Firefox 2 For a better browsing experience get Firefox 2.

10
Nov
07

Laungan Reformasi Berkumandang Semula!

bersih1

aibersih

Alhamdulillah, rakyat bangun dan tidak gentar dengan penguasa angkuh. Saya simpang siur seluruh kota kerana dihalang ke tempat perhimpunan. Apabila keadaan terdesak Sdr Saifuddin mengusulkan saya menaiki motosikal Sdr Khairi dan meluru laju menuju kawasan Istana Negara. Azizah, Shahrir dan anak-anak terus berada dalam kereta.

Laungan reformasi berkumandang semula - nyaring dan meyakinkan.

Saya bersama Ustaz Hadi Awang dan YB Kit Siang dan wakil Bersih bersama menyerah memo kepada Setiausaha DYMM Agong.

Keadaan gawat dan tegang kerana ugutan polis untuk menyuraikan majlis dengan paksa. Saya berucap singkat dgn laungan lawan tetap……. LAWAN dan Reformasi!

Hadirin diminta bersurai sambil berjalan dgn Tan Sri Khalid, Azmin Ali dan Saifuddin menuju ke Masjid Negara.

ANWAR IBRAHIM

Foto-foto dari HarakahDaily.net, elizabethwong.wordpress.com dan maddruid.com


65 Responses to “Laungan Reformasi Berkumandang Semula!”


  1. 1 Nadia Nov 10th, 2007 at 8:00 pm

    ALLAHUAKBAR!!!!!!!!

  2. 2 Jiwa Belia Nov 10th, 2007 at 8:02 pm

    salam Dato’ Seri,

    saya yakin rakyat kian celik dengan perkembangan negara. bagi mahasiswa, saya yakin, mereka juga makin matang dan kritis..biarkan mereka partisipasi dalam perhimpunan seperti ini.

    saya harap Dato seri terus memimpin kebangkitan baru!selamatkan Malaysia!

  3. 3 hafiz Nov 10th, 2007 at 8:05 pm

    Tahniah RAKYAT MALAYSIA ..ANDA BERANI MELAWAN ARAHAN PANTANG DICABAR PAK LAH!!!…utk pengetahuan pak lah , rakyat juga pantang dicabar !!! lagi di cabar ,lagi itu dia akan datang!!!…

    Laungan Keramat ALLAHUAKBAR berkumandang di KL….ALLAH bersama kita rakyat msia.

    walaupan sy sebagai mahasiswa dikekang daripada ke sana ,tetapi penyebaran maklumat dan blog ..mungkin sumbangan saya ke arah Perhimpunan RAkyat ini…!1

    TAHNIAH RAkyat msia!!!!!!!!!..dan juga datuk seri..

    Membujur lalu ,melintang patah!!!!!!!!!!!!!!…lawan tetap lawan!!!

  4. 4 M.K Nov 10th, 2007 at 9:03 pm

    Hidup-Hidup!
    Hidup Rakyat!
    Daulat-daulat!
    Daulat Tuanku!

  5. 5 Indra Nov 10th, 2007 at 9:12 pm

    Assalamualaikum,

    Taniah kepada rakyat Malaysia yang berani menuntut hak mereka. Walaupun saya hanya dapat melihat secara live-streaming, saya tetap dapat merasa kehangatan. UMNO yang bacul sengaja menggunakan pasukan polis diraja Malaysia akan merasa akibatnya di PRU akan datang! Allahuakbar.

  6. 6 cokelat Hack Nov 10th, 2007 at 9:23 pm

    Tahniah Dato’ Seri kerana berjaya memimpin rakyat bangun menyuarakan suara rakyat. Rakyat harus terus disedarkan akan menuntut hak mereka. Kalau usaha ini diteruskan, saya pasti kita akan mendapat kemenangan dalam PRU 12.

    Sebagai langkah susulan, saya ingin mencadangkan agar kita terus dapat mengekal pemakaian baju warna kuning. Sekurang-kurang pada hari Jumaat dan Sabtu. Ini penting bagi meneruskan semangat kita agar tidak malap dan padam. Kita harus terus mencipta isu agar menekan kerajaan bukannya kita yang menjawap isu mereka (kita yang mendahului mereka dan biarkan mereka terpaksa menjawap isu kita.)

    Siang tadi saya berbangga melihat banyak pemimpin yang turun memimpin rakyat. Kesian melihat sdr Mustafa Kamil ditembak dengan Water Cannon di Masjid Jamik. Namun begitu mereka tetap utuh dan sabar menghadapi rintangan.

  7. 7 mahasiswa Nov 10th, 2007 at 9:36 pm

    Alhamdulillah….. saya sungguh terharu terhadap semangat rakyat malaysia. kita telah membuktikan bahawa kita mampu utk buat perubahan. 10 Nov adalah detik sejarah yg merupakan permulaan, saya ulang PERMULAAN kepada perjuangan kita. ayuh saudara2 ku terus maju mencipta sejarah. moga Allah membimbing kita.

    Doa saya setelah ini adalah agar Allah buka hati dan beri kekuatan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong utk bertindak dengan sewajarnya. amin

  8. 8 m1ng1e3 Nov 10th, 2007 at 10:04 pm

    Tahniah!!!! Dato Seri dapat memimpin Rakyat Malaysia yang memerlukan pembersihan dalam ertikata yang sebenarnya. Saya tetap menyokong walau pun tidak dapat hadir dalam perhimpunan tetapi saya tetap meyokong dengan kertas undi kepada BA. ALLAHUAKBAR!! Reformasi!!!!

  9. 9 negarawan Nov 10th, 2007 at 10:26 pm

    I’ve seen nothing like this in decades where all the races come together and fight for a common cause, and really showing concern for each other. The Barisan Alternative has achieved somethings that the BN can only dream of. I pray and hope that BA WILL make a positive change in the next GE for our beloved country.

