Rakyat yang ikhlas bagi respons:
Assalamualaikum Dato seri..Saye sedih dengan ape yang terjadi pada negara sekarang..Akhir2 ini timbul banyak tanda2 negara akan terperosok ke kancah pertelingkahan kaum..Terlebih dahulu, saye ingin melahirkan rase sedikit kekesalan saye, kerana saye agak sedikit kecewa dengan senario perjuangan dato seri dan parti Keadilan kebelakangan ini..Saye adelah antara orang yang sangat mengkagumi pejuangan dato seri, dan saye yakin bukan saye seorang sahaja,sbenarnyer ramai rakyat Malaysia bijak berfikir, dan ramai yang sememangnye sedih bagaimana dato seri menjadi mangsa fitnah kepade pimpinan UMNO terdahulu..Sehingga sekarang saye masih menghormati dato seri sebagai seorang pemimpin yg berani..
Tapi persoalannyer, perjuangan dato seri dan parti keadilan kebelakangan ini sedikit kurang jelas..Banyak persoaln yg timbul,dan saye khuatir perjuangan parti Keadilan sekarang seolah-olah memangkin ke arah kejatuhan negare..Antara persoalan utama yg timbul ialah bagaimana dengan isu perkauman sekarang ?? Dimanakah pendirian keadilan ?? Adakah parti keadilan menentang hak keistimewaan orang melayu dan mahukan demokrasi tulen? Bukan ape, kerane orang melayu amat sensitif dengan isu ini..
Banyak juga pembaharuan dan usaha2 telah dilakukan dalam pimpinan pak lah untuk membaiki sistem pimpinan seblum, adakah parti keadilan cube menidakkan niat baik ini dengan hanye mebangkitkan isu2 negatif??..Contoh mudah dasar2 pembangunan ekonomi seperti di timur/negeri Kelantan..Tidak dinafikan, Dasar ekonomi dato seri yg saye lihat sendiri di youtube,memang meyakinkan,persoalannye mampukah ia dicapai?? Adakah ahli bijak ekonomi dalam parti keadilan selain dato seri sendiri,sedangkan yang nampak sudah ade bibit kemelut politik kuasa seperti UMNO dalam keadilan sebelum pilihan raye lg..Sudah tentu sekiranye keadilan bejaye merampas kuasa dari pimpinan sekarang,ekonomi negare akan merudung jatuh,seterusnye mampukah ekonomi dibangunkan semula dan konflik kaum diatasi..
Namun, yang paling penting sekali ialah kite sudah nampak sudah ade pihak yg cube mengambil kesempatan ke atas situasi ketika ini, terutama sekali media asing dan x salah sekiranye saye katekan mereka mempergunakan dato seri untuk mensensaikan berita mereka..Kumpulan etnik lain pula cube mengheret ke arah pertelingkahan kaum,sedangkan ape yg terjadi tak seteruk yg digambarkan..kajian terdahulu telah membuktikan orang cina banyak menguasai pegangan ekonomi negare,bukan orang melayu,make tidak mustahil la etnik india yg lebih minoriti dalam kelompok yg lebih bawah..Sekiranye perjuangan HINDRAF diambil kira iaitu hak keistimewaan melayu meruntuhkan ekonomi etnik lain,bagaimana masayarakat cina dan ananda krishnan menjadi kaye..Majoriti kemiskinan di Selangor sahaja(sebuah negeri maju) masih lagi kelompok masyarakt melayu..
Saye harap dato seri dapat menjawab beberape persolan di atas ini dengan ikhlas,supaye rakyat jelas dengan perjuangan parti keadilan..rakyat memang meyokong menentang penyalahgunaan kuase dalam kerajaan yang menjadi punca perosak negare, dan ramai yg setuju isu video Lingam patut diadili dengan adil..Perjuangan dato seri dalam menangani isu rasuah dan penyalahgunaan kuase,isu hak asasi manusia,isu kemiskinan,patut diteladani pemimpin kerajaan sekarang..
Akhir kate, sekiranye comment saye ini iaitu manusia yg tidak sempurna juga diizinkan oleh moderator blog, saye ingin membawa kepade satu persoalan untuk sumer penganut islam di negare ini..Sistem kapitalis telah merebak ke negare kita(yang kaye akan terus kaye,miskin terus miskin),sedangkan sistem zakat telah diturunkan Allah untuk menangani sistem ini..Adakah kite semua sudah membayar zakat harta (terutama sekali zakat pendapatan) kerane sedih sekali peratus yg membayarnye masih sedikit.Seblum salahkan sesiape mari kite tanye diri kite sendri dulu..
Saya syorkan telitilah risalah Agenda Ekonomi Malaysia yang telah disebar meluas, huraian Tan Sri Khalid, Din Merican dan lain-lain. Pandangan saudara mirip propaganda Biro Tatanegara dan Pemuda Umno.
Perkara 153 - hak istimewa Melayu dan bumiputera dipertahankan untuk rakyat bukan untuk memperkayakan keluarga pemimpin Umno.
ANWAR IBRAHIM
















cukuplah kita bermain api perkauman.Yg kaya ialah pemimpim bn dan umno.Yg miskin rakyat tak kira kaum melayu,india atau cina.Sebab itu saya yakin dgn janji- janji dato seri bahawa kita dgn hasil minyak.Di manakah hilangnya duit petronas sebanyak RM73b adakah rakyat dapat?Rakyat dapat hanya 0.01% sahaja iaitu yuran dan peperiksaan percuma.Kesian rakyat malaysia ini kena tipu.Sikit sikit melayu.Ini janji dato seri menang ba minyak turun.Kesihatan percuma iaitu pembedahan jantung.Rumah ppr diberi harga minimum seperti harga rm42000 tanpa interest.Banyak lagi.Insa allah kita minta dato seri tulis dalam blog janji2 kalau ba menang apa dato seri nak buat.Kita print dan sebar pada org ramai
Assalaamu’aleykum w.b.t
Kat Mane boleh dapatkan “risalah Agenda Ekonomi Malaysia” seperti yg disebut kat atas . . . Saye dah try korek2 internet carik maner tau ade tempat yg boleh download risalah tu tapi tak jumpe (T_T) . . . harap boleh bagi link kat mane boleh dptkan risalah tersebut . . .
Wassalam
Sdr. Anak Jati Sarawak, risalah tersebut dapat di muat turun di: http://www.civicbuilder.net/~keadilan/index.php/content/view/204/1/. Terima kasih.
Tak sempat saya nak ulas….. Dato’ Seri dah ulas.
Mangkuk ayun yang bernama Rakyat yang ikhlas ini adalah best student BTN Nordin Keldai….
Bukan main lagi tulisan konar sana konar sini…..macam gigi lembut dari lidah.
Lepas ini macam-macam teknik lagi tulisan-tulisan propaganda. Lain kali suruh saja Datuk Halik Zaman yang ulas…..!!!!!
Semenjak makan kapsul sarang burung beliau banyak masa…… Dato’ Seri membazir masa melayan mangkuk pecacai BTN dan AZALINa…!!!
Salam Buat Dato’ Seri Serta Keluarga, Tidak salah jangkaan saya, apa bila membaca dibahagian pertengahan “Respon Kepada Rakyat Yang Ikhlas” tak ubah seperti mirip propaganda Biro Tata Negara atau Pemuda UMNO, tanpa saya sedari dibahagian bawah rupa rupa nya Dato’ Seri pun beranggapan sedemikian… walaypon saya ini hanya habis darjah enam, tetapi masih mampu memikirkan dengan fikiran wyang waras kebuurukan yang UMNO telah lakukan selama ini. Isnyallah jika baik yang kita rancangkan, maka baiklah akan mendatang. Saya telah membaca Agenda Ekonomi Baru yang Dato’ Seri maksudkan Insyalllah saya akan sebarkan kepada seluruh rakyat sekitar. Wassalam
assalamualaikum dan salam sejahtera.terpggl umtk memberi komen oleh kerana sahabat kita yg tak pasti motif parti keadilan perjuangan dato seri…SEKARG APA ORG MELAYU DAPAT D BAWAH PEMERINTAHAN UMNO????????itu soalan yg perlu d jawab oleh semua orang melayu.tak timbu cerita perkauman jika api perkauman tidak di tiup oleh pemimpim umno…sapa yg mencabar kaum cina?jwpannya UMNO..angkat keris bogel mencabar org cina.buktinya dalam perhimpunan agong umno br2 ni dan sebelumnya.isu perkauman dah tak valid lagi d malaysia ini kerana dalam parti keadilan un bukan parti perkauman…bagaimana dgn MIC UNTK INDIA,MCA UNTUK CINA,PPP BYK INDIA,GERAKKAN D MONOPOLI OLEH CINA BETUL TK SEDARA??.UMNO…UNTK MELAYU..SAPA YG PERKAUMAN?MAMPU ATAU TIDAK DATO SERI MEREALISASIKAN AGENDA EKONOMI BR AKAN TERBUKTI SEKIRANYA KITA MEMERINTAH.sekarg kuasa bukan d tgn dato seri.jgn kita terperangkap dgn polemin kerajaan yg menakutkan rakyat dgn isu perkauman…akhirnya umno yg jadi hero..maka d tipu kita lg oleh umno.melayu akan njd lebih teruk d bawah umno 10 thn akan datg kalau tak ubah.lebih teruk dari indonesia..percayalah.ubah sebelum parah…byakkan bc suara keadilan dan harakah baru minda kita tak d perangkap oleh junta umno.akhir kata, hari ini MELAYU TGGL NAMA,TULISAN JAWI HNYA D MUZIUM..JGN LETAKKAN BGSA MELAYU BERKUBUR D MUZIUM. SEKIAN
Kepada Rakyat Yang Ikhlas,
Saya rasa saudara terlalu banyak melihat saluran media tempatan yang dikekang pemerintah untuk melancarkan propaganda mereka.
