AHAD 02/12/07
1. Dialogue with Chinese Businessman and Receiving membership forms
Masa: 1.30 pm
Tempat: Hyatt Kinabalu
2. Ceramah Perdana anjuran Bahagian Kota Belud
Masa: 3.30 pm
Tempat: Dewan Sekolah Chung Hwa, Kota Belud
3. Ceramah Perdana dan Perjumpaan Rakyat
Masa: 05.15 pm
Tempat: Dewan St Joseph, Kiulu
4. Solat Magrib, Tamparuli
5. Ceramah dan Perjumpaan Rakyat di Tamparuli
Masa: 07.00pm
Tempat: Pekan Tamparuli
6. Ceramah Perdana di Tuaran
Masa: 07.40pm
Tempat: Pejabat Parti Keadilan Bahagian Tuaran
7. Ceramah Perdana di Kota Kinabalu
Masa: 09.10pm
Tempat: Ceramah di Dewan Foo Chow, Bukit Padang, Kota Kinabalu
















Dato Seri Anwar dijadualkan hadir di Sabah dan tentu saja semua orang Sabah asyik menunggu kehadirannya. Apa sebenarnya isu yang bakal diperkatakan lewat ceramah-ceramahnya? kita tunggu saja.
Dijadualkan dia akan berucap di Kota Belud/di suatu lokasi yang sudah diluluskan, akan tetapi untuk menuju ke lokasi berkenaan/pihak pemerintah sedang mengorek jalan yang menyebabkanmobil tentunya tidak akan dapat melewati jalan itu. Kenapa saat Dato Seri mahu ke sana/barulah pemerintah mengorekjalan di sana sini? kenapa tidak sebelumnya dan inilah taktik pemerintah untuk menggagalkan pertemuan yang dirancang.
Di Ranau juga demikian/sudah ditentukan di suatu tempat/tetapi ada lagi halangan pihak pemerintah yang menyebabkan terpaksa dipindah ke suatu kawasan dan keadaan ini cukup mengecewakan rakyat di ranau yang mahukan Dato Seri berucap di sana. Sekali lagi pemerintah berusaha mahu menggaggalkan acara.
Di Kota Kinabalu samajuga kejadiannya. Pada mulanya sudah diluluskan perhimpunan di dewan KDCA, malah sudah bayar, tetapi saat akhir pihak KDCA telah menjelaskan sudah ditempah oleh orang lain.
Setelah KDCA tidak mengizinkan pengunaan dewan, maka pihak pengurusan parti memohon pula menggunakan dewan China dan sudahpun dibayar dan sudahpun diluluskan, akan tetapi saat akhir dua harilalu pihak yang ampunya dewan mengatakan dibatalkan dan deposit dikembalikan kerana pihak atasan mengarahkan dibatalkan dan akhirnya diusahakan di Sokit Villa.
Demikianlah kekhuatiran demi kekhuatiran pemerintah begitu jelas kelihatan dan kalau memangnya pemerintah merupakan suatu parti yang gagah dan tidak bisa dikalahkan/lalu kenapa saja tidak dibebaskanDato seri berucap di mana-mana sahaja dan kenapa pula pemerintah mahu menyekat-yekat?
Iya, semakin pemerintah menyekat dan semakinkuat lagi semangat rakyat untuk terus berjuang demi menuntut keadilan demi keadilan.
tiba-tiba seorang nenek tua lewat di sisi saya dan berkata, tidak lama dulu harga tepung RM160sen sekilor dan sekarang dua kali lipat harganya. Harga gas pun melangit dan ramai mengeluh. pengusaha roti semacam tutup niagakerana harga tepung semacam membeli harga emas.
“Saya terpaksa tidak mahu berniaga lagi. Entah apa yang harus saya lakukan dan saban hari saya memikir bagaimana anak-anak-anak saya nanti”kata seorang teman sambil diwajahnya kelihatan amat sedih sangat dan saya perhati dia amat kesal sangat.
dan tiba-tiba sang orantg utan di sepilok mengamuk turun ke jalan raya sambil membawa poster-poster dan panji-panji. mereka turun ke jalan raya tanda protes hutan simpan dijadikan mangsa para menteri yang tamak dan dalam pidato, mereka mohon diizin mengundi dan tiba-tiba sang bapa orang utam bicara “Kami menuntut keadilan dan akan terus berada di belakang Dato Seri untuk mempastikan keadilan saksama terbela”
Salam utk semua,
Salam utk semua,
BN SEMAKIN TERDESAK DI SABAH!itulah kalimat paling tepat yg dapat saya gambarkan yg berlaku di Sabah sekarang ini.Kerana dah hilang modal utk memperbodohkan rakyat,maka pantas pula Koridor Pembangunan Sabah diumumkan oleh Perdana Menteri.Heran juga ya kerana baru menyederi bahwa negeri ini sebenarnya tdak membangun!
