Archive for December 26th, 2007

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Syed Yazrine Shahab menanyakan:

Yang Berbahagia Dato Sri,
Satu soalan yang selalu kedengaran mengenai perjuangan Dato’ Sri yang saya harap Dato’ Sri dapat memperjelaskan:-
1. Saya masih kagum dan menyokong perjuangan Dato’ Sri dan kepimpinan BA dalam menangani berbagai isu negara, namun demikian bagaimana Dato’ Sri dapat memanggil seorang yang jelas salah seorang arkitek penaklukan Iraq dan pembunuhan ratusan ribu saudara Islam disana seorang teman? Bukan kah Paul Wolfowitz itu dpanggil “Chief Architech of the Iraq War” dan one of the main neo-cons directly involved in Bush’s War agenda? I simply do not understand how you can be in the same room let alone calling such a person “a friend”

wahai Sdr Syed Yazrina Shahab,
Penaklukan Amerika di Iraq ditentang keras. tentera Amerika mesti undur segera. Demikian pendirian saya!
Jangan dialih pandangan kepada soal siapa kenalan saya.

Apa pendirian pimpinan Umno? mengapa tidak disoal mengenai PM Abdullah Badawi mengadap Presiden Bush lebih dari tiga kali dalam tempoh dua tahun?

ANWAR IBRAHIM

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

(1) Daripada Hang Jebat:

Tahniah DSAI. Kami di Johor Bahru juga mengharapkan agar Dato’ Seri & Tok Guru dapat mengempur kubu-kubu UMNO di Johor.
Telah tiba masanya kami ingin menolak BN yang zalim dan bathil.
Allahuakbar!

(2) Daripada KamiRakyatJohor
Salam DS,
Kami rakyat Johor mengalu2kan kedatangan DS dan rakan2 yang lain.

(3) Daripada Me:
Salam DSAI,
Di website mane kami boleh download ceramah terkini Dato Seri, contohnya ceramah Dato Seri di Kota Sarang Semut minggu lepas..

(4) Daripada Anak Johor

Salam DSAI…
Terima kasih kerana memasukkan Negeri Johor di dalam senarai lawatan dalam diari DSAI. Kami sudah lama menantikan kedatangan saudara, semoga kehadiran saudara disini akan menambah dan menyemarakkan lagi jiwa dan semangat anak-anak muda yang kian tandus dan malap. semoga perjalanan dan urusan saudara ke mari dipermudahkan oleh ALLAH. Insya Allah.

Kepada – kami rakyat johor, me, anak johor, hang jebat dan mujahidinreformasi,

saya akan turut memberikan tumpuan ke Johor. diharap sdr bantu gegarkan. Mitos Johor kubu Umno wajar dipecahkan. Sokongan sdr-sdr amat berharga sekali.

InshaAllah saya akan sentuh isu WPI, penagihan dadah yang meningkat,kenaikan harga barang, video pengaruh tauke judi dalam kerajaan.

ANWAR IBRAHIM

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Ning menanyakan soalan berikutan kes Port Klang Free Zone (PKFZ):

ling ling sik dan chan kong choy 2 kepala MCA. apa kata orang cina?

Ning,
Cara pembesar negara menutup pekung rasuah adalah dengan mendiamkan diri, agar segera dilupa oleh rakyat. Media kepunyaan mereka, dan dalam konteks ini The Star akan memadamkan cerita tersebut.

Isu ini membuktikan bagaimana rakyat di peringkat bawah – Melayu, Cina dan India ditipu oleh pemimpin Umno, MCA dan MIC. Mereka menggunakan kedudukan dalam kerajaan mengaut untung besar.

