21
Nov
07

Ceramah Perdana KeADILan Melaka, Kg Sempang – Tedong Pantai

Ceramah Perdana Melaka

Pemidato:
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Shamsul Iskandar Mohd Akin

Tempat:
KM 19, Kg Sempang – Tedong Pantai

Tarikh & Masa:
24 November 2007, 8.30 malam


11 Responses to “Ceramah Perdana KeADILan Melaka, Kg Sempang – Tedong Pantai”


  1. 1 ghani b. latip Nov 21st, 2007 at 10:02 am

    Tahniah dan syabas di atas keprihatinan memperjuangkan hak rakyat miskin dan tertindas.
    kami berdiri teguh selagi tuan berusaha menegakkan kebenaran!!!
    Vote for change..

    Reply

  2. 2 hafiz Nov 21st, 2007 at 1:58 pm

    diharap kan semua rakyat melaka dapat hadir di ceramah tersebut.bukan senang DSAI nak ke mlk..

    melaka ni..kubu kuat BN…dari pemerhatian aku di melaka selama 4 thn belajar kat sini ..susah pembangkang terutama PAS dan keadilan utk memenangi hati org melayu…

    org melayu mlk..byk digula2 gulakan ali ketam!!…mungkin DAP..saja blh menang kerusi di sini.

    tapi takpa DSAI, teruskan usaha kita..!!!!!…biar rakyat melaka…sedar!!!!!!

    Reply

  3. 3 King Mongkut Nov 21st, 2007 at 3:13 pm

    Sejak akhir-akhir kini saya dapati banyak dikalangan masyarakat melayu telah mulai sedar akan kemelut dan musibah yang melanda kepada negara,bertapa pincangnya wakil rakyat UMNO yang dipilih oleh rakyat telah melakukan berbagai-bagai penyelewengan dan korupsi sehingga sanggup mengadai maruah badan kehakiman negara.
    Signal yang diterima ialah apakah jaminan kepada rakyat jika Barisan Alternetif yang memerintah.Apakah BA benar-benar berupaya memikul tanggung-jawab jika diberikan kesempatan untuk mengambil alih tampok pemerintahan negara. Saya yakin rakyat diluar sana perlukan JAMINAN.
    Dalam meneruskan agenda global dengan berhadapan bermacam-macam peluang dengan peningkatan ilmu dan pendidikan.,peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan, Parti UMNO kelihatan tidak sanggup berhadapan dengan apa yang telah berlaku dan akan berlaku dengan berani dan bijaksana berbanding dengan keupayaan BA.Diera 20an sewajarnya Malaysia ditahap yang cukup tinggi setelah berbagai pasarana diwujudkan oleh bekas PM tetapi malang kerana tamakkan kuasa dan kepentingan kroninya DSAI dijadikan mangsa. Pak Mahathir sanggup korbankan DSAI kedalam penjara semata-mata agendanya tidak dihalang.

    Masalah ternakan babi diMelaka sewajarnya ditempatkan dikawasan yang banyak diduduki oleh bangsa cina dengan kaedah ternakan yang menggunakan peralatan yang canggih. Ini tidak dilaksanakan sebab pemerintah Negeri Melaka lemah dan tidak bertindak dengan bijaksana sehinggakan sanggup korbankan kawasan penempatan melayu kerana bagi mereka orang melayu mudah digula-gulakan dan tidak akan berani bertindak walau dicabar.Inilah cara BN khususnya UMNO bertindak. Penternak babi dapat duit cina perut kenyang melayu dapat bau dan najis.Tidakkah itu perbuatan dayus namanya.UMNO bukan parti pembela nasib melayu rakyat terjerat dengan propaganda UMNO selama ini.

    Reply

  4. 4 cokelat Nov 21st, 2007 at 6:08 pm

    Kenapa Ketua AMK tak jemput Omar the Lion (OBJ) ceramah sekali…!!!!

    Reply

  5. 5 NG LUM YONG Nov 21st, 2007 at 8:15 pm

    SYABAS, Harapan besar setiap ceramah pemidato mesti terdiri daripada semua kaum dan parti sahabat BA-Pas atau Dap

    Reply

  6. 6 harry Nov 22nd, 2007 at 5:58 pm

    Dear Mr Anwar,
    Need your comment on the traffic speed ruling.
    I work in Pasir Gudang and travel the stretch from Johor Jaya to Pasir Gudang by the Pasir Gudang highway.
    the traffic polis had revised speed limit for certain stretch from 80 to 70 and certain stretch from 90 to 80. Just imagine, how slow is the speed of 70 and 80 . Ie they are telling us to travel slow on the left hand side where all the container haulier travel. Its so dangerous to travel at that speed at Pasir Gudang.
    Just lately i was being send a register mail of compound fine of driving at 87 KMH at the speed limit of 70.
    I also receive another summon of driving at 81 KPH at senai airport at the 70 KMH speed limit, at the stretch of road leading to Senai airport. Imagine 81 mph is how slow is the car.
    I think I am not the only one who is receiving this type of summon. As a wage earner, how can we afford to pay this type of heavy fine. Now inflasion had happend, and here we are being rob of paying this type of heavy fine.
    Frank my opinion, 90 should be a reasonable speed to travel.
    Can you help me to rasie our unhappiness.

    Tks and best regards.