Soalnya kenapa baru sekarang perkar itu ‘akan’ dilaksanakan di Sabah?Kenapa tidak dilaksanakan 10 tahun lepas di awal UMNO mula bertapak di Sabah pd tahun 90-an.Kenapa baru begtu gairah melaksanakannya hanya bila pilhanraya tidak lama lagi menjelang tiba!?Tidak cukup dgn itu,Bajet Negeri Sabah 2008 hebat dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah baru-baru ini.Dan kalau dulu pak-pak YB diam membisu dan menguap saja dalam dewan bila bajet negeri dibentangkan,tapi lain pula kali ini pak-pak YB lantang bercakap dgn penuh semengat menggamat dewan membahas bajet.Nampak sangat kesungguhanya supaya rakyat nampaklah konon-konon dia buat kerja.Yg lucunya,pak-pak YB yg dulu tidak pernah besuara tiba-tiba bersuara macam dserang ’sawan’ becakap.Kenapa agaknya perkara ini berlaku?Agaknya mungkin dah terasa bahang memanggang buntut kot…Bajet yg konon-konon ‘terbesar’ pernah dibentangkan??…kalau begitu,senyum sampai ke telngalah para penyangak@tukang laksana bajet merangkap anak/menantu kroni…oo patut lah pak-pak YB iu bising bagai nak rak kerana mungkin takut tak dapat bahagian..Bererti selama ni kerajaan negeri hanya mengeluarkan peruntukan ala kadar saja utk pembangunan Sabah ya tak?
Kerajaan bolehlah diumpamsa mencari jamban hanya setelah t**k hampir terburai!yala memang dah fiil agaknya.Jika terburai dipertengahan jalan,macam mana nak jawab?Dah tentu malu berlipat kali ganda ya tak…hahaha.Apa yang pasti,perasaan rakyat Sabah telah didera sekian lama.Luka-luka hati yg berdarah kini bernanah tapi kerajaan masih bermain wayang di alam kepura-puraan yg sengaja diciptakan.Sekarang mulalah pula tunjuk baik utk memujuk rakyat konon.
Kesilapan sebahagian orang kita jua kerana terpujuk oleh madah berhelah yg akhirnya kita gigit jari.Maka sekarang di (BN) buat lagi hal yang sama dan mungkin sebahagian orang kita dari awal lagi sudah mengngangga mulut menyambut titisan madu beracun yg akan dipercik bila-bila masa seperti yang biasa berlaku setiap musim pilihanraya.Sikap dan mentaliti orang kita yg mudah sangat digula mulut menyebabkan mereka semakin berani memperlaku kita sesuka hati.Lihat saja pemimpin-pemimpin PBS yang sanggup dianaktiri dan tidak boleh bersuara apa-apa.Buktinya,lihat saja kawasan yg diwakili mereka memang jauh berbeza dengan kawasan yg diwakili oleh ‘anak emas’.Sikap pemimpin Sabah yang hanya memperjuang periuk nasi masing-masing menyebabkan perpecahan dan inilah yg UMNO nak supaya lebarlah media mereka utk menabur fitnah serta ruang utk mengadu domba.Dan akhir dari semua itu,hanya meninggalkan keluhan rakyat yang tidak berkesudahan..sampai bila??
Masalah pengangguran yang serious di Sabah seperti tidak pernah ada penghujungnya.Peluang-peluang pekerjaan yang sepatutnya diisi oleh orang tempatan dikebas oleh orang luar (orang UMNO) dan graduan tempatan hanya mampu berputih mata!Pegilah ke mana-mana jabatan kerajaan di Sabah ini,siapa yang menjawat penting di setiap sektor?Org tempatan walapun ada ijazah atau diploma hanya layak jadi kuli atau penganggur.Saya juga tidak terkecuali walaupun disyaratkan berkhidmat dgn kerajaan Negeri setelah tamat pengajian kerana salah seorang pemegang BKNS tapi dah lebih 10 tahun jadi penganggur terhormat!Terhormat apakah jadahnya!?Saya pasti ramai lagi yg senasib dgn saya di luar sana maka sudah tiba masanya kita para graduan menganggur di Sabah ini buat sesuatu utk membela nasip dan masa depan kita!