Kemudian mereka peralatkan media dan menjaja cerita pembangunan untuk rakyat dan memfitnah pembangkang. Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy perlu memberi penjelasan kepada BPR dan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Jumaat, 28 Disember 2007

1 pm – 2.30 pm
FELDA PASOH 4, DUN Pertang, Jelebu
- Sembahyang Jumaat
- Bertemu Jentera P’raya
- Ramah mesra Bersama Pengundi

2. 4 pm – 5 pm
FELDA PALONG 10, DUN Palong, Jempol
- Bertemu pengundi / jentera

3. 5.45 pm – 7 pm
PEKAN ROMPIN, DUN Jeram Padang,
( kawasan India / Cina )
- Bilik Gerakan bersama Jentera
- Beramah-mesra dengan pengundi
- Solat maghrib di Rompim

4. 8 pm – 9.15 pm
PEKAN Kuala Pilah, Parlimen K.Pilah
- Ceramah Kelompok

5. 10.30 pm – 12 tgh mlm
PEKAN Linggi, DUN Linggi, Telok Kemang
- Ceramah Umum

Sabaruddin 017-246 2237, 012 634 6714
Hj. Kamel, pengarah JKP N9 (019 2169984).

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada mujahidinreformasi:

SALAM DSAI,

Saya sarankan DSAI dan semua jentera PAS dan Keadilan untuk turun ke bandar Johor Bahru melakukan roadshow sebelum PRU nanti.Warga Johor masih ramai yang kurang prihatin tentang permasalahan negara.

Mereka lebih prihatin tentang masalah WPI yang menggugat negeri Johor semata-mata.Ayuh jentera semua ayunkan langkah ke selatan.Gegarkan Bandar Johor Bahru dan perkukuhkan barisan di sana..Allahu Akhbar!!

Mujahidinreformasi,
Inshaallah saya akan ke Johor Januari nanti. Projek raksasa WPI – satu lagi projek kroni yang mengenepikan kepentingan rakyat Johor. Hal tersebut akan disentuh bersama isu semasa lainnya.

ANWAR IBRAHIM

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

kedah

Tahniah kepada rakan-rakan di Pulau Pinang dan Kedah kerana mengatur program dengan jayanya. Sambutan masyarakat India terutama di Paya Besar,Lunas sekitar 6 hingga 7 ribu orang majoriti kaum India mengejutkan banyak pihak. Samy Vellu pun mula mengaum marahkan saya. Ayo yo….

Di Tasek Gelugor dan istimewa di Markaz PAS Kedah puluhan ribu orang kebanyakannya Melayu membanjiri padang mendengar pidato ustaz Azizan, Ustaz Abdul Hadi dan saya.

Alhamdulillah perkembangan cukup menggalakkan.

ANWAR IBRAHIM

Paya Besar 1Paya Besar 2Paya Besar 3Paya Besar 4Paya Besar 5Sungai Petani 1Sarang Semut 1Sarang Semut 2Kedah 1

26 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Tickler:
In another estate area with almost 600 Indian flood victims, the UMNO ‘volunteers’ delivered just one sack of rice to be shared by 600 Indian estate workers and their children. Many of the Indian estate women became hysterical and screamed how 600 people were going to share one bag of rice.
http://www.malaysia-today.net/2008/index.php?option=com_content&task=view&id=272&Itemid=36

Yen:
I appeal to Sdr Anwar Ibrahim to constantly moderate the over enthusiastic Indians by reminding them to give their support and you as a Leader will do the fighting for them and for all Malaysians alike.We must not let a small group of crooks,hooligans and gangsters to hijack our dream to see you become the prime minister of Malaysia.We must not resort to anything illegal which can give BN an excuse to advantage off. BN is a well oiled machinery and it has the financial muscle to do what it wants.

Yusof:
Ini satu petanda menunjukkan berapa lama orang Cina dan India dalam BN boleh tahan untuk mendapat kongsi kuasa dengan UMNO menurut syarat UMNO di mana mereka mesti bertoleransi dengan sikap buruk UMNO dan budak-budak suruhan mereka, nampaknya menurut tuntutan PM yang baru, mereka mesti dapat bertahan untuk selama sekurang-kurangnya 50 tahun lagi. Nampaknya mereka dah tak boleh tahan lo!

Kepada yen; tickler dan yusof,

Mesej kita kepada rakyat harus konsisten, pertahankan paksi perlembagaan, keadilan untuk semua. Rakyat miskin jangan dipinggirkan dan khazanah negara jangan dirompak oleh segelintir keluarga dan kroni pimpinan Umno & BN.

Masih punya ruang untuk berubah, tinggal rakyat perlu manfaatkan demi maruah!

ANWAR IBRAHIM