27
Dec
07

Hebahkan Maklumat

(1) daripada Semangat57:

Dato Seri,
With the mainstream newspapers/media being controlled by the Govt, more programmes and ceramah should be organised to disseminate the “truth” to the people throughout the country.

For the records, it is sad to note that whilst the opposition secured about 36% of the total votes in the last GE it was only translated to 19 seats in Parliment whilst BN sapu the remainder 200 seats. Well, the unfair allocation was due to the “muslihat” of EC vis-a-vis the delimitation of constituency exercises carried out before the last GE. For example, I always wonder why the PJ constituency which was once an opposition stronghold is divided into PJ Utara and PJ Selatan while Ipoh (also another opposition strong)was cut horizontally into Ipoh Barat and Ipoh Selatan?

After the delimitation exercise, the opposition lost in the newly cut PJ and Ipoh constituencies. Well, the opposition managed to win back the 2 seats in Ipoh in the last election but I guess the EC has came out with yet another strategy in the coming GE. It was reported that in the 3 months registration exercise carried out this year - another 8000 registered votes were added to the Ipoh constituency!! This probably expains why the BN-led Govt took all the trouble to amend the Constitution just for the sake of one single individual? Is there no one other capable talent in the EC who can take over the role?

Therefore, we must enlighten our other fellow brothers and sisters throughout the country who have been misled and misinformed for the past 50 years. Fellow Malaysian - we too can do our part to achieve this common cause by sharing to our friends, colleagues and relativities about this mammoth change for a better Malaysia for all. Let’s hope the mutliplier effect will work with a simple 1 to 10, 10 to 100, 100 spread to 1000, 1000 to 10,000, etc., etc. The EC has added 8000 in Ipoh constituency in 3 months and let’s work together to enlighten another 10 million eligible voters in 3 months!!

Dato Seri, perhaps BA could consider recording the ceramahs and burn them into CD/DVD for circulation to the people “free of charge” or at “cost price”. I guess this is legal since the CD/DVDs are not for sale but distributed for free or as a form of voluntary token amount to cover production cost.
Let’s work together to save and re-build Malaysia to the one that our forefathers had constituted based on the Semangat 1957.

(2) daripada Man:

Dato seri..
pada hemat saya seorang budak yang dangkal dan naif tentang politik, andaikata pilihanraya diadakan bulan hadapan, evolusi untuk PKR merampas tampuk kepimpinan seakan tiada jalan… Suara Dato seri tidak kedengaran di telinga masyarakat, apatah lagi halwa hati…. media arus perdana seolah-olah berjaya memekakkan telinga masyarakat…. Contohnya dalam kes tape VK linggam, masyarakat hanya membisu malahkan ramai yang tidak mendapat penjelasan yang wajar bagi kes tersebut… implikasi kes tersebut sebenarnya besar buat masyarakat keseluruhanya, tetapi ia seolah-olah langsung tidak diambil tahu masyarakat dek kerana dipekakkan telinga oleh media perdana…. Perlu ada satu evolusi untuk mengajak masyarakat bangun, dan yang paling penting adalah menyampaikan penjelasan dengan lebih jitu… saya percaya jika Dato seri dapat menyediakan askar tempur yang hebat untuk pilihanraya nanti beserta dengan buah kilas yang superpower di saat menerima serangan terhadap Dato’ seri pada pilihanraya nanti…. insyaallah… dato sei boleh merubah keadaan daripada suasana yang menghancurkan….

jika dihitung kira dengan barisan tentera pilihanraya yang ada, calon untuk menang adalah amat sedikit…. Perhitungan besar-besaran mesti dilakukan, kawan-kawan di dalam umno wajar ditarik tali secara berhati-hati.. insya-allah…..

Sdr Man dan Semangat57,
harus jangan gusar atau berlengah! sebarkan maklumat, terjun ke daerah, ke kedai kopi, masjid. saya pasti ada kesannya nanti inshaAllah.
Di samping saya memperhebatkan kempen ke seluruh negara bersama gerak kerja KeADILan, Wanita dan AMK, maka perlu juga bagi rakyat menggerakkan upaya mereka untuk menyebarluas maklumat dan informasi alternatif agar tidak terus terperdaya dengan propaganda Umno-BN.

Cadangan Sdr2 akan diperhalusi.moga sama-sama mendapat manfaat,inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM


6 Responses to “Hebahkan Maklumat”


  1. 1 Watan Marhaen Dec 27th, 2007 at 11:58 am

    Assalamualaikum,

    Ketiadaan atau kepincangan suara Pembangkang dalam media perdana adalah sesuatu yang memang telah dijangka dan para pendukung BA sewajarnya tidak terlalu gusar tentang itu, yang penting ialah kesedaran individu yakni para pendukung BA dan seterusnya disebarkan kepada rakan - rakan atau sesiapa jua. Pilihanraya umum tahun 1999 jelas menjadi bukti dan motivasi kerana ketikla itu pelbagai tohmahan dilempar pada DSAI namun Kelantan dan Terengganu berjaya dirampas.

