26
Dec
07

Antara Wolfowitz & Presiden Bush

Syed Yazrine Shahab menanyakan:

Yang Berbahagia Dato Sri,
Satu soalan yang selalu kedengaran mengenai perjuangan Dato’ Sri yang saya harap Dato’ Sri dapat memperjelaskan:-
1. Saya masih kagum dan menyokong perjuangan Dato’ Sri dan kepimpinan BA dalam menangani berbagai isu negara, namun demikian bagaimana Dato’ Sri dapat memanggil seorang yang jelas salah seorang arkitek penaklukan Iraq dan pembunuhan ratusan ribu saudara Islam disana seorang teman? Bukan kah Paul Wolfowitz itu dpanggil “Chief Architech of the Iraq War” dan one of the main neo-cons directly involved in Bush’s War agenda? I simply do not understand how you can be in the same room let alone calling such a person “a friend”

wahai Sdr Syed Yazrina Shahab,
Penaklukan Amerika di Iraq ditentang keras. tentera Amerika mesti undur segera. Demikian pendirian saya!
Jangan dialih pandangan kepada soal siapa kenalan saya.

Apa pendirian pimpinan Umno? mengapa tidak disoal mengenai PM Abdullah Badawi mengadap Presiden Bush lebih dari tiga kali dalam tempoh dua tahun?

ANWAR IBRAHIM


28 Responses to “Antara Wolfowitz & Presiden Bush”


  1. 1 sanyu Dec 26th, 2007 at 7:42 pm

    Regim Saddam Hussein bunuh lebih Muslims di dalam negerinya sendiri, Iran dan Kuwait daripada Bush bunuh rakyat Iraq. Sebab itulah, Bush telah membuat satu keputusan yang betul untuk menyerang Iraq.

  2. 2 keadilan bahagian Parit Dec 26th, 2007 at 8:28 pm

    CERAMAH UMUM PRA PILIHANRAYA KE-12

    TARIKH: 30-12-2007
    MASA: 9.00 MALAM
    TEMPAT: KAW. RUMAH
    KAPT (B) HJ USAILI
    ALIAS KG AJI BOTA
    KIRI
    PENCERAMAH :
    1) UST. DR BADRUL AMIN
    (Bekas Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang UIAM /
    Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan Pusat)
    2) KAPT (B) HJ USAILI ALIAS
    (Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan Pusat /
    Ketua PKR Bahagian Parit)
    3) DR HJH NAJIHAH AHMAD
    (Ketua Muslimat PAS Kawasan Parit)

    SEMUA DI JEMPUT HADIR

    “UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH”

  3. 3 conrad agosy Dec 26th, 2007 at 8:43 pm

    why blame anwar over Iraq, or Wolfowitz for that matter? Iraq is an ancient country with a history longer than Islam and Muslims. its really time that Muslims look at the mess in their own backyard and stop blaming others. just look at the corruption, the arrogance of the ruling politicians, and the abuse of power that is going on here. stop trying to divert the issues to non relevant matters. iraq will take care of itself sooner or later. stop the rot in this country under the umno led government!

  4. 4 Mat Mustahak Dec 26th, 2007 at 9:06 pm

    Penaklukan Amerika di Iraq ditentang keras. tentera Amerika mesti undur segera. Demikian pendirian saya!

    Ini memang trademark jawapan Datuk Seri, sejak saya mengkagumi Datuk Seri pada tahun 1975 sehingga kira-kira Mac 1982.

    Datuk Seri akan jawab dengan mengalihkan perhatian kepada soal lain. Atau jawab secara juzuk-juzuk, tetapi tidak semua. Selepas itu, para pengikut akan mendakwa Datuk Seri dah jawab dah - seolah-olah jawab semua. Dalam Abim lagilah teruk, budaya Melayu dan perangai bangsawan Saudi dijenamakan dengan jenama Islam - sami’na wa ‘ata’na konon…

    Lebih cekap lagi, Datuk Seri akan jawab sikit (memang sikit sangat), selepas itu Datuk Seri akan serang orang lain, atau orang yang bertanya itu sendiri. Hilang perkara asal yang dipersoalkan, serangan Datuk Seri pula yang menjadi isu.

