Wall Street Journal – Democracy in Malaysia (BM & Eng)

15 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Wall Street Journal Editorial, December 14, 2007

Terjemahan dari Laman Marhaen, Versi Asli Dalam Bahasa Inggeris di bawah.

Semasa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memulakan jawatannya pada 2004, dia telah disambut sebagai seorang pengubah yang akan menyuburkan kebebasan demokrasi di Malaysia. Kelmarin, kerajaan beliau telah menyuburkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu undang-undang peninggalan penjajah dahulu yang memberikan kuasa mutlak kepada Eksekutif untuk menahan pihak penentangnya. Tindakan tersebut mencetuskan persoalan serius tentang iltizam Abdullah terhadap demokrasi.

Malaysia sedang berdepan dengan krisis politik yang paling besar sejak 1998, ketika mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mengepalai pergerakan Reformasi. Sejak November, sekitar 30,000 orang telah bersatu melaungkan agar diadakan perubahan kepada sistem pilihan raya, lebih 20,000 orang etnik India telah membantah terhadap perbezaan ekonomi dan para peguam telah turun ke jalan raya tunjuk perasaan menentang rasuah penghakiman. Protes yang sama telah diadakan lebih awal pada minggu ini.

Pada mulanya Abdullah menyahut cabaran secara bertahan, meminta para pembantah supaya duduk di rumah. Polis juga menolak setiap permohonan mahukan permit membantah, dengan alasan mahu mengekalkan perpaduan rakyat. (Di Malaysia, walaupun Perlembagaan membenarkan hak berkumpul secara aman, mana-mana kumpulan yang berkumpul lebih daripada lima orang mesti terlebih dahulu mendapatkan satu permit).

Apabila tindakan ini tidak berhasil, Abdullah mengambil satu cara kekerasan yang pernah diamalkan oleh bekas ketuanya dahulu, Mahathir Mohamad, dengan memperlekeh pembangkang politik. Kelmarin, aktivis India yang turut serta dalam perhimpunan aman pada 25 November, telah ditahan di bawah ISA. “Mereka boleh ditahan selama dua tahun kerana menghasut dan menjalankan aktiviti yang mengancam keselamatan nasional,” demikian kata Johari Baharom, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepada Bernama. Beliau tidak menjelaskan bagaimana satu himpunan aman boleh “mengancam keselamatan negara.”

Abdullah memang sudah lama berdepan dengan ledakan itu sepanjang minggu. Pada hari Ahad, satu kumpulan peguam dan aktivis – termasuk penggerak utama yang melancarkan bantahan yang paling besar bulan lalu – telah ditangkap, dan dibebaskan kemudiannya. Pada hari Selasa, beberapa orang pemimpin parti pembangkang telah dipenjarakan. Segelintirnya – walaupun bukan semuanya – sudahpun dibebaskan dengan ikat jamin. Ada yang tidak pun didakwa. Akan tetapi mesejnya amat jelas: Sesiapa yang mengkritik kerajaan sebelum pilihan raya umum yang akan diadakan, mengikut jangkaannya pada awal tahun hadapan, ataupun mendesak agar proses pilihan raya dibersihkan, boleh disumbat dalam penjara.

Tindakan keras beliau sesungguhnya memburukkan keadaan Abdullah. Rakyat Malaysia bukannya mempunyai kebebasan bersuara yang sama dengan negara demokrasi yang lain. Pihak media memang begitu dipengaruhi oleh kerajaan. Jadi, salah satu daripada segelintir cara untuk ahli politik pihak pembangkang dan aktivis menyuarakan rintihan ialah keluar di jalan raya. Dengan menafikan hak itu, Abdullah sebenarnya mencabar kumpulan tersebut menganjurkan bantahan orang ramai yang lebih besar lagi.

Rakyat Malaysia memang tidak suka dengan bantahan ganas di jalan raya. Seperti yang pernah dilalui oleh negara ini pada 1969 dahulu, ketika beratus-ratus orang telah terbunuh dalam rusuhan antara orang Melayu dan Cina. Akan tetapi dalam sebuah negara demokrasi yang matang, tidak ada sebab kenapa rakyat Malaysia, tidak boleh dipercayai mengadakan debat aman mengenai masa depan politik mereka. Cara Abdullah menangani protes masa depan akan menentukan hala tuju demokrasi Malaysia. Kalau diambil kira tindakan semalam, pertandanya memang tidak bagus.

Original English version:

When Prime Minister Abdullah Badawi took office in 2004, he was welcomed as a modernizer who would expand democratic freedoms in Malaysia. Yesterday, his government resurrected the Internal Security Act, a colonial-era law that gives the executive almost unlimited power to detain opponents. The move raises serious questions about Mr. Abdullah’s commitment to democracy.

Malaysia is facing its biggest political crisis since 1998, when former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim led the Reformasi movement. Since November, around 30,000 people have rallied for electoral reform, more than 20,000 ethnic Indians have protested against economic discrimination, and lawyers have marched against judicial corruption. Smaller protests were held earlier this week.

Mr. Abdullah first responded defensively, calling on the protestors to stay at home. The police also denied every request for protest permits, under the guise of protecting public safety. (In Malaysia, even though the constitution protects the right to peaceable assembly, any group exceeding five people must obtain a permit to gather.)

When those measures didn’t work, Mr. Abdullah adopted the tough tack of his predecessor, Mahathir Mohamad, by intimidating his political opposition. Yesterday, five Indian activists who participated in a largely peaceful Nov. 25 rally were detained under the Internal Security Act. “They can be held for two years for sedition and also for carrying out activities that threaten national security,” Deputy Internal Security Minister Johari Baharom told state news agency Bernama. He did not explain how a peaceful protest can “threaten national security.”

Mr. Abdullah had been building up to this bombshell all week. On Sunday, a group of lawyers and activists — including those key to organizing last month’s big protests — were arrested, then released. On Tuesday, several opposition political leaders were jailed. Some — though not all — are now out on bail. Some were not even charged, but the message was clear: Criticize the government in advance of the general election expected for early next year, or demand that the electoral process be cleaned up, and you can expect to end up in jail.

By wielding a tough hand, Mr. Abdullah is aggravating the situation. Malaysians don’t enjoy the same freedom of speech that other democratic nations enjoy. The press is heavily influenced by government. So one of the few ways for opposition politicians and activists to air their grievances is to get out onto the streets. By denying that right, Mr. Abdullah is challenging the groups to organize bigger rallies.

There’s no appetite in Malaysia for violent street protests like the ones the country suffered in 1969, when hundreds were killed in rioting between Malays and ethnic Chinese. But equally, in a mature democracy, there’s no reason that Malaysians can’t be trusted to have peaceable debates about their political future. Mr. Abdullah’s handling of the next round of protests will say much about where Malaysia’s democracy is headed. Given yesterday’s move, the signs aren’t good.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site