24
Nov
07

Rakyat Sarawak Dihalang Hadir Ceramah!

Wakil rakyat BN Sibu melarang rakyat menghadhiri ceramah beracun saya. Kehadiran di restoran Cina malam tadi melebihi 1000 orang. Saya bicara soal minyak dan balak!

Awal pagi tadi kami bertolak ke daerah Julau, rumah panjang Nurie. Ketua masyarakat diugut bersama penduduk miskin. Dr Ambrose bangkitkan isu NCR dan tanah adat.

Saya menyeru supaya rakyat berani menuntut hak mereka. Sudahlah miskin papa kedana, diugut pula oleh wakil soldadu dan saudagar kaya BN.

Dari Sibu kami kini ke KLIA dan menuju ke Melaka.

ANWAR IBRAHIM


13 Responses to “Rakyat Sarawak Dihalang Hadir Ceramah!”


  1. 1 RIDWANTO UTM Nov 24th, 2007 at 6:51 pm

    tahniah DSAI….
    Semoga negara ke arah Malaysia yang ADiL

  2. 2 gengis khan Nov 24th, 2007 at 10:59 pm

    Setiap minggu MSIC hantar Gas LNG berkapal dari bintulu ke Jepun, Ketua Menteri miliki Jet Peribadi, Tapi sayang rakyat serawak masih bercawat dan berselampit orang Penan masih jauh kebelakang termasuk tanah mereka dirampas dalam projet BAKUN.Rakyat serawak masih tidak terurus tetapi hasil buminya dikikis oleh penguasa yang rakus.

  3. 3 ijat Nov 24th, 2007 at 11:16 pm

    Berita yg baru diterima…..mat mat fit dari pusat serenti akan diguna sebagai pengundi di dalam pilihanraya ke 12! Bas bas akan membawa mereka ke Kelantan dan Terengganu! Awas! Begitu juga, mat mat rempit!

  4. 4 motai Nov 24th, 2007 at 11:48 pm

    Its root meaning is holding onto truth, hence truth-force. I have also called it love-force or soul-force. In the application of satyagraha, I discovered in the earliest stages that pursuit of truth did not admit of violence being inflicted on one’s opponent but that he must be weaned from error by patience and sympathy. For what appears to be truth to the one may appear to be error to the other. And patience means self-suffering. So the doctrine came to mean vindication of truth, not by infliction of suffering on the opponent, but on oneself.

  5. 5 anak muda Nov 25th, 2007 at 1:27 am

    saya harap pihak BA memantau program pra-pilihanraya yg diadakan di Terengganu dan Kelantan. apa sebenarnya yg berlaku dlm program tersebut? saya cukup bimbang jika terdapat unsur negatif dlm program itu. pilihanraya sudah semakin dekat, mungkin BN sekali lagik mencari jalan untuk melakukan penipuan. saya khuatir jika ada kumpulan2 individu di daftarkan secara senyap-senyap di seluruh daerah tempat mengundi.

    maklumat daripada saudara ijat juga perlu diberi perhatian. saya yakin BA punyai ‘mata mata’ utk mengawasi segala gerak geri BN. kita perlu lebih peka dan jgn sesekali kita leka.

  6. 6 Hasbullah Pit Nov 25th, 2007 at 2:21 am

    Saya baru pulang dari Ceramah Datuk Seri di Tedong Merlimau Melaka. Sebenarnya saya amat terkejut dengan cadangan Datuk Seri untuk menurunkan harga minyak jika BA memerintah.

    Walaupun ia tidak mustahil, tapi ia akan menyebabkan:-
    1. Golongan kaya akan menikmati subsidi lebih.
    2. Ketidak efinsyen penggunaan minyak rakyat Malaysia
    3. Penyeludupan minyak bersubsidi ke negara jiran akan bertambah.