    Taktik itu banyak ditiru oleh orang2 Abim di zaman sebelum Mac 1982 (selepas itu, saya tak ambik tau langsung fasal Abim). Ada yang menjadi, tetapi banyak yang tak menjadi.

    Bagaimanapun, Datuk Seri beruntung. Taktik itu selalu menjadi hampir setiap kali Datuk Seri menggunakannya - walaupun tidaklah setiap kali, seperti jawapan di atas.

    Barangkali saya boleh membantu menjawabnya, “Saya tak sokong sama sekali tindakan syaitan menderhakai Tuhan, tetapi jangan persoalkan persahabatan saya dengan syaitan. Mengapa tak tanya atau persoalkan apa pendirian Abu Lahab atau Fir’aun?!”

  5. 5 AMER Dec 26th, 2007 at 9:54 pm

    Good Day DSAI,

    Saya adalah salah seorang dari berjuta rakyat malaysia yang rasa tertipu olen kerajaan bn. selama ini saya menyokong bn kerana satu sebab sahaja, saya tiada alternative lain kerana selama ini parti pembangkang tidak mempunyai agenda dan manifesto yang dipersetujui sesama sendiri.

    adakah mungkin untuk keadilan, DAP dan PAS bergabung tenaga sebagai Barisan Alternative? Setahu saya DAP dan PAS tidak mempunyai agenda yang sama dan besaar kemungkinan pakatan ini hanya boleh bertahan sampai GElection sahaja.

    Adakah mungkin untuk keadilan, dap dan pas bergabung tenaga sama sama bersetuju satu manifesto bersama demi rakyat malaysia tanpa mengira kaum dan agama?

  6. 6 GelombangKebangkitanAsia Dec 26th, 2007 at 11:33 pm

    Sokong Mat Mustahak

    DSAI harus jujur dan telus ketika menjawab soalan dna kritikan, bukan mengalihkan isu.
    kalau DSAi nak terus bermain politik, macam mana kami nak bertahan..kalau gitu sama jelah dengan orang2 UMNO

    sekadar keluhan ikhlas utk DSAI

  7. 7 bumilangit Dec 27th, 2007 at 12:30 am

    1)alamak brader saya!; kamu jawab seperti malaikat la; macam tak pernah buat silap! cayalar…

    2)dalam omong kosong dengan rakan saya seorang india, beliau yang sebelum ini apologetik dengan isu semasa tiba-tiba begitu memuji DSAI. saya katakan yang sekarang agen UMNO sedang menyebarkan berita yang DSAI telah murtad dan menjadi hindu, dia ketawa terbahak-bahak! dia tanya, “orang bodoh mana mau percaya?”

    3) DSAI begitu bersemangat mengelingi Malaysia, saya kagumi DSAI, namun sebaran maklumat mesti terus dengan berbagai medium lain selain ceramah. saya bukan nak bagi arahan, cuma nak ajak rakan-rakan lain untuk terus bekerja keras. mari,ya!

  8. 8 cokelat Dec 27th, 2007 at 1:53 am

    Kepada Mat Mustahak….. langsung tak mustahak…..!!!!!

    Aku tak tau siapa Mat Mustahak nak pilih sebagai pemimpin atau manusia yang sempurna……

    kalau disusun berdiri antara TUN Madir, Pak Lah, Megat junid, Najib AlTantuya, Hisyammudin, Anwar Ibrahim dan Mat Mustahak .

    Sudah tentu memilih dirinya……

    sebab hanya Mat Mustahak yang mustahak.

    Yang lain tak mustahak….!!!!!!

