Datuk Halik Zaman menanyakan:
Dato Seri
Tolong jawab persoalan saya ini dengan terus terang:-
(a) Sudah kah ada bersafahaman masalah BA diantara PAS, Keadilan dan DAP?
(b) Sudah kah selesai pembahagian kerusi antara Keadilan,PAS dan DAP diseluruh Malaysia?
(c) Kalau tiada apa apa masalah dalam BA dapat kah Dato Seri nyatakan jumlah kerusi PKR? PAS? dan DAP? dalam BA.
(d) Mana mungkin Kerajaan UMNO/BN membenarkan BA menggunakan lambangnya dalam PRU akan datang. Apa kah ikhtiar yang lebih effisien ketiga tiga parti ini menggunakan satu lambang sahaja atau lambang parti masing masing untuk “satu lawan satu?†dengan BN dalam PRU nanti.
Saya kemukakan 4 soalan ini kepada Dato Seri kerana memandang bahawa PRU akan diadakan bila bila masa sahaja dari sekarang. Sedangkan ikatan BA masih belum difahami lagi oleh grassroot ketiga tiga parti. Dan pertanyaan begini selalu ditanya oleh rakyat dalam dialog kami dengan rakyat.
Harap dapat perhatian dari Dato Seri.
Kelihatan Sdr Halik Zaman musykil dengan tahap pencapaian rundingan diantara pimpinan KeADILan, PAS dan DAP dalam isu pembahagian kerusi.
Tan Sri Khalid dipertanggungjawabkan mewakili KeADILan dan rundingan kini diselenggara diperingkat Jawatankuasa berkaitan. Terdapat banyak kemajuan di peringkat negeri tetapi masih belum beres semuanya. Buat menghormati semangat rundingan maka sukarlah bagi saya mengemukakan laporan di sini.
Namun saya setuju agar persetjuan dicapai segera dengan semangat muafakat.
ANWAR IBRAHIM
















soalan yang baik namun jawapan takkan nak bagitau detail..itu stategi politik. BN pun tak bagitau lagi berapa yg parti komponennya bertanding.
Nasihat saya agar PKR usahlah terlalu tamak mahu bertanding terlalu byk kerusi. bagi saya PKR adalah parti yg terlalu kecik dan muda berbanding PAS dan DAP. PKR harus melihat kekuatan jentera bawahan dahulu…selama ni jentera parti PAS yang banyak membantu PKR. PKR harus lebih menghormati PAS dan DAP dalam pembahagian kerusi. Lihat sahaja bagaimana PAS dan DAP telah byk bkorban kerusi utk PKR pada pilihanraya yg lepas.
Tentang pembahagian kerusi untuk PRU ke 12, pastikan parti2 BA yg masuk bertanding bukan hanya untuk mengurangkan majoriti BN tapi untuk menang. Kalau 2-3 pilihanraya yg lepas, disesuatu kawasan, sesuatu parti tu asyik kalah, tak guna bertanding, beri laluan kpd parti lain dlm BA. Di kawasan2 yg majoriti pengundi2 bukan Islam terlalu ramai, melebehi 75 peratus, berikan kerusi tersebut kpd DAP manakala di kawasan2 yg majoriti pengundi, melebehi 75 peratus org2 Melayu, beri laluan kpd PAS. Di kawasan2 di mana pengundi2 Melayu: bukan Melayu 50:50 atau 40:60, inilah tempat untuk PKR bertanding. Memang agak susah untuk pengundi2 Melayu memberi undi kpd parti spt DAP kerana selama ini, propaganda2 asyik memaparkan DAP sebagai parti chauvinis yg mencampionkan konsep Malaysian Malaysia. Bagi pengundi2 Cina pula, agak sukar pengundi2 Cina nak beri sokongan kpd Pas kerana selama ini mereka ditakut takutkan dgn propaganda bahawa PAS ialah parti extremis Islam, ala Taliban yg akan menjadikan negara ini negara Islam. Seperti biasa, menjelang pilihanraya, UMNO/BN akan mengguna media2 massa milik mereka untuk memburuk2kan pemimpin2 dan parti2 BA. Diulangtayang, tak habis2.Cuba ambil segmen2 propaganda2 ini dan berikan kpd media2 antarabangsa untuk dinilaikan supaya dunia tahu dan sedar bahawa proses pilihanraya di Malaysia memang amat berat sebelah, tidak adil dan kotor!!!