    Oleh itu, secara positif, ianya sebenarnya boleh dilakukan JIKA 2 gred petrol dijual kepada rakyat. 1 jenis bersubsidi jualan terhad. Lagi 1 jenis tidak bersubsidi, jualan mengikut harga semasa.

  7. 7 Anak jati Sarawak Nov 25th, 2007 at 8:04 am

    Assalaamua’aleykum w.b.t

    Sekadar menyatakan Hakikat . . . Media yg diKawal benar2 berjaya mengongkong pemikiran Rakyat diSini . . . Sukar untuk dijelaskan tentang segala kePINCANGan yang berlaku sebab Media menyatakan sebaliknya . . . Kenyataan Media lebih mudah diterima biarpun bergunung fakta terbentang didepan Mata . . . Sarawak betul2 memerlukan lebih USAHA yg GIAT & penuh SEMANGAT demi perubahan yg diImpikan . . .

    ps: Nak tanye sket pasal MINYAK . . . Betulke kalau harge minyak dunia naik makin tinggi lagi banyak KERAJAAN kene bayar Utk SUBSIDI justeru itu harge minyak mesti dinaikkan biarpun hakikatnye Keuntungan yg Kerajaan dapat dari Minyak pun banyak gak . . . Sebab ade ramai kenalan yg menyatakan bahawa kenaikan harge Minyak kat Malaysia memang tak boleh dihalang sebab tak laratla kerajaan nak bayar subsidi . . . biarpun Duit banyak masuk hasil minyak negara tp harga minyak tetap kene naik . . . Dikatakan juga bahawa tindakan menaikkan harga minyak ini sudah mengambil kira bebanan yang bakal ditanggung RAKYAT . . . (tak tahu nak tanya siapa,tu yg tanya kat sini,Harap ader yg sudi menjawab)

    wassalam

  8. 8 mongolian Nov 25th, 2007 at 10:05 am

    Saudara Anak Jati Serawak,

    Napolion pernah berkata, “aku lebuh takutkan empat buah akhbar dari empat ribu tentera lemkap bersenjata”. Oleh itu saya tekankan disini PKR amat perlu menwarwarkan dan menpermosi laman PKR,Blog MalaysiaToday,Blog DSAI,TV PAS, Malaysiakini dan yang lain Promosi amat penting untuk menperkenalkan produk jika tiada Promosi Produk akan malap. Tapi saya lihat tiada lansung promosi secara besaran dilakukan oleh PKR, Setiap ROADSHOW atau ROADTOUR oleh Pembangkang tiada lansung menpermosi laman serpeti diatas apa salahnya di pasang Bunting yang boleh di bawa kos sebuah bunting hanya RM80.00 Tidak termasuk stand.tapi usaha kearah ini lansung tiada saya rasa PKR perlu menubuhkan UNIT marketing & promotions cari mereka dari bekas bekas ekesukitif permasaran mereka memang pakar dalam hal promosi apa sahaja produk termasuk produk Politik.hanya melalui ICT sahaja yang dapat menenbusi rumah selain TV dan radio. hari ini penguna internat telah meningkat dari semasa ke semasa termasuk internet H/Phone.ini kerana orang politik tiada kepakaran dalam promosi ini kerana bidang kepakaran yang berbeza.

    Harap Jawatankuasa pusat PKR ambil perhatian pandangan saya.

    Salam hormat,

  9. 9 Noh Nov 25th, 2007 at 9:42 pm

    Sdr Hasbullah Pit;
    Itulah 3 alasan yang digunakan oleh Umno/BN untuk menaikkan harga minyak. Janganlah kerana 3 alasan itu rakyat sengsara, kerana jangkitan harga minyak naik sungguh meluas menjejaskan sarahidup rakyat. Kita dibodohkan dgn “minyak akan disuludup kenegara jiran”. Apa gunanya penguatkuasa spt polis, kastam dan sbgnya yang kononnya diperkasakan oleh pemerintah hinggga tak reti nak mengawal penyeludupan ini. Inilah bila rasuah digurau senda oleh permerintah dan polis boleh melindungi penjenyah akhirnya rakyat disaiko oleh media yang dikawal pemerintah.