  9. 9 anak muda Dec 27th, 2007 at 1:57 am

    Saya kagum dengan DS kerana hendak juga melayan soalan-soalan yg telah beribu kali DS jawab. Jawapan sebegini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO untuk berfikir dua kali. Mungkin akan terdetik dalam hati mereka, ada benarnya kata-kata DS ini. Ahli-ahli UMNO betul-betul ketandusan pemimpin yang mereka boleh banggakan. Tidak ada seorang pun pemimpin mereka yang mampu menandingi kebijaksanaan,kehebatan dan kejujuran DS dalam memperjuangkan nasib dan hak rakyat.

    UMNO pada hari ini hanya menggunakan nama dan jasa pemimpin mereka yang dahulu untuk menarik undi orang melayu. Sukar benar untuk mereka memperlihatkan kehebatan pemimpin yang ada sekarang kerana setiap daripada mereka terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa. Oleh sebab itu seboleh-bolehnya mereka ingin mencari dan mencipta berbagai fitnah terhadap DS semata-mata untuk menyedapkan hati mereka sahaja. Semata-mata untuk tunjuk kepada ahli UMNO DS juga 2×5 dengan pemimpin mereka. Dan juga semata-mata untuk menjauhkan ahli-ahli UMNO daripada DS kerana mereka tahu mereka tidak mampu untuk menarik ahli-ahli UMNO mendekati mereka.

    Teruskan berjuang DS. Kita boleh lihat ahli-ahli UMNO sudah menunjukan minat mereka untuk mengikuti perkembangan DS. Ini satu petanda yang amat baik. Biarkan mereka bertanya. Biarkan ahli-ahli UMNO menghampiri kita. Soalan-soalan mereka ini sebenarnya yang akan menyedarkan mereka kembali. Sudah banyak kenalan yang saya kenal menyokong UMNO pada awalnya tetapi akhirnya mereka bersama-sama membantu perjuangan ini.

    Insyaalah dengan izin dariNYA kita mampu lakukan perubahan dalam PRU kali ini.

    ALLAHUAKBAR!!! LAWAN TETAP LAWAN!

  10. 10 Pratamad Dec 27th, 2007 at 7:43 am

    In response to Mat Mustahak:

    Firstly, the very fact that your comments appear on DSAI’s blog in itself is quite something. (Remember this is a moderated blog, he can reject your comments totally from appearing.) Go figure.

    Secondly, in politics, I don’t think your goal is to pick as many enemies as possible. This is because sooner or later everyone is your enemy as no one is perfect. However, what is important is your principled goals. Do you think DSAI should reject Dr. M if Dr. M comes forward with some constructive proposal of national reconciliation, given whatever evils he may have committed?

    Thirdly, DSAI’s response does not confuse us, that is UMNO’s stand on this. Have they genuinely made a stand (and action) true to what they say they represent?

  11. 11 angkasawan nasa Dec 27th, 2007 at 9:42 am

    Saudara Syed,

    Sewaktu serangan keatas bumi iraq UMNO telah menberi sokongan padu setelah amerika meminta laluan udara serta turut menyokong diPBB.jelas sekali UMNO adalah talam 2 muka dalam soal peperangan keatas iraq.setelah Tun Mamat Mahadir lepas jawatan di pula kutuk US dan minta keluarkan tentera US dari bumi iraq. sifatnya sama dengan enau dalam belukar.

  12. 12 Zulkefli Mohamad Dec 27th, 2007 at 10:58 am

    Assalamualaikum DSAI,
    Saya tidak hairan dengan pendirian DS mengenai peperangan di Iraq kerana majoriti rakyat Amerika sendiri menentang pencerobohan Iraq yang dirancang oleh Wolfowitz, kawan baik DS yang ‘tidak boleh kita alih pandang’.
    DS adalah seorang pemimpin Islam, yang menggunakan Islam, yang lantang dan fasih membaca ayat-ayat Quran, Hadis, mengungkap kata-kata para sahabat dan ilmuan Islam seperti Ibnu Khaldun dsb mengapa kita tidak boleh mempersoalkan kenalan DS sedangkan setan-setan ini amat merbahayakan dan mendatangkan mudarat kepada orang Islam?