Kenyataan saudara mengenai DEB di Kelantan saya rasa kurang tepat kerana ia sudah lama dirancang oleh kerajaan negeri. Tahukah saudara kerajaan negeri memerlukan kelulusan dari kerajaan pusat untuk mendapatkan peruntukan?
Mengenai HINDRAF pula, saya berpendapat tiada masalah jika mereka berkumpul untuk menuntut pampasan dari penjajah yang menafikan hak mereka semasa dibawa ke Tanah Melayu. Tiada isu perkauman pun yang dapat diperhatikan semasa perhimpunan ini. Jika tiada sekatan dari pihak berkuasa, saya rasa perhimpunan akan berakhir dalam masa yang singkat dan yang lebih penting keselamatan terjamin.
Satu lagi persoalan yang selalu bermain di fikiran, adakah saudara pernah merasai keistimewaan bangsa melayu yang digembar-gemburkan oleh parti pemerintah?
Fikir-fikirkan…
propaganda ka apa ka lantak p…
la nie aku sebagai pembeli aku kena buat pilihan
ada 2 kedai 1 kedai BA 1 kedai BN…
kedai Bn harga mahai tak mau2 jadi lanie ada kedai baru buka
kedai BA..dan tawaran dia macam nie…
http://www.youtube.com/watch?v=wS_MT8e1864
jadi sapa masih nak menjadi pencacai tu…pie la kedai mahal tu..
lantak ko org laa…dan pikir sendiri laa ko org tuu
CEREDIK @ BANG**G……
setuju cakap coklat……..
al Quraan telah mencanangkan globalisasi lebih 1400 dahulu,dan sekarang ianya telah berlaku,tapi org Melayu masih tidur di bawah tempurung dan berkiblat kepada UMNO dan NEP.Bila ada gulungan yg cuba membawa perubahan dan pembaharuan org Melayu segera di takut-takutkan dgn hantu kesusahan dan kemiskinan,walhal selama ini pun dgn Umno dan NEP mejoriti org Melayu juga adalah miskin dan susah.Ini semua kerja egen Umno,utk mempastikan kroni meeka terus kaya dan berkuasa.
kasihan rakyat yang ikhlas (tetapi tak berapa cerdik)
akhirnya diperkuda penguasa kaya. tu la, lain kali jgn cepat sgt mengaku ikhlas. mana ada orang ikhlas mengaku ikhlas. menteri UMNO BN dan konco-konconya saja yang mengkau ikhlas (sambil memegang mock cek bertulis jumlah dan namanya besar-besar)
Seperti cokelat, belum sempat saya menjawab DSAI telah menjawab.
Tepat sekali, penulisan bukan lagi hanya “mirip” propaganda BTN, ianya besar kemungkinan ditulis oleh boss boss BTN dibawah seorang Dato’ Kelantan!
Kepada kawan-kawan Melayu,
Kita semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Apa yang diluakan pemimpin pemuda UMNO adalah sama sekali tidak adil untuk kaum Cina. Kedudukan ekonomi kaum cina di Malaysia bukannya jatuh dari langit… semuanya datang dari titik-peluh sendiri tanpa sebarang bantuan dari kerajaan. Jika kaum melayu ingin berjaya dalam bidang perniagaan , kamu hendaklah berusaha lebih lagi dan berdikari tanpa menanti bantuan kerajaan.
Janganlah sesekali lupa tentang Perjuangan dan sumbangan yang diberikan oleh kaum cina. Tanpa Cina mustahil akan Malaysia hari ini. Kita mesti saling hormat-menghormati dikalangan kita tanpa mengira bangsa dan agama. Kita semua mesti bersatu ! Bersatu kita Teguh, Bercerai kita roboh!!!! Jangan terperdaya oleh permainan perkauman UMNO..
Apa yang saya hendak sebut ialah: Polisi ekonomi kita, tidak produktif. Terlalu banyak ‘mandatory Previledges’ untuk kaum Melayu.. Kita perlukan polisi yang bebas, adil untuk semua kaum. Jika tidak, memang tidak akan ada pelabur-pelabur luar yang ingin melabur disini.
Sebagai Contoh, PROTON ! apa sudah jadi setelah tidak mendapat perlindungan kerajaan? Tidak dapat bersaing sama sekali..Volkwagen pun tak berminat untuk bekerjasama! kenapa? Polisi negara yang tidak adil untk pelabur !
UMNO dibibir mulut lantak utk perjuangan Melayu! Apa yang benar-benar berlaku? ialah merekalah yang merupakan SYAITAN disebalik topeng.. Merekalah yg merompak kekayaan negara! dan menuduh pula pada kaum Cina..Kaum cina benar-benar duka-cita pada mesyuarat agong UMNO lepas.. Pada masa itu kami semua telah terlihat Wajah sebenar UMNO !!! Didepan semua Baik-baik belaka, Dibelakang pula nak tikam kami dengan Keris… PUKIMAK UMNO!!!
Sebagai pengakhir kata, jangan terperdaya dgn Hasutan UMNO.. Kita semua boleh hidup bersama dan sama sama kita berusaha untuk membangunkan Malaysia ke tahap yang disegani masyarakat dunia…
Sekian terima kasih,
Kepada Rakyat Yang Ikhlas, ko ni slah orangla nk bg comment. comment ko tu ssuai dihantar kt pemuda lembik mcm Hishammuddin yg muka berminyak tu. Ko comments berjela-jela Dato Seri jawab simple dan padat dengan fakta. Naga Besar lagikn Dato seri lawan Inikan pulak cicak menkarung mcm ko.
BN yang diterajui oleh UMNO telah membawa satu wabak yang telah melarat dalam masyarakat kita. fikiran rakyat diracuni oleh media2 pemerintah. isu perkauman dan agama sering dipermainkan. teman2 dari semua bangsa, marilah kita bersatu. kita lawan penindasan dan kita tegakkan keadilan untuk semua. kita semua berhak untuk hidup bebas. kebangkitan rakyat adalah satu-satunya ubat untuk wabak ini dan kita adalah doktor2 yang akan merawatnya.
Buat rakyat yang ikhlas…
Andai rasuah yang pelbagai bentuknya di tanahair mampu diminimakan dan dihapuskan , berbilion wang rakyat dapat dibelanjakan ke tempat yang sepatutnya . Cuti-cutilah ke seluruh pelusuk tanahair…
perhatikan bahawa setelah 50 tahun merdeka dan belum pernah beralih teraju pemerintahan dengan begitu mudah kita akan dapat melihat bangunan fizikal sekolah ( sungai ilmu ) yang umpama rumah kongsi pembalak yang telah ditinggalkan ….Bayangkan berapa yang dapat dijimatkan bila pembelian screwdriver RM 32 menggunakan nilai RM 32 dan bukannya RM 2 seunit. Perlukah kita mengemis?
perlukah harga minyak dinaikkan ?
Mereka akan berbuat apa saja kerana takutkan kemiskinan… ingat … apa saja
itulah pemimpin umno yang rata-rata mengekalkan keturunan mereka sebagai pemimpin dan umno untuk menjamin kelangsungan hidup mewah dan bermewah-mewah tanpa memperdulikan rakyat jelata
kepada rakyat yang ikhlas,
Saudara adalah seorang yang perkaumman dalam firman allah ‘aku jadikan berbagai serta berbilang bangsa hendaklah engkau berkenalkenalan serta berbaik baik diantar kamu’islam itu cara hidup ia mencakupi segala sudut dan sendi. tapi malang UMNO mengunakan isu perkaumman dan agama untuk meneruskan sisa sisa kuasa yang ada demi untuk terus bernafas walaupun nyawa dihujung tanduk.Inilah resipi yang digunakan sejak 50 yang lampau. Persoalannya adakah resipi ini laku setalah rakyat matang UMNO kena akui resipi mereka telah makan diri serta tidak boleh diterima oleh rakyat ini kerana sebilangan besar rakyat adalah terpelajar walaupun dari kampung atau estet genarasi kedua mereka lahir lepas merdeka. mereka tidak boleh di kotak katikkan. umno kena akui semuanya telah dipenhujung. jangan main isu kaum dan agama kelak makan tuan.
SALAM PERJUANGAN…
BEGITU KUAT DAN HEBATNYA KUASA PEMBOHONGAN PEMIMPIN2 UMNO MEMPENGARUHI SEGELINTIR RAKYAT HINGGA PEMIKIRAN ORANG YANG MENGAKU IKHLAS PUN DAH TAK MAMPU UNTUK BERFIKIR DENGAN IKHLAS…SEGALA APA YANG DITULIS PUN HANYA MENONJOLKAN KEBEBALAN DAN KETOLOLAN PADA MINDA YANG DAH BERKELADAK DENGAN ASAKAN YANG BERTALU2 OLIH PEMBOHONGAN YANG TERANCANG DARI PEMIMPIN2 MEREKA..SEHINGGA PEMIKIRAN MEREKA SEOLAH2 SUDAH AMAT KRONIK..TAK DAPAT DIUBAHSUAI LAGI…CUBA UNTUK IKHLAS TAPI TAK BERHASIL…MALANG SUNGGUH NASIB PENCACAI2 INI…KESIAN..BERSUSAH PAYAH UNTUK MEYAKINKAN ORANG RAMAI DENGAN CUBAAN IKHLASNYA..TAPI..KALAU DAH BAHLUL..BAHLUL JUGA..TAK PAYAHLAH NAK RACUN PEMIKIRAN ORANG LAIN DENGAN KEBAHLULAN KAMU..SEPATUTNYA KAMU MALU PADA DIRI KAMU SENDIRI KERANA PEMIKIRAN KAMU DAH NAZAK DENGAN MAKLUMAT PEMBOHONGAN..BERAPA LAH HARGA MARUAH DIRI KAMU..ATAU KAMU MEMANG DAH TAK ADA MARUAH..HINGGA SANGGUP DIJADIKAN ALAT UNTUK DITUNGGANG OLIH KADAM2 PEMIMPIN KAMU..PEMIMPIN2 KAMU MEMBINA KEMUNGKARAN,YANG KAMU MEMBANTU MEMBIAKAN KEMUNGKARAN..MANUSIA JENIS APA KAMU NI..BANGGA SANGAT KAH KAMU JADI PENCACAI YANG TAK ADA MARUAH..
