kejahatan.
    3-golongan yang merancang ke arah kebaikan. golongan ini tetap dengan prinsipnya ia itu segala perancangan mestilah kearah kebaikan.

    jadi renung renungkan lah digolongan mana kita berada terutama bila merancang untuk mengkritik sebab bila kita mengkritik orang orang yang termasuk dalam golongan ke 3 tu dan kalau kritikan kita tidak ikhlas dan mempunyai motif seperti dendam atau menutupi sesuatu kesalahan sendiri atau melindungi kepentingan tertentu mungkin apa yang kita kritikan itu menjadi fitnah atau mungkin satu hari akan kembali kepada kita.kalau itu berlaku siapa yang susah? mereka dan keluarga mereka………..

  13. 13 zali gombak Dec 29th, 2007 at 1:08 pm

    dato seri saya harap dato seri ambil tindakan terhadap musuh dalam selimut dalam parti kita. sms berleluasa menghentam dato seri.saya harap dato ambil tindakan terhadap zamil kedah n group.

  14. 14 Mat Mustahak Dec 29th, 2007 at 3:28 pm

    Umpamanya teori “ah mustahak” yang mendabik dada seolah lebih mengetahui sikap pimpinan Abim 1982. Walhal saya tidak pernah mendengar dari Almarhum Ustaz Fadhil, dan lain-lain pimpinan Abim mengenai tafsiran sdr.

    Yang Datuk Seri sebutkan sebagai teori saya itu bukan tanggapan saya seorang. Bukankah itu yang Datuk Seri lakukan ketika menjawab soalan di Parlimen?

    Sambil jawab, suruh orang “kencing dalam tempurung dan suluh muka”.

    Dan, “wal maki wal hamun, lepas itu balik tidoq. Apa program?” Sekarang Datuk Seri pun pembangkang juga, apa program?

    Saya tanya Datuk Seri, bukan meminta Datuk Seri mendapatkan persaksian Almarhum Ustaz Fadhil. Buat apa libatkan Almarhum Ustaz Fadhil? Biarkan dia beristirehat di sisi Kekasihnya Yang Maha Agung.

    Bak kata ulama, Nabi Musa Alaihissalam pun menemui Firaun, inilah jawapan Sheikh Muhd Al-Ghazali manakala dikritik tatkala menemui Hosni Mubarak.

    Nabi Musa ‘Alaihissalam menemui Firaun untuk berdakwah, atas perintah Allah.

    Tiada siapa pun yang berhak menjustifikasikan perbuatan mereka menemui mana-mana tyrant tanpa tujuan dakwah atau untuk kepentingan ummah dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Musa ‘Alaihissalam.

    Terima kasih kerana kesudian menjawab. Saya bukan datang ke sini untuk bermusuh. Saya hanya berharap Datuk Seri memperbetulkan kesilapan. Bukankah sebagai manusia biasa Datuk Seri juga mempunyai terlalu banyak salah dan silap? (Saya lagi banyak salah dan silap)

    Bagaimana saya nak melupakan pendirian Datuk Seri dalam banyak isu? Umpamanya isu IFC dan beberapa isu lain. Saya maksudkan pendirian selepas Datuk Seri diusir dari Umno. Yang dalam Umno, itu biasalah.

    Janganlah lupa, Datuk Seri menjadi harapan begitu ramai rakyat. Sambil menyeru diri saya sendiri, saya menyeru Datuk Seri, please reform!

  15. 15 Mujahiddin Allah Dec 30th, 2007 at 2:27 pm

    Perang Gerila bukan suatu keganasan tetapi teknik gerila digunakanoleh pihak atau kumpulan masyarakat yang ditindas terhadap penindas dan penzalim yang selalunya pemerintah sesebuah negara. Perang gerila bermula dari seorang individu hinggalah kelompok-kelompok kumpulan manusia yang ingin kebebasan, kemerdekaan dari penindasan dan pejuangan hak asasi yang selama ini dihalang oleh pihak yang memiliki kuasa di sesebuah negara. Kami akan mendedahkan teknik peperangan gerila dengan terperinci dan jelas dari segi konteks Malaysia dan Asia Tenggara. Bagaimana kerajaan Malaysia, khususnya Cawangan Khas dan Unit-unit Risikan Angkatan Tentera Malaysia menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh Sir Robert Grainger Ker Thompson (1916–1992) KBE, CMG, DSO, MC, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tentera British dan pakar anti-peperangan gerila dan anti-insurgensi di Malaya yang dianggap sebagai berjaya. Kami memiliki cara-cara untuk mengatasi kaedah yang diperkenalkan oleh beliau dan digunapakai oleh Cawangan Khas, Polis DiRaja Malaysia dan Unit-unit Risikan Tentera Malaysia tehadap pihak parti pembangkang yang dianggap bergerak secara gerila pada asasnya.

  16. 16 helmi Dec 31st, 2007 at 2:58 pm

    Salam DS… sebelum bicara, tolong fahami akan keikhlasan saya… Satu kisah lama utk renungan: Cerita mengenai seorang sufi yg berniaga daging di sebuah pasar. Sufi ini amat mustajab doanya dan wujud karamah dalam dirinya mengatasi gurunya sendiri. Lalu gurunya yang rendah diri mohon diajari oleh si sufi (muridnya sendiri). Sufi tadi mengatakan bahawa gurunya lebih alim drpnya, dan tiada apa perlu diajari kpd gurunya. Gurunya tetap bermohon, lalu kata si sufi itu, “baiklah” tetapi gurunya perlu membersih dan mengelap semua bekas darah pada dinding drp daging yg dijual oleh sufi itu dengan serban si guru sendiri, sebelum mengajarinya. Semacam tidak patut syarat itu dan rupanya dalam hati kecil si guru tadi wujud kata hati “adakah patut”. Namun si guru tetap melaksanakan syarat itu. Habis kotor jubah putih dan serbannya. Setelah selesai, si sufi menyatakan bahawa telah selesai dia mengajari gurunya kerana sedikit sikap ujub dalam diri si guru sudah dihilangkan dgn kesanggupannya melaksanakan syarat tadi. DS tentu lebih tahu kisah ini. Lalu, apa hubungkaitnya dgn isu ini? Satu je… DS & sesiapa telanjur bicara, akui dan p’betulkan hatta kalau tiba2 dlm satu ceramah DS diminta utk umum no.kereta utk dialihkan, jgn rasa “adakah patut saya pula?”… Walau siapapun Abd Maaruf dan Mat Mustahak (walau musuh sekalipun… kadang2 (kadang2 bkn selalu) musuh le yg mempamerkan kebenaran diri kita. Justeru renung2kanlah… Apapun wallahi… dlm soal perjuangan politik, saya adalah salah seorang yg mahu melihat tumbangnya umno-BN pengkhianat kpd rakyat dan negara tercinta ini.

  17. 17 doraemon Jul 22nd, 2008 at 6:17 pm

    assalamualaikum…
    saya nak mintak tolong DS,walau apa pun yang DS nak perjuangkan untuk kebaikan rakyat,tolonglah jangan libatkan amerika dan Bush…semua rakyat nak lihat kebaikan dan perubahan.bukannya kemusnahan.tengok lah iraq yang ada campur tangan amerika.tak aman sampai sekarang…tak kisah la hubungan erat DS dengan bush waktu jadi orang besar negara dulu..itu hal peribadi DS.tapi jangan libatkan amerika kalau DS nak jatuhkan pemerintahan sekarang..kesannya nanti,semua rakyat yang akan tanggung…tolonglah…

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31