  13. 13 warga emas Dec 27th, 2007 at 11:29 am

    apa punya ghaplah mat mustahak ni…. benda thn 75 diungkitkan….. la ni dah thn 2007 dah pon… bgn la dey…. selamatkan malaysia…… tak sedar lagi ka dgn bukti2 yg dikemukan DSAI…. pita lingam dll….

  14. 14 crepe_0712 Dec 27th, 2007 at 11:31 am

    SALAM PERJUANGAN….
    PADA SAHABAT2 SEMUA..BANYAK PERKARA YANG PERLU KITA FIKIR,RANCANG DAN LAKSANAKAN DIDALAM NEGARA KITA..BANYAK PERLAKUAN2 SUMBANG BERGENTAYANGAN DISEKELILING KITA..BAIK DARI PEMIMPIN2 HINGGALAH KEPADA REMAJA DAN KANAK2..GEJALA2 BURUK INI BANYAK MENUNTUT PENGORBANAN DARI DIRI KITA SEBAGAI ‘INSAN’ ATAU KHALIFAH UNTUK MELAKSANAKAN SATU PERUBAHAN…KITA HARUS BERTINDAK SEGERA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN, KERANA PEMIMPIN2 UMNO SERTA BN SUDAH TIDAK MAMPU LAGI UNTUK MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DIBERIKAN OLIH RAKYAT..MEREKA HANYA MAMPU MEMIKUL HARTA DAN KHAZANAH NEGARA UNTUK DIRI MEREKA,KELUARGA MEREKA DAN KRONI2 MEREKA,LALU KESENGSARAAN,KEPAYAHAN,PENDERITAAN,KELUHAN DAN RINTIHAN RAKYAT JELATA DIPINGGIRKAN..
    BAGI MEREKA,YANG MENGELUH DAN MERINTIH HANYA SEGELINTIR SAJA,TAK PERLU DILAYAN DAN AMBIL TAHU…KERANA ITU TIDAK MEMBERIKAN KEUNTUNGAN APA2 PADA MEREKA,HANYA MEMBEBANKAN KEPENTINGAN MEREKA..LALU AKHIRNYA,BERBAGAI2 KEMUNGKARAN BERLAKU,KERANA APA?..KERANA JIWA2 MEREKA KELAPARAN,TERTEKAN,TERBIAR DAN FIKIRAN MEREKA TIDAK KERUAN…KERANA APA?..KERANA INI SEMUA ADALAH MUSIBAH YANG DITURUNKAN KEPADA PEMIMPIN2 YANG TIDAK AMANAH DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB…JIKA PUN ADA YANG MEMAHAMI SEGALA PERMASAALAHAN ITU NAMUN IA TIADA KEBERANIAN UNTUK MENGATASINYA,KERANA APA? KERANA PENGAGIHANYA TELAH TERMASUK DALAM KANTUNG2 MEREKA…MAKA JADILAH MEREKA2 INI SEPERTI AYAM2 SERAMA…
    BEGITULAH JUGA DENGAN ‘MAT MUSTAHAK DAN SYED’ SERTA MEREKA2 YANG SEWAKTU DENGANYA…TAK TAU APA YANG INGIN DIPERJUANGKANYA,TAK TAU APA YANG INGIN DIBUKTIKANYA…BILA DAH TAK ADA APA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN MAKA FIKIRAN MULA JADI KACAU DAN SASAU…MEREPEK YANG BUKAN2..NAK PERJUANGKAN NASIB RAKYAT TAK MAMPU KERANA DAH JADI AYAM SERAMA…HANYA MAMPU JADI KADAM BACUL…TAPI,KERANA SEMANGATNYA NAK JADI KADAM ATAU PENCACAI YANG HEBAT,KIAN MEMBARA,MANA TAU,KEMUNGKINAN ‘BOSNYA’ PUJI KE,LAGI BANYAK DIA MERAPU,LAGI BAGUS,MUNGKIN BOLIH DAPAT KOMISEN LEBIH…MAKA,DITENTANGNYA LAH ORANG2 YANG CUBA MENENTANG KEBOBROKAN ‘BOSNYA’…WALAUPUN PERSOALANYA MACAM ORANG ‘MENGONG’…ORANG SIBUK NAK MENENTANG KEZALIMAN DAN KEMUNGKARAN DALAM NEGARA UNTUK MENEGAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN,YANG DIA SIBUK NAK CAKAP PASAL IRAQ LAH,YAHUDI LAH,AMERIKA LAH…APA TAK CAKAP PASAL PAK LAH,MAHATHIR,NAJIB,KHIR TOYO,RAFIDAH DAN LAIN2 PEMIMPIN KAMU YANG MEMIMPIN KAMU DINEGARA INI..BILA ORANG BERI MUKA UNTUK LAYAN PERSOALAN KAMU,KAMU TAK PUAS HATI,KAMU KATA JAWAPAN YANG DIBERIKAN SIKIT…BEGITULAH JADINYA BILA HIDUP DISIA2KAN DENGAN MENGHAMBAKAN DIRI SEBAGAI PENCACAI…HANYA MAMPU MERAPU DAN TERUS MERAPU…SAMPAI MUKA PUN DAH JADI MACAM PENYAPU..