Setiap hari ekonomi negara diumumkan semakin mantap menurut laporan akbar arus perdana tapi kenapa kadar kemiskinan di Sabah masih tinggi.Kalau ekonomi negara semakin maju,ke mana pergi semua perolehan dan pendapatan seperti yg didakwa?kenapa tidak sampai kepada golongan sasar tidak seperti yang diperkatakan?Apakah semua iu hanya digunakan utk mengisi poket dan perut serta agenda pemimpin semata-mata sedangkan rakyat dah bertahun-tahun menanti da menaruh harapan bantuan kerajaan dari segi kemudahan asas dan sebagainya.Kerajaan dah mampu buat misi ke angkasa lepas,bermakna negara ini sudah maju setaraf dgn negara AS atau Rusia.Sudah mencapai tahap itu bererti semua perkara dalam negara dah kena sittle sampai mampu membantu negara lain meringankan beban mereka sedangkan rakya sendiri ada yang masih tinggal di pondok buruk beratap nipah dan berdinding kulit kayu.Satu hakikat yg terpaksa ditelan walaupn pahit oleh kebanyakan penduduk pendalaman!Perlukah hakikat ini disorok lagi oleh kerajaan?Apakah kerajaan malu utk mengakui satu hakikat?Dan satu hal yg memang pelik bin ajaib bila negeri yg kaya dgn minyak ini dikatakan negeri yg paling miskin di Malaysia.Satu hal tidak masuk akal!
Begitu juga dgn kenaikan harga barang yg semakin menekan rakyat sekarang.Kerajaan dgn selambanya mengambil jalan mudah dgn mengumumkan dalam media eletronik arus perdana rancangan bicara menteri bahwa,’kenaikan itu tidak membebankan rakyat berbanding negara lain’.Bila buat kenyataan cakap benda yang sama padahal harga barang naik beberapa kali!Bagi dia memanglah tak membebankan kerana terima gaji ribu-ribu tapi cubalah fikir nasib penduduk luar bandar yg hanya cuma ada ladag getah setengah ekar sebagai sumber pendapatan keluarga.Dan sedar dari dulu beza pendapatan penduduk semenanjung dengan penduduk Sabah walaupun mempunyai saiz ladang yg sama tapi pendapatan jauh berbeza kerana wujud jurang harga yg amat besar!Senang pula di buat perbandingan dgn negara lain yg ekonominya jauh lebih baik berbanding dgn ekonomi negara kita.Ini soal rakyat negara kita hadapi bukan negara lain!
Kenyataan demi kenyataan kerajaan hanya menyakitkan hati dan cuma penghias bicara menjadi santapan halwa telinga yg semakin bingit yg bolehlah dianggap sebagai suatu dongengan pascamerdeka.Namun kita tidak heran kerana ideologi keparat yg berkarat ini telah lama diamalkan sejak dari dulu lagi meniti era demi era pemerintahan BN.Dulu,kini dan selamanya…
Haruskah kita berkompromi dgn perkara yg sudah terang2 tidah adil d dapan mata dan berunsur diskirminasi?Sampai bilakah kita dan pemimpin2 kita ditentukan untung nasib oleh orang lain?Bertapa malangnya nasib kita andaikata suatu hari nanti terpaksa merempat di negeri sendiri?Oleh itu, buka hati tanyalah minda..
TUKANG CIKIR:Tak Berkompromi dgn ketidakadian!!!
nampaknya hebahan kedatangan datuk seri tak begitu meluas. saya sendiri tidak mengetahui sekiranya
tidak melawat laman ini. rakyat harus diberitahu akan kedatangan datuk seri agar mereka dapat mendengar sendiri segala kejahatan yang telah dan akan dilakukan oleh sang pemerintah yang zalim.
ceramah datuk seri di ranau akan diadakan di kawasan mana? saya mendengar pelbagai versi cerita yang tidak dapat dipastikan benar ataupun tidak.. tolong tetapkan kawasan tersebut supaya semua penduduk ranau dapat hadir esok..
Assalamualaikum dan salam perjuangan Dato Seri,
Saya kagum perjuangan dato seri. bila agaknya dato seri akan sampai ke bintulu, Sarawak? di sini ramai penyokong sedia menunggu…