  10. 10 negarawan Nov 10th, 2007 at 10:35 pm

    Also I want to say that I have this special feeling of being proud to call myself a Malaysian today. I sincerely am grateful for all the sacrifices of all the brothers and sisters who made it for the rally today as Malaysians, not caring for our racial or religious background. This clearly proves that can work together to make our country a better place for all under the able leadership of DSAI

  11. 11 pondok tanjong Nov 10th, 2007 at 10:36 pm

    ptg ini saja byk akhbar online seluruh dunia beri liputan perhimpunan aman ini. Aljazeera lebih menonjol lagi tentang perhimpunan ini dalam news. Ada temuramah dgn Zam ptg tadi…Zam marah2 kat pengacara Alzeera…zam kata polis tak guna kekerasan…demokrasi subur di negara ini. Buktinya kata zam, negara kita tak pernah miss buat pilihanraya. Aku rasa hujah zam sama dgn hujah Junta tentera myanmar.

    Buat zam yang akal tak berapa cerdik itu…mmglah negara kita buat pilhanraya tapi yang kita persoalkan pjlnan pilihanraya itu yg cukup kotor dan tak beri ruang langsung kpd pembangkang. Hari ini hang kena sebijik..tapi hang harus ingat…byk lagi phimpunan aman akan menyusul…

  12. 12 For a better Malaysia Nov 10th, 2007 at 10:37 pm

    AAB pantang dicabar

    … but we the rakyat, pantang ditipu and we totally pantang being denied of our democratic freedom and rights.

    I walked with my fellow Malaysians today in the rain because we all love our country and we want it back.

    Daulat Tuanku.

  13. 13 real live Nov 10th, 2007 at 11:00 pm

    tahniah Dato seri,teruskan usaha demi menegakkan kebenaran….semoga kita semua dilindungi oleh ALLAH di atas apa yg kita lakukan selagi kita dipihak yg benar,berani kerana benar takut kerana salah,,,hidup Dato seri………….

  14. 14 hanaz Nov 10th, 2007 at 11:04 pm

    HIDUP..!HIDUP..!
    HIDUP RAKYAT!

    BERSIH..!BERSIH..!
    PILIHAN RAYA!

    Dari Masjid Jamek sehingga ke bangunan DBKL ribuan rakyat ditembak dengan gas pemedih mata dan water cannon.Dalam lebat hujan,mereka terus bergerak menghampiri Dataran Merdeka.Mereka berjalan hampir 10 kilometer ke Istana Negara.Malangnya,belum sempat sampai di sana,himpunan telah bersurai.Mungkin sebahagiannya kecewa.
    Mengapa pimpinan tidak menunggu kesemua mereka sebelum menyerahkan memorandum?Ya.Matlamat harus diutama.Namun mereka ini benar-benar bersemangat untuk melaung daulat di Istana Negara.Kalaulah kita bersabar,ratusan ribu rakyat akan bersama di Istana Negara dan impaknya bukan kepalang!Malang..Gelombang hanya tinggal ombak..

  15. 15 haziq Nov 10th, 2007 at 11:52 pm

    membujur lalu,melintang patah
    Allahuakbar!!!!!

  16. 16 zaini saad Nov 10th, 2007 at 11:59 pm

    Assalamualaikum Dato’ Seri,
    Bagi memastikan bahawa gelombang BERSIH tetap di hati rakyat jelata, saya mencadangkan supaya Dato’ Seri meminta semua rakyat yang menyokong gagasan BERSIH dan gerakan reformasi memakai baju berwarna kuning ” once a week” bagi menandakan sokongan mereka . Bayangkan dalam LRT,MRT,Bas Kilang , Van kilang dan dimana=mana terdapat gelombang kuning. Secara saikologinya ia akan menambahkan keyakinan kepada petugas dan penyokong Barisana Alternatif.Ini boleh diteruskan sehingga selesai pilihanraya. Sekian cadangan daripada saya yang tiada keberanian seperti Dato’ Seri. Semoga usaha Dato’ Sri dan rakan-rakan pembangkang.NGO dan rakyat jelata akan direstui Allah hendaknya . Wassalam.

  17. 17 justice for all Nov 11th, 2007 at 12:25 am

    Teruskan perjuangan

    kejayaan pasti dapat dicapai

    insyaallah

  18. 18 jayaklang Nov 11th, 2007 at 12:59 am

    Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !

    Sejarah tercipta hari ini. Gabungan parti pembangkang dan NGO berjaya menyatukan masyarakat pelbagai kaum untuk mencapai satu matlamat iaitu Menyelamatkan Malaysia yang tercinta.

    Sebelum ini saya pernah mengkritik gabungan pembangkang yang saya fikir tidak ada kerjasama dan “Political Will”. Hari ini seluruh rakyat malaysia telah melihat bagaimana semua kepimpinan BA telah turun padang bersama-sama rakyat walaupun telah diugut dengan tindakan oleh pihak berkuasa.

    Dengan kerjasama seperti ini tidak ada siapa yang mampu menghalang BA dari terus menjadi semakin kukuh dan diterima rakyat. Hari ini BN menjadi punca perpecahan kaum. Barisan alternatif pula berjaya menyatupadukan rakyat.

    Jutaan ucapan terima kasih kepada DSAI dan kepimpinan BA yang lain kerana mengotakan janji untuk turun bersama rakyat….

    Lawan tetap lawan…….Rakyat Pantang Dicabar !!

  19. 19 ameer Nov 11th, 2007 at 1:12 am

    TAHNIAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM!!!SAYA TAHU SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN PILIHANRAYA YG BERSIH DAN ADIL INGIN HADIR DI PERHIMPUNAN INI TERMASUK SAYA DAN KELUARGA NAMUM TIDAK DPT HADIR ATAS SEBAB2 TERTENTU.NAMUM SAYA YAKIN DAN PERCAYA BERJUTA-JUTA RAKYAT MALAYSIA BERADA DALAM PERHIMPUNAN INI DAN MENGIKUTI DGN PENUH MINAT.KAMI BERDOA SEMOGA TUHAN DAPAT MEMBANTU YANG DIPERTUAN AGONG YG KITA KASIHI.DAULAT TUANKU.INSYALAH KITA AKAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

  20. 20 Safa Nov 11th, 2007 at 1:30 am

    Alhamdulillah.

    Salam Juang dari Brunei Darussalam!

  21. 21 Imran K. Nov 11th, 2007 at 1:33 am

    Datuk Seri,

    Greetings from the ‘Desert’. We’ve been following this story ever since the sun shone brightly on what i can only term as my ‘adopted homeland’.

