Saya bercadang pada mulanya untuk terus ke Makkah, tetapi diminta penganjur menghadiri majlis perasmian Persidangan Dunia mengenai Pos & Teknologi Maklumat oleh Putera Khalid bin Faisal, Gabenor Makkah. Saya diundang Menteri Komunikasi Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan dalam sesi pertama esok.
Labbaika Allahum malabbaik – Menuju Makkatul Mukarramah, mengumandangkan kebesaran Tuhan.
Seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah, semoga mabrur dan sa’ie masykur.
Semalaman di Masjidil Haram, tawaf mengelilingi kaabah (Baitul ‘atiq), Sa’ie dan beri’tikaf – berdoa dan bermunajat.
Saya kenangkan kupasan sarjana Ali Shariati mengenai dampak ibadah haji dengan pakaian ihram dan juga pengalaman Malcolm X (A Malek As Shabaz) tatkala menunaikan haji.
ANWAR IBRAHIM
