DSAI,
bagi menhadapi polihan raya akan datang PKR amat perlu mewarwarkan tawaran parti melalui laman web sebagai contoh http://Pkrpilihanraya.com semua bunting,bena,bendera,risalah,poster,billborad
promosi ini perlu dijalankan dengan segera memandangkan bahang pilihanraya sudah mula dirasai.
hannya ini sahaja laluan yang ada memandangkan laluan demokerasi terlalu sempit dinegara ini yang dikatakan merdeka ini. di sini juga ingin saya ucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada TM dan Maxis kerana telah berusaha menbena laluan pilihan kepada rakyat untuk menjeguk alam IT bagi menbuka minda rakyat yang mana kaca dan yang mana permata. PKR sama sekali tidak menbiarkan rakyat ditempurongkan oleh UMNO. Rakyatlah akan mencorakkan negara ini bukan junta UMNO sejak negara merdeka. acuan mereka telah lapok kuehnya hangus pahit untuk ditelan. kita harus ada acuan baru resipi baru yang citarasanya kehendak semua. Patinya kena berniat baik dan menegak kebenaran menuntut benar itu sunah nabi, nabi pernah bersabda ’sesiapa yang tidak megikut sunah ku bukan umat ku’ ini satu perkara yang amat berat kepada umat islam. tetapi sunah ‘hadhari’ saya tak tahu macam mana.
PKR, PAS & DAP under one single banner is the way to go.
DSAI,
Indeed, the DAP has an understanding by way of Lim Kit Siang revlations that he has seen the Lingam Tape to the full and vouches for its authenticity viz :
1] that the conversation came to a stop whence Lingam was aksed to who he was talking to?
the answer is Ahmad Fairuz
Let us be REASONABLE and RATIONAL as demanded by the Affidavit of your goodself by your summons to declare ACA Summons Null & Void.
1] the purported conversation in the first 8 minutes shown to the public worlddiew is NATURAL, and that the person can be identified as V K Lingam, nonetheless; therefore, it is only REASONABLE and RATIONAL to assume it is authentic …..
rather than a Bollywood short film for the celebarations of Deepavali !!!
If that Haider chap wants to continue with his positions as Directors of Companies and other positions betwstowed by the UMNO chaps, then, he woul dhave reported that the tape authenticity cannot be proven.
Now, if this bugger Haider is owrth his legal training, then, the so called Lingam Tape is NOT just the material and the electrical signals that have been done to upon the magnetic properties of the Tape.
The Lingam Tape can only be meaninglful, if the CONTENTS as RE-PRODUCED by its showing on video becomes the Lingam Tape ….. otherwise, you might as well, go buy any shop and get a Tape …
alas, it is just any tape but this is NOT just any tape it is called Lingam Tape, therefore deriving some MEANING becuae of the contents….
So, Lee lam Thye can also be a fool as would Shankar, if they do not become REASONABLE and RAYIONAL ….that the Lingam Tape has meaning because of the contents caused by the RECORDING and hence, its output the video show now , before every other citizen , inlcuding our sleeping Prime Minister, an Ustadz and grandson of an Ulama.
Therefore, the contents of the Ligam Tape can be most AUTHENTIC and it now quite IRRELEVANT as to the authenticity of the when MATERIAL it is recorded …..
Haider don’t let God show you the REAL RECORDING when you face Him, likewise, for Lee Lam Thye a Buddhist or taoist or Shankar a Brahmin or whatever God you beleieve in.
