Sehingga hari ini kerajaan belum memberikan sebarang penjelasan tentang status Zon Bebas Pelabuhan Klang dan bertanggungjawab di atas pertambahan kos yang berjumlah RM 3.5 bilion. Untuk menutup kerugian projek yang gagal ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan pinjaman berjumlah sehingga RM4.681 bilion bermula dari tarikh yang lebih awal.
Kes ini merupakan salah satu daripada begitu banyak contoh yang mendedahkan percanggahan kepentingan, rasuah dan salahtadbir melibatkan ahli politik, tokoh korporat dan pegawai kerajaan. Meskipun Perdana Menteri dan Kabinet sudahpun mengeluarkan arahan, Ketua Setiausaha Negara masih lagi tidak memberi penjelasan yang mencukupi. Tidak ada seorang pun yang telah dipertanggungjawabkan untuk skandal ini.
Meskipun aspek kewangan projek ini sukar diselamatkan, sebuah audit yang bebas dan telus akan memastikan pihak yang mencabuli amanah di dalam kes ini dipertanggungjawabkan dan memulihkan kredibiliti Kementerian Pengangkutan.
Pengambilan Tanah
Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 1000 ekar tanah Pulau Indah dari Kuala Dimensi Sdn. Berhad pada harga RM25 sekaki persegi untuk sejumlah RM1.8 billion (termasuk faedah). Kuala Dimensi membuat keuntungan sebanyak RM993 juta kerana ia telah membelinya dari Koperasi Kemajuan Pulau Lumut dengan harga RM95 juta (pada RM3 sekaki persegi) sahaja. Urusniaga yang cukup lumayan ini melibatkan pimpinan UMNO dan MCA termasuk Pengerusi Tetap UMNO sekarang, Tan Sri Dato Seri Haji Onn Ismail; Bendahari UMNO, Dato Seri Azim bin Mohamed Zabidi; Dato Chor Chee Heung daripada MCA yang merupakan Pengerusi LPK dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan Dato Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen BN untuk Bintulu serta rakan-rakan mereka.
Jelas sekali pihak utama yang rugi dari penjualan tanah ini ialah ahli Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd. Justeru, janji politik untuk memelihara orang miskin dan membantu orang Melayu tidak kesampaian dan sebagai gantinya kelompok kecil yang rapat dengan kerajaan terus mengumpul kekayaan.
Amat aneh sekali Menteri Pengangkutan pada waktu itu menolak pandangan Peguam Negara bahawa tanah tersebut boleh diambil untuk “tujuan awam†di bawah Akta Pengambilan tanah pada harga RM10 sekaki persegi. Sebaliknya Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang memilih pembelian tanah tersebut dengan cara biasa pada harga RM25 sekaki persegi. Kini telah diketahui bahawa persetujuan ini dicapai pada tahun 2002 antara Kementerian Pengangkutan, LPK dan Kuala Dimensi tanpa kelulusan Pembedaharaan ataupun Kabinet.
Pemberian Kontrak
Saya merasakan agak aneh bahawa LPK melantik Kuala Dimensi Sdn. Bhd., pihak yang menjual tanah tersebut, sebagai kontraktor turnkey tunggal untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang menerusi Perjanjian Pembangunan Tanah bertarikh 27 Februari 2003. Kuala Dimensi Sdn. Bhd. Kemudian melantik Wijaya Baru Sdn. Bhd. Sebagai subkontraktor utama. Syarikat ini sama ada dimiliki atau dikuasai Dato’ Seri Tiong King Sing dan Dato’ Abdul Azim bin Mohd Zabidi sebagai Pengarah Kuala Dimensi Sdn. Bhd.
Nyata sekali wujud ketidaktelusan di dalam prosedur pemberian kontrak oleh LPK dan Kementerian Pengangkutan.
Kesalahan Besar Prosedur Kewangan dan Salahguna Kuasa
Di dalam rekod awam telah dinyatakan bahawa bekas Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik, memberi jaminan kepada kerajaan bahawa projek Zon Bebas Pelabuhan Klang ini mampu berjaya, akan mempunyai pembiayaan sendiri dan tidak memerlukan dana kerajaan. Kalau begitu mengapa timbul keperluan memberikan “pinjaman mudah†bernilai RM4.6 bilion kepada LPK? Bukankah ini satu lagi bukti kemelut yang melanda pentadbiran hari ini?
Menteri Pengangkutan merasakan wajar untuk memberikan empat (4) “Surat Sokongan†untuk pengatur utama pengisuan bon. Tun Dr. Ling Liong Sik mengeluarkan satu surat bertarikh 28 Mei 2003 dan tiga lagi dikeluarkan oleh Menteri kini, Datuk Seri Chan Kong Choy bertarikh 23 April 2004, 8 Disember 2005 dan 23 Mei 2006.
Surat-surat ini memberikan komitmen Kerajaan sebagai penjamin untuk apa-apa liabiliti yang dipikul oleh LPK untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang. Telah terbukti bahawa surat-surat ini merupakan jaminan kerana ia mengandungi perkataan yang bermaksud “kami akan pada setiap masa di masa hadapan memastikan LPK berada di dalam kedudukan untuk memenuhi (dan memenuhinya dengan sepenuhnya pada masa yang sepatutnya) liabiliti mereka di dalam jumlah pembayaran semula selagi mana jumlah pembayaran semula masih lagi tidak dilangsaikan…â€Â
Menurut polisi kerajaan yang biasa, Kementerian Kewangan merupakan satu-satu agensi kerajaan yang boleh mengeluarkan apa-apa bentuk jaminan bagi kerajaan dan ini mestilah mendapat kelulusan cabinet. Pemberian “Surat Sokongan†bercanggah dengan peraturan dan prosedur kerajaan. Ketika saya menjawat Menteri Kewangan, perkara sebegini tidak pernah dibenarkan berlaku. Apa yang lebih dasyat ialah Pembedaharaan tidak sedar tentang surat-surat ini sehinggalah mereka dimaklumkan oleh pengatur utama pada Disember 2006.
Berdasarkan keterangan di atas, wujud asas yang kukuh bahawa Tun Dr. Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy terlibat di dalam sesuatu yang tidak betul di dalam mengeluarkan surat sokongan yang mengakibatkan kerajaan terpaksa menyelamatkan LPK dengan memberikan kelebihan yang luarbiasa kepada beberapa pihak. Pihak-pihak terbabit juga disokong oleh kehadiran pimpinan UMNO di dalamnya.
Desakan Untuk Siasatan Menyeluruh dan Bebas
Saya mesti menyatakan bahawa saya terkejut dengan sikap tidak endah pentadbiran Abdullah di dalam salahtadbir projek awam dan prinsip-prinsip pentadbiran yang baik di samping kegagalan pegawai awam di dalam menguruskan projek-projek negara.
Saya, dengan ini, mendesak siasatan audit siasatan menyeluruh dan bebas oleh firma audit professional terhadap projek Zon Bebas Pelabuhan Klang. Audit ini sewajarnya menentukan tahap liabiliti kerajaan, mendedahkan kelemahan yang sedia ada di dalam sistem kawalan kewangan dan perakaunan, dan menentukan sama ada wujud bukti kesalahan kewangan, salahlaku ataupun rasuah. Saya juga mencadangkan agar kerajaan mendedahkan semua rekod berkaitan perkara ini kepada orang awam bersama laporan audit selepas ia dibentangkan di Parlimen.