    Suara rakyat tidak boleh diperlekeh dan masyarakat tidak akan selamanya tertipu dan termakan kata -kata manis BN. Sejarah juga membuktikan ini di mana - mana. Lihat sahaja Indonesia, Filipina dan seluruh dunia. Pentingnya kita istiqamah dan terus berusaha. Sedikit - sedikit lama-lama jadi bukit sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Pilihanraya yg akan datang ramai akui BA mungkin sukar tetapi pastinya kalau kita terus berusaha sesuatu yang boleh dibanggakan pasti m uncul. Rezeki dan pemberian Allah tiada siapa yang boleh meneka.

    Namun, kita perlu sentiasa kembali pada sejarah ingat bagaimana Baitul Muqaddis jatuh ke tangan Islam begitu juga Constantinople. Yang penting semua pendukung BA - PKR, DAP, PAS dan lain - lain perlu insaf dan jujur dalam perjuangan dan yg penting adalah semangat bertolak ansur dan toleransi seperti yg kini seringkali berlaku BERSIH, GERAK dan lain -lain di mana semua boleh duduk semeja dan berbincang dan mencari titik pertemuan. PAerbalahan janganlah ditunjuk, biar berdebat bagai musuh secara terselindung tetapi matlamat tetap serupa.

  2. 2 REDZUAN Dec 27th, 2007 at 1:12 pm

    Assalamualaikum Wm. Wb.
    Dato’ Seri,
    Saya amat setuju dengan pandangan Semangat 57 dan Man supaya maklumat tentang ceramah diedarkan dalam bentuk CD secara percuma atau dengan bayaran yang minimum. Pada pengamatan saya harga sekeping CD sebanyak RM 4-5 yang dijual sekarang adalah terlalu mahal bagi sebahagian khalayak. Saya ingin memberikan contoh mengapa mesej reformasi berjaya disebarkaan dengan meluas ketika Dato’ Seri ditahan pada bulan September 1998. Antaranya sebabnya ialah CD Laungan Reformasi berjaya diedarakan dengan meluas yang hakikat sebenarnya lebih banyak diedarkan secara percuma daripada dijual.

    Disebabkan pengaruh media perdana yang luar biasa, maklumat yang disalurkan oleh BA berjaya ditenggelamkan. Walaupun isu VK Lingam hebat diperkatakan, namun agak malang apabila saya bertanya dengan rakan sekerja dan masyarakat di kampung, sukar menemui mereka yang tahu apkah isu sebenar yang berlaku. Oleh itu saya ingin mencadangkan (jika tidak bercanggah dengan tugas Suruhanjaya Diraja) supaya Dato’ Seri memberikan ceramah umum yang terancang (maksudnya dengan gambar, caption dan PA yang jelas) yang membicarakan isu ini, divideokan dan disertakan dengan percakapan VK Lingam. CD yang panjangnya sekitar 1 jam ini dibuat dalam jumlah yang besar dan diedarkan secara percuma atau jualan pada harga minimun. Lagipun Dato’ Seri kos bagi menghasilkan satu CD cuma antara 0.50 hingga 1 RM sahaja tetapi imapknya saya rasa yakin besar sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh CD Laung Reformasi.
    Wasallam

    Nostalgia Reformasi

  3. 3 Mat Kecoh Dec 27th, 2007 at 3:25 pm

    Saya setuju jika diedarkan cd/vcd untuk tontonan umum. Di samping itu, edaran risalah, artikel dan poster juga harus digiatkan kerana masih ada warga kita yang tidak mempunyai kemudahan tersebut malah tv pun tidak mampu untuk dibeli.

    Diharap Dato Seri dan jentera reformasi menyediakan risalah, artikel dan poster di laman blog ini untuk sesiapa yang mampu muat-turun (download) dan dicetak serta difotostat seterusnya diedarkan kepada seramai yang mungkin.

    Intipati kandungannya haruslah ringkas, padat dan mudah dipahami.

  4. 4 Pratamad Dec 27th, 2007 at 3:57 pm

    Saya amat setujui cadangan DSAI. Bagi saya, emel dan SMS handphone digunakan banyak-banyak: sebarkan maklumat yang saya dapat dari blog and Malaysiakini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Saya sentiasa turun-muat video-video (termasuk “Lingam tape”) ke dalam handphone dan kongsikan dengan sahabat secara Bluetooth. Cara-cara sekecil inilah yang boleh mengubah keadaan yang amat kritikel sekarang di Malaysia. Rakyat sejelita boleh laksanakan revolusi ini!