    Reply

  7. 7 Noh Nov 23rd, 2007 at 6:46 pm

    Ayuh orang Melaka, baba dan nonya, dari Sg.Linggi ke Sg. Kesang bertemu di Tedong, pergi dengar cerita baru yang tak ada berita di radio, tv dan akhbar perdana. Umno dah disampuk virus DULU, KINI DAN SELAMANYA. Umno, dulu mansuhkan tulisan jawi kini dan selamanya genarasi baru buta jawi. Dulu pisahkan Singapura, kini dan selamanya rakyat mengigit jari. Dulu mahasiswa/i ada
    biasiswa, kini dan selamanya berhutang, macamana nak bayar ramai yang menganggor, ini lah dasar
    penyamun budiman, rompak rakyat dengan naik harga barangan, naik tarif air dan letrik, naik tol. Ini lah dasar menang cara haram, jawatan pun haram, gaji pun haram, bagi makan anak bini duit haram, sampai tak sedar pergi umrah dan haji pakai duit haram hingga tak takut buat kerja-kerja haram. Macam mana nak jawab dihadapan Rabuljallil nanti. Hapuskan virus ini….

    Reply

  8. 8 wati Nov 23rd, 2007 at 11:32 pm

    foto promosi cik abang ketua amk pakai tali leher tak kena langsung. cik abang ketua amk kenalah tunjuk citra pejuang rakyat. amk kena pamir imej yg sesuai dan sepadan dgn rakyat macam dsai, syed h, tian chua dll. dan satu lagi perut tu kena kempis sikit.

    btw sebagai rakyat bawahan, kita org jarang nampak kelibat cik abang ni dalam memperjuangkan isu2 rakyat miskin misalnya isu setinggan. yg selalu nampak aktif tian chua dan geng suaram. camno ni?

    dsai nampaknya kena tunjuk ajar amk macam mana nak berjuang isu2 rakyat macam dsai buat di baling dulu tu. atau paling tidaknya ikut tian chua.

    ceramah dan pidato satu hal. tapi gerakerja utk hak2 rakyat lebih berkesan… baru ada ummppphhhh!

    apa kata dsai?

    Reply

  9. 9 tiram Nov 25th, 2007 at 3:05 am

    Assalamualaikum

    Datuk Seri Anwar Ibrahim, The True Lion of Malaysia..

    Kemelut rakyat kini sgt bergantung kepada satu bentuk perubahan yang berani dan drastik. Saya menyeru kepada Datuk supaya dapat memikirkan sesuatu dalam merubah pemikiran masyarakat utk menterjemahkan nilai politik mereka.

    Percayalah, masyarakat kini sudah sedar tentang kerakusan pemerintah. Mereka sedar dengan politik kotor pemerintah, isu demi isu, skandal demi skandal tetapi untuk mereka berhadapan dengan risiko, BELUM LAGI!!

    Tahniah Malaysia, kini kita telah bangkit dalam menentang arus politik durjana,Perhimpunan Bersih ternyata mendapat sambutan. Dan saya menyarankan supaya masyarakat terus memberi tekanan kepada kerajaan bagi merubah suasana politik Malaysia. Jgn cabar suara rakyat!!

    Saya percaya, kredibiliti yang ada pada anda akan menjulangkan nama Malaysia sekali lagi. Kami rindukan pemerintahan anda. Kami rindukan suara anda. Kami rindukan sosok anda di televisyen. Satu masa dulu, saya ingin menjadi ANDA!! Dan kami yakin, anda adalah pemimpin yang paling tepat untuk memimpin kami.

    Teruslah berjuang, ingatlah ucapan yang anda terima “Mereka Mengejar Masa, Anda Mempunyai Masa”. Percayalah, kami golongan muda tidak mudah di”gula-gulakan”. Jika diberi gula-gula,kami ambil tapi untuk mengikut telunjuk mereka, TIDAK MUNGKIN!! dan jika ditanya manakah gula-gula tadi?, “sorry i dah telan semuanya”.

    Akhir kata buat Datuk Seri Anwar Ibrahim, perjuangan anda, pengorbanan anda,titisan darah anda, kesakitan anda,airmata keluarga dan rakyat menjadi bukti kemenangan anda. Dan kemenangan itu semakin hampir.Amin..

    INILAH JAGOAN MALAYSIA.THE TRUE LION OF MALAYSIA.

    -tiram-

    Reply

  10. 10 Din Merican Nov 28th, 2007 at 11:08 am

    Dear All,

    Speeches and ceramah by Dato Seri Anwar Ibrahim are eye openers. Our leader-intellectual has a unique way of reaching out to his audiences. He touches your heart and open ups your mind. Such orators are rare indeed.

    I listened to him at Pandan, Cheras a few weeks ago and saw him in action. He showed mastery of facts, clear understanding of the issues touching the lives of all Malaysians, command of language and compassion for the ordinary Malaysians. He has a vision for Malaysia and the political will to make things happen.

    If Dato Seri Anwar is your lion for Malaysia, then you should make it count in the next elections.

    Thanks, Din

    Reply

  11. 11 kamis Nov 28th, 2007 at 11:19 pm

    Usaha Dr. Jefry di Sabah sudah menampakkan hasil. Anak muda dan golongan usia 30-an nampaknya boleh menerima penjelasan, tetapi golongan 40-an ke atas masih ‘melekat’ keBNan mereka. Harap Dato Seri turun sendiri gempur Sabah….

    Reply

Leave a Reply