Use you kepala otak ….please, otherwise, as Prophet Abraham did to sacrifice his son to cut off the “ANIMALNess” in human existence … an animal body attach to “mind” in the head !
BTW we must prevent Ustadzes from becoming next Prime Minister unless they stud science and the logic of al Ghazali or even as Shafii , which some people seems not to have found them yet …
Keep searching, my old man ustadz!
INTI DARI PEMUAFAKATAN ADALAH KEIKHLASAN, DAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT TERBANYAK……..
Moga Allah satukan kita semua.
jangan layan dato’ halik ni. Dia ni jenis terburu-buru dan tak mahu memahami mehnah dan waqi’ dalam masalah demokrasi dan politik negara.
Persemuafakatan dalam BA harus teguh dan kukuh….
dan tanpa prejudis yang terlampau antara parti…
Serahkan pada pimpinan parti untuk menentukan kerusi pada PRU akan datang..
Buangkan agenda buruk sangka antara ahli..
seperti di TKO…
sdr Halik Zaman tentu mengerti/faham situasi tersebut..
kukuhkan akar umbi…
mesej harus sampai….
Bersatu kita..
Lawan tetap Lawan….
Datuk K. Halik,
pertanyaan datuk agak berat untuk dijawab di ruangan ini memandangkan didalam sukan atau perniagaan pun ada rahsia perniagaan ini kan pula didalam pertandingan semua langkah perlu dirahsiakan ini penting bagi megelakan lawan mengambil langkah seterusnya. pada saya kalau datuk ini seorang ahli perniagaan pastinya perniagaan Datuk K halik bungkus. saya rasa kepinpinan yang ada pastinya diperingkat akhir perundingan.usahlah Datuk K halik gundah gulana sekarang bukan lagi diperingkat merisik atau meminang bahkan cincin telah disarong sebagai tanda hanya tunggu akat nikah sahaja oleh Tok Kadi SPR kita.
Salam hormat.
Saya rasa amat dukacita dengan pegerakan putri umno dengan mengesa kerajaan menhalang laman bloger, maaf saya katakan disini Saudari Putri pemikiran kamu agak denkal dengan dunia yang menuju kearah tidak bersempadan dan berbagai dasar serpeti dasar langit terbuka FTA dan sebagainya lagi, jika ICT pun kamu dah melatah bagai mana kamu nak menhadapi lain lain dasar luar yang bakal mendatang kamu putri umno bukan lah bakal peminpin negara yang bagus pemikiran kamu langsung tiada daya tahan dan saing ini kah bakal peminpin yang dilahirkan oleh umno umtuk genarasi akan datang yang saya lihat amat lemah bila menagani sesuatu perkara perkara sekecil ICT pun kamu dah megadu apa diperingkat antarabangsa kamu nak amalkan budaya sebegini megadu sana megadu sini macam budak nak gopek.kamu putri masih mentah dalam politik politik tempatan pun kamu meregek bagai mana kamu nak berdepan dengan politik antarabangsa sepak terajang di arina antarabangsa lagi maha hebat.disini saya sahkan dengan CF bahawa PUTRI UMNO tiada daya tahan dan saing.lagi baik duduk kat rumah tunggu orang datang meminang.jika kamu bertanding kat US jawabnya kamu menagis tah sudah disana politik mereka bagaikan langit degan bumi dengan sistem politik malaysia mereka di sana bukan sahaja boleh guna ICT bahkan berdebat secara terbuka kat TV terpulanglah kepada rakyat untuk memilih.saya rasa kebanyakan putri umno kurang membaca tiada kemanpuan untuk berdepan dengan sesuata perkara yang mencabar pertinbangan mereka semua perwakilan purti umno saya kelaskan no kesas… saya berani cabar putri umno dari mana mana bahagian berdebat dengan saya yang bertajuk ‘asian money kenyataan dan cabaran’ nak cabar pemikiran kamu.jangan nak bergincu bagankan tak sudah di persidangan kamu.
biar apa pun kita akan selalu menyokong PAS dan KEADILAN..
negara kita harus seperti negara lain..bila satu kerajaan tidak membuat kerja dengan baik kita tolak kerajaan itu..bagi chance kat kerajaan lain..ini baru adil..harapan saya ialah biar parti mana yang menang asalnya parti itu betul betul ikhlas untuk menjaga kepentingan rakyat sepenuh hati..
love u,MALAYSIA!
