Kesibukan harian, simpang siur politik tidak harus dijadikan alasan untuk kita kurang menelaah buku. Saya ditanya mengenai kesempatan dan waktu membaca oleh teman di Alor Star dua hari lalu, dan saya senaraikan beberapa judul buku yang baru dibaca.
Selesai acara rakaman Kick Andy Show di Jakarta, saya dihadiahkan buku Koloni Keadilan: Kumpulan Analisis di Majalah Forum karya Budi Gunawan.
Kolumnis semasa yang sering saya ikuti ialah Goenawan Muhammad, dengan Catatan Pinggirnya di majalah Tempo. Namun pena Budi Gunawan mengungkap persoalan negara hukum dan sosok keadilan secara ghairah dan mengetuk dhamir.
Mengenai etika Pemilu (pilihanraya umum), beliau mengimbas kecekalan Jawarharlal Nehru mempertahankan pilihanraya bersih dan adil di India, menjaga maruah dan tidak menang dengan cara menipu.
Pengarang menyinggung isu praduga untuk tidak pantas menghukum sabelum proses perundangan dipatuhi sapenuhnya.Beliau ternyata pengagum Megawati dan turut membela Jeneral Wiranto dlm isu Timor Timur.
Ahmad Mustafa Hassan, bekas aktivis Umno, pengerusi Bernama dan anak saudara Tun Dr Mahathir meluncurkan buku “The Unmaking of Malaysia: An Insider’s Reminiscences of Umno, Razak and Mahathir.”
Sorotan pengalaman peribadi pengarang mengenai sosok dua tokoh yang dibicarakan serta imbasan dari dalam Umno dan kerajaan agak menarik. Analisis pengarang banyak tertumpu kepada program Tun Razak membangun masyarakat luar bandar dan keengganan Dr Mahathir mengikut jejak tersebut dikesalkan.
Sedutan bahagian akhir buku mengenai lain tokoh serta penyesalan beliau terhadap dua pengusaha syarikat perjudian iaitu Ananda Krishnan dan Vincent Tan.
ANWAR IBRAHIM
















Ayuh ! kita baycott semua produk Ananda Krishnan TV Astro dan Maxis 012,017,dan talian broadband Maxis, Powertek yang sedut wang TNB. ini adalah penyumbang terbesar keuntungan Syarikat Usaha Tegas milik ananda. setelah Maxis dibeli oleh Ananda dia bayar kepada PNB kerana PNB salah satu pemegang saham Maxis sebab itu pada tahun ini PNB berani beri keuntungan kepada ASB,ASN jika tidak silap 9% ini tergolong menang sorak kampung tergadai. jika BA menang kita pecat Wak Sarji (Pengerusi PNB)dan Budu Ahmad Kama mat Piah (CEO PNB).
Ayat ini benar sekali:
“Analisis pengarang banyak tertumpu kepada program Tun Razak membangun masyrakat luar bandar dan keengganan Dr Mahathir menikut jejak tersebut dikesalkan.”
Ego Mahathir terlalu besar hingga menukar haluan jejak Tun Razak dan padahnya kita lihat hingga ke hari ini (melantik Dolah).
Ayat ini juga benar:
“Sedutan bahagian akhir buku mengenai lain tokoh serta penyesalan beliau terhadap dua pengusaha syarikat perjudian iaitu Ananda Krishnan dan Vincent Tan.”
Contoh klasik kegagalan pemimpin yang mengaku dirinya Islam tetapi memberikan ruang kepada perjudian. Semoga pemimpin Malaysia di masa hadapan mengambil pengajaran dari kesilapan-kesilapan ini.
Saudara Angkasawan Nasa,
Saya amat berduka cita keatas bekas CEO PNB, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim TKI orang yang amat berjasa keatas PNB bersama Arwah Tun Ismail Muhamad Ali bekas Pengerusi PNB. jasa mereka amat besar sewaktu penubuhan PNB dari peringkat awal lagi tetapi jasa TKI tidak dikenang lansung oleh UMNO, sehingga beliau ditangkap di Kawasan Perliment baru baru ini, dimanakah nilai nilai kemanusian yang ada pada dijiwa peminpin UMNO, beliau lah yang telah menbawa semua syarikat milik penjajah ketangan rakyat tempatan melalui apa yang dipangil serangan subuh oleh Bursa London sehinga bursa London terpaksa menbuar atau mengubal peraturan baru keatas Bursa Mereka diatas kecekapan beliau akhirnya beliau berjaya menbawa pulang syarikat Peladangan milik asing dijadikan syarikat milik PNB dan kini digelar GLC.baru baru ini saya melihat beliau digari oleh islam hagari diparliment dan saya amat sedih diatas sikap peminpin UMNO, yang buta hati ini. TKI inilah yang telah banyak bantu negara tetapi beliau dihina digari dari situ saya sumpah UMNO jadi? kerana tak tahu kenang jasa orang. harapan saya TKI akan serang UMNO pada PRU12 juga secara serangan subuh sehingga (serangan minit terahir) keatas UMNO & BN supaya dikapan dan diarwahkan tampa pusara serta tampa tahlil .