  15. 15 antatuyaya Dec 27th, 2007 at 11:31 am

    Mat Mustahak tak mutahak langsung.

    Cakap le biar orang faham, ini tulis pun macam orang takut alahai….
    maklumlah mat mustahak.
    Rasanya mat musthak elok dengar orang Hindaf cakap ….BALA tuhan sudah kasi
    turun di Najib punya kampung “PEKAN” air bnjir sudah tinggi pokok kelapa. Aiyooooo Antatuya
    Cuba Mat Musahak pergi siasat kes itu, ataupun, kalau perut dah kenyang
    Tidur aje lahhhh…. Mat

  16. 16 thaqif Dec 27th, 2007 at 12:57 pm

    Sy.Yasrine dan mat mustahak.

    1.Semasa serangan Bush(ayah) ke atas Iraq,Mahahtir memberi sokongan penuh,dan semasa serangan Bush(anak) Abdullah Badawwi pun berdiam diri,mengapa kau org tidak bersoal jawab dgn mereka?.

    2.Anwar sudah berkawan dgn Wolfowitz lama sebelum serangan ke atas Iraq,dan beliau pun sudah menyatakan bantahannya secara bersemuka .Mengapa kau org tak tanya apa pula yg Pak Lah dah lakukan?.

    Tapi yg paling penting saya cadangkan kau org berdua elok lah cermin diri sendiri,dan menilai apa pula kau org buat.Sejauhmankah berjasanya sdr kpd rakyat Iraq,umat Islam dan negara ini.Kalau dah mungkin terlalu hebat,silalah keluar kehadapan bersemuka dgn Anwar dan kami bersedia menyokong siapa yg lebih hebat dan besar jasanya,terutamanya demi ugama.Tapi kalau kalain saja-saja nak cari kelemahan Anwar,kalaian adalah merupakan maknusia yg tak berguna.

  17. 17 siswa reform Dec 27th, 2007 at 1:58 pm

    Pratamad dah menjelaskan untuk Mat Mustahak.

    Jika kita tengok balik serangan-serangan kepada DS Anwar, kita akan nampak secara konsisten bahawa yang menyerang bukanlah bertujuan untuk menilai secara jujur melainkan menimbulkan ketidakyakinan orang ramai terhadap DS Anwar. Anehnya, mereka akan membisu apabila lebih banyak persoalan dihadapkan kepada pemimpin UMNO-BN.

    Eloklah peringatan Rasul s.a.w. tentang jika kita sukakan seseorang, jangan suka sangat2, jika kita bencikan seseorang jangan benci sangat2 diambil iktibar. Yang kita tentang adalah isu. Kenapa tak dibicarakan isu? Dan dalam proses bicara isu, kita kena akui bahawa isu tak bergerak sendiri melainkan ada yang menggerakkannya.

