Archive for December 19th, 2007

19 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

By Din Merican who delivered this lecture in Kota Kinabalu recently

To know a politician, listen to what he says. To know a leader, read what he writes and observe what he does. A leader leads, it is that simple. To know a man, listen to his soul and the rumblings of his heart. That is more complex.
(more…)

19 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

eid

Sempena sambutan Eid ini, wajar sekali kita menyingkap makna dan pengajaran dari peristiwa qurban yang melibatkan Nabi Ibrahim a.s. dan putera baginda Nabi Ismail a.s. Yang terserlah adalah nilai taqwa, hasrat mempertahankan hak dan menolak kebatilan.

Pada masa sama kita perlu meluangkan sedikit waktu merenung tanggungjawab kita mengangkat martabat umat dan membela nasib rakyat.

Semoga Allah s.w.t. merestui amal bakti, sadaqah jariah dan pengorbanan kita.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Eidul Adha minal adin walfaizin walmaqbulin kepada saudara dan keluarga.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Walillahil hamd.

ANWAR IBRAHIM

19 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

pkfz2.jpg

Sehingga hari ini kerajaan belum memberikan sebarang penjelasan tentang status Zon Bebas Pelabuhan Klang dan bertanggungjawab di atas pertambahan kos yang berjumlah RM 3.5 bilion. Untuk menutup kerugian projek yang gagal ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan pinjaman berjumlah sehingga RM4.681 bilion bermula dari tarikh yang lebih awal.

Kes ini merupakan salah satu daripada begitu banyak contoh yang mendedahkan percanggahan kepentingan, rasuah dan salahtadbir melibatkan ahli politik, tokoh korporat dan pegawai kerajaan. Meskipun Perdana Menteri dan Kabinet sudahpun mengeluarkan arahan, Ketua Setiausaha Negara masih lagi tidak memberi penjelasan yang mencukupi. Tidak ada seorang pun yang telah dipertanggungjawabkan untuk skandal ini.

Meskipun aspek kewangan projek ini sukar diselamatkan, sebuah audit yang bebas dan telus akan memastikan pihak yang mencabuli amanah di dalam kes ini dipertanggungjawabkan dan memulihkan kredibiliti Kementerian Pengangkutan.

Pengambilan Tanah

(more…)