Saya ingin mengulangi desakan saya sebelum ini agar sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dan juga mendesak BPR dan badan-badan berkaitan lain untuk bertindak dan menyiasat sepenuhnya skandal ini
*
The Malaysian Government has yet to offer any explanation on the status of the Port Klang Free Zone project and to account for the huge cost overrun amounting to RM 3.5 billion. To cover the losses on this botched project, the Government announced it will extend a soft loan amounting to RM 4.681 billion to the Port Klang Authority “retroactively.â€Â
This affair is one of the many examples from the present administration that reveals conflict of interest, corruption and mismanagement involving politicians, business interests and public officials. Despite directives from the Prime Minister and the Cabinet, no explanation is yet forthcoming from the Chief Secretary to the Government. Not a single person has been held accountable for this fiasco.
While the project’s finances are beyond salvaging, an independent and transparent audit would be necessary to hold those guilty of malfeasance to account and rebuild some credibility in the Ministry of Transport.
Land Acquisition
PKA purchased 1000 acres of Pulau Indah land from Kuala Dimensi Sdn Berhad at RM 25 per square foot for a total consideration of RM 1.8 billion (inclusive of interest). Kuala Dimensi made a capital gain of RM 993 million because it had purchased the land from Pulau Lumut Development Cooperative Berhad for only RM 95 million (at RM 3 per square foot). This lucrative deal involved UMNO and MCA politicians including the current UMNO Permanent Chairman, Tan Sri Dato Seri Haji Onn Ismail; UMNO Treasurer, Dato Seri Azim bin Mohamed Zabidi; MCA’s Dato Chor Chee Heung who is the Chairman of KPA and former Deputy Minister of Home Affairs; Dato Seri Tiong King Sing, Barisan Nasional MP for Bintulu and their associates.
It is abundantly clear that the main losers from this land sale are the members of Pulau Lumut Development Cooperative Bhd. We can see the political promise to protect the poor and help the Malays remain unfulfilled and in its place the chosen few continue to amass untold wealth.
It is strange that the then Minister of Transport saw fit to reject the Attorney-General’s view that the land could be acquired for “public purpose†under the Land Acquisition Act at RM 10 per square foot. Instead, the Ministry of Transport and the PKA preferred to transact the land purchase on a “willing buyer and willing seller†basis and a price of RM 25 per square foot.. It is now known that this basis had been agreed to in 2002 between the Ministry of Transport and KPA and Kuala Dimensi without approval of the Treasury or the Cabinet.
Award of Contract
I find it very strange that PKA appointed Kuala Dimensi Sdn Bhd, the company that sold the land, the sole “turnkey contractor†for the Port Klang Free Zone project via the Land Development Agreement dated
There is a total lack of transparency in the procedure in the award of contracts by Port Klang Authority and the Ministry of Transport.
Serious Violations of Financial Procedures and Abuse of Power
It is a matter of public record that the former Minister of Transport, Tun Ling Liong Sik, assured the Government that the Port Klang Free Trade Zone project was feasible, self financing and would not require government funding. Why is there then a need to extend a “soft loan†amounting to RM 4.6 billion to Port Klang Authority? Is this not further evidence of the rot within the present administration?
The Minister of Transport saw fit to issue four (4) “Letters of Support†to the lead arranger for the bond issues. Tun Dr Ling Liong Sik issued one dated
These Letters committed the Government as Guarantor for any financial liabilities incurred by the Port Klang Authority for the Port Klang Free Zone project. It has been established that these Letters tantamount to guarantees as they contained words to the effect that “we shall at all times in the future ensure that PKA is in the position to meet (and do meet in full and on a timely basis) their liabilities in respect of the Repayment Amount for so long as an amount in respect of the Repayment amount remains outstanding…..â€Â
It is standard Government policy that The Ministry of Finance is the only government agency which has the authority to issue any form of guarantee on behalf of the Government and that this must be endorsed by the Cabinet. The issuance of the “Letter of Support†is in violation of the Government’s rules and procedures. Under my watch when I was Minister of Finance, such infractions were not allowed to happen. What was worse is that the Treasury was not aware of these letters until they were alerted by the lead arranger in December 2006.