Dato’ Seri,
Saya teringat kata-kata Dato’ Seri yang menyatakan ” Hari ini BA Menang, Esok Harga Minyak Turun!”
Saya harap ia boleh menjadi satu ungkapan yang boleh menarik minat pengundi untuk mengundi BA. Saya harap Dato’ Seri boleh highlightkan perkara ini dan ia sudah tentu membantu BA menarik undi rakyat yang rata-rata kini amat tertekan dengan kos sara hidup yang semakin menekan.
Kalau di teliti ucapan dasar Pak Lah ada bernada “dasar dictation” dari perspektif kekuatan sebuah kaum yang memerintah kaum yang lain di negara lain, maka barulah jelas siapakah Pak lah yang sebenarnya, tiada beza dari pemimpin-pemimpin Melayu UMNO sebelum ini.
SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEMUA , DILIHATKAN CUACA POLITIK SESAMA DI MALAYSIA SEAKAN BERLAKU RIBUT TAUFAN KERANA TELAH TERBUKTI DALAM PERHIMPUNAN PARTI GERGASI YANG MANA PERASAN TIDAK SABAR SESAMA TELAH DITONJOL . INI MUNGKIN YANG DIKATAKAN BARISAN NASIONAL INI TIDAK SEFIKIRAN . DIHARAPKAN PARTI BA PERLU MEMBUAT REVOLUSI YANG MANA SEMUA PARTI KOMPONAN SEHARUSNYA MEMBUAT MESYUARAT AGUNG TAHUANAN SELAIN DARIPADA M/AGUNG TAHUANA PARTI SENDIRI . BAGI SAYA BN YANG DIKATAKAN SEHALUAN INI TIDAK SEMACAM YANG DIINDAHKAN DENGAN KATA KERANA DASAR KERAJAAN NEGARA HANYA DIUMUMKAN DALAM MT UMNO DAN BUKAN DALAM MT BN . APAKAH INI?????? M/AGUNG TAHUANA INI PERLU BERSAMA KERANA IA DAPAT MENRAPATKAN JURANG BERBEZAAN FIKIRAN SESAMA PARTI KOMPONAN DAN APABILA SESUATU PANDANGAN ATAU CADANGAN AKAN DIAMBIL KIRA SEMUA ESPEK DAN BUKAN SEMACAM YANG BERLAKU DALAM BN SEKARANG YANG DALAM UMNO DISEBUT HIDUP MELAYU , MCA…,MIC…,GERAKAN… APAKAH INI ?????SEKIRANYA BA DAPAT BERBUAT DEMIKIAN MAKA IA MERUPAKAN SATU TAMPAN YANG KUAT KEPADA BN KERANA BA TELAH BERJAYA MELAKUKANNYA.
DIUCAPKAN TANIAH DAHULU SEKIARANYA CADANGAN DAPAT DI WUJUDKAN DEMI PERKUKUHAN POLITIK BERBILANG BANGSA
assalamualaikum warahmatullah
sekadar mengisi masa, kebetulan melayari internet di kampus, terjumpa pula dgn web ini. salam ta’zim pd semua.
saya masih muda, juga tidak arif dgn dunia politik sepertimana yg dicakap-cakapkan oleh orang lain. malah kadangkala merasa tidak ingin mengambil tahu tentangnya. bukan kerana saya seorang yg tidak mengambil pusing atas apa2 perkara, tetapi merasa ‘jelik’ dan sedikit ‘bosan’ dgn permainan kita.