    The struggle we are all facing to initiate some form of reformation in a country we all hold dear to our hearts can only be described a

  22. 22 cheah chung kheng Nov 11th, 2007 at 1:36 am

    I felt disappointed,why the government refuses to distribute the permit for BERSIH and used the special branch to dismiss all the supporter..As a democracy country,they should give the freedom to everyone(human rights).

    Luckily BERSIH succeed the gathering today..This is a good news to every malaysian citizen.

    InshaAllah.In the General Election caming soon,we will get better result.

  23. 23 Kapalai Nov 11th, 2007 at 1:41 am

    Tahniah Dato’ Seri,

    Saya sokong saudara zaini saad.

    Saya cadang setiap hari Jumaat dan Sabtu semua rakyat Malaysia memakai baju warna kuning.

    Di mana sahaja anda berada.

    Teruskan infak anda semua wahai rakan seperjuangan walau sekecil zarah sekalipun.

    Buat kempen besar-besaran!

  24. 24 Imran K. Nov 11th, 2007 at 1:55 am

    Datuk Seri,

    Greetings from the ‘Desert’. We’ve been following this story ever since the sun shone brightly on what i can only term as my ‘adopted homeland’.

    The struggle we are all facing to initiate some form of reformation in a country we all hold dear to our hearts can only be described as a monumental task, faced with numerous obstacles, a myriad of problems, and exclusions.

    However, what I saw today, proved to me that there are still many people in our homeland who, in essence, are willing to brave such turbulent waters in hopes of a better tomorrow for my generation, and the succeeding generations of Malaysians.

    to quote Siegel…

    “The culture of fear is one that breeds prejudice and distrust.” (2005)

    From my perspective, (and im sure this viewpoint is shared by MANY individuals the world over) we have proved to the governing behemoths that fear, does not exist in our vocabulary any longer, and if so, it is HEAVILY subdued by feelings of sheer patriotism, determination, and collective pride in taking the steps required to initiate such a reformation.

    Insha’Allah…our strife…is a blessed one.

  25. 25 siswa baru Nov 11th, 2007 at 2:18 am

    Tahniah buat semua..
    Saya punspt hafiz sbg mahasiswa kami dikengkang tp semangat kami tetap sama. Pastikan kejayaan kita semua. Buat rakan2 mahasiswa kita sedaya upaya menyebarkan maklumat kepada semua rakan2 kita. Pastikan kita buat daftar pemilih jika sudah cukup umur. Kita bawa hegomoni baru. Jgn igt mahasiswa skrg diam kami tak de adealisme. Lawan tetap lawan..

  26. 26 Budak kampung Nov 11th, 2007 at 2:30 am

    Tahniah…sudah hampir 10 tahun saya tak melihat suasana begini.

    Sekarang apa yang penting bila tiba PRU. Itulah sebenarnya tanggung jawab kita. Jangan kerana sehelai kain pelekat dan jamuan percuma kita berubah pendirian.

  27. 27 ANAK MUDA Nov 11th, 2007 at 2:32 am

    mgkin ade yg kecewa sbb baru hndk smpi ke istana perhimpunan dah bersurai.. utk pengetahuan semua fru dah mula bertindak keras mereka ingin sembur org rmi, takut terjadi apa2 sbb suasana sungguh sesak, pimpinan tertinggi mgkin khuatir akan ade yg cedera mereka sebulat suara memutuskan perhimpunan bersurai..

    x mengapa kepada mereka yg tdk sempat berkumpul di hadapan istana, perjuangan sahabat2 kita ini yg berada di sogo dan masjid jamek amat kami kagumi.. keberanian anda berhadapan dgn pihak polis yg menjadi kuda tunggangan umno amat membanggakan kami semua.. perjuangan anda di sogo dan jamek akan tersimpan dlm sejarah.. sesungguhnya apa yg berlaku hari ini amat2 membanggakan seluruh rakyat malaysia yg mendukung cita2 menuntut keadilan..

    SYABAS rakan2 ku yg tua dan muda x kira melayu, cina ,india sama2 berganding bahu merealisasikan himpunan bersejarah ini..

    ALLAHUAKBAR!! LAWAN TETAP LAWAN!! REFORMASI!! DAULAT TUANKU!! jgn lupa kita ceritakan peristiwa ini pada anak2 kita 10 NOV 2007 dalam hujan dan dalam ancaman kaki terus melangkah dgn penuh berani utk menuntut keadilan dan kebebasan utk bumi bertuah ini..

  28. 28 anakmama Nov 11th, 2007 at 6:56 am

    Saya gembira rakyat tak takut dan tidak akan takut dengan ugutan oleh pak mentua dan menantu dan tokeh tilam. Rakyat Malaysia seperti dulu juga yang cintakan kebenaran dan celik mata hati mereka mencari kebenaran. Kalau dulu ketika DSAI DIDALAM penjara demonstrasi diadakan tiap minggu khas untuk DSAI, hampir tiap minggu juga tangkapan dibuat. Tetapi semakin diasak semakin menaik semangat rakyat. Jadi Nov 10 adalah permulaan bagi KEBANGKITAN REFORMASI GELOMBANG KEDUA. KALi ini DSAI sudah kembali kepangkuan rakyat dan keceriaan pemimpin pembangkang lain bersama sama menjayakan arus REFORMASI KEDUA ini. Ledakan arus kedua ini tidak boleh dipadamkan sehingga tumbangnya kerajaan anak beranak, tokeh tokeh judi, tokeh tilam dan sekutu sekutunya.

    Insyallah kerajaan ini akan tumbang secepat kilat menyambar sekiranya pemimpin dan rakyat konsistent mengajak mara kedepan demi keadilan dan islam.

    Kejatuhan DM dulu juga adalah tidak terlepas dari kesan demontrasi jalanan ini, walau pun tidak disebut secara rasmi. Bayangkan kalau tiap minggu rakyat berdemo.. kerajaan tentunya akan menjadi lemah.

    HIDUP ISLAM
    HIDUP REFORMASI

  29. 29 Najib1976 Nov 11th, 2007 at 6:57 am

    Syukur kpd Allah…..tahniah buat BERSIH kerana perhimpunan Aman.
    Tahniah bt saudara Anwar dan rakan2. Teruskan perjuangan. Rakyat telah berbicara utk keadilan yg sebenar di MAlaysia.
    Allahuakbar….
    Daulat Tuanku..