    Contohnya kita lawan rasuah, rasuah tu tak jadi sendiri melainkan ada pelakunya. Persekitaran rasuah ni biasanya ada pada yang 1) berkuasa; 2) mampu membayar dan 3) tidak ada harga diri (biasanya kes rasuah seks)

    Dalam konteks politik, yang berkuasa dan mampu membayar ini siapa?

    Saya juga boleh saja sangsi dengan potensi rasuah DS Anwar semasa menjawat jawatan kerajaan..tetapi saya puji kesanggupan beliau untuk sedia disiasat dan juga keberanian beliau membawa polisi yang lebih konkrit dalam agenda melawan rasuah.
    Sekurang-kurangnya DS Anwar ada political will, dan political will ini mesti didokong oleh sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang percaya bahawa kepimpinan itu amanah. Tak mungkin DS Anwar seorang dpt melakukan penentangan terbuka terhadap mereka yang ‘punya kuasa’ dan ‘punya kemampuan membayar’ semasa dalam UMNO-BN jika beliau tidak didokong oleh sekumpulan manusia yang punya political will ini.

    Saya masih kekal yakin bahawa dalam UMNO-BN masih ada mereka yang punya idealisme untuk tidak bergelumang dengan rasuah. Tapi kita boleh tahu setakat mana mereka mampu menggerakkan agenda ini. Dan kita tahu setakat mana keberanian mereka untuk menggerakkan agenda ini.

    UMNO-BN hanya hidup atas isu Ketuanan Melayu yang mereka sendiri pun tak faham bahawa Ketuanan Melayu itu berdiri atas prinsip keadilan. Ketuanan Melayu hanya jadi alat UMNO-BN untuk kekal berkuasa. Saya seorang Melayu dan saya juga sayang bangsa saya dan dari realiti sejarahnya saya mahu Malaysia dipimpin oleh Melayu. Tetapi Melayu yang macam mana? Kita belum ketandusan Melayu yang jiwanya tidak rosak dengan keghairahan seperti UMNO-BN!

  18. 18 cokelat Dec 28th, 2007 at 2:11 am

    Sdr. Zulkifli Mohammad…

    Anwar dan Gus Dur dah buat teguran kat Paul Wolfowitz semasa di Jerman 2005. Anwar dah jelas acap kali dalam blog ini.

    Bukan saja Paul wolfowitz kawan Anwar … malah Pak Lah itu sendiri sahabat dan saudara bau bacang….!!!!

    Kalau sdr kata Paul Wolfowitz itu sebagai sahabat Anwar….SETAN-SETAN…!!!

    Pak Lah pun sahabat Anwar pun….SETAN-SETAN….!!!!

  19. 19 helmi Dec 28th, 2007 at 7:43 am

    DSAI salam perjuangan… Peranan DS dalam mereformasi politik negara amat-amat dihargai. Satu keluhan kecil, akhirnya mohon jawapan yg menunjukkan sifat tawaduk DS… tolonglah pujuk saya dan puluhan penyokong PKR di belakang saya (yg sedang membaca isu ini). Janganlah DS mengalihkan isu ini seolah DS tak pernah buat kesilapan dalam percakapan. Akui sejujurnya bahawa menyatakan ‘teman’ kpd syaitan adalah ‘ketelanjuran’ drp sifat baik sangka DS…

  20. 20 Zulkefli Mohamad Dec 28th, 2007 at 10:36 am

    Thaqif kata DSAI dah berkawan lama dengan Wolfowitz, saya setuju; dia juga dah berkawan lama dengan Yahudi bernama William Cohen, bekas setiausaha pertahanan AS. Banyak kawan-kawan penting DSAI ni, tapi semuanya tak bagi manfaat.
    DSAI baca Quran tapi kenapa tak ambil iktibar,
    .. dan orang-orang zalim itu sokong menyokong antara satu sama lain… Al-Jathsiyah ayat 19
    …dan orang Yahudi dan Nasrani itu sokong menyokong antara mereka … Al Maidah ayat 24 (betulkan saya kalu saya silap ayat)
    … dan janganlah jadikan orang-orang yahudi dan Nasrani itu sekutu kamu…
    Jadi tak ada makna yang jelas apa strategi DSAI bercium mulut dengan setan-setan ni kecuali merancang karier politiknya dan kepentingan peribadinya.

