Sambutan forum di Hotel Federal adalah di luar jangkaan. Ragunath menjelaskan pendirian Majlis Peguam. Dato Shaik Daud, bekas Hakim Mahkamah Rayuan menyebut pengalaman beliau berusaha memperbaiki keadaan dengan mengemukakan pandangan kepada majlis tindakan ekonomi dan Tun Dr. Mahathir selaku PM tetapi gagal.
Ucapan Tun Salleh selaku bekas Ketua Hakim Negara lebih tegas membantah campur tangan pimpinan politik negara dalam institusi kehakiman dan tercemarnya imej hakim sejak 1988 lagi. Beliau menyelar undang-undang lapuk dan tidak adil saperti larangan berkumpul, dan penafian hak asasi rakyat yang dijamin dalam perlembagaan negara.
Saya merumuskan bahawa kegelisahan yang disuarakan tidak akan selesai dengan sedikit penyesuaian dalam badan kehakiman kerana suasana lebih gawat melibatkan undang-undang zalim, rasuah yang menular, rasuah merebak.
Jawapannya adalah:
Stop the rot,
Vote for change!
ANWAR IBRAHIM




