TOLAK POLITIK PERKAUMAN UMNO/BN……AYUH SELURUH RAKYAT MALAYSIA KITA BERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BERSAMA2 PEMIMPIN BARISAN RAKYAT YG LAIN DALAM MEMBAWA PERUBAHAN BESAR POLITIK MALAYSIA.ANWAR IBRAHIM HARUS MENGEPALAI PERJUANGAN INI DENGAN DOKONGAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM DAN AGAMA…KINI MASA UNTUK BERUBAH….BUANG POLITIK SEMPIT PERKAUMAN.JUNJUNG PERLEMBAGAAN NEGARA….SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!!!!!!
Bos…bila rakyat India dan Cina akan diberi status bumiputera? kami pun telah berjuang sama sama untuk negara tetapi sakit hati apabila segelintir pemimpin meminta kami balik ke negara asal kami..kami anak Malaysia juga
Terima kasih di atas teguran2 rakan2 sekalian..
Wlaubagaimanapun, segelintir antara pemberi komen di sini melabelkan saye sebagai seorang pemuda UMNO yg ingin memburukkan dato seri adalah sesuatu yg tidak masuk akal.Bagaimana seorang ahli UMNO boleh berminat dengan blog dato seri,parti keadilan sendiri dan sebagainyer..
Berbalik kepada isu ekonomi,saye masih lagi berpendapat dasar2 ekonomi dato seri tidak semudah yg ditulis..Dasar memang boleh dibuat,tapi dasar sahaja tidak cukup klau rakyat masih lagi terus befikiran sama.Kempen taknak merokok memang mudah dibuat,tapi ape gunenye klau rakyat kite masih lagi berfikiran same, merokok tidak membahayakan kesihatan.Sedangkan Proton nak berubah pun kite tanak kasik peluang.
Saye rase masih ramai lg yg melihat tiada perbezaan di antara dasar UMNO dan Keadilan, selain daripada isu rasuah dan penyelewengan kuase.Isu perkauman same sahaja,sbb orang melayu tak pernah mempertikaikan kekayaan orang cina dan lain2 kaum sbb mereka layak kerane mereka kuat berusha..Isu hak pendidikan atara kaum juge saye meilihat same sajer,sbb tidak disentuh pun dalam ideologi dato seri,samaada hak kemasukan ke universiti perlu diberi samarata atau tidak..Isu agihan kekayaan,orang islam sendiri yang membayar zakat(harta) pun tak banyak macammane..
Tapi setiap orang mempunyai idea dan pendapat sendiri..Tujuan komen ini pun bukan untuk memburukkan parti keadilan.Sapelah saye ni pun..Cume saye harap perjuangan parti keadilan tidak sampai sehingga membenci bangsa melayu lain kerane sudah terdapat segelintir pemimpin UMNO bersifat sedemikian..LAwan dengan care dan saluran yg betul untuk kemakmuran negare..
Cabaran juge untuk parti keadilan untuk meyakinkan kemungkinana ramai lagi yg besrsikap berkecuali di luar sane seperti saye,meyakinkan kami parti keadilan mampu membawa Malaysia ke arah kejayaan seterusnya mengundi keadilan bagi pilihan raye kali ini..Rakan-rakan sekelian janganlah salah faham, saye masih lagi respek dato seri sebagai pemimpin yg berani,lagipun kat sini dah ade ruang komen,hehe setau saye orang UMNO sahaja pantang di komen,gurau ajer..
Ayuh rakan2 komentar, lawan sebelum parah, lawan demi maruah. Kita semarakkan juang menyokong DSAI & The Team. Kita yakinkan rakyat M’sia, tak kira apa bangsa dan agama, bahawa inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh kita untuk mendapatkan satu anjakan menyelamatkan Malaysia dari kerenah dan kebobrokan lembaga yang bernama Umno dan kuncu-kuncunya. Anjakan yang diterajui oleh DSAI & The Team, pemimpin2 yang kita telah ketahui taraf mereka. Jangan dibiarkan pengorban mereka diaib, ditindas, dikongkong, diseleweng oleh Umno yang berpuaka ni. Kita telanjangkan perangai dan niat kotor, busuk dan menjijikkan kuncu-kuncu Umno/BN spt Siput Babi, hakim-hakim yang korap, BTN, SPR dan mereka-mereka yang sekufu dengannya. Mereka ingat kita tak sekolah ke, cuba nak umpan Rakyat Yang Ikhlas. Beri tahu juak-juak mereka “sekilas ikan diair kita dah tahu jantan betinanya”.
Assalammualaikum Dato’ Seri,
Saya adalah penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat dan PAS.
Daripada tragedi HINDRAF semalam, tiba-tiba saya tergamam apabila PAS dan PKR menyokong mereka.
Persoalan:
1) Antara wadah perjuangan HINDRAF dan DAP adalah mempertikaikan hak orang Melayu. Jadi, jika PKR menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan, adakah PKR akan melucutkan status istimewa kaum MELAYU dan bumiputra?
2) Mengapa PAS khasnya menyokong HINDRAF dan DAP? Sedangkan dengan terang-terangan mereka MENOLAK Negara ISLAM dan mahukan Negara SEKULAR.
3)Bukankah menyokong aktivis yang berbentuk perkauman ini akan menyebabkan KETEGANGAN KAUM di seluruh Negara? Ini sangat berbahaya.
Saya harap pihak PAS dan PKR dapat menjelaskan perkara ini dan saya juga berharap agar PAS dan PKR tidak terperangkap dengan agenda mereka kerana ia akan menyebabkan kerajaan BN(Barang Naik) itu memainkan isu ini. Ia akan merugikan kita.
Saya memang tidak menyokong BN tetapi saya juga tidak mahu Hak Orang MELAYU tergadai seperti yang terjadi di Singapura. Saya Harap perjuangan PAS dan PKR mesti jelas dan tidak sesekali tersasar dari landasan akibat ingin menjaga hati mereka yang membuat pertikaian ini.
Saya hormat bangsa lain tetapi bangsa lain pon perlu hormat pada orang MELAYU. Hak Orang MELAYU tidak boleh dipertikaikan lagi seperti mana yang tercatat didalam Perlembagaan Persekutuan.
Ini negara Malaysia dan juga masih Tanah Melayu.
Kita Negara ISLAM dan TUannya adalah MELAYU ISLAM..
Diharap Dato’ Seri dapat mengulas perkara ini supaya rakan-rakan seperjuangan yang lain jelas dan tidak dipengaruhi oleh Kerajaan BN(Barang Naik) ini.
SALAM PERJUANGAN!!!!!
HIDUP DATO’ SERI!!!
HIDUP KEADILAN!!!!
Sekain,
Anak KEADILAN.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada Dato’ Seri dan kesemua warga Malaysia yg berbangkit;
Firstly I would like to apologize for writing in English but my intentions are clean as I wanted to express my view and not misinterpreted or misunderstood. I’m an average 30yr old Malaysian who is working on an average job with a salary not more than RM4,000. I have my fair share of struggle to get to where I am with the sacrifice made by my parents which I’m deeply grateful to.
To the comments above, the real question I would like to ask is whether are we fighting for our own welfare and rights or for the future of our country? Both are definitely not the same. The rich today will not turn poor by any political or social movements as we cannot stripped their wealth simply because the poor say so. The present scenario is a reflection of our loss two decades ago when UMNO manipulated the system and their “so-called” MULTI-NATIONALISM propaganda to unify the nation at that moment, which is a past. Hence, today’s battle should be about rectifying the wrongs and work towards a better FUTURE for our children and theirs for generation to come. We can only ask for fair-policy for all races through education and economy restructuring. During Dr. M’s ruling, the Chinese controls the trade, Malays rule the Government with billions of contracts going to handful of candidates, and the Indians were left working for estates which was partly own by foreigners and later taken over by Chinese. The fact of the matter is we have never genuinely work together before as a one massive community in one sector since Independence. When do we plan to start? Now? Next Generation? 2020?
In my line of work I’ve met large variety of ethics groups from all levels and I can come to one conclusion. Today’s middle class who vote for BN is not because they are afraid or they still believe their ridiculous stories, it is simply because there isn’t any other worthy parties out there whose not racially divide. KEADILAN has the potential but not convincing enough. I, too, hope KEADILAN holds up to its political promise if you succeed as at the moment, you holds a candle of hope for a suffering nation.
(Statement above is merely my own point of view and has no intention of upsetting any parties)
salam..terlebeh dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada dato’ seri sbb berjaya menjawab jwpn dr rakyat yg ikhlas dengan padat dan tepat..
saya sbg salah 1 dr rakyat negara ini merasakan bahawa sejak kebelakangan ni..byk berlaku perkara tidak diingini berlaku..perkara ni mkin membimbang kan..takut2 peristiwa 13 mei berlaku kembali..saya arap dato’ memperjuangkan hak rakyat di jalan yg benar..bukan utk kepentingan diri sdr..dan dpt melaksanakan janji2 yg ditabur kan..bukan hanye sbg kate2 sblm pilihan raya..harap2 semua umat manusia di malaysia dibukakan pintu ati..utk menerima kebenaran..buang yg keruh..amek yg jernih..saya kurang pasti la..ramai ker rakyat yg tidak puas ati?bleh bgi cth x?yer la..tidak ader mnusia yg sempurna..dan tidak mungkin dpt memuaskan ati setiap rakyat..yg baik itu dtg dr allah..dan yg buruk itu dtg dr diri sndri..sekian…wsalam..
allah shje yg tau kebenaran dan juga ati setiap manusia..