  21. 21 ning Dec 28th, 2007 at 6:08 pm

    nampaknya kawan kawan ds anwar jadi persoalan. ada yang minta ds memberi jawapan untuk seolah memujuk penyokongnya dan lebih dasyat lagi ada yang guna alquran mengkritik ds anwar.barangkali inilah risiko yang diambil ds kerana berkawan dengan ramai orang.kes iraq menjadi persoalan tetapi pemimpin negara yang lebih jelas sokongannya kepada serangan iraq tidak pula dipersoalkan.bagaimana ds nak jawab kalau itu ialah kawan lamanya lama sebelum amerika menyerang iraq.pendirian kerajaan malaysia yang lebih penting tidak pula dipersoalkan tetapi yang dipersoalkan persahabatan peribadi ds. aduhai kita berhadapan dengan isu yang lebih penting dari siapa kawan ds.
    begitu jua tuduhan persahabatan ds ini bertujuan merancang karier politik dan kepentingan peribadinya.ana nak tanya zulkelli mohamad di mana kawan ds ketika ds dituduh dan dipenjarakan?kalau dia orang ini kuat pengaruhnya dengan ds kenapa tidak seorangpun dari mereka datang menolong ds ? juga nak tanya kalau ds merancang karier politik dan kepentingan politiknya kenapa ds sanggup difitnah sebegitu rupa walhal dia dah jadi orang no 2 dan kalau dia bersabar mungkin sekarang ini dia dah jadi PM dan segala kepentingan peribadinya telah tercapai sebagaimana paklah berkawan dengan ananda krisnan dan patrick lim badawi.
    lagipun mana kepentingan peribadinya? cuba zukelfi mohamad dedahkan pada sepanjang ds memegang jawatan apakah kepentingan peribadinya?
    lagi satu, ayat quran itu kalau nak guna biarlah dengan tafsirnya sekali jangan pakai tulis sahaja mengelirukan. dalam quran yahudi juga disebut sebagai “kaum bani israel” dan dalam satu ayat allah menyebut “ulamak bani isreal”.bolih zulkefli mohamad menjelaskan makna kalimah yang digunakan Allah ini. apa beza antara yahudi dan kaum bani isreal dan apa makna ulamak bani israel.

  22. 22 bumilangit Dec 28th, 2007 at 10:35 pm

    ning,

    dia cut n paste saja. orang jahat perutnya besar

  23. 23 Zulkefli Mohamad Dec 29th, 2007 at 8:01 am

    Probably i cut and paste but at least i left my full name and not aliasses. bumilangit or whatever your name is, bila kita berbicara, biarlah matang dan jangan put remarks sebarangan, orang jahat le, perut besar le. Inilah orang Melayu, bila kita tunjuk displeasure atau disatisfaction atau disagreement, terus tuduh macam-macam. Jangan taksub brother/sister! Bila kita taksub yang hitam pun jadi putih.
    DSAI juga cut and paste ayat-ayat quran untuk raih sokongan orang melayu sebab dia dah kaji orang melayu ini kalu kita baca ayat quran dan hadis dengan fasih dalam bahasa arab akan cair secair-cairnya. Dapat pula DSAI yang dikurniakan Allah kebolehan berpidato yang luar biasa dan mempunyai IQ yang tinggi dan boleh mengolah sesuatu isu itu dengan baik. Baik, maksud saya cukup menyakinkan masses tanpa mengira samada ia betul atau salah. I admire him but neither as an adversary nor friend but as a muslim brother. Please consider the Muslim’s unity in our country. I dont care about umno or paklah for that matter. what matters is how dsai or any other genuine malay muslim can unite us wisely without dividing us further.
    Quran menyebut Yahudi dan Nasrani dengan jelas dalam banyak ayat. Salah satunya sila rujuk kepada ayat 120 surah albaqarah.
    Ning, bukaklah quran dan kaji betul-betul di mana dan bagaimana atau apakah situasi istilah bani israel dan yahudi disebut.
    Ask ds sendiri kenapa kawan tak tolong semasa dia ditahan. He is the one yang declare ‘kenalan saya’. But i tell you, this zionist’s agenda will go on and whatever means will use any influential figure to create chaos in a muslim country. Check on Ahmad Shalabi and Nouri Al maliki (present leader) in iraq, in afghanistan, check the number one leader’s involvement in Halliburton. Can’t you see that the us and the uk gave our beloved dsai positions as visiting lecturer in George Washington University. Probably he deserve it but aren’t there any other figures?
    Wasalam