Wassalam
Setiap kali DSAI mengeluarkan topik berkaitan iqra, topik itu akan kurang dikomen oleh pengunjung.
Hmmm
apa kata kalau dilakukan 1 kempen untuk memupuk budaya membaca sahaja.
Satu ceramah khas yang meracuni fikiran rakyat supaya minat membaca.
Hi DSAI and may peace be with you,
As a Malaysian of Indian ethnicity, the current goings on is really worrying. Being naive and rather ignorant to all matters political and the like, the recent HINDRAF rally and the aftermath have given me awareness on the matter. Making the mistake of believing all that is in the main stream media as the truth, now I am aware that the truth can be monopolized to suit the taste of the certain few in power. Plus the coming GE will be the 1st time I practice my right as a citizen to vote after turning 21 three years ago. The incidents at the UMNO general assembly where the ‘keris’ waving and the hurtful words “kalau tak puas, boleh balik China/India” were really uncalled for. What I hope is the current regime will meet its downfall at the coming GE. Enough is enough, we need new leaders with better understanding and better ideas in taking the nation forward not the same greedy people who say they have the nations best interest but it is their own interests that they look after. If by grace of God, you and your party do triumph, I hope you can correct all the wrongs that have been going on and bring better stability and equality to all the people.
salam DSAI,
mungkin ramai yg ingin mengetahui buku-buku apa yg DSAI baca dan telaah tatkala zaman muda -mahasiswa dahulu,dan rujukan usrah dahulu….
dan pastinya ramai yg menanti buku terbaru DSAI….
DSAI ada perancangan utk menulis buku teknik2 pidato untuk dikongsi oleh jutaan rakyat?
DSAI,
Sewaktu UMNO dibawah Arwah T.A.Rahman,Tun Razak,Hussen Onn banyak usaha dilakukan menbangunkan rakyat. bila masuk junta Arwah Tun Mamat Mahadir dan dibawah Pak Lah rakyat makin tertekan dengan kos sara hidup yang kian meningkat.dari nak masuk kemulut kena bayar (5%cukai) sampai nak kena buang kat tandas pun kena bayar (endah water)ini dipangil tol perut.lebih teruk dari tol lebuh raya kerana masuk pun kena bayar keluar pun kena bayar berbanding PLUS keluar baru bayar.nasib baik tali perut manusia sama panjang 37 kaki. mereka tidak boleh kira ikut jarak kerana panjangnya sama.jika tali perut tak sama panjang saya rasa mereka suruh bayar ikut berapa jarak (panjang) tali perut seorang rakyat. mungkin lebuh raya satu kilometer RM1.30 mungkin tali purut sekaki RM10sen.bila saya katakan UMNO junta semua orang tak percaya zaman penjajah mana ada cukai sebegini rupa. harapan saya jika BA menang cukai masuk dimansuhkan hanya cukai keluar sahaja ada demi meguruskan bahan terbuang.
Masa DS Anwar muda-muda dulu, selalu beliau sebut “Berilah pendidikan kepada anak-anak kita. Hanya dengan pendidikan, mereka dapat keluar dari kemiskinan dan menjadi manusia bermaruah” (Lebih kurang gitulah bunyinya..)
Budaya iqra’ ni mesti dipupuk oleh mereka yang mahukan reformasi. Selain turun ke jalan raya dan terlibat dalam gerak kerja, budaya iqra’ ini akan membantu kita menganalisa diri dan pergerakan kita selain memberi nilai tambah kepadanya.
Saya dokong dan seru diri saya serta kita semua untuk bersama menjadikan budaya iqra’ satu kewajipan untuk kita!
anwar ibraham bongok guna bahasa berbunga2, sukar di fahami. jgn putar belit rakyat
hah ada moderetor rupanya.. ingat bebas… blog xlaku… xramai pun komen yang baik… kpd moderator… lu pikir la sendiri… ingan tuhan, ingat allah taala( kepada org islam). anwar dah umor 61… salah ke x salah ke.. kena pikir dosa pahala sebelum ini… banyak buat ibadat..