Salam DSAI dan sahabat2,
Bila saya melihat komen saudara2 semuanya menghentam 100% kenyataan Rakyat yang Ikhlas,betapa menunjukkan dangkalnya keterbukaan yang ada dalam diri kita.
Kita perlu positif dalam komen rakyat yang ikhlas ini.Seharusnya ada penilaian pro dan kontra yang perlu kita pertimbangkan kerana semua rakyat Malaysia tidak mahu negara kita dijajah semula oleh rakyat asing terutamanya Amerika atau Israel yang dajal itu,bukannya menghemtam dengan membabi buta…
Jangan pabila kita terlalu seronok menghentam UMNO/BN dan konco2nya termasuklah BTN, sehingga dalam keterbatasan kita berbicara kita terlupa tentang bahaya ini…
Saya lihat DSAI perlu lebih tegas menyatakan pendirian ini…Kita tidak mahu negara ini dikuasai puak2 berpemikiran cauvinism..puak2 politiking seperti KJ..puak2 kronisme seperti Dr. Mahathir,puak2 radikal kebangsaan dan boleh juga dinamakan di sini puak2 radikal Islam dalam negara kita kerana mereka2 inilah yang sebenarnya membuka ruang kepada kuasa asing merosakkan negara…
Harusnya sahabat2 jangan terlalu ghairah berbicara sehingga lupa bahawa kepentingan mempertahankan kedaulatan negara kita ini menjadi prioriti penting kerana kita sedang menjadi perhatian dunia untuk dijajah lebih2 lagi melihat betapa lemahnya kepimpinan PAK LAH ketika ini dibawah pengaruh KJ dan kroni2 UMNO…
Dalam menongkah perubahan,perlu ada pendirian kukuh dan kuat bagi menentang kuasa asing…
UBAH sebelum PARAH,
UBAH DEMI MARUAH AGAMA,Bangsa dan Negara,
Wassalam
Sudah terlalu lama BN memerintah Malaysia. Apa rakyat dapat? Hanyalah ‘pembaziran’ wang rakyat untuk projek - projek berjuta - juta yang sebahagian besarnya TAK SIAP, tapi tak mendatangkan faedah pada rakyat keseluruhannya. Hanya sedikit sahaja yang siap. Yang pasti, banyak wang rakyat masuk ke poket ‘TAUKE JUDI’.
Tak payah dok corner sana sini la. Dah terbukti bahawa BN ‘mencuri’ wang rakyat, tipu rakyat sedangkan ‘tauke-tauke’ BN banyak yang tak bayar cukai, apatah lagi bayar zakat. Jauh sekali la… Rakyat yang sederhana dok cakap, ‘macam mana nak bayar zakat?’. Tauke BN pula dok bagi tip ‘macam mana nak elak zakat / cukai’. Ini yang saya panggil LINTAH BN.
Lintah ni, kita tak sedar pun dia dah melekat di betis kita. Sedar - sedar dah gemuk dah dia hisap darah kita. Anda nak biarkan? Mana ada orang biar LINTAH hisap darah dia. Sapa yang jawab ‘BIARKAN’, memang….tak ada akal la kot.
Kalau rakyat yang berpendapatan rendah pun susah, tambah la pula dengan golongan OKU yang ditakrifkan ’sebagai rakyat golongan ketiga’. Dah la payah nak bergerak, JKM pula ‘malas’ nak ‘turun padang’. Dari zaman Mahathir hingga ke zaman Pak Lah, baru nampak sikit. Tapi, tak menyeluruh. Protokol ‘banyak songeh’ banyak sangat.
Mana boleh bangkai gajah nak tutup dengan daun pisang. Pemimpin Malaysia dok selar Junta Mynnmar. Satu jari menunjuk ke Mynnmar, 4 jari dok tunjuk kat ‘KITA’. Orang nak buat demontarsi aman, pun polis kacau. Bukan tak minta, tapi polis tak bagi sebab pilih kasih. Tapi, bila menantu Pak Lah nak buat demontrasi jalanan, polis bagi pula. Lepas tu tanya, pasal apa rakyat marah kat BN. Hampa (BN) baling ‘taik’ kat orang, hampa tanya pula pasai apa orang marah. :(
Ingat la, setiap kemungkaran yang di lakukan, Allah akan bongkar juga suatu hari nanti. Ini janji Allah. Antara doa yang dimakbulkan Allah ialah doa orang yang teraniaya. Berapa banyak rakyat Malaysia yang telah teraniaya dan ditipu oleh BN selama ini?
Ayuh, reformasiiiiiiii….
Dia tak baca mana dia tau apa yang Keadilan nak pertarungkan. Baca dan faham baru hang tau rakyat yang ikhlas(cerdik2 buah)oi. Pening kalau ada lagi rakyat yang mcm ni kat muka bumi ni. Pi print barana 3 naskah suruh dia baca tengok. Suruh dia cakap dengan tangan lagi baik.
Master Blueprint Untuk Malaysia,Datang Dari Semua Idea & Titik Peluh Rakyat MALAYSIA
Saya tertarik dengan “Respon Rakyat Ikhlas…”
Banyak pembangunan ekonomi dan sosial dapat dicapai kiranya UMNO BN tidak rakus dengan pembangunan ekonomi diri sendiri. Saya sendiri, first hand, telah dirampas “proposal write-up” pembangunan oleh seorang kuncu kroni Menteri pada tahun 2003 dan 2005.
Saya dan rakan niaga telah menyiapkan 2 proposal lengkap. Syarikat saya menjadi technology and knowledge provider. Setelah berbincang, perjanjian telah dibuat, setelah project diluluskan, syarikat saya telah diketepikan terus sama sekali… Sebab saya tidak berniaga berunsurkan politik…
Saya bekerja keras mengusahakan sesuatu project untuk diluluskan yang mana suruhanjaya kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun. Perlaksanaan project adalah secara kongsi konsesi antara kerajaan dengan syarikat saya. Syarikat saya akan membangunkan dan kongsi pendapatan dengan kerajaan Malaysia. Syarikat saya bercadang untuk mengeluarkan semua kos permulaan dan kos operasi.
Namun, setelah mendapat persetujuan, proposal write up syarikat saya sudah diubah ke nama syarikat lain. Jurus itu, semua cubaan untuk berjumpa tidak dilayan dan surat menyurat tidak diendahkan. Sehingga hendak bawa ke mahkamah, mereka tidak peduli. KERANA MEREKA KAWAN KEPADA MENTERI!
Tak mengapa, rezeki ALLAH yang beri dan bukannya UMNO-BN… pesanan diri sendiri. Mencari rezeki biar berkat… pesanan bapa saya.
Apa agaknya mereka ingat saya ni BODOH sangat? Ingat saya buat proposal tanpa protection mana-mana? Proposal kalau dah tau ada potensi kena hijack dek ahli politik, lebih baik jangan buat 100%. Itu perancangan saya. Saya hanya siapkan 60-70% dari apa yang terkandung dalam kepala otak saya dan rakan niaga yang lain…
Setelah 2 tahun project itu ditawarkan… KINI KAWAN MENTERI TERKAPAI-KAPAI TAK BOLEH SIAPKAN PROJEK YANG MENELAN JUTA… PADAN MUKA!!! Sentiasa berwaspada… Ada lagi yang lagi pandai dari kamu…
SEPERTI MANA “SATU LAGI PROJEK BN” YANG TERBENGKALAI DI TEPI JALAN BANDAR TASIK SELATAN DAN PROJEK PERUMAHAN YANG MEMAKAN 7-9 TAHUN UNTUK SIAP! ADA JUGA YANG TAK SIAP-SIAP!
TERSENYUM LEBAR…
UMNO BN kalau tak boleh siap projek oleh kroni sendiri, di sapu bawah carpet. Kemudian di canang projek baru agak rakyat buta bisu…
Inilah hakikatnya…
Pembangunan Ekonomi sebenarnya banyak cara…
UMNO BN kehilangan idea sebenarnya. Kerana mencari rezeki untuk diri sendiri yang TAK BERKAT. Kalau anda ahli niaga UMNO BN, cuba tanya, kat mana lagi boleh sogok?
Betul tak?
Saya bila dengar “SOGOK” saja, saya lari atas takut kepada “TAK BERKAT”. Ahli niaga UMNO BN… lagi cepat datang cari peluang…
Betul tak?
Bila tak berkat, dapat RM 100 juta pun tak cukup! Memang kaya dari pandangan mata, tapi miskin hati sebenarnya… Bila miskin hati, jadi TAKUT!
Betul tak?
Malaysia banyak berbelanja kepada pembelian senjata ketenteraan dari luar. Sebenarnya banyak dari pembelian ini tidak perlu. Kira bersedia untuk berperang, senjata lawan senjata, Malaysia kalah sama sekali. Jumlah tenteranya sahaja sudah tidak mencukupi…
Banyak pengajaran boleh diambil dari peperangan di Iraq dari zaman Bush Senior hingga lah ke zaman Bush Junior.
Saddam Hussein berbelanja banyak senjata, namun, semuanya tumbang…
UMNO - BN, baca lah dan fahami Al-Quran dan Hadis sekali sekala, kalau lah terlalu sibuk menjaga kepentingan “rakyat”. Burung lawan gajah, batu dari neraka… HEBAT AL-QURAN dan Hadis ni! Kalau tak faham… Ehem…ehem…
R&D Alternative Defense, Malaysia tiada niat untuk membangunkannya. Mungkin sebab tak boleh dapat commission kot? Altantuya… Altantuya…
Dato seri minta maaf banyak sekali lagi..tiade terdetik di niat hati saye untuk mempertikaikan perjuangan dato seri..Saye begitu tertarik dengan komen daripada average chinese kerane ia bertepatan mewakili majoriti penduduk Malaysia dan masalah yg melanda negara..
Ini adalah realiti yg kite kene tempuhi, zaman sudah berubah, memang sume orang boleh cakap “janganlah main isu perkauman, ekonomi perlu di beri sama rata”..Tapi hakikatnye tak semudah yang disangka..Untuk ekonomi yang same rata, banyak yang perlu dilakukan seperti hak pendidikan etnik lain,kemasukan ke universiti sama rata,pengammbilan pekerjaan di sektor kerajaan sama rata dan atau kemungkinan perdana menteri bukan bumiputera..Adakah kite sudah bersedia?? Kerane ini adalah isu sebenarnyer yang dibangkitkan,dan yang melanda..
Kepade anak bugis, saye sudah bace dasar ekonomi tersebut seblum membuat komen.Dan klau parti keadilan dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu negare kite seperti yang di atas ini dan juga seperti yang dikatakan average chinese,saye yakin ramai majoriti penduduk Malaysia akan mengundi keadilan bagi pilihanraye akan datang..
Kepade mujahidinreformasi, terima kasih ke atas komen positif anda..
Kepada Rakyat yang ikhlas,
Bukan nak menghentam saudara tetapi lebih kepada ingin menyedarkan. Sekali lagi saudara perlu sedar, ahli parti pemerintah lagi suka melayari dan membuang masa membaca artikel-artikel yang berada di sini, laman web pembangkang dan blogger-blogger bebas untuk mencari bahan-bahan untuk dijadikan modal untuk menjatuhkan perjuangan Dato’ Seri Anwar. Saya rasa Dato’ Seri pun amat prihatin dalam hal ini.
Mungkin ada benarnya saudara berkata sebahagian dasar parti pemerintah dan KeAdilan ada kesamaan. Tetapi bagaimana dengan pelaksanaannya? Itu yang paling penting. Sekarang sekian lama sudah memerintah, projek untuk rakyat boleh dikira dengan jari. Itu pun terdapat gajah gemuk di sebalik mee. Kenapa tidak untuk pemilihan kali ini kita bertukar arah. Berikan peluang kepada pemerintahan baru seperti yang saudara suarakan untuk memberi PROTON peluang untuk berubah. Mengapa tidak berubah sekarang?!
Cegah sebelum sakit! Ubah sebelum parah!
Sdra Cokelat
Mana dia budak BTN tu? Biar saya cucuk matanya dengan garpu, biar dia jadi P.Ramlee dalam filen “Ibu MertuaKu”. Kik kik kik kik.
Budak yang terlalu taksub (BTN) itu memang sudah di didik oleh BTN untuk tugas khas mereka anti pembangkang. Apa sahaja yang diperlakukan oleh UMNO/BN semua ok. Naik harga minyak petrol pun ok. Melambung kos hidup rakyat miskin pun ok, naik harga beras pun ok, naik harga bawang ok, naik harga kopi gula ok naik harga pempas kanak kanak pun ok, naik harga tambang bus anak anak kesekolah pun ok,. Last last pemimpin bawa adiknya pergi karaoke pun ok. Seorang Tambe C. kasi bunting anak dara orang di Melaka pun ok, beli jet 200 juta pun ok, KJ gondol semua projek dan jual pasir kat Singapura pun ok. Apa lagi yang tidak ok?
Kalau pembangkang cakap sikit kelemahan UMNO/BN tak ok. Bila PRU akan datang BN kalah, apa macam nak jawab budak BTN? Ok atau KO?
Kalau orang Sabah nak tukar Kerajaan macam tukar baju jer. Dari USNO tukar BERJAYA, dari BERJAYA tukar PBS, dari PBS tukar UMNO dan hari ini rakyat Sabah akan tukar lagi dari UMNO ke PKR. Walaupun banyak kali tukar Kerajaan TAPI hak Melayu Islam dan Bumiputra bukan Islam tetap SAMA. Walaupun tukar banyak kali Kerajaan tapi orang Islam Sabah tetap Islam juga hingga sekarang, sebab kami boleh dengan senang tukar Kerajaan tapi rakyat Sabah yang memang sedia Islam tidak pernah tukar ugamanya.Tetap Islam juga sekarang seperti Islam dahulu.
Pencacai UMNO/BN bilang hanya BN sahaja yang boleh memajukan negara Malaysia, tapi dinegara Jepun, UK dan US tak adapun BN, kenapa negara negara itu lebih maju dari Malaysia?
Tahniah kepada HINDRAF kerana berjaya ingkar kepada perintah mahkamah… Harap2 kumpulan2 semacam ini tidak akan tikam balik Dato seri kalu PKR ditakdirkan menang dalam pilihanraya….
Haha, datuk Halik Zaman tak payah laa nak cucuk saye ngn garfu, setiap orang kan ade pendapat yg berlainan..Saye harap datuk halim zaman bleh bace komen saye, saudara average chinese dan saudara mujahidin reformasi kat atas ni seblum mengajukan saye sebarang soalan,kerane jawapannye telah dijawab..
Takpela, nak cakap saye BTN ker ape ker..Kepada saudara mat kecoh, saye boleh bersetuju dengan Ubah sebelum parah, tapi klau boleh tanak lepas ubah menjadi semakin parah..Sekian terima kasih, dan minta maaf sekali lagi dan buat kali terkahir sekali sekiranyer menimbulkan salah faham..
Akhir kate, saye amat menyeru dato seri supaye lebih tegas menyatakan pendirian dalam isu HINDRAF,isu propaganda barat dan berbalik kepade tujuan asal parti keadilan ditubuhkan untuk kembali meyakinkan pengundi dan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan kaum..Teruskan perjuangan yang murni melalui saluran/kaedah yang betul..
BTN,KEadilan,PKR,PAS,UMNO = melayu/Islam
melayu,cina,india,dan lain2 = warganegara Malaysia
bersatu kite teguh, bercerai kite roboh..
kita diberi dua pilihan.
pilihan pertama adakah kita masih lagi nk diperbodohkn dengan keadaan yg skrang ni ataupun pilihan yang kedua kita msti mmbuat perubahan supaya tak nak dperbodohkn lagi. Pilihan ditangan kita.
Dalam siri-siri ceramah dato seri sering berulang kali menyebut yg beliau adalah orang melayu islam dan hak org melayu tidak boleh dpertikaikan oleh mana2 pihak kerana ianya termaktub dalam perlembagaan dan dato seri menegaskan bahawa dia akn memastikn hak2 kaum lain juga mndapat pmbelaan. Dato seri juga telah menegaskn prkara ini swaktu ceramah beliau di dpan orang-orang cina sewaktu Pilihanraya Kecil di IJOK dahulu.
Rakyat yang ikhlas,
Setakat komen ni memang senang,bila ada org yg nak bawa satu idea baru, kita boleh kata, ‘ahh..itu bukan senang utk di laksanakan’.Lalu kita dan mereka yg mudah menerima hujah kita , terus bertenggek di takuk lama,lena dan relak.Kemudian kita terpandang orang lain yg berani mengambil risiko,terus maju dan bergaya,hati kita pun menjadai semakin takut utk memulakan perubahan kerana kekuatan kita masih di takuk lama sedangkan pesaing kita sudah bertambah kekuatannya.Kita pun tidur lagi kerana,’ahh..itu semua bukan senang utk di laksanakan’ menjadi sebagai wadah perjuangan kita.
Saya tahu apa yg di perjuangkan Anwar bukan sesuatu yg mudah,tapi biarlah kali ini saya mengambil risikonya.Tidak adil bagi saya membebankan segala-galanya pada Anwar sedangkan yg mahu menikmati kesenangan adalah kita.Bukan kah lebih adil kalau kita sendiri cuba berusaha sedaya upaya memahmi apakah perjuangan Anwar sebenarnya ?,bukan sekadar menuggu-nungu penjelasan Anwar.Takan lah dalam soal ini pun kita terus memakai mentaliti subsidi yg di latih Umno.
aku setuju dgn pandangan rakyat yang ikhlas
aku takut isu hindraf dimanipulasi dan menyebabkan swing pengundi beralih
Selamat Sejahtera Semua.
Maafkan saya bukan “Ubah sebelum Parah”.tetapi “Ubati Yang Telah Parah”
Negara kita bukan akan menjadi parah tetap telah lama Parah.
Sekian.
Saya mempunyai pendapat yang sama dengan Saudara Thaqif,
Mentality orang Melayu rata2 memang takut perubahan. Tidak kira dalam apa jua lapangan.
Bisness, kerjaya dan juga politik. Alasan terlalu remeh. Ini susah itu susah. Untuk mencapai suatu yg lebih baik banyak ranjau dan cabaran yang perlu dilalui. Alasan susah bukan lagi satu alasan.
Keberanian, keyakinan, kepercayaan & ilmu wajib dijadikan bekalan.
Rakyat yang ikhlas…
Saya boleh terima komen saudara. Ada benda yang saya setuju dan ada benda yang saya tidak setuju dengan anda. Saya tak nak hujah panjang. Cuma satu saja saya nak cakap.
Kita bukan Tuhan atau pun Nabi yang dikuniakan oleh Allah S.W.T mukjizat untuk melihat masa depan. Apa yang akan berlaku pada negara kita selepas BA menang PRU (Insya Allah)takde sapa pun yang tahu. Tak kiralah dia itu umno ke, pkr ke atau dap ke. So saya rasa sebagai manusia biasa eloklah saudara pendamkan rasa gemuruh dihati saudara itu.