  24. 24 Zulkefli Mohamad Dec 29th, 2007 at 8:04 am

    Coklat, bagi saya Gus Dur ni boleh right off saja dalam perjuangan Islam, kalau dia masih belum taubat. Jadi tak payah sebutlah nama dia dalam blog ni.

  25. 25 ning Dec 29th, 2007 at 3:29 pm

    bagaimana pula tuduhan sdr zulkefli ds merancang karier politk dan kepentingan peribadinya? tak ker sama tu.
    lagi satu ana tanya apa beza yahudi dan bani isreal kenapa pulak minta ana kaji?
    kalau sdr yang merujuk kepada yahudi di dalam quran untuk menafikan hak ds untuk berkawan maka logiknya sdr menjawab dan menghuraikan soalan ana tu.pun kenapa tak peduli umno dan paklah sedangkan ini adalah sebahagian kenapa faktor yang memecah belah melayu islam? mana adilnya ds seeroang dipersalahkan atas perpecahan ini sedangkan umum tahu umno dan paklah adalah sebahagian dari puncanya.

  26. 26 Zulkefli Mohamad Jan 2nd, 2008 at 11:24 am

    ning, nampaknya DSAI sendiri menjauhkan diri dari menyentuh lebih lanjut tentang kenalan-kenalan istimewanya, jadi faham-faham sajalah. Ana pun tak mau sentuh lagi.
    Fasal, Yahudi, bani Israel. ulama bani israel tu, anta/anti ada quran, ada aqal, bukak quran kaji sendiri guna aqal untuk fikir, itu saranan ana. kalu nak jelas kat blog ini jadi keliru pula. Kalu nak jelas pergi jumpa guru agama, nak jumpa ana pun boleh.

  27. 27 jahnmaster Jul 4th, 2008 at 8:29 pm

    salam…………
    kita sume pon taw sapa anwar ni………
    camna IFC masok ke negara kita pon kita taw…..
    so, kepada sume org melayu, kalu rasa nk negara kita jd mcm negara yg dah musnah kerana camportangan negara asing, sokonglah Anwar Ibrahim (AI) tu…
    Biarla anak-anak kita di masa depan huncur lebur….
    nanti biarla kita menangis air mata darah akibat kesilapan kita sendri…

    kalu (AI) x salah, mengapa dia lari ke kedutaan turki?
    mengapa dia kata nyawanya terancam?
    mengapa dia x wat report kembali?

    Saya rasa kalu nk kira nyawa terancam, mangsa yg wat report lg terancam…
    sbenarnya sume hanya nk ubah minda org melayu supaya kes yg (AI) hadapi nmpak kabur…
    dlm erti kata lain, dia nk rayu simpati ja…

  28. 28 apekejadah Aug 29th, 2008 at 10:50 am

    kekadang terpikir gak nape ramai cerdik pandai kena tipu ngan pak nuar. dah lama aku perati, rupanyer bukan cerdik pandai, bodoh keldai je yg angguk2 untuk pak nuar. kesian………..

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31