  30. 30 belut Nov 11th, 2007 at 8:18 am

    Dollah kata pantang dicabar Menantu beruk dia suruh polis tangkap rakyat. Tapi rakyat kata mereka pantang di bodohkan..pantang di tipu..pantang di tololkan. Terharu bila melintas di pasar seni..terjumpa seorang pegawai polis berpangkat kopral mendekati kami. Ingatkan dia nk tangkap. Tapi dlm suara yg perlahan dia kata tk pa..kuat kan semangat..ingat kpd cucu2 kita nanti..lawan jgn tk lawan. Puhhh tabik la sama lu Kopral. Tahniah kpd rakyat m’sia yg turun dan kpd semua kepimpinan BA and Ngo.

  31. 31 pondok tanjong Nov 11th, 2007 at 9:10 am

    benar kata datok seri dan mat sabu, lepas ni kita buat phimpunan aman 200,000 org. lepas tu 300,000 dan akhirnya sejuta org…sure beruk2 umno melompat kerana kepanasan bontot

  32. 32 cokelat Nov 11th, 2007 at 10:25 am

    Jam 3.00 petang Jalan Tuanku Abdul Rahman telah ditutup dari arah MAJU Junction. Sementara itu beberapa pasukan POLIS telah pun bersedia di Masjid Kg Baru. Kemudian Jalan Kucing menuju ke Masjid Negara bergerak sungguh perlahan. Setengah jam baru sampai ke Bank Negara.

    Jalan Raja Laut dah pun ditutup utk semua kenderaan termasuklah kenderaan rasmi DBKL. Sebelum ini sudah 4 kali tembakan berkala ‘Water Cannon’ dilepaskan di Jalan Tun Perak dan di Masjid Jamek. Kelihatan ahli MPT Yahya Sahri dan rakan-rakan melindungi sdr. Mustapha Kamil dari air asid. Hampir tersungkur beliau. Kenalan bekas tentera yang turut hadir dari Telok Intan mengarahkan bergerak ke Masjid India.

    Burger King terpaksa ditutup dan anak-anak kecil yang baru turun LRT Masjid Jamek turut jadi mangsa. Peserta terpaksa berpecah. Bergerak dari Jalan Raja Laut terus ke SOGO. Hampir 30000 orang tak dapat turut serta ke Istana.

    Jalan ke arah Istana Negara dari sepanjang Muzium Negara sampai Bangunan Parlimen tak bergerak. 3 buah ‘Water Cannon’ tersekat ditengah-tengah kesesakan jalanraya berhampiran Bangunan Jawi.

    “Lautan KUNING” yang dianggarkan 40 ribu orang mula berundur jam 4.00 petang kearah Masjid Negara. Azan Asar berkumandang. Orang ramai nak bersolat ditegah. Dr Hatta dan Ketua Pemuda basah kuyup di bulatan Masjid Negara. Tak lama lepas itu baru dibenarkan masuk.

  33. 33 Richer Nov 11th, 2007 at 10:25 am

    Setuju dengan cadangan cokelat. ..supaya pemaikaian baju warna kuning ditersukan setiap hari sabtu dan jumaat..kita akan menang psikologi ngan cara ni..

  34. 34 crepe_0712 Nov 11th, 2007 at 11:31 am

    SALAM PERJUANGAN…..TAHNIAH PADA SEMUA RAKYAT YANG BERSEMANGAT KENTAL,SANGGUP MENEMPUH SEGALA HALANGAN DAN RINTANGAN TANPA RASA GENTAR DAN KECUT,NAMUN LANGKAHAN TETAP MARA…INILAH SEMANGAT YANG TULIN YANG MENAKUTKAN PEMIMIPIN2 YANG HANYA BERANI UGUT,GERTAK DAN PEMBOHONG…TAHNIAH YANG TAK TERHINGGA PADA IBU2 DAN BAPA2 YANG TAK KENAL ERTI TAKUT DAN GENTAR,SANGGUP MEMBAWA ANAK2 KECIL MEREKA UNTUK SAMA2 BERDEPAN DENGAN HALANGAN DAN RINTANGAN DENGAN PENUH SEMANGAT..INILAH SEMANGAT YANG HARUS DIPERTONTONKAN PADA PEMIMIPIN2 BACUL,YANG HANYA BERANI MENGGUNAKAN POLIS..BERANI BERBOHONG, ITULAH KEKUATAN YANG MEREKA ADA..RASA SUNGGUH TERHARU MELIHAT IBU2 DAN BAPA2 MENGASUH SEMANGAT ANAK2 MEREKA YANG MASIH KECIL,TENTANG PERJUANGAN,TENTANG KEBENARAN DAN KEADILAN SERTA TENTANG KEKEJAMAN PENGUASA..SEMOGA ANAK2 INI AKAN MENJADI PEJUANG2 SEJATI DIMASA DEPAN,DEMI UNTUK MEMPERTAHANKAN RAKYAT DAN NEGARA DENGAN BERPAKSIKAN KEBENARAN DAN KEADILAN…
    PAGI TADI,DALAM BERITA…AZALINA(NAK KATA PEREMPUAN TAPI MACAM LELAKI,TAK TAU NAK LETAK DALAM ‘KATAGORI’APA DIA NI)MARAH SANGAT DIA DENGAN PERHIMPUNAN AMAN SEMALAM..DIA KATA ‘DAYUS’,TAK TAU LA SAPE YANG ‘DAYUS..TAU KE DIA APA MAKNA ‘DAYUS’ TU…HAHA..DIA KATA KALAU BERANI TUNJUKLAH MASA PILIHANRAYA..DIA YAKIN KE YANG DIA BOLEH MENANG…KALAU DENGAN CARA MENIPU BOLEH LAH MENANG..TENGOK LAH NASIB KAMU PRU KALI INI…JANGAN SAMPAI TANGISAN TAK BERAIRMATA SUDAHLAH…MAKAN DALAM TU,NANTI MERANA..SEMUA JADI TAK KENA…JANGAN SAMPAI NANTI LANGSUNG TAK BERGUNA…
    YANG SORANG LAGI MAMAK ZAM ANAK MAIDIN,AMPU SANA AMPU SINI,BERMODALKAN CERITA BOHONG..KALAU TAK BOHONG,TAK DE PERKARA YANG MENARIK,UNTUK MEMBERIKAN KESUKAAN PADA PAK LAH..UNTUK JADI PENGAMPU YANG HEBAT,BOHONG PUN MESTI HEBAT,BIAR NAMPAK BETUL..SEKURANG2NYA PENCACAI2 YANG DIBAWAH,YANG HANYA TAHU ANGGUK2 GELENG2,MUDAH TERPEDAYA,BILA PENCACAI2 BEBAL DAH MASUK DALAM JARING,PAK LAH’ MESTILAH PERCAYA DAN YAKIN PADA KEHEBATAN ‘KADAM’ DIA..MAKA TUGAS ‘KADAM ANAK MAIDIN’NI TAMBAH MUDAH,HANYA ‘GALI DAN TERUS GALI’ UNTUK CARI IDEA YANG HEBAT,UNTUK BERBOHONG LAGI..
    YANG SORANG LAGI,KETUA PUTERI,AKU TAK TAHU LA NAMA USTAZAH NI,DALAM PERSIDANGAN CAKAP PASAL ‘ISLAM HADARI’..CAKAP BUKAN MAIN BIJAK LAGI PASAL ISLAM,(DIA SENDIRI PUN TAK TUTUP AURAT..’PAKAI TUDUNG’)..TAPI,MUNGKIN INI KUT YANG DIKATAKAN ‘ISLAM HADARI’….ADA JUGA YANG BAGI USUL SUPAYA,ISLAM HADARI DIPERLUASKAN KE SEKOLAH2 DAN SEKOLAH UGAMA,DITUKAR PADA SEKOLAH HADARI…DIA KATA NEGARA LUAR BOLEH TERIMA ISLAM HADARI…PATUT LAH BUSH PUN SOKONG ISLAM HADARI..