Cadangan saya pada saudara, eloklah kita seluruh rakyat malaysia beri peluang kepada BA untuk memerintah.Bukannyanya lama 5 tahun je pun. Pada masa itu kita boleh buat perbandingan siapa yang lebih baik.BN atau BA? Buat perbandingan dari banyak segi. Bukan dari segi ekonomi je. Kita mesti lihat dari sudut ekonomi, kebebasan bersuara, kebebasan badan2 berkuasa untuk menangkap perasuah2 dan lain aspek. Kalau saudara rasa BN lebih baik, so undi la BN balik tahun 2013 ok.
Bukan kah itu lebih adil? Tak gitu rakyat yang ikhlas?
Salam sejahtera ‘rakyat yang iklhas’
Akhir kata, perjuangan dato seri untuk perubahan atau reformasi itu takkan menjadi kenyataan selagi rakyat malaysia sendiri tidak insaf/sedar bahawa mereka memerlukannya. Rakyat malaysia sendiri didalam hati mesti sedar yang mereka mahukan perubahan ini.. atau sekarang sudah tiba masanya utk berubah jika tidak ‘Cancer BN’ ini akan memudaratkan seluruh rakyat malaysia !
Pada pendapat saya, polisi kerajaan sekarang begitu mirip dgn sistem ‘Apartheid’ dan ‘Fascism(Nazi)’..Ekonomi negara kita tidak ‘Competitive’, tidak terbuka untuk persaingan adil. Kita perlu menitik-beratkan kepada sistem Merit yg mementing kepada kebaikan keseluruhan bukan sekadar untuk sesatu kaum tertentu. Semua rakyat malaysia harus dianggap sebagai Bumiputra!
supaya tiada mana golongan kaum yang terasa ‘Marginlised’ atau tertinggal dibelakang.
Pertolongan perlu dihulurkan kepada golongan yang memerlukannya tanpa mengira bangsa dan agama.
Sudah 50tahun kita sudah merdeka.. rakyat sudah matang dan mesti berdikari semoga kita semua boleh maju. Ianya cukup memalukan melihat cara ahli-ahli Parlimen BN berhujah ,macam Bangsat Pariah tak berpendidikan! Kesal mempunyai pemimpin begitu di Malaysia.
Kita perlu reformasi untuk menstrukturkan semula sistem polisi negara kita.Memang mudah disebut dari dibuat.. tetapi kita mesti berjuang dan berkorban demi masa depan kita.. Kesenangan tidak datang dengan mudah.
semoga perjuangan kita direstui tuhan
sekian terima kasih.
Saya hanya ingin turut mengulas berkenaan ZAKAT. Jangan saudara memandang hanya kepada angka peratusan pembayar zakat di institusi berwajib sahaja. Saudara perlu juga bertanya ke mana wang zakat yang dipungut itu diagihkan. Adakah semua asnaf telah mendapat manfaat dari kutipan zakat oleh pusat-pusat zakat tersebut. Dana zakat terkumpul jumlahnya bilion ringgit, tetapi kemiskinan masih lagi menghimpit masyarakat. Harap saudara tidak prejudis dengan peratus penunai zakat secara rasmi melalui pusat zakat semata, kerana saya juga turut yakin dengan lain-lain cara zakat disalurkan secara individu, melalui kutipan tabung kemiskinan HARAKAH, tabung-tabung masjid, tabung-tabung bantuan sekolah agama rakyat (yg dinafikan haknya oleh Kerajaan ).
Yang pasti, kerajaan harus peka jikalau ramai umat islam tidak membayar zakat. Hentikan sekularisma dalam soal dilema antara zakat dan cukai pendapatan. Sebarluaskan peri pentingnya zakat berbanding cukai pendapatan serta janakan kempen kewajipan berzakat secara yang lebih efisyen, kembalikan keyakinan umat terhadap institusi zakat.
Wah..menarik sungguh komen2 di atas…
Tapi itulah melayu, tak berani ambil risiko..masih di takuk lama..
setuju dgn komen thaqif..
jgnlah kita taksub kepada mana2 pihak, baik BN atau pun DAto seri…
Tetatpi masalahnya, ramai yg lebih taksub kepada BN, menganggap hanya parti ini sahaja yg boleh memerintah…bagi org Islam, bukankah Allah sebaik-baik perancang?
Kalu Proton yg hampir 20 puluh tahun beroperasi hampir gagal, tapi masih di beri peluang (walaupun kadangkala mcm tekan rakyat sebab kete mahal), apa salahnya kita beri peluang kepada Dato seri hanya utk beberapa tahun?
Saya tak percaya hanya BN mampu memerintah..mana2 parti yg memerintah tetap akan melakukan agenda pembangunan, cuma cara sahaja berbeza dan mungkin lebih telus dan adil seperti yg di janjikan
Lihatlah kerajaan Australia, bertukar perdana menteri..still ok. Jepun juga…tetap jauh lebih maju dari kita walaupun bertukar pm, Turki dgn berani menukar corak kepimpinan. Negara Cuba? jgn ckplah keberanian mereka dgn pergerakan dari Fidel Castro, tapi mereka tetap maju setelah berpuluh tahun dipimpin. Venuzuela berani & lantang menolak kuasa besar dunia US, ttp maju.
Tapi Malaysia? khususnya melayu? “Syukurlah apa yg ada..negara lain lagi teruk”…mentallity yg susah ditukar, org lain berlumba-lumba mencari kejayaan, tapi kita? “Syukurlah apa yg ada..” Tiada unsur perkauman disini, hak melayu tetap dijaga, hak kaum lain tetap dipelihara. Saya bekerja di bidang construction, amat sedih apabila kaum cina berkata mengenai projek alibaba. Tidak berkemampuan, tetapi kerana kroni, tetap ambil projek, sub pada org lain. Setiap kali meeting, bosnya dtg dgn bergaya bersama kereta besar, ttapi knowledge tentang projek tersebut, langsung tak tahu apa..alibaba katakan….
Saya percaya walaupun kerajaan BN tumbang, agenda pembangunan tetap ada, keharmonian kaum tetap bertahan. Kami mahu ia lebih telus dan adil.
Jika kita beri peluang kepada BN memerintah selama 50 tahun, apa salahnya BERANI MENCUBA kepda kerajaan baru selama 5 tahun? Kalau tidak perjaya, kita tukar sahajalah BN semula pada next PRU nanti! Malaysia..ada berani?
Dear DSAI,
If you become the leader of Malaysia as a oversea Malaysian really hope you can do the following thing for our bro and sister back there.
- Make education on par with the other international system. Hire foreign and influential professor to get graduate ready to get a job in the market.
- Abolish wawasan 2020 stick/focus with one objective and do it well e.g. Islamic banking hub just focus on it too many diversity will cause messy objective. In fact you can have multiple objective for the country but make sure workforce and realization is there else its gonna be a failure like MSC.
- Use the tax payer’s money wisely e.g build public library for every area, discounted house purchase for one household whereby their income is below the average people. Fix minimum income for all labour and white collar worker.
- Encourage foregin investor abolish the 30% bumi policy.
wah, rakyat yang ikhlas.
terima kasih terlebih dahulu kerana berani menyampaikan pendapat saudara. ikhlas atau tidak bukan isu tetapi yang penting ia membuka peluang kepada diskusi yang membina.
persoalan yang pertama saudara bawakan, “Adakah parti keadilan menentang hak keistimewaan orang melayu dan mahukan demokrasi tulen? Bukan ape, kerane orang melayu amat sensitif dengan isu ini..”
saya rasakan parti keAdilan tak pernah mempersoalkan perkara 153 seperti yang DSAI telah jawab. yang menjadi isu, dan telah berkali-kali disebut oleh DSAI, ialah Good Governance. bukannya soal demokrasi tulen atau tidak. soalnya ialah kerajaan yang bertanggungjawab dan telus, sistem penghakiman yang bebas dan media yang tidak dikongkong oleh parti yang memerintah. nah, masih kurang jelas lagi? penjelasan DSAI sudah jelas disiarkan di serata media antarabangsa, dan dibincang diserata universiti dan pertubuhan antarabangsa, namun rakyat biasa seperti saudara sendiri dilindungi dari kebenaran oleh media yang dikongkong oleh rejim Pak Lah. malangnya di negara ini, kerajaan tidak telus. projek2 hanya diaugerahkan buat kroni2, percanggahan pendapat disembunyikan, malah isu pembunuhan Altantuya pun membawa curiga kepada Timbalan PM. badan kehakiman tidak bebas, lihat sahaja video VK Lingam, bagaimana Nazri Aziz berkali2 cuba mengelak dari membenarkan Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan. malah krisis kehakiman 1988 juga cuba ditutup. media terus dikongkong dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.
yang membuat orang melayu terlalu sensitif ialah UMNO sendiri yang menghasut. siapa yang menghunus keris dalam perhimpunan agung parti politik? siapa yang meruntuh kuil sungguhpun telah berkali kali dirayu agar diberi alternatif lain. siapa yang mencanang isu negara Islam kemudian memaksa semua orang senyap dan jangan berkata apa apa? jikalau tidak kerana mereka rasakan tertindas masakan mereka sanggup meredah susah payah disembur bahan kimia,gas pemedih mata, dan menghadapi risiko dipenjarakan. reaksi orang melayu yang sepatutnya ialah dengar dan hulurkan bantuan kerana kaum kita jugapernah susah. ini tidak. bagi UMNO, tiada kaum lain yang boleh berkongsi kekayaan negara. minta lebih maka anda pengkhianat
“Sudah tentu sekiranye keadilan bejaye merampas kuasa dari pimpinan sekarang,ekonomi negare akan merudung jatuh,seterusnye mampukah ekonomi dibangunkan semula dan konflik kaum diatasi..”
sebelum saudara menyebut tuduhan sedemiian rupa, bawakan bersama penjelasan. mengapa ekonomi akan merudum? mengapa tiba tiba sahaja ekonomi merudum? jelaskan dahulu. apa konflik kaum yang saudara sebutkan tu? tanpa penjelasan yang terperinci semuanya hanya sekadar propaganda dan penipuan. apakah ekonomi yang ada sekarang dan BN itu bagai Jeanne dan PakLah? seolah-olah saudara cuba menyatakan jika BN pergi maka ekonomi akan mengikut sahaja BN.tiba-tiba duit yang ada di pasaran lesap begitu sahaja.
konflik kaum apa pula? siapa di sini yang masih mahu mengulangi peristiwa 13 Mei? saya tak mahu. dan saya yakin tiada orang yang mahu perkara sedemikian berulang? tidak kira Cina India, pembangkang semuanya mahu hidup aman damai bersama. hanya UMNO yang mahu kita berpecah. kerana dengan itu mereka dapat mempertahan kuasa, dan sistem mereka yang korup dan terus memunggah kekayaan negara buat kroni2 mereka. lihat sahaja pembelian kapal selam dan jet peribadi yang melibatkan ratusan juta komisyen. semuanya dibedal oleh kroni2 belaka.