saya tak tahu apa yg kita cari. mengapa sahaja tidak mencari Tuhan? kalau mencari Tuhan, tentu akan tahu bahawa Tuhan tidak pernah mengajar hambaNya bermusuhan & bersengketa. juga memfitnah dan memutar kata. juga mencari2 aib manusia, apa lagi jika kita sesama Islam.
saya melihat & mentafsir sendiri. sayang sangat bila kita hanya pandai bercakap. misalan, ilmu agama kita menggunung tinggi, belajar sana sini, tuntut ilmu Quran, hadith dan sebagainya, malang…. bila berkecimpung dalam arena politik, musuh sana musuh sini, muka jadi merah padam, amarah mendahului akal.
maka apakah yg lebih baik dr muhasabah diri sendiri & mensucikan jiwa, mensucikan roh sendiri. jika berakhlak baik, kalau kita tidak berhasrat menjadi pemimpin sekalipun… tidak mustahil suatu masa nnti dengan sendirinya akan menjd pemimpin [kerana baiknya & adilnya kita]
maka di manakah hilangnya akhlak Rasulullah, atau keadilan Zulkarnain, atau Solehuddin Ayubi…. kerana kita lebih ‘asyik’ berpolitik
wallahu’alam
hanya satu cetusan rasa
Kenyataan pondok tanjug walau pun agak keterlaluan namun ada juga kebenarannya.Namun sebagai parti baru saya dapati PKR selalu saja di jadikan mangsa,kerana kerusi yg diserahkan kpd PKR adalah kerusi yg sudah di kenal pasti oleh DAP dan PAS sebagai kerusi yg memang tak boleh menang.Saya berharap pembahagian kerusi sekali ini biar-lah lebih adil.PKR jgn pula pentingkan kuantiti kerusi saja tapi nilai dari segi peluang utk menang,ada pengerusi negeri terlalu mudah menerima kerusi yg di agih kan tanpa terlebih dahulu menilai kekuatan dan peluang.
PKR tak perlu terburu-buru,kerana masa menyebelahi mereka.Dasar PKR adalah adalah dasar terbaik dan paling sesuai dimasa kini dan di negara ini.Lakarlah perjuangan dgn baik,konsisten dan berhemah,lambat laun PKR akan menjadi parti yg disegani lawan dan kawan.
Jika kita lihat PAS mulai glamour semenjak DSAI ditangkap..Dari situ bermula Terengganu jatuh ke tangan pas dan kelantan kekal di bawah PAS.Semua parti selain PKR melihat peranan DSAI dalam menarik pengundi UMNO dan pengundi atas pagar..Bincanglah dengan cara yang berhemah dan saling faham-memahami.Contohnya saya menyokong PKR pada pelihanraya 2004 tetapi oleh kerana calon dikawasan saya adalah PAS saya tetap mengundi parti PAS..Yang penting selain parti kerajaan kita undi..Pilihanraya ke 12 ialah pilihanraya yang menumbangkan kerajaan BN.Ibarat sepohon pokok getah,jika dia dah berumur 50 tahun sudah pasti susunya telah tiada.Jadi kita perlu tebang dan tanam pokok getah yang baru supaya hasil dan susu yang berkualiti..dinikmati oleh semua rakyat
Assalamualaikum, ya budak u ,
Oleh kerana u terlalu mentah, jika sekadar megisi masa lapang di laman ini lebih baik u megisi masa lapang u berjumpa dengan Dekan sains politik kat tempat u belajar u masih muda dan tidak arif dengan dunia politik lebih baik u tumpukan pelajaran u kerana akta universiti di bawah junta umno melarang pelajar terlibat dalam politik.kerana u baca kitab islam hadhari sebab itu you tak tahu apa islam itu sebenar disini saya terangkan dengan jelas islam itu adalah ‘cara hidup’ islam bukan senbahyang sahaja ianya mengcakupi segala sudut termasuk ekonomi apa bila berkait dengan ekonomi hilirannya adalah politik.
budak u
Adalah lebih baik tumpukan kepada bukubaca anda di kampus daripada peningkan kepala anda dengan politik pembangkang.Di sekolah boleh join kelab aspirasi dan jemputlah umno ke majlis Gotong Royong Kampus.Pasti akan datang umnoputra cuci longkang asrama dan siap bawa nasi bungkus untuk anda
Pandangan saya kepada persoalan budak U
Salam, sahabat yg saya cintai kerana Allah, apa yg saudara katakan tu sangat r benar, moga ALLAH kasi taufik dan hidayah kepada kita semua.