  5. 5 Mantot Dec 28th, 2007 at 12:48 am

    Dato’ Seri,

    Saya tak tau sebenarnye nak bertanya terus dgn Dato kat ruangan yang mana jd saye harap pertanyaan saya ni dapat sampai ke tangan Dato’

    Saya salah seorang yg ikut serta dalam Perhimpunan Bersih tempoh hari.Apa yang saya boleh simpulkan dari perhimpunan tersebut hanyalah kita takkan dapat tumbangkan Kerajaan Zalim ni hanya dengan sekelompok kecil masyarakat yang sedar.

    Mana org Cina?Mana org India?

    Mungkin kerana sejak kecil lagi kita dah diajar,Melayu Tuan Punya Malaysia.Melayu patut dapat hak istimewa mungkin itu yang menyebabkan jurang perbezaan antara Melayu,Cina dan India.Kita marah kalau ada kedengaran kaum lain nak rampas hak kita.Nak angkat keris lah,nak pergi memberontak lah.

    Mungkin inilah masanya kita kena sedarkan masyarakat MALAYSIA yang kita kena bersatu.Kalau buat ceramah,bila ada saja wakil PAS,kita pasti yang orang Cina susah nak turut serta.Kalau ada ceramah pasal Politik dan Islam,pasti kaum lain tak turut sama.Kenapa mcm tu?

    Pada pendapat saya tak berapa pandai politik tp dah sedar sikit2,mereka ni takut.Takut dengan Islam.Takut dengan wakil2 PAS.Pada mereka bila masuk bab Islam,kita jd ekstrem,banyak benda tak boleh diusik dan ditegur walaupun sebenanrnya Islam itu cantik dan boleh bekerjasama dengan semua agama lain.Islam itu universal.

    Dato’ Seri,

    Maaf kalau saya katakan mustahil kita nak menang kebebasan kita selagi apa yang Dato’ perjuangkan tu masih nampak kabur.Apa yang Dato’ Seri perjuangkan?Perjuangan menentang Kerajaan yang korup?Perjuangan menentang diktatorship?Saya seorang Melayu pun kadang-kadang nampak kabur.
    Pada saya,selagi parti-parti pembangkang sendiri tak bersatu kepala,selagi tu lah kita diperintah oleh Kerajaan Zalim ni.

    Maksud apa yang saya tulis ni,mana strategi untuk tarik orang Cina dgn orang India yang dilakukan Pembangkang terutamanya PAS?Kalau pembangkang menang pilihan raya,parti mana sebagai kepala?DAP?PAS?PKR?

    Adakah perjuangan parti pembangkang hanya untuk menjatuhkan kerajaan BN?Apa yang akan jd selepas itu?Adakah selepas pembangkang menang,nanti keluar pula cerita perebutan kuasa antara parti-parti pembangkang?Saya banyak tengok ceramah dalam internet oleh wakil-wakil PAS dan banyak yang hanya mengutuk dan mencerca kerajaan sekarang tapi tak banyak yang menceritakan pelan perubahan yang ingin dibawa.

    Harap maaf kalau terkasar bahasa.
    Terima kasih.

  6. 6 Perantau Sabah Dec 28th, 2007 at 3:37 pm

    Salam semua dan Dato’ Seri..

    Walapun kami mengikuti dan melihat perkembangan hanya dari luar,tapi kami masih dapat merasa denyut nadi perkembangan di Malaysia.

    Secara peribadi,saya dan kawan-kawan bersetuju dengan apa yg telah diutarakan oleh Sdr. Mantot.Izinka juga saya untuk menambah, bagaimana pula dengan golongan petani,nelayan,peladang,buruh dan bermacam-macam lagi yang dipandang rendah oleh masyarakat (padahal mereka antara penyumbang terbesar ekonomi umat dan masih mencari rezeki halal). Apa jaminan untuk mereka? Bagaimanakah sokongan mereka terhadap BA? Menurut pengalaman saya,mereka sukar untuk mendapat maklumat sebenar,dan undi mereka mudah dijual-beli.fccc Teknologi seperti ‘bluetooth’,internet dan lain-lain seperti yang disebutkan oleh Sdr. Pratamad belum tentu mampu dimiliki oleh mereka. Lantas apa usaha BA dan kita semua untuk memastikan mereka bersama kita?

    Saya dan sekelompok kecil kawan-kawan di Timur Tengah sangat megimpikan perubahan di Malaysia lebih-lebih di Sabah dan Sarawak.Keterbatasan yang ada hanya mengizinkan untuk kami menyalurkan apa saja melalui medium yang termampu dan memanjatkan doa agar umat Islam di Malaysia mengerti makna ‘JIHAD’ dan masyarakat lain jua mengerti makna ‘REFORMASI’!! Maaf andai ada yang menyinggung rasa.

Leave a Reply