“pihak yg cube mengambil kesempatan ke atas situasi ketika ini, terutama sekali media asing dan x salah sekiranye saye katekan mereka mempergunakan dato seri untuk mensensaikan berita mereka..”
apa pula yang disiarkan oleh media tempatan? saya membaca berita dari banyak sumber, tempatan dan luar negara. terus terang saya katakan, kiranya saya hanya membaca media tempatan maka berita yang saya terima tidak lengkap. apa yang saya lihat, media antarabangsa, menyiarkan pandangan dari semua pihak dan mereka juga menyediakan ruang untuk berdiskusi. bukankah media antarabangsa turut menyiarkan pendapat kerajaan selain menyiarkan agenda perjuangan pembangkang di Malaysia? kalau berita itu sensasi, itu kerana ia benar2 sensasi dan mengundang pelbagai pendapat. tetapi sekiranya kenyataan yang dirakam secara langsung berlaku seperti peristiwa ZAM, apakan daya, jangan pula salahkan media. sendiri makan cili, sendiri rasa pedasnya. kalau tidak juga berpuas hati jawab dengan kemas dan minta peluang untuk membuat penjelasan.
yang dipergunakan sebenarnya ialah media tempatan. segala yang buruk disembunyikan dan segala isu disensasikan. kenaikan harga barang menghimpit semua, bila disebut dalam media tempatan. segalanya elok dan cantik, rakyat hidup aman bahagia, kaya raya.
“Kumpulan etnik lain pula cube mengheret ke arah pertelingkahan kaum,sedangkan ape yg terjadi tak seteruk yg digambarkan..”
“Sekiranye perjuangan HINDRAF diambil kira iaitu hak keistimewaan melayu meruntuhkan ekonomi etnik lain,bagaimana masayarakat cina dan ananda krishnan menjadi kaye..Majoriti kemiskinan di Selangor sahaja(sebuah negeri maju) masih lagi kelompok masyarakt melayu..”
sekiranya 2 3 kerat kroni berjaya menghimpun harta, adakah itu membenarkan yang lainnya hidup melarat? adakah kerana majoriti kelompok yang susah dari kalangan melayu, adakah itu bermakna kaum India patut ditinggalkan dan terus melarat, menderita kemiskinan. yang HINDRAF perjuangkan ialah kaum India yang sangat miskin, lebih miskin dari orang melayu. pada saya itu adalahsebab yang munasabah.
saya kurang mengerti apabila saudara menyatakan bahawa keadaan tidak seteruk yang digambarkan. tetapi apabila berbicara melayu miskin ia menjadi isu pula. makanya, orang India miskin tak apa. orang melayu miskin isu nasional? isu yang sebenar bukannya perkauman tetapi isu kemiskinan. bukankah banyak kali dilaporkan bahawa majoriti golongan yang miskin tegar adalah dari kalangan India. yang memainkan isu perkauman di sini tidak lain dan tidak bukan dari kalangan pemerintah sendiri.
nah, rakyat yang ikhlas harap ini dapat membantu menjelaskan sedikit. mungkin DSAI akan menghuraikan berlainan sedikit tetapi ini adalah pendapat saya.
kiranya ada lagi keraguan pos kan saja.
sahabat2 lain usah diikut emosi menghentam setiap yang bercanggah dari kita. gunakan akal dan kebijaksanaan.
Morons of Parliament: Demolish Christian Statues, Destroy the Crosses
November 23, 2007
Today, I will introduce you to 2 Morons of Parliament (MP). These 2 MPs recently talked smack in Parliament about Christian missionary schools and even suggested demolishing Christian statues and crosses. The text can be found here on Lucia Lai’s blog, but I will just translate the entire page to the best of my ability. If you want to read the Hansard, please download it from the parliament website.
http://www.darnmalaysia.com/2007/11/23/morons-of-parliament-demolish-christian-statues-destroy-the-crosses/
Saye nih asik duk komen kat sinih, bukan blog saye pun, minta maaf yer dato seri, waktu tengah hari takde ape nak buat..Saye berpendapat pandangan saudara amir hamzah berkenaan zakat,kurang tepat..
Soal efektif atau tidak agihan tak patut timbul, kerana jawapannye sudah jelas iaitu kutipan sangat sedikit setiap negeri berbanding pertambahan populasi penduduk islam..Kedua, duit zakat tidak diagihkan begitu sahaja kepada asnaf, duit itu dijanakan melalui program, supaye contohnye asnaf miskin dapat keluar dari kemiskinan dgn usha sendri, bukan terus menerima bantuan. Ia betul, Pengurusan zakat setiap negeri memang tidak efisien, setiap tahun ade lebihan berjuta-juta yg boleh di makan inflasi. Tapi kite perlu faham, kurangnye kepakaran dan kakitangan di pusat zakat mungkin antara faktor penyebabyer..
Buat, masyarakat bukan islam jangan sala paham ,saye bukan racist, dalam komen saye seblum ni da menerangkan sumer..Untuk pengetahuan sumer, dana zakat adalah inisiatif daripada umat islam sendri, dan bukan di bawah kuasa kerajaan..Kos pengurusan dan pentadbiran pengurusan dana adalah diambil dari hasil kutipan zakat sendri, bukan daripada bantuan kerajaan..Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenape tidak efektif pengurusan(tak cukup budget kutipan sikit)..So umat islam fikir-fikirkanlah, tunaikanlah kewajipan kite dgn saluran yg betul.
Dalam keasyikan kite memberi komen, kite lupe blog ini adalah milik DSAI, pujian harus diberi kepade beliau, kerane bersikap adil dan sudi mengapprove komen kite sumer..
Buat kawan2 sekalian,saye hanye rakyat biase yg mempunyai kuase mengundi..Saye tak pernah cakap pun saye sokong BN atau nak undi depa buat pilihanraye kali ini,hehe..Saye hanye berpendirian kestabilan ekonomi patut dikekalkan,melebihi perjuangan lain..Saye juge tak kerje kat pusat zakat,saye wat research,terima kasih..
SALAM PERJUANGAN…BUAT RAKYAT YANG IKHLAS TAPI BEBAL..TAK PAYAH LAH KAMU NAK TUNJUK KEBIJAKAN DENGAN IDEA YANG BEBAL YANG DAH BERKARAT DALAM MINDA PENCACAI2 UMNO…SEGALA2NYA TELAH DINYATAKAN DAN DISEBAR…. APA YANG PERLU DAN APA YANG TIDAK PERLU..UNTUK APA PERUBAHAN INI MESTI DAN PERLU DILAKSANAKAN TELAH DILUAHKAN..PERLU DIINGATKAN PADA SEMUA BAHAWA REFORMASI BUKAN BARU LAHIR SELEPAS ANWAR DITAHAN DAN DIPENJARAKAN..PERUBAHAN TELAH BERMULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEMASA ANWAR MASIH DALAM KERAJAAN KERANA TUNTUTAN PERUBAHAN ITU PERLU AGAR KEMELUT YANG KITA HADAPI DIWAKTU INI TAK AKAN BERLAKU..NAMUN,KERANA GERAKAN REFORMASI DALAM PERLAKSANAAN PERUBAHAN TIDAK DISUKAI OLIH SEGELINTIR PERAKUS2 YANG TAMAK DAN TAK BERMARUAH,LALU,BERBAGAI2 CUBAAN TELAH DILAKUKAN..AKHIRNYA,ANWAR DIPENJARA..ORANG2 SEPERTI RAKYAT YANG IKHLAS HANYA BERLAPIK PADA KATA2 YANG NAMPAK MACAM IKHLAS TAPI SEBENARNYA BEBAL..JIKA ADA SEDIKIT RASA KEIKHLASAN BELIAU SEHARUSNYA MENGKAJI DAHULU DENGAN DIBUKAKAN PEMIKIRAN YANG DAH DISELAPUTI DENGAN IDEOLOGI PEMBOHONGAN PEMIMPIN2 UMNO APA MAKSUD ‘PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN’…JIKA PEMIMPIN2 UMNO ADA SEDIKIT RASA KEIKHLASAN,KEJUJURAN DAN BERTANGGUNG JAWAB DIATAS AMANAH YANG DIBERI SERTA KEBERANIAN UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA DENGAN ADIL DAN SAKSAMA SERTA MENOLAK SEGALA KEMUNGKARAN…SUDAH PASTINYA SEGALA APA JUA MUSIBAH DAPAT DIELAKAN..TAPI DISEBABKAN RAKUS DAN TAMAK MENGUASAI DIRI,MAKA DENGAN KUASA YANG ADA DIPERGUNAKAN UNTUK MENGEMBANGKAN KEMUNGKARAN SECARA ‘SENYAP DAN BAIK’ UNTUK MENGABURI PEMIKIRAN RAKYAT SEPERTI ‘RAKYAT YANG ADIL’…MAKA HASILNYA BERBAGAI2 MUSIBAH YANG MELANDA,BAIK DARI KANAK2 HINGGA LAH KEPADA WARGA EMAS…KITA LAKUKAN PERUBAHAN BUKAN UNTUK ANWAR TAPI UNTUK SEMUA RAKYAT..MASA DEPAN ANAK CUCU KITA SEMUA…KITA SOKONG ANWAR BUKAN KERANA DIRI ANWAR TETAPI KERANA PRINSIP DAN KEBERANIAN ANWAR UNTUK MENEGAKAN YANG HAK DAN MERUNTUHKAN YANG BATIL..MENJULANG KEBENARAN DAN KEADILAN..MEMERANGI KEMUNGKARAN..KITA TELAH IKUTI PERKEMBANGAN PERJUANGAN ANWAR DARI MENUNTUT DI U.M HINGGA SEKARANG…JIKA KAMU ‘RAKYAT YANG MENGAKU ADIL’ ADA TERSELIT RASA IKHLAS UNTUK MENEGAKAN ‘KEBENARAN DAN KEADILAN’TAK AKAN TERKELUAR AYAT2 YANG SAMA SEPERTI KADAM2 DAN PENCACAI2 UMNO YANG NAK MENJUNJUNG PEMIMPIN2 YANG KORUP DULU,KORUP KINI DAN KORUP SELAMA2NYA…KAMU SEOLAH2 MENAFIKAN KEADILAN BERTINDAK MELALUI SALURAN/KAEDAH YANG BETUL..SEGALA SALURAN/KAEDAH ITULAH YANG DINAFIKAN HAKNYA OLIH UMNO WALAUPUN BETUL..KERANA APA..KERANA UMNO TERDIRI DARI PEMIMPIN2 YANG PENGECUT..SEKARANG NAK DIGUNAKAN I.S.A JIKA PERLU,TAKUT PERHIMPUNAN AKAN MENGGUGAT KEAMANAN NEGARA..HAHAHA..KERANA PEMIMPIN2 YANG BACUL,DAH BUAT SALAH TAPI TAK SALAH..PERKARA2 YANG BETUL JADI SALAH…SEBAB ITU DIUJUDKAN KAEDAH, MENANG,MENANG,MENANG…BAWA KEMAHKAMAH MESTI MENANG…SEBAB APA..SEBAB,SEMUA DAH TAK ADA MARUAH..DAH KENA BELI..KAMU PUN AGAKNYA DAH KENA BELI….
