Malaysiakini:
Al-Jazeera:
Malaysiakini:
Malaysiakini:
Al-Jazeera:
Malaysiakini:
Dari New York Times:
KUALA LUMPUR (Reuters) – Police in the Malaysian capital used water cannons and fired tear gas shells on Saturday to scatter crowds gathering for a banned opposition rally to demand changes to the country’s electoral system.
Although hundreds of policemen, including riot police with shields and batons, guarded Kuala Lumpur’s landmark Merdeka (Freedom) Square, tens of thousands of people turned out for one of Malaysia’s biggest anti-government rallies since 1998.



Alhamdulillah, rakyat bangun dan tidak gentar dengan penguasa angkuh. Saya simpang siur seluruh kota kerana dihalang ke tempat perhimpunan. Apabila keadaan terdesak Sdr Saifuddin mengusulkan saya menaiki motosikal Sdr Khairi dan meluru laju menuju kawasan Istana Negara. Azizah, Shahrir dan anak-anak terus berada dalam kereta.
Laungan reformasi berkumandang semula – nyaring dan meyakinkan.
Saya bersama Ustaz Hadi Awang dan YB Kit Siang dan wakil Bersih bersama menyerah memo kepada Setiausaha DYMM Agong.
Keadaan gawat dan tegang kerana ugutan polis untuk menyuraikan majlis dengan paksa. Saya berucap singkat dgn laungan lawan tetap……. LAWAN dan Reformasi!
Hadirin diminta bersurai sambil berjalan dgn Tan Sri Khalid, Azmin Ali dan Saifuddin menuju ke Masjid Negara.
ANWAR IBRAHIM
Foto-foto dari HarakahDaily.net, elizabethwong.wordpress.com dan maddruid.com
Sejak pagi helikopter polis berlegar diruang udara rumah kami di Segambut – cucu terkejut jaga … Ha ha
Inshaallah kita bersama petang nanti.
Semalam saya dan Dato Zahrain tiba jam 4 pagi dari P Pinang. Bas, van dari utara banyak yang ditahan polis. Ada teman beritahu “kami rombongan cawangan Umno Kepala Batas nak melawat Melaka”. Mereka diberi laluan oleh polis dengan mudah. Rakyat cerdik maka cerah masa depan!
Kami singgah Solat Jumaat di Mesjid Slim River, dan ramai jemaah memberitahu mereka akan ka perhimpunan Bersih.
Jam 4 petang kami ka bilik gerakan Praya keADILan Nibong Tebal bersama Ustaz Mokhtar, Dr Azhar dan Tan Tee Beng. Persiapan jentera rapi dan semangat pekerja juga tinggi. Wakil dari Kg nelayan Sg Chenam menyerahkan borang keahlian.
Tepat 6 petang kami tiba di Padang Tembak Bukit Bendera, berhampiran markas besar FRU P Pinang dikawasan perumahan sesak majoriti peniaga kecil Cina. Sambutan hangat dari ribuan masyarakat Cina disitu.
Jason Ong dan Ah Hui menyerahkan 1000 borang keahlian baru keadilan. Ini merupakan penyertaan terbesar masyarakat Cina dalam satu upacara. Saya diminta merasmikan pembukaan pusat khidmat KeADILan. Bicara saya jelas – negara kaya tetapi rakyat miskin dikalangan Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan terpinggir. Kawasan perumahan daif, mutu pendidikan rendah, sukar memperolehi rawatan kesihatan, harga barang terus meningkat.
Jam 830 malam saya menyertai panel mengenai “Judicial Rot” disebuah hotel anjuran IKD. Sekitar 300 profesional termasuk William Leong dan Sim hadhir kebanyakannya peguam. Gesaan saya kpd mereka adalah sekadar mengeluh dan membantah tidak memadai. Kita perlu terjun kagelanggang bersama rakyat menjana perubahan.
Kami meluru ka Padang Damar Laut Balik Pulau dimana ribuan penduduk berhimpun. Saifuddin Nasution menyampaikan pidato diringi gambar dan rajah, menunjukkan bawang, tepung kapada khalayak. Sdr Zahrain menyambung menekankan masaalah Melayu Pulau Pinang yang menuntut penyelesaian menyeluruh – pengurusan kerajaan bersih, pengagihan kekayaan yang adil bagi semua kaum.
Saya mulakan dengan menyingkap ucapan di perhimpunan Umno – bukan soal harga barang, rasuah, kemelut ekonomi, kecurangan hakim – tetapi jenaka dan gelak ketawa, mengugut rakyat dengan angkuh termasuk bloggers, mempamer kekayaan melimpah, menghunus keris dan melarang ternakan babi. Inilah kononnya jaguh Melayu – bukannya penegak hukum, pembela rakyat dan pejuang keadian.
Ayuh sdr sdr,
Ubah sebelum parah,
Ubah demi maruah!
ANWAR IBRAHIM
Sdr ArE-SzMaN memberi respons melalui Friendster:
salam kemafaan dari saya serta rakan mahasiswa dari UPSI..kami ditegah keperhimpunan….nanti hak kami untuk mendapat penempatan disekolah akan disekat…segala usaha yang baik oleh DSAI serta para sahabat amat kami sanjungi, namun siapalah kami hanya insan kerdil yang terpaksa mengikut pemerintah…kami mahukan kerja…menolong ibu bapa kami yang susah…salam perjuangan..
Sdr ArE-SzMaN,
Saya faham kegelisahan para mahasiswa – di negara yang kononnya merdeka tetapi dibelenggu – seolah-olah dalam “kerawang berkasi” (rujuk puisi Chairul Anwar)
Jika tidak dapat bersama ke Dataran Merdeka, sila bantu tingkatkan kesedaran di kalangan generasi muda dengan menyebarkan maklumat dan menghidupkan wacana segar.
ANWAR IBRAHIM

Masa: 8-10pm, Jumaat, 16 November
Tempat: Federal Hotel, Kuala Lumpur (35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur)