Bahagian 1:
Bahagian 2:
Bahagian 1:
Bahagian 2:
Cokelat cadangkan supaya Omar the lion (OBJ) turut berucap di Melaka Sabtu ini. Setuju.
Anak Tan Sri menyorot peranan MCA, Gerakan dan MIC. Pimpinan mereka gagal mengungkap permasalahan rakyat. Dan seperti juga pemimpin Umno, mereka sibuk dengan saham dan perniagaan, rakyat diabaikan.
Kepada Mongolian, Ong dan lain lain - benar keadaan melelahkan, tetapi kita perlu mara terus, sedarkan rakyat:
Ubah sebelum parah. Ubah demi maruah.
Pangeran, adik Hamzah, Noh dan lain lain tersenyum lebar pastinya dengan adegan tambahan Lingam dan adiknya. Agak lari sedikit dari plot asal. haha!
ANWAR IBRAHIM
Saya menyokong hak HINDRAF untuk berhimpun secara aman dan ingin mengulangi rayuan saya kepada Polis DiRaja Malaysia untuk memberikan permit agar perhimpunan mereka dapat berlangsung pada 25 November 2007. Hak untuk berhimpun secara aman telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan Perhimpunan Aman Bersih telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia dapat bertindak secara bertanggungjawab sesuai dengan amalan masyarakat madani.
Tetapi saya saya menyeru kepada HINDRAF agar mereka mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan bertanggungjawab di dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka, khususnya di dalam soal Perlembagaan, khususnya Perkara 153. HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama.
Gerakan HINDRAF menggambarkan masalah asas yang terus menular di negara kita dan membakar api perkauman yang hanya mengeruhkan lagi ketegangan kaum dan permusuhan sesame rakyat Malaysia..
Rakyat Malaysia terus komited untuk melaksanakan pembaharuan di negara ini mesti sedar bahawa pembangkang yang berwibawa adalah penting untuk Malaysia dan masanya telah tiba untuk menyokong pembangkang. Parti-parti yang menyokong Reformasi mesti bekerjasama secara efektif, dan menekankan isu-isu bersama, terus bekerjsama dan mengelakkan menyalahkan kaum lain untuk masalah mereka.
Apabila kita berpecah, suara kita lemah. Tetapi bersatu, kita boleh hidup secara rukun dan aman damai di negara yang boleh kita banggakan bersama.
ANWAR IBRAHIM
Continue reading ‘Himpunan HINDRAF: Tumpu Pada Kelemahan Dasar BN’
Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sewajarnya menyegerakan kelulusan permit membenarkan HINDRAF menganjurkan perhimpunan sebagaimana dirancangan pada 25 November 2007.
Ini aadalah merupakan hak demokratik bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan pendapat dan hak mereka secara aman. Sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, sekiranya pihak polis sedia memberikan kerjasama, keselamatan dan perjalanan apa sahaja perhimpunan boleh terjamin.
Sebagai individu yang percaya akan prinsip keadilan untuk semua, saya tidak mempertikai hak menganjurkan perhimpunan aman tersebut. Komuniti India telah sekian lama menderita dan adalah penting pada waktu ini untuk menghentikan segala bentuk penindasan senyap dan jurang kemiskinan semua bangsa.
Saya berharap agar perhimpunan ini akan mencapai matlamatnya untuk menjamin hak komuniti India sebagai rakyat Malaysia, dan adalah menjadi hak mereka untuk mendapatkan upaya sara hidup dan kualiti kehidupan seharian komuniti India seluruh Malaysia. Saya kekalmenyatakan pendirian saya untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia
Kita perlu mengiktiraf pengorbanan rakan-rakan komuniti India seluruhnya yang telah berkhidmat kepada negara dengan jujur dan penuh dedikasi dalam pelbagai bidang.
ANWAR IBRAHIM
Ramai yang menanyakan samada si pemberi maklumat itu adalah adik Lingam, yang dituduh abangnya si VK Lingam sebagai kurang siuman.
Ha, tunggu saja babak ketiga drama…jangan buat telahan gopoh. Renung dan rumus dengan bijak. Namun yang lebih penting adalah isu rasuah hakim, kaedah canggih tawke judi menguasai Umno!
ANWAR IBRAHIM
Pagi tadi saya diminta mengupas prospek ekonomi Asean, India dan Cina di sidang pelabur serantau anjuran CSLA di Grand Hyatt Bangkok.
Saya menyarankan keperluan meningkatkan daya saing, memacu pertumbuhan dan mempastikan pengagihan adil.
Diantara persoalan yang dikemukakan termasuk isu demokrasi dan dunia Islam, Myanmar, dan sidang Asean di Singapura.
ANWAR IBRAHIM
Liputan Media Antarabangsa:
Bangkok Post
ASEAN / EX-M’SIAN DEPUTY PM IN BANGKOK; Anwar says end policy of non-interference
Reuters
“Anwar urges Malaysia opposition to unite in poll”
Sekiranya tuntutan berterusan, bukti dikemukakan, pemerintah Umno-BN kehilangan punca. Mereka mula dengan penafian, kemudian panel, seterusnya ugutan, akhirnya bersetuju menubuh suruhanjaya
Sikap kita? Tunggu dulu. Apa tugasnya dan siapa pula yang dipilih sebagai ahli suruhanjaya.
Walaubagaimanapun, ia merupakan perkembangan baik.
ANWAR IBRAHIM
Sdr Siva menganjur program petang di perumahan rakyat “Impian Baiduri” pada hari Sabtu. Tekanan dan ugutan polis luar biasa, tetapi penduduk memberanikan diri. Kawasan penduduk miskin dikongkong sedemikian rupa agar rakyat tidak memperolehi maklumat dan menuntut hak mereka. Umno tidak mahu rakyat didedahkan mengenai harga barang, rasuah dan mutu pendidikan dan kesihatan yang rendah.
Jam 10 malam saya tiba di Taman Medan berucap bersama Siva dan Ustaz Ahmad Awang. Saya tekankan agar rakyat terus bangun menentang rasuah dan kezaliman. Media Umno mahu memperbodohkan rakyat dan mengalih pandangan dari isu rasuah, kemiskinan, harga barang, video VK Lingam, dan pilihanraya yang penuh dengan penipuan.
Kita harus mengasak dan menyerang terus.
ANWAR IBRAHIM
Sambutan forum di Hotel Federal adalah di luar jangkaan. Ragunath menjelaskan pendirian Majlis Peguam. Dato Shaik Daud, bekas Hakim Mahkamah Rayuan menyebut pengalaman beliau berusaha memperbaiki keadaan dengan mengemukakan pandangan kepada majlis tindakan ekonomi dan Tun Dr. Mahathir selaku PM tetapi gagal.
Ucapan Tun Salleh selaku bekas Ketua Hakim Negara lebih tegas membantah campur tangan pimpinan politik negara dalam institusi kehakiman dan tercemarnya imej hakim sejak 1988 lagi. Beliau menyelar undang-undang lapuk dan tidak adil saperti larangan berkumpul, dan penafian hak asasi rakyat yang dijamin dalam perlembagaan negara.
Saya merumuskan bahawa kegelisahan yang disuarakan tidak akan selesai dengan sedikit penyesuaian dalam badan kehakiman kerana suasana lebih gawat melibatkan undang-undang zalim, rasuah yang menular, rasuah merebak.
Jawapannya adalah:
Stop the rot,
Vote for change!
ANWAR IBRAHIM
Komen Terkini