salam semua…kawan kita tu bagi pendapat…jadi teliti la intipati tulisan dia…ni tak cara kamu jawab macam orang bodoh..tengok cara dato seri anwar jawab…kan bernas tu…ni asal orang tulis lain sikit sibuk nak kritik nak hentam…sekurangnya rakyat yg ikhlas ade sesuatu yg boleh buat kita berfikir…so cool la …dato seri anwar takde apa2 kita lak melalak lebih2..teruskan usaha anda dato seri ..may allah bless u
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada Dato’ Seri dan kesemua warga Malaysia yg berbangkit;
To refer all the comments above;
“If you do not like where you are, you probably need to move. Change!”
I’m not sure how will KEADILAN rules the country if given that they win the GE. I’m not sure of what will take place in the event of a new government. Will Malaysia progress to greater heights? I’m not sure. But one thing I’m sure of, with the way we are going, we are heading to nowhere. No economical drive & no living standard improvements, that’s I’m sure of. Given the struggle of Dato’ Seri thru what you’ve tasted in the last decade, I’m quite confident with your CAUSE and your GUIDANCE will lead to a better future. Like most mention above, there is a chance that PKR might just behave like UMNO, so no change, BUT there is also a chance that PKR will change for the better of this country. That’s the chance I’m willing to take as I, too, do not like where I am, what I see and how WE are suffering under the poor corrupted BN.
Just to share, I had lunch with my boss and 2 top Tan Sri yesterday and they we chatting on about how the political and economy views in Malaysia. Despite both lived under the rich BN umbrella, they cannot deny that at this moment in time, only Dato’ Seri possess the leadership to carry the Malaysian flag as the others do not have the in-depth knowledge and the “struggling” experience of Dato’ Seri and were merely there holding their post simply because of whom they knew or whom his father were once (u should know who I’m referring to). There is only so much you can nuture with, leaders are born naturally.
PKR will definitely have my vote, go REFORMASI!!!
Rakyat yang iklas,
Dipendekkan jawapan kepada rungutan anda adalah Parti KeADILan Rakyat sudah pun bersedia untuk mengambil alih kabinet Malaysia. Hanya menunggu mandat rakyat je.
Kalau nak jawapan lebih berkenaan dasar dan perancangan pemerintahan, saudara hendaklah ajukan cadangan kepada Dolah Badawi untuk diadakan Debat Presidensial antara Dollah VS Anwar secara langsung.
Jadi sekiranya kita telah komited untuk berubah, teruskanlah untuk kita berubah.
Untuk rekod, pengalaman Anwar dalam menguruskan kerajaan disanjung pelbagai peringkat sejagat (dunia) ketegasanya dalam sebagai pentadbir kerajaan dulu sudah jelas.
Maaflah, komen panjang yang berturut-turut anda adakalanya menyebab tidak terpandang langsung.
**
Cara penulisan mujahhidinreformasi dan Reformasi macam manusia yang sama, je? Muskil. Hakikatnya ramai sudah tidak tahan lagi dengan BN.
Rakyat yang ikhlas;
Pandai kamu bermain dengan kata2
BTN,Keadilan,PKR,PAS,UMNO = melayu/Islam
melayu,cina,india,dan lain2 = warganegara Malaysia
bersatu kite teguh, bercerai kite roboh..
Yang tersirat dalam kata2 ini ialah perkauman. Inilah hujah yang di dodoikan oleh Umno “bersatu teguh, bercerai roboh”. Rakyat yang ikhlas replay dendangan ini. Tak usahlah gunakan perkataan ikhlas. Tak tercapai oleh manusia untok menilai ikhlas, Allah sahaja yang menilainya. Betul telahan DSAI terhadap Rakyat yang Ikhlas.
To Average Chinese & RYIkhlas,
At least, if Barisan Rakyat or PKR rules, I would like to see the sacking of people with corrupt practices and unproductive employment with the government. Whether it is at Minister level or at Department level.
There’s too many things Anti Corruption Agency (ACA) just give a blind eye for “small payouts”, which contributed to billions if go unchecked. Come on! A pencil 2B for RM 120.00 to a Kementerian? This is what is happening to Malaysia since 1999 or even earlier.
There’s no internal watchdog. If Barisan Rakyat wins, Rakyat is their watchdog. Not really to undermine their capability, but to tell them to CLEAN UP (BERSIH) in many ways, where we are currently ruled by corrupt UMNO BN.
UMNO BN members themselves don’t trust their leaders. What’s up? Check up ProWaris among others…
Peminat2 blog DSAI,
Memang tidak boleh kita nafikan bahawa Artikel 153 dalam Perlembagaan negara itu adalah perkara yang “non-negotiable”. Kita sudah selesai isu ini pada tahun 1957.Seperti yang disebutkan oleh DSAI,”Perkara 153 - hak istimewa Melayu dan bumiputera dipertahankan untuk rakyat bukan untuk memperkayakan keluarga pemimpin Umno”.
Dari pandangan saya, yang menjadi isu hangat sekarang di antara saya dan rakan-rakan Parti KeADILan seperti Dr. Syed Hussin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahin, Sdr. Khalid Jaafar dan kaum muda parti ialah cara mana kita hendak memperkasakan ekonomi dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera di dunia abad-21 yang semakin mencabar.
Cara mana kah kita dapat memgimbangkan “growth” (of the economy) dengan “distributive justice”(equitable sharing of the expanded economic cake) untuk kestabilan politik dan keharmonian diantara kaum. Kita terpaksa bersaing dalam gelanggang ekonomi dunia. Ini bukan mudah tetapi kita mesti realistik, berani dan bertindak dengan bijaksana.
Saya syorkan bahawa kita baca risalah DSAI pertajuk “Gagasan Pembangunan” sekali lagi. DSAI menyatakan bahawa “[K]ita tidak menafikan kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah menghasilkan mobiliti sosial kaum Bumiputera” tetapi…UMNO telah lupa sama sekali dengan wawasan DEB untuk mencapai keadilan sosial…mereka tidak prihatin sama sekali dengan jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik”.
Perlaksanaan DEB tidak adil.Hanya pemimpin UMNO dan kaum keluarga serta kroni termasuk mereka dari kaum India dan Cina dalam MCA, MIC dan Gerakan yang merebut semua.
Nasib orang Melayu dan bumiputera sebenarkan di tangan kita sendiri. Kita mesti berubah sebelum parah dan ubah demi maruah.
Akhir kata, saya ingin memetik kata-kata DSAI di dalam risalah beliau seperti berikut:
“Perubahan bukannya mudah, tetapi perlu bagi memastikan Malaysia berjaya memenuhi impian kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan yang diuar-uarkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita.
Kita harus berani menanam keyakinan baru mempertahankan hak untuk mengangkat martabat ekonomi dan harakat bangsa ke tahap yang lebih cemerlang lagi.”
Salam
SYABAS crepe_0712, kita berjuang bukan kerana Anuar, kita berjuang kerana prinsip yang dibawa oleh Anuar, prinsip menyerang kebatilan dan kebobrokkan Umno/BN. SELAMAT BERJUANG.
Hai kawan Cina Penang, lu jangan bimbang lu jangan takut, BA MENANG, lu jalan ta lak sangkut sangkut.