Based on the above, there is a strong basis to believe that Tun Dr Ling Liong Sik and Datuk Seri Chan Kong Choy are complicit to the improprieties in issuing the “Letter of Support†which resulted in the Government having to bail out Port Klang Authority but exerting undue advantage to certain parties. These parties are also supported by the presence of UMNO stewards within their ranks.
Call for Full and Independent Investigation
I must state that I am shocked at the Abdullah administration’s continued disregard of mismanagement of public funded projects and basic tenets of good governance as well as the incompetence of public officials in their management of national projects.
I, therefore, call for a full and independent investigative audit by a firm of professional auditors into the state of affairs of the Port Klang Free Trade Zone project. The audit should determine the extent of the Government’s liability, pinpoint existing weaknesses in the system of financial and accounting controls, and ascertain whether there is evidence of financial improprieties, misconduct, and corruption. I further suggest that the Government declassify all records pertaining to this matter and make it public together with the audit report after it has been tabled in parliament.
ANWAR IBRAHIM



















Ko mmg canggih la bro..
teruskan
Reply
“SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL”
Apalah nasib rakyat malaysia,50 tahun MERDEKA dari tangan penjajah kulit putih kini dijajah pula oleh bangsa sendiri.kalau dulu kita dijajah selama 350 tahun baru kita bangkit minta MERDEKA,adakah sekarang kita harus tunggu selama 300 tahun lagi baru kita mahu bangkit menentang penjajah berkulit coklat ini?apa lagi yang tinggal pada kita lagi waktu itu?jelas yang tinggal adalah cacian dari generasi yang akan datang kerana membiarkan negara hancur tanpa pembelaan.negara jenis inikah yang hendak kita wariskan pada generasi akan datang….
renungkanlah…
lakukan perubahan
takbir!
Reply
perghhhhhhhhhh
ada lagi…korek jgn tak korek….
tu pon dok pangkah UMNO situ laaa
Reply
salam buat dato seri..
korek jangan tak korek.
dato seri telanjang kan semua, jangan tunggu lagi
sekarang masa cukup baik.
klu boleh korek dengan mahathir sekali..
depa ni semua mana ada kerja lain. menyamun. merompak membunuh.
itu saja.
orang umno yang kurang ajar.
mereka ini lah yang menghancurkan segala kelebihan melayu.
tapi depa dok belakon pembela melayu.
depa dapat lesen apa pun, pertama sekali depa akan cari A LING
untuk di sewa atau di pajak. lepas tu depa belagak dok kedai kopi kunun nya
orang kaya.
BANGSA LAIN CINA, INDIA DAN LAIN TAK MENGHANCURKAN MELAYU.
TAPI YANG MENGHANCURKAN ISLAM DAN ORANG MELAYU ADALAH PEMIMPIN UMNO DAN PENGIKUT2NYA.
,
UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH
LAWAN TETAP LAWAN.
Reply
Zon Bebas mereka boleh buat sebebas bebasnya sehingga PAC pun main wayang. Dato Sharill’s harap u tumpukan sahaja perniagaan dobi u takusah lah duduk kat kerusi pengerusi PAS tu,sori PAC tersasul pulak.jika 44 orang tersasul kata pengerusi PAS maka ada potensi jadi pengerusi PAS.
Reply
This is daylight robbery of the rakyat’s money.
Well, my fellow Malaysians, are we gonna unite as one and vote out this UMNO-BN?? Or are we gonna stay divided and fall into UMNO-BN’s trap and let them rule Malaysia for another 50 years?
Reply
DS,
You must use these and other abuses of the bn gomen and take it on a road show to the villages. Show them what that amount of money could have been used for to develop ALL malaysian villages.
Also do a before and after wealth situation of the umnoputras (ministers, mps, local councillors) to show what the abuse of power by these people of poor character lead by imam hadhari has achieved. They have robbed the poor to take for themselves. You need to show the malays what is really happening in this country. If they love this country and love their children, they need to make a stand to protect the future of this nation.