  10. 10 ulam batar Nov 25th, 2007 at 9:44 pm

    Ijat,

    Itu mainan UMNO dan BN tak mustahil pas lawatan VOS yang dipertahankan oleh Najib dibantah oleh PAC digunakan sebagi pengundi inport yang sebenar. ini kerana mereka boleh tinggal dinegara ini selama tiga bulan., ada kemungkinan Pendatang yang tingal di Pusat tahanan pendatang (macap,semeyeh,langkap)juga digunakan sebagai base tampat pangkah UNDI POS, yang dipangkah oleh mat bangala, mat endon,mat india dan lain lain.hari ini bukan sahaja hantu boleh mengundi tetapi warga asing juga boleh mengundi ini yang digelar malaysia boleh semua boleh. awas petugas peti undi jika ada muka macam mat bangla buat siasatan dan jika benar lapor kepada petugas SPR ini kerja Najib dengan kerja sama KDN.pisau dan timun ditangan mereka.

    Mengundi dimalaysia adalah paling bebas dalam dunia ini kerana hantu pun boleh mengundi pendatang juga boleh mengundi cuma yang tak bebas bila rakyat bersuara.

    Hasbulah Pit,

    jangan fikirkan sangat pasal harga minyak malaysia adalah negara pengeluar minyak terbesat didunia malaysia megeluarkan hanpit 7000 tong sehari bahkan boleh keluarka lebih dari itu kerana malaysia tidak menjadi ahli OPEC. Jika ambil alih tampok kuasa u nak mandi minyak pun boleh, semua minyak dan LNG malaysia dihantar kejepun kerana jepun adalah Along kepada negara masa disnati Tun Mamat Mahadir perintah tah berapa banyak dia pinjam wang dari jepun.sebab itu semua hasil bumi kita dihantar kejepun dari tanah kolin untuk buat barangan kecantikan,tanah pasir untuk zeolat atau tiub PC & TV,hinggalah minyak dan gas.untuk selesaikan hutang kita kontra hasil bumi kita. yang tanggung resiko rakyat malaysia yang pandai yang bodoh terjun dengan labu labunya.

  11. 11 Hasbullah bin Pit Nov 26th, 2007 at 8:29 am

    @Anak Jati Sarawak

    Harga minyak dunia sudah ’stabil’ pada USD 90an setong, diluar kawalan Kerajaan BN, PETRONAS dll.
    Sememangnya kenaikan akan ditanggung oleh rakyat.

    Kalau ikut sistem kerajaan BN, memanglah ia akan ‘terpaksa’ dinaikkan.
    Tapi guna sistem 2 gred petrol. 1 subsidi, satu tanpa subsidi,
    yang ada subsidi itu tak perlu dinaikkan (atau boleh diturunkan),
    Yang tanpa subsidi itu dibiarkan di apung mengikut pasaran semasa.
    so duit yang tak digunakan untuk subsidi petrol gred tinggi itu boleh menampung untuk merendahkan petrol bersubsidi.

    sila baca di sini
    http://sebolku.blogspot.com/2007/11/formula-rombakan-subsidi-minyak.html

    sekarang ni pun ada 2 gred petrol ron 97 dan ron 92, kedua2nya dikawal/disubsidikan.

    @Noh
    Kenaikan harga minyak itu tidak menguntungkan BN pun.
    3 Alasan itu adalah alasan realistik.
    Kerajaan BN tidak pula menyebut tentang ketidak efisyenan penggunaan minyak.

    Dengan rasuah menjadi budaya, nak diharapkan penguatkuasa?