  35. 35 bumilangit Nov 11th, 2007 at 12:07 pm

    salaam DSAI,

    berhimpun sudah, serah memorandum pun sudah.

    apa indikator kejayaan perhimpunan semalam?

  36. 36 mukhlis Nov 11th, 2007 at 1:03 pm

    sayang …saya tak dapat serta…ada urusan..
    saya sokong supaya semua pejuang pakai baju kuning sekali seminggu. hari sabtu ka…
    pi mana saja pakai warna kuning…biar polis fobia ngan kuning…

  37. 37 anakmalaysiamerdeka Nov 11th, 2007 at 1:24 pm

    diharap ini bukan kali terakhir. semangat reformasi kian membara. flyer diedar ke seluruh kampus mengugut semua staf dan siswa yg terlibat akan dikenakan tindakan. laman web alternative di’block’ dari server universiti. namun tidak menghalang jiwa-jiwa merdeka walaupun sedang di dalam minggu peperiksaan akhir semester. saya yakin lebih ramai akan hadir jika ia diadakan selepas minggu genting ini. namun tahniah kepada puluhan ribu yang hadir. semoga ini bukan yang terakhir. REFORMASI DEMI DEMOKRASI

  38. 38 hanaz Nov 11th, 2007 at 1:45 pm

    sejak bila kita gentar dgn FRU?Demonstran di Masjid Jamek disembur dgn water cannon seawal 2.30 ptg..Ditembak pemedih mata kemudiannya..Disembur lg di hdpan bgnan DBKL..Ribuan sesak nafas,pedih mata..Namun langkah tetap digerakkan..Hmpir tiba ke Istana,himpunan bersurai..Apa ini?Ke mana hilangnya keazaman?Janji kita 100000 rakyat di Istana!Bukannya pergi dulu dan membiarkan ribuan demonstran “terkorban” digempur FRU!Kami turun kerana semangat!Kami berpegang pada janji!

    Fikir2kan..

  39. 39 mr.amin Nov 11th, 2007 at 2:11 pm

    Alhamdulillah.

    saat ini amat ditunggu-tunggu oleh saya

    REFORMASI-keADILan-

  40. 40 EP Nov 11th, 2007 at 2:41 pm

    Dato’ Seri

    Tahniah atas kejayaan mengumpulkan seramai 100,000 rakyat dan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang korup boleh dan patut dicabar. Rakyat sekarang lebih peka dan mudah memperolehi maklumat dan rakyat sudah pandai menilai betapa kotornya kerajaan sekarang. Dengan harapan, teruskanlah perjuangan murni Dato’ Seri. Cadangan saya, supaya perhimpunan seperti ini perlu diteruskan mahupun di peringkat negeri termasuk menyerahakan memorandum kepada Sultan dan Raja Melayu dan sekligus memberi tekanan kepada AAB dan konco2 nya.

    TERUSKAN TEKANAN!!!

  41. 41 Mohd Faizol Nov 11th, 2007 at 2:54 pm

    Hanaz,

    saya rasa tak boleh salahkan penganjur. Apabila terlalu ramai Polis digunakan untuk memecahkan kelompok Gelombang kuning, sudah pasti ramai yang terpisah. Polis dah block di merata-rata tempat tapi tetap gagal untuk menyekat gelombang kuning. Memang ada yang gagal ke istana negara. Bila Polis dah berperanan sebegitu memang kita harus akui ada yang sedikit mencacatkan tetapi dari segi keseluruhannya 100 000 rakyat itu sudah pasti mengundang rasa gerun yang bukan sedikit kepada Kerajaan.

    Apa pun Tahniah kepada Hanaz dan semua kerana semangat jitu yang dipamerkan…

    ia akan cecah lebih ramai lagi andai tiada sekatan jalanraya, dan penahanan bas-bas dari negeri negeri luar!

  42. 42 ANAK MUDA Nov 11th, 2007 at 5:04 pm

    saya mencadangkan satu lagi perhimpunan aman rakyat besar besaran dilakukan selepas pelajar-pelajar dan mahasiswa/i menghadapi peperiksaan tidak kira spm, matrikulasi dan universiti.. bg peluang ayah dan emak memantau keadaan anak mereka pada hari peperiksaan tersebut..

    jika boleh perhimpunan ini dijalankan sebelum tarikh cuti sekolah berakhir. kemungkinan ramai warga kota nak balik ke kl dan kesannya jika perhimpunan ini dijalankan ialah lalulintas akan lebih sesak dan tiket2 bas, keretapi mgkin habis dijual menyukarkan kehadiran rakyat yg dtg luar dr kl.

    diminta tdk mengadakan perhimpunan 2 atau 3 mggu selepas buka sekolah.. kemungkinan ramai para penjaga menghabiskan duit utk membayar yuran dan membeli alat kelenkapan sekolah.. kerana kita tahu rakyat makin terdesak dari segi kewangan ini akan menyukarkan mereka utk trn ke kl nnt..

    kali ini kita berhimpun di parlimen pulak.. tetapi x salah klu kita ingin menghadap Agong sekali lagik..

    sekadar pandangan sbb saya btul2 semangat nak pegi ni ni DS!!