Otherwise they will be at a loss when their grandchildren question them for not having made a stand when they could have done so and made a change for the better of the nation.
Reply
Pendedahan ini sangat bagus, tapi macam mana orang kampung boleh faham. Berita begini sukar nak sampai kepada pengundi. Korek lagi atau saja tunggu masa satu demi satu sehingga pak lah tak sempat nak balas. Dapat tangguhkan masa pilihan raya sehingga makin banyak isu ditimbunkan. Bagaimana semua isu-isu ini boleh di evergreenkan. Semoga degan itu hero-hero UMNO dekat kampung tak dapat berhujjah lagi. Kalau boleh PKR senaraikan semua isu-isu ini dalam laman web sesiapa untuk dilayari oleh kami sebagai persediaan hujah, sekurang-kurangnya sebahagian rakyat yang boleh berfikir dapat hujah ini. Tapi yang biru pekat tu sukarlah sikit kenalah ada strategi lain. Insya Allah kalau ada keikhlasan kebenaran akan muncul membunuh kebatilan. Dah 50 tahun kena tipu, takkan orang melayu nak kena tipu lagi?
Reply
sudah banyak kes rasuah melibatkan pemimpin BN didedah. tetapi rakyat kebanyakkan menganggap permasalahan ini tidak ada kena mengena dlm kehidupan mereka. mungkin strategi perlu dipertajamkan lagi supaya masalah rasuah dan salah guna kuasa ini benar-benar mampu membangkitkan kesedaran rakyat untuk bangkit mempertahankan hak mereka.saya cadangkan:
Pimpinan BA peringkat negeri@pusat perlu menyenaraikan masalah rasuah dan penyalah gunaan kuasa yg berlaku di negeri masing-masing. ada baiknya satu ‘team’ ditubuhkan khas utk menyebarluas isu rasuah ini samada melalui ceramah,risalah dan edaran cd. Jikalau unit amal PAS yg dikenali dengan jolokan tentera merah terkenal dalam menjalankan tugas-tugas kebajikan, kita perlu ada satu lagi ‘tentera’ khas dalam menyebarluas apa sahaja masalah berkaitan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan negeri@pusat. Mungkin ‘team’ ini perlu uniform yg berwarna. Dengan uniform yg berwarna akan membuatkan rakyat kenal siapa sebenarnya ‘team’ ini. Lihat sahaja ‘team’ ini pasti rakyat sudah tahu bahawa akan ada risalah atau maklumat terbaru berkenaan rasuah yang akan disampaikan. Masalah rasuah ini akan mampu menjadi senjata paling berkesan dalam melawan pemerintah yang korup seperti BN jika strategi itu disusun dgn rapi.
Kebanyakan kerajaan di dunia ini jatuh apabila rakyat benar-benar sedar masalah rasuah dan salah guna kuasa ini beri kesan kepada kehidupan mereka. Tetapi sedihnya bila rakyat di malaysia ini tidak begitu sensitif dan ambil peduli.
Reply
Bagi penyokong Umno ,org Melayu khususnya sehelai kain pelikat lebih besar nilainya berbanding RM 4.6 belion wang negara dan hasil titik peluh rakyat yg di bazirkan oleh pemimpin mereka.Malang sunguh rasanya,kerana kita di takdirkan hidup senegara dgn org yg sebegini.Perompak tentunya akan terus memerentah.
Reply
assalamualaikum…..salam perjuangan buat Dto seri anwar & the` gang…saya menghormati perjuangan dato yang ingin melihat UMNo tersungkur…tapi saya perhatikan bahawa Umno begitu yakin dengan dasarnya dan menyatakan bahawa mereka perihatin dengan bangsanya…walaupun rasuah jelas kelihatan, segelintir anak2 muda dlm Umno yang begitu ramai bergelar dato akan membiarkan pembangkang kedepan dengan mudah….
pergolakan dalam Pas dan keadilan bagi kerusi di kelantan jelas bahawa kita sendiri belum matang bagi merobohkan Umno…pas seolah-olah tidak memandang keadilan sebagai barisanya….adakah benar begitu….
