26
Dec
07

Pecahkan Mitos ‘Johor Kubu Umno’

(1) Daripada Hang Jebat:

Tahniah DSAI. Kami di Johor Bahru juga mengharapkan agar Dato’ Seri & Tok Guru dapat mengempur kubu-kubu UMNO di Johor.
Telah tiba masanya kami ingin menolak BN yang zalim dan bathil.
Allahuakbar!

(2) Daripada KamiRakyatJohor
Salam DS,
Kami rakyat Johor mengalu2kan kedatangan DS dan rakan2 yang lain.

(3) Daripada Me:
Salam DSAI,
Di website mane kami boleh download ceramah terkini Dato Seri, contohnya ceramah Dato Seri di Kota Sarang Semut minggu lepas..

(4) Daripada Anak Johor

Salam DSAI…
Terima kasih kerana memasukkan Negeri Johor di dalam senarai lawatan dalam diari DSAI. Kami sudah lama menantikan kedatangan saudara, semoga kehadiran saudara disini akan menambah dan menyemarakkan lagi jiwa dan semangat anak-anak muda yang kian tandus dan malap. semoga perjalanan dan urusan saudara ke mari dipermudahkan oleh ALLAH. Insya Allah.

Kepada - kami rakyat johor, me, anak johor, hang jebat dan mujahidinreformasi,

saya akan turut memberikan tumpuan ke Johor. diharap sdr bantu gegarkan. Mitos Johor kubu Umno wajar dipecahkan. Sokongan sdr-sdr amat berharga sekali.

InshaAllah saya akan sentuh isu WPI, penagihan dadah yang meningkat,kenaikan harga barang, video pengaruh tauke judi dalam kerajaan.

ANWAR IBRAHIM


5 Responses to “Pecahkan Mitos ‘Johor Kubu Umno’”


  1. 1 Bond Dec 26th, 2007 at 8:09 pm

    Majlis Peguam hargai titah Raja Dr Nazrin

    KUALA LUMPUR: Majlis Peguam menghargai titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya aspek kesejahteraan diutamakan bagi mewujudkan suasana harmoni serta aman damai yang menjadi hak mutlak warga negara ini.

    Naib Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata majlis itu menyambut baik cadangan disuarakan beliau terutama menyentuh dua aspek iaitu hak mengadakan per-himpunan secara aman dan penyediaan saluran sesuai untuk menyampaikan masalah.

    “Dua aspek itu selaras perjuangan kami sebelum ini bagi memberi peluang lebih banyak pihak menyuarakan pendapat kepada kepemimpinan negara.

    “Mungkin apa yang disuarakan itu boleh dikaji pihak berkuasa untuk dilaksanakan pada masa depan,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Akhbar New Sunday Times (NST) semalam menyiarkan temu bual bersama Raja Dr Nazrin yang menyentuh beberapa isu negara antaranya perhimpunan, gejala rasuah dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Dalam temu bual itu, baginda menegaskan keutamaan harus diberikan kepada kesejahteraan rakyat kerana masyarakat berhak untuk hidup dalam suasana aman dan harmoni yang tanggungjawab untuk menjaganya terletak di tangan kerajaan.

    Baginda juga menggariskan pentingnya hak mengadakan demonstrasi secara aman diimbangi keperluan kesejahteraan masyarakat dan penyediaan platform sesuai kepada rakyat menyampaikan pandangan serta masalah dengan cara terhormat.

    Ragunath berkata, beberapa perubahan mungkin boleh dilakukan seperti memperkenalkan beberapa garis panduan mengadakan perhimpunan aman supaya tidak timbul masalah seperti sebelum ini.

    “Mungkin mereka (pihak berkuasa) boleh menyediakan satu hari khas kepada perhimpunan aman dengan lokasinya di tempat yang tidak akan menjejaskan orang ramai.

    “Sebagai tambahan, mereka boleh mengawasi pergerakan perhimpunan supaya tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

  2. 2 saad Dec 26th, 2007 at 10:38 pm

    kami bersedia menerima arahan untuk memastikan johor jatuh ke tangan Barisan Alternatif. Itu janji kami!

  3. 3 angkasawan nasa Dec 27th, 2007 at 9:31 am

    Oleh kerana Johor sarang tempat UMNO menetas jadi BA kena kerja lebih keras di selatan. harap kawan kawan kita di selatan kena susun jentera dengan teratur.

  4. 4 King Mongkut Dec 27th, 2007 at 4:45 pm

    Kesempatan pulang berhariraya dikampong halaman dijohor,ramai juga kalangan penduduk setempat yang mencurahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap Pak Lah sehinggakan ada yang menganggap pembawa musibah (sial) kepada negara. Ada juga kedengaran perebutan kuasa untuk jadi wakil rakyat,mereka dah mula berebut-rebut nakkan kerusi adun,dan tak kurang juga dah mulakan kempen mempengaruhi pihak atasan agar memilih dirinya yang dah banyak berhutang nak melangsaikan hutang dengan cara jadi wakil rakyat.Tidak kurang juga yang masih buta dan tuli terhadap kepimpinan UMNO.Ada juga hamba terangkan beberapa program yang akan dibawa oleh BA jika diberi peluang dan mereka masih rasa sangsi atas kewibawaan BA.Isu hindraf juga digembar-gemburkan oleh kalangan pimpinan bawahan kononnya melayu kena bersatu dibawah UMNO kalo tidak india nak amik kuasa, dan macam-macam lagi pimpinan yang dah kena cucuk hidung ni ibarat melukut ditepi gantang kononnya merekalah yang lebih arif tentang perkembangan politik. Gerai-gerai dipenuhi oleh mereka-mereka yang ketandusan berita melopong ternangga besar mendengar ceramah seseorang yang berkereta bintang tiga kononnya dialah jaguh ketika mempertahankan UMNO dikg baru,lalu diherdik oleh seorang ‘Kamu pak sanggup pencacai rela korbankan agama kerana wang ringgit’lalu beredar, saya amat mengharapkan DSAI melakukan lawatan dan ceramah di Muar kawasan MP Paguh.

  5. 5 Lanun Dec 27th, 2007 at 11:29 pm

    target sekurang2nya satu kerusi parlimen di johor tumbang kepada keadilan…
    kembalikan senario semangat 46…

Leave a Reply




Galeri Flickr

website-promo Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

.