  43. 43 Reformasi Nov 11th, 2007 at 7:02 pm

    Betul jugak cakap Mohd Faizol tu hanaz…polis mmg sengaja buat banyak sekatan supaya perhimpunan

    ni gagal. Kawan aku kata mereka tersangkut berjam2 nk masuk ke kl pasal polis sengaja buat

    roadblock padahal tak ada apa2 pon. Roadblock tu dibuat jauh pulak tu dari area perhimpunan..mmg

    tak munasabah langsung. Aku rasa perhimpunan ni mmg dah berjaya kumpul 100000 org

    walaupun kita dah terpecah. Pokoknya suara rakyat yg pantang dicabar ni bangkit sekali lagi utk

    menggugat pemerintah UMNO/BN yg dayus tu. Apa2 pun kita mmg power psl dpt bertahan walaupun pedih

    mata..MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH..LAWAN TETAP LAWAN!!

  44. 44 Jiwa Belia Nov 11th, 2007 at 7:27 pm

    Polis pun bagus juga..depa terpaksa koje sebb ikut arahan bos.aku yakin,depa semua pun penyokong reformasi.aku cadang,kita jgn apakan2 geng2 polis bawahan ni,sbb depa pun kawan kita juga.aku sendiri sembang2 dg sorang polis ni,kat depan Mcd, dia siap kata..”Lawan tetap..LAWAN!!” tabik spring la brother!!

  45. 45 siswa Nov 11th, 2007 at 8:34 pm

    salam perjuangan,

    Tahniah DSAI kerana hajat untuk perhimpunan 100,000 terlaksana akhirnya.Saya setuju dengan pendapat saudara(anak muda).Saya juga ingin memberi pendapat sekiranya perhimpunan ini dilaksanakan selepas mahasiswa/mahasiswi tamat peperiksaan akhir.Kemungkinan lebih ramai lagi anak2 muda akan turun bersama2 dato’ seri.Ini kerana,ramai yang berasa hampa tidak hadir untuk perhimpunan tersebut.Saya wakil rakan yang lain berharap perhimpunan ini dapat diadakan sekali lagi untuk memberi isyarat pada pemimpin2 umno yang buta dengan hak rakyat terutamanya orang muda.Kebarangkalian,lebih daripada yang dijangkakan akan hadir memberi sokongan.insyaallah.

  46. 46 bumilangit Nov 11th, 2007 at 8:44 pm

    jiwa belia,

    saya setuju, walaupun ada polis yang jahat, sentiasa ada polis yang baik.

    polis pun tak suka jugak apa yang yang berlaku, minyak naik, tol naik, tapi tugas mereka.

    kita buat kerja kita, biarkan mereka dengan kerja mereka. ular menyusur akar, takkan hilang bisa~

  47. 47 free press Nov 11th, 2007 at 8:47 pm

    An open letter

    To DSAI,

    It is sad indeed to see a learned person like you, a former deputy prime minister, trying to fool the citizens into believing that the current system is undemocratic and corrupt. What is more heartbreaking is to see how you try to make yourself into a ‘Pak Dalang’ and creating a ‘wayang kulit’ in the name of ‘justice’ and ‘truth’.

    Tell us dsai, are you being truthful to yourself and to all Malaysians? What are you trying to achieve dsai? Do forgive me but the way I see it, you’re just being vindictive. You throw punches just to seek ‘fairness’ on your part after being sacked from your DPM-ship, and kicked out of Umno after being found guilty of a crime beyond the order of nature and of corruption.

    It’s really funny to see you trying to create yourself as Nelson Mandela or Mahatma Gandhi of Malaysia, trying to unite Malaysians in the name of ‘human rights’. It is even more funnier to see how you try hard to create the impression in the eyes of the people that you’re being politically victimise and oppress by a government filled with tyrants when in reality, it is not so. But the funniest things of all is when you try to impress others that you’re such law-abiding but in reality u broke laws by urging people to protest on the street, thus creating problems to others.

    What really u want out of all these Datuk Seri? I think it’s not ‘justice’ that you seek Datuk Seri, but rather the plump seat of Prime Minister-ship. Afterall, wasn’t you the one who gave some ideas of the building of the official residence of the Prime Minister in Putrajaya then?

    Be honest Datuk Seri… be true to us and to yourself.

    Yours Sincerely;

    Free Press

  48. 48 matrempit KL Nov 11th, 2007 at 9:10 pm

    Dato seri..Saya cadangkan supaya diadakan satu Ceramah Rakyat di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil..Kita pasti memenuhkan stadium tersebut..Harap dapat diadakan sebelum pilihanraya ini..Polis tiada alasan untuk tidak membenarkan lagi..Kalau tak bagi permit,stadium bola sepak itu juga tidak harus dibenarkan untuk sebarang pertandingan..