Reply
ling ling sik dan chan kong choy 2 kepala MCA.
apa kata orang cina?
Reply
Ah Guan Reply:
May 29th, 2009 at 3:14 pm
Inilah sebab MCA telah diketepikan oleh masyarakat Cina dalam pilihanraya lepas! Tindakan wajay diambil terhadap pemimpin-pemimpin yang didapati bersalah tidak kira kaum mereka.
Reply
UMNO dengan geng-geng BN depa dok menipu kite memutarbelit rakyat tuu pun masih ada yang sokong.
Memang hang penyokong UMNO nih buta kayu, bodoh pahit.. pelik biol korang nih..
Reply
Kita tunggu PRU 13 kita sapu semua kerusi lepas tu humban UMNO dalam ISA
Reply
satu barang harga rm 10 dengan guna akta belibarang boleh dapat dengan harga rm 3 pastu boleh paksa kroni beli tunai rm 25. Orang pulau lumut sendiri tersengih tak paham apatah lagi yang jauh spt tg.karang ke sungai besar ke sabak ke langsung tak reti apa apa.TAPI ORANG KAYA SEMENTA DAH LAMA TAU BEB. DAH LAMA DAH..
Reply
Najib: Government to introduce new category of scholarships
By DHARMENDER SINGH
PUTRAJAYA: A new category of Public Service Department (PSD) scholarships will be introduced next year based purely on merit, regardless of race.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said he was sure that such a category would be welcomed by all communities, including the Chinese.
“We are restudying the distribution of scholarships under the Public Service Department scheme to introduce a new category.
“We will announce it next year and with the plan to limit the Sijil Pelajaran Malay-sia to 10 subjects, we expect to see a more level playing field,” he said in his speech at a dinner organised by the MCA and the Associated Chinese Chamber of Com-merce and Industry Malaysia here yesterday.
Najib said this would allow Malay-sia’s best students to receive aid to pursue higher studies.
“So the best of the best and the creme de la creme will get aid for higher studies.
“I believe this will be accepted well and it will allow each individual a fair chance to realise his full potential,” he said, adding, however, that he was not “letting the cat out of the bag” just yet about the scheme.
Artistry: Najib (right) looking at a painting during a dinner function at the Putrajaya International Convention Centre here last night. With him are MCA President Datuk Seri Ong Tee Keat (second from right) and Tan Sri Muhyiddin Yassin (third from right). — Bernama
Najib said that contrary to perception, not all Chinese were rich.
“Like all Malaysians, they also want to see their children have a good education and become successful. All this involves costs,” he said, adding that every race had its needs and if the Government could bring policies that were fair, the Chinese would continue to support the Barisan Nasional.
Najib said the Chinese were not against Malays succeeding or were opposed to efforts to help the bumiputras, but that they wanted policies which looked at the needs of all Malaysians fairly.
“And that’s why I included it in the 1Malaysia concept,” he said, adding that he would also look into MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat’s request for more government land to build Chinese vernacular schools.
Najib said that during his trip to China, the Chinese government had also promised to bring more investments to Malaysia.
“I’m told they are preparing a loan fund as a sign of their commitment to us. I believe there is an opportunity for China to help boost Malaysia’s economy in terms of development, which will include the banking sector as well,” he said.
“I have also looked into the needs of the local Chinese community when I introduced the 1Malaysia plan, which covers the needs of all regardless of colour, ethnicity and culture,” he added.
Ong said in his speech that the dinner was not just to celebrate the appointment of Najib as Prime Minister but to also show that the Chinese community would always be with the Government and his leadership as it strives to overcome the current economic problems.
Reply
nak tanya sikit ’1 malaysia’ tak sama ke dengan ‘malaysia malaysian’?
Reply