Archive for November 13th, 2007

13 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

02dsc_5254.jpg 01dsc_5166.jpg 05dsc_5431.jpg

Selesai upacara perasmian persidangan International Association of Political Consultants di Bali oleh Presiden Indonesia, saya menyampaikan ucap utama mengenai Islam dan demokrasi. Saya sempat menemui presiden dan sesudah itu berbincang dengan menteri-menteri Aburizal Bakrie, Fahmi Idris, Gabenor Fadil Muhammad dan Gabenor Jakarta.

Liputan media Indonesia mengenai perhimpunan Bersih hebat sekali. Semalam Kompas menyiarkan foto di halaman depan dan hari ini beberapa akhbar termasuk Kompas dan Jakarta Post mengulas dalam rencana pengarang.

Saya kini dalam perjalanan ke Jeddah menyempurnakan umrah dan menyampaikan pidato di Sidang Dunia mengenai perkhidmatan pos dan teknologi maklumat.

ANWAR IBRAHIM