    @ulam batar
    Salah satu faktor kita merasai kenaikan harga minyak ialah faktor matawang kita yang rendah.
    Paklah patut disalahkan kerana lambat 2, 3 tahun melepaskan tambatan ringgit 3.8 kepada USD.

    dan sekiranya, ia cepat dilepaskan awal, harga minyak dunia tidak dilihat sebagai mahal oleh kita dan hutang kepada jepun itu pun kita bayar sedikit dengan ringgit yg kukuh.

  12. 12 Badam Nov 26th, 2007 at 2:57 pm

    Ulam Batar,

    Malaysia bukan pengeluar minyak terbesar di dunia, malah kita tak layak untuk menjadi ahli OPEC. Kita cuma mengeluarkan lebih kurang 600-750 ribu tong sehari. Arab Saudi adalah pengeluar terbesar dunia ie 10.5 juta tong sehari. Utk layak mjadi member OPEC kena dapat keluarkan sekurang2 1 juta tong sehari…

    Harga minyak mentah dunia memang meningkat dan hampir mencecah USD100/- setong. Bermakna keuntungan Petronas pun meningkat. Setiap tahun Petronas melapurkan keuntungan yg meningkat. 2007 Petronas melapurkan keuntungan sebelum cukai RM76.3 billion meningkat hampir 10% dpd tahun sebelumnya. Persolaan yg rakyat nak tahu ialah mana pergi duit berbillion2 itu..kenapa tak digunakan utk menampung subsidi minyak dalam negeri? Duit hasil Petronas direct di bawah Jabatan PM…selama ini duit itulah di guna utk menyelamatkan business kroni and “mengembukkan” kaum kerabat….FIKIR2 KAN LAH. Niat BA utk turunkan harga minyak dalam negeri boleh di lakukan kalau hasil Petronas di uruskan dgn bijak ie utk rakyat….

  13. 13 ulam batar Nov 27th, 2007 at 5:35 pm

    Badam,

    Dikesempatan ini saya ingin bagi tahu kemana wang petronas dibazirkan, salah satunya ialah Persatuan Isteri Isteri Menteri Bakti yang mana bila mereka nak buat dinner kat hotel 5 bintang mereka minta sunbangan dari petronas sebanyak satu juta untuk tabung bakti buat dinner, petronas bagi walau pun satu juta sebab isteri menteri junta, lepas tu wang jual meja dinner pun masuk tabung mereka aku rasa tabung bakti adalah persatuan paling kaya kat malaysia. ini kerana kebanyakan menteri takut bini termasuk presiden petronas kalau tak nanti tak ada kerjasama yang tulin.menteri yang paling takut sipolan tu tak perlulah disebut namanya. Tapi yang paling sedih wang petronas dibayar kepada IPP (pengeluar tenaga bebas kroni) bertujuan nak tolong TNB yang mana kantungnya kontang disebabkan diperah oleh IPP kroni UMNO sisa sisa perningalan toksit Tun Mamat Mahadir, amat sayang wang rakyat di pulun oleh dua tiga kerat yang sudah memang kaya raya.Ananda Krishnan, YTL Group. yang menakutkan setiap IPP menpunyai harga yang berbeza untuk dibayar oleh TNB kepada IPP yang guna Arang batu lain harga, yang guna Gas lain harga, yang guna minyak lain harga,yang guna haidro (empangan) iaitu bakun tak tahu pula harganya yang dibeli oleh TNB.Jika BA menang semua perjajian IPP dengan kerajaan akan terbatal dengan sendiri. kita kan menetapkan harga megikut kajian dalam mahu pun luar negara dari mereka yang pakar atau pun dibuka secara tender, siapa boleh bagi harga murah itu yang kita pilih. ini kerana tenaga tidak boleh diturunkan mutunya jika IPP cuba nak buat untung sebab eletrik tidak perlu dibancuh sebelum dijual. tapi masa Tun Mamat Mahadir perintah dia pun sama bodoh dengan UPE unit perancang ekonomi.

Leave a Reply




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2007
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930