  49. 49 wan pdg serai Nov 11th, 2007 at 9:31 pm

    askum,saya d antara peserta perhimpunan yg terkandas tak dapat ke istana negara dan dataran,saya dr utara dan berkumpul d masjd jamek …sebenarnnya dr utara sepatutnya berada d msjd negara tapi naluri saya dan rakan2 untk brmula d masjd jamek…mmg dugaan kepada saya dan rakan2 untk perg ke istana negara.langkah pertama keluar dari pintu pagar masjd jamek d sambut dgn semburan air berasid ke arah kumpulan kami,warga tua dan anak kecil tidak ketinggalan kena semburan tersebut……ada juga yg pengsan d situ tapi tak d ceritakan oleh berita tv3,tv1 atau seangkatan dgnnya.kwn saya sendiripun pengsan dan ada juga yg munth ….selepas menerima dua semburan lori fru undur sedkit kebelakg.kami sekumpulan lebih kurang 10.000 org menyeberangi jalan untuk memulakan perarakkan…selepas itu hampir lima kali lagi semburan ke arah saya,rakan2 dan yg lain..kami berundur ke lorong belakang untuk menrskan perjalanan..setibanya d jln berhadapan bggunan DBKL kamin berhadapan sekali lg dan semburan air dan gas pemedih mata yg amat menyakitkan ke arah kami…mmg lari tak cukup tanah la haha…apabila kami dapat berita mgatakn ada kumpulan dah sampai ke istana dan dato seri selesai menyerahkan memorundum kami berasa amat kecewa kerana tak dapat bersama dato seri.tapi kami kuatkan semangat untuk berhadapan dgn fru…setelah suasana smakin reda kami kembali kehadapan semula untuk brhadapan sekali lg dgn fru…..kian kecil kumplan kami apabila hujan reda fru telah kendurkan tekanan dan kami sekumpulan d anggarkan lebih kurang lima hgga enam ratus orang bersurai…..kami terkilan kerana tak dapat bersama kumpulan yg lain d istana tapi oleh sebab kami melawan menyebabkan kumpulan dari sogo,masjid negara dan centrel market dapat brsama dato seri istana.semangat kumpulan d masjid jamek mmg kental walaupun kami tahu ssh sampai ke istana.LAWAN TETAP LAWAN

  50. 50 ANAK MUDA Nov 11th, 2007 at 9:45 pm

    saya bangga dan terharu baca kisah perjuangan saudara2 kita yg menyetai perhimpunan aman itu terutama sekali kisah pejuang2 masjid jamek. hari ini aku rasa berkobar2 hendak bersama2 menyertai kumpulan masjid jamek. adakan satu lagi perhimpunan aman. ALLAHUAKBAR!!

  51. 51 Jiwa Belia Nov 11th, 2007 at 9:53 pm

    Dato Seri

    Saya cadang kita wat kempen pakai baju kuning pada hari tertentu..mungkin boleh kerjasama dgn Digi (mana tau depa boleh bagi sponsor juga..haha). ini strategi kita Dato’ Seri, saya rasa Digi pun lebih suka kalau kita secara promoter Digi ’secara tidak lansung’, walau niat kita mahu hantar signal psikologi kpd pemerintah.

    saya juga ucap tahniah kpd mahssiwa yang bersama semalam. saya terkenang 10 tahun lepas (1998) Dato Seri, semnagat rakyat membuak2.pengalaman saya menyertai gerakan pelajar (saya dulu antara pimpinan Pkpim kmpus) membangkitkan nurani hati kita mengenai peranan kita sebagai jurucakap ummat, bukan skdar perkakas Umno (mcm grup apirasi skang)

    teruskan prjuangan adik2 mahsiswa ku!!

    Lawan tetap…LAWAN!!!

  52. 52 Mahasiswa Reformer Nov 11th, 2007 at 9:57 pm

    Saya berasa kecewa sebab xdapat bersama dalam perarakan semalam.
    Entah bila lagi la peluang seperti ini akan muncul dapat bersama2 dengan DSAI menyuarakan suara rakyat. Saya terpaksa membatalkan hasrat pergi kerana masih belum habis mentelaah untuk 3 paper pada beberapa hari berikutnya. Huhu…

    Namun saya tetap akan menyumbang kepada reform agenda ini dengan cara menyebarkan video-video reformasi secara online mahupun offline. Saya akan menyebarkan agenda reformasi ini kepada kenalan dan saudara mara.

    Kalau xsilap, SB pun ada juga masuk U kat serdang ni. Sy terserempak kelibat seorg yg asing dan boleh kita katakan ‘match’ dengan gaya seorg polis di tempat dan waktu yang xsepatutnya org luar boleh berada melainkan dia adalah ’seseorg’ pada 2 malam sebelum perhimpunan. MUngkin mahu memantau. Tp xpa, biarkan dia.

    Untuk sahabat saya saudara ‘mahasiswa’, tahniah kerana pergi!;)
    Kalau ada video DSAI baru jgn lupa share.hehe

    Salam reformasi!

  53. 53 King Mongkut Nov 11th, 2007 at 10:13 pm

    Yang Berbahagia DSAI,

    Kejayaan awal yang dirancang telah disambut dengan penuh semangat oleh satu himpunan yang mewakili rakyat Malaysia umumnya menentang segala bentuk kezaliman dan keangkuhan pemerintah durjana. Dikesempatan ini saya mencadangkan supaya LUMPUHKAN DAN BOIKOT semua media termasuk akhbar yang dinaungi oleh pemerintah. Tindakan ini merupakan satu protes terhadap lapuran pembohongan dan pemalsuan terhadap Perhimpunan Rakyat yang berjaya melaksanakan satu jihad bagi menebus maruah bangsa dan memertabatkan islam di bumi ini.

    Cadangan diadakan himpunan kedua wajar diteruskan secepat.

  54. 54 Mahasiswa Reformer Nov 12th, 2007 at 6:32 pm

    Setuju.

    Hentikan atau kurangkan membeli berita harian dan yang sealiran dengannya.
    Yang banyak hanyalah propaganda.

  55. 55 Malaysian Nov 12th, 2007 at 6:51 pm

    Dear Dato’ Seri,

    I was quite impressed with your act. The recent “ghost” was too corrupt and not capable at all in handling racial issues. They forced many local investors runaway.
    I think Dato’ Seri is the only person can save Malaysia for becoming another Indonesia.

    However, i hope that Dato’ Seri can manage any demonstration well in the future because people will hate you if you destroy their businesses and hurt the innocents.

    It you can chase away all these current “corruptors” without hurting businesses and hurting innocents, i think we can achieve our objectives.

  56. 56 MATA RABUN Nov 12th, 2007 at 7:56 pm

    Salam….
    Masih ingat ‘SHIT’ karangan Shahnon Ahmad. Akhirnya wirawan kembali bersama rakyat….
    Apa kata selepas ini kita buat di tiap-tiap negeri…serah pada Sultan…Mulakan dengan Kedah!!!
    Macam mula-mula Dato’ Seri buat Road show selepas dipecat….
    BEST…..dan kita mula pulaukan akhbar….

