Raja Kamaruddin (Raja Komando) dimasukkan ke hospital Klang beberapa hari lalu. Ustaz Badrul Amin segera memberitahu saya.
Semalam sempat saya menziarah beliau di hospital. Keadaan stabil tetapi perlu rawatan ke IJN. Semangat beliau masih tinggi dan suara tetap garang. Tetapi merokok perlu dikurangkan. Haha!
Saya kemudian terus ke Hospital Sunway untuk menemui Sdr Adlan Benan, bekas Setiausaha Pemuda KeADILan (kini AMK) yang mengalami pelbagai rencam kesakitan. Sdr Saifuddin banyak menghubungi beliau dan memaklumkan kepada saya perihal beliau. Kebetulan beliau “bercuti” dua hari sebelum meneruskan rawatan Isnin ini. Maka saya tak sempat bersua dengan beliau.
Bagi pihak Azizah, keluarga dan sahabat handai kami mendoakan agar kedua mereka sehat walafiat.
ANWAR IBRAHIM
















Riak wajah Raja Komando memang garang macam Singa……tapi hatinya manis macam buah kurma.
Jasa beliau sejak penubuhan awal parti tak dapat dikarang dalam sebuah atau dua buah buku…. Sungguh nostalgia…..!!!!
Berlatar belakang kehidupan sebagai bekas komando… memang banyak asam garam dalam hubungan setiakawan.
Menurut Mustapha Kamil Ayub…..Raja Komando banyak membantu beliau dalan Latihan Bina Wadah Parti Keadilan Nasional di Kem Wira Waja, di Janda Baik. Masa itu Dr Chandra Muzaffar yang cacat pun terpaksa terjun sungai.
Rahim KING pecacai komando Kutub Utara pun turut gentar dengan Raja Komando ini.
Walau apa pun saya tak pernah berkecil hati dengan beliau malah….saya difahamkan…. DSAI pun sayang dengan Raja Komando ini….!
Mari kita doakan pahlawan yang bersuara garau……, bekas calon Parlimen Kuala Selangor dan penceramah yang berceramah tanpa nota….. semoga sihat dan dimurahkan rezeki. AMIN.
saya turut medoakan agar Raja Komando dan yg lain cepat sembut agar boleh menueruskan perjuangkan.
Kepada sesiapa yg pergi menziarah sampaikan salam saya kepada mereka.
Kita tetap mendoa untuk kesejahteraan ummah dan sahabat, hanya Raja Komando ni seharus berhenti bermain wayang. Beliau yang hanya bekas penjaga stor unit komando patut beristikhomah dalam masa-masa seperti ini kerana pada saat akhir nanti kita hanya menyesal kerana menipu diri sendiri.