14
Dec
07

Pendedahan Klip Penuh Video Lingam Berikutan Penubuhan Suruhanjaya DiRaja

Setelah saya mendedahkan klip video Lingam kepada orang ramai kira-kira tiga bulan yang lalu, kerajaan kini telah mengumumkan keanggotaan dan terma rujukan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat rasuah kehakiman.

Pada mulanya, kerajaan tidak mengendahkan isu ini tetapi kemudiannya hanya bersetuju membentuk panel tanpa bidang kuasa jelas. Justeru itu, keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja kami anggap sebagai langkah positif untuk mengembalikan integriti kehakiman Negara. Kami mengucapkan tahniah kepada ribuan rakyat Malaysia yang telah menuntut reformasi kehakiman.

Malangnya, terma rujukan Suruhanjaya DiRaja ini tidak memenuhi bidangkuasa yang sewajarnya untuk memulakan siasatan menyeluruh terhadap krisis yang dihadapi institusi kehakiman, sebagaimana yang dituntut Majlis Peguam, badan-badan bukan kerajaan dan lain-lain pertubuhan masyarakat. Kewujudan video ini merupakan bukti bahawa krisis ini cukup mendalam dan telah melibatkan peringkat tertinggi institusi kehakiman. Kami kesal bahawa Suruhanjaya ini tidak diberikan bidangkuasa yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah yang telah ditimbulkan oleh video ini.

Penglibatan Tan Sri Haidar dan Tan Sri Steve Shim sebagai pesuruhjaya juga menimbulkan beberapa persoalan. Suruhanjaya DiRaja telah dipertanggungjawabkan untuk menyiasat semua perkara berkaitan dengan nama-nama yang disebut di dalam video ini, termasuk saya, yang dirujuk sebagai “Kes Anwar” di dalam video tersebut. Walaubagaimanapun, saya perlu menarik perhatian disini bahawa Tan Sri Haidar dan Tan Sri Steve Shim adalah antara hakim yang mendengar kes saya di Mahkamah Persekutuan. Di dalam perkara ini, kami berharap mereka bertindak waras bagi mengenepikan sebarang tanggapan negatif yang mungkin bersangkit di dalam penyiasatan Suruhanjaya DiRaja.

Namun demikian, kami masih komited untuk memberikan kerjasama penuh dengan Suruhanjaya DiRaja dengan harapan bahawa anggotanya mempunyai keberanian melaksanakan amanah mereka dengan jujur dan ikhlas. Rasuah, muslihat perlantikan hakim dan ketidakadilan yang dilaksanakan di dalam penghakiman adalah masalah serius yang perlu ditangani.

Untuk memenuhi janji saya sebelum ini, saya dengan ini memberikan klip penuh video tersebut selama 14 minit dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya DiRaja. Video tersebut boleh ditonton di:

http://anwaribrahimblog.com

http://keadilanrakyat.org

http://www.suarakeadilan.com

ANWAR IBRAHIM


After I first made public the Lingam video clip nearly three months ago, the government has finally announced the composition and terms of reference of a Royal Commission to investigate judicial corruption.

In spite of the initial stonewalling and the much belated setting up of a three-man panel, we view this concession by the government as a positive first step in restoring the integrity of the nation’s judiciary. We applaud the thousands of Malaysian people who have demanded reform of the judiciary.

The terms of reference of the Royal Commission unfortunately fall short of a broad mandate to initiate a comprehensive investigation into the crisis facing the judiciary, which was widely demanded by the Bar Council, NGOs, and other institutions of civil society. The video provides proof that the rot is pervasive and has corrupted the highest levels of the judiciary. We regret that the Commission will not be empowered to address the entirety of the problems represented by the video.

The inclusion of Tan Sri Haidar and Tan Sri Steve Shim as commissioners also raises some concerns. The Royal Commission has been charged with investigating matters concerning all the names mentioned in the tape, including my own, referred to as the “Anwar Case” in the tape. However, it must be pointed out that Tan Sri Haidar and Tan Sri Steve Shim were among the judges who heard my case in the Federal Court. In this regard, we believe that the onus is on them to remove any semblance of bias or conflict of interest which may arise in the course of the proceedings pursuant to the Royal Commission’s inquiry.

Nevertheless, we remain committed to giving our full cooperation to the Royal Commission with the sincere hope that the members will not shirk their responsibilities in carrying their duties without fear or favour. Bribery, judge fixing, injustices perpetuated against many and wrongful conviction are serious problems which demand serious attention.

In fulfilling my earlier promise, I am releasing the entire 14-minute video clip and I pledge to cooperate fully with the Royal Commission. The video can be viewed at:

http://anwaribrahimblog.com

http://keadilanrakyat.org

http://www.suarakeadilan.com

ANWAR IBRAHIM


3 Responses to “Pendedahan Klip Penuh Video Lingam Berikutan Penubuhan Suruhanjaya DiRaja”


  1. 1 mahasiswa Dec 15th, 2007 at 9:55 am

    Yang benar pasti akan menang cuma cepat atau lambat sahaja…. moga Allah membuka hati2 kita kepada kebenaran.. sungguh malang nasib rakyat negara ini di catur oleh dua tiga kerat manusia yg bertuhankan harta dan nafsu semata. ayuh wahai rakyat malaysia Ubah sebelum parah, Ubah demi maruah

    Reply

  1. 1 Video Penuh VK Lingam at Anwar Ibrahim Pingback on Dec 14th, 2007 at 12:23 pm
  2. 2 niknazmi.com - » Video Penuh VK Lingam Pingback on Dec 14th, 2007 at 11:28 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Pagi:dgn SimonZadek,Mira;Economist.Thari:dgn pelabur Arab.Ptg:3 mesy,pertemuan sebelum kelterbang #fb
4 hours ago
anwaribrahim: Blog: Sidang Media Tian Chua Dan Nurul Izzah Sebaik Selesai Beri Kenyatan Kepada Pihak Polis: http://bit.ly/cj7Wib
8 hours ago
anwaribrahim: Blog: Kerajaan Dicabar Pamer Perjanjian Royalti Minyak: Dari Malaysia Kini Oleh Jimadie Shah Othman Penyelaras Pak... http://bit.ly/chKw6D
12 hours ago
anwaribrahim: Blog: Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri: Dari TV Selangor Pakatan Rakyat menegaskan pe... http://bit.ly/dtB5Vr
12 hours ago
anwaribrahim: @nayeel Tahniah kpd penganjur dan rakan2 London-sokongan memberansangkan.#fb
19 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31