  57. 57 ameer Nov 13th, 2007 at 1:11 am

    SYABAS SEMUA!!!!!!!!RAKYAT SEMAKIN CERDIK!!!!!!!!!!!RAKYAT CERDIK PEMIMPIN “BOBROK” TAKUT!!!!RAKYAT SEMAKIN CERDIK PEMIMPIN RAKUS TAKUT!!!!!!!HIDUP RAKYAT!!!!!!!KEMBALIKAN HAK RAKYAT!!!!!!!!!!DAULAT TUANKU!!!!!!!!!KAMI BERDOA SEMOGA TUHAN MERAHMATI PERJUANGAN SUCI INI INSYALAH

  58. 58 Anis Syuhada Nov 13th, 2007 at 7:26 am

    Dato Sri,
    saya cadangkan buat pula solat hajat 100 ribu, nanti sure PM dan KPN kata tak boleh buat sebab itu perhimpunan haram. Itu akan jadi modal, sejak bila pulak solat itu haram? Kita doa ramai2 supaya Allah membuka jalan supaya memoranum kita diberi perhatian oleh DYMM Agong. Beri Nik Aziz jadi imam…(saya pasti, takde MB lain yg boleh jadi mam kecuali MB Pas, termasuk Hj Hadi) sure orang datang ramai2. Kita sudah berusaha, sekarang tiba masa kita bertawakkal dengan bersoalat hajat. Nanti akan ada road block satu Malaysia halang orang pegi sembahyang. Saya pasti akan jadi satu isu besar bila orang yang nak bersolat dihalang..Jangan lupa jemput press satu dunia!

  59. 59 hanaz Nov 13th, 2007 at 10:35 am

    saya tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan himpunan kedua dalam masa terdekat yang dijangka dapat mengumpul ratusan ribu rakyat.saya bukanlah seorang yang pesimis,namun saya hanya cuba bersikap rasional.pertama,kita harus melihat impak himpunan yang pertama.saya tidak merasakan himpunan ini berjaya jika kita hanya mengukur jumlah kedatangan pada hari tersebut.kita sepatutnya melihat dulu kesan himpunan ini keatas SPR.

    kedua,walaupun berita tentang himpunan ini tersebar keseluruh dunia,saya tidak dapat melihat apa-apa tekanan yang diberikan keatas kerajaan.jika himpunan kedua ingin diadakan,kita sepatutnya bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan meletakkan Malaysia dalam senarai negar-negara yang lumpuh demokrasinya.dengan itu,kita dapat menjana kekuatan antarabangsa dan memberi tekanan hebat kepada kerajaan.

    ketiga,jika himpunan kedua ingin dilaksanakan,kita perlu memastikan bahawa kita bergerak secara bersama.bukan lagi terpisah seperti himpunan pertama.apa gunanya kita menghantar memorandum kepada Agung jika hak kita untuk bertemu baginda dihalang oleh FRU?jadi kita harus berhadapan dengan polis secara tenang dan aman.biar kita menghormati mereka dan mereka pula akur dengan hak kita.kumpulkan kesemua pimpinan parti politik,mahasiswa dan NGO untuk mengetuai himpunan.Ini dapat menonjolkan bahawa kita berani untuk berhadapan dengan sebarang risiko.saya pasti,jika ia benar-benar terjadi,barulah GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT itu benar-benar muncul.pokoknya KITA HARUS BERANI!

  60. 60 suratkhabarlama Nov 13th, 2007 at 11:01 am

    Free Press wrote, “It is sad indeed to see a learned person like you, a former deputy prime minister, trying to fool the citizens into believing that the current system is undemocratic and corrupt.”

    Yes, the current system is democratic and clean but the people who are in it are undemocratic and corrupt.

    I have my personal experience with the people in the system. I know a minister who has awarded a piece of land to his own company. And I know also a lady minister who has asked money personally for a government project awarded to my friend’s company.

    We have tried to report the above to Pak Lah through various channels like ACA etc. But nothing happens.

    Free Press, you are the one actually fool for believing this country is governed democratically and clean or may be you have different definition of democracy and corruption. Then may be kami rakyat memang betul-betul bodoh for believing DSAI.

  61. 61 Mhd Wahyu NZ Nov 14th, 2007 at 1:45 am

    Salam,

    Saya dari Indonesia & saya tak faham betul mengenai realita politik internal Malaysia. Saya hanya mengetahui informasi media. Namun, setelah melihat informasi massa yang menuntut reformasi di Malaysia sedemikian besar, tentu ada yang harus dibenahi oleh negara.

    Saya tidak bermaksud untuk mengomentari kondisi politik internal Malaysia. Saya hanya teringat apa yg kami lakukan beberapa tahun yang lalu, yang sampai dengan saat ini manakala saya menyaksikan tayangan ulang mundurnya Presiden Soeharto, tak terasa air mata menetes. Perubahan besar selalu memerlukan pengorbanan. Saat itu (1998) saya masih menjadi mahasiwa & alhamdulillah merasakan sebuah perubahan besar dilakukan.

    Salah seorang tokoh di Indonesia, Amien Rais, pernah menyampaikan: “Power attends to corrupt, an absolute power corrupts absolutely”

    Terlepas dari pengetahuan saya yang minim tentang Malaysia, saya turut mendoakan, agar hak-hak dasar warga negara atas demokrasi dan keadilan dapat dipenuhi, sekalipun hal tersebut kadang kala harus diperjuangkan.

    Salut saya untuk Dr. Anwar Ibrahim (hanya beliau tokoh yang saya tahu melalui media di negeri kami), setelah menyaksikan interview beliau pada acara Kick Andy (Metro TV Indonesia), saya merasa beliau adalah seorang yang memiliki visi yang jelas dan berkarakter kuat.

  62. 62 hang meng Apr 9th, 2008 at 3:19 pm

    HIDUP UMNO ………….

  63. 63 deen Aug 5th, 2008 at 2:24 am

    MALUNYA DAN TERASA JIJIK BAGIKU UNTUK BERADA DALAM UMNO!!!!!!!!

    PARTI YANG TELAH LARI DARI MATLAMAT DAN OBJEKTIF ASAL PENUBUHANNYA….

  1. 1 niknazmi.com - » The people have spoken Pingback on Nov 11th, 2007 at 12:54 am
  2. 2 Syafiq Sunny » Blog Archive » 10 Nov: Pic Pingback on Nov 12th, 2007 at 11:58 am

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2007
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930