Pokok yg tumbuh rendang dan tinggi menghasilkan buah yg baik dan enak. Buah itu adalah akhlak or perilaku kita. tapi wahai saudaraku, bagaimana pokok itu bisa tumbuh rendang dan tinggi??? Jawapannya adalah perlu dijaga, disirami dan dibubuh baja. Untuk halang serangan perosak perlu di pagar. InsyaAllah pokok itu akan tumbuh subur dan menghasilkan buah yg baik.
Nah dari analogi pokok itu, saya ingin kaitkan dengan persoalan saudara. Air yg kita siram adalah solat dan amal ibadat kita kepada Allah, baja pulak ibarat ilmu yg kita tuntut. sedangkan matahari adalah cahaya hidayah dari Allah. Bagaimana pulak dengan pagar??????. Bagi saya pagar adalah POLITIK, kekuasaan yg kita perlukan untuk melaksanakan segala tuntutan Allah dengan sempurna! tanpa kekuatan politik, kita akan terus lemah dan ditindas oleh mereka yg berkuasa. Skop islam sgt luas, jgn dipersempitkan.. Adalah kurang tepat bagi kita jika menyisihkan politik dalam kehidupan, kerana ia juga adalah tuntutan dalam islam.
Seorang hakim menjatuhkan arahan atau hukuman. Yg melaksanakannya adalah anggota polis, pegawai penjara dan sebagainya. Bagaimana pula bila Allah menjatuhkan hukuman or memerintahkan sesuatu. siapa yg akan melaksanakannya???
POLITIK tidak jelek, yg menjelekkannya adalah org yg melaksanaa
kan politik itu! Ini kerana kepentingan peribadi di utamakan drp kepentingan rakyat terbanyak. moga Allah bimbing kita semua.
BUDAK U…AKU CUKUP KAGUM DENGAN PANDANGAN ‘BUDAK U’ SEPERTI KAMU INI…KALAU IKUTKAN RASA MALAS JUGA AKU NAK LAYAN PANDANGAN KAMU ITU,KERANA TERLALU BAIK SEKALI..LAGI PUN KAMU DAH CAKAP YANG KAMU MASIH BUDAK2 LAGI,JADI MALAS AKU NAK BAGI ULASAN DAN PENJELASAN YANG MATANG,BIARLAH AKU KOMEN PANDANGAN KAMU MACAM BUDAK2 JUGA…KALAU KAMU NAK CAKAP TENTANG PANDANGAN KAMU TENTANG ISLAM,RASA2NYA DISINI PUN RAMAI YANG ARIF TENTANG ISLAM..MUNGKIN RAMAI LAGI DISINI YANG BIJAK DARI KAMU..JIKA KAMU NAK CAKAP TENTANG ‘TABLIGH’ BUKAN DISINI TEMPATNYA..RAMAI YANG ADA DISINI PUN PERNAH LALUI SEMUANYA..AKU SYORKAN AGAR KAMU BELAJAR DULU RAJIN2 SAMPAI AKAL KAMU BALIGH…JANGAN CAMPUR DENGAN BUDAK2 JAHAT..DUDUK RUMAH BUAT AMAL IBADAT…FOKUSKAN PADA PEMBELAJARAN KAMU…BELAJAR LAH KAMU TENTANG ‘ILMU DAN AMAL’..KALAU BOLEH JANGAN CAMPUR ATAU BERGAUL DENGAN ORANG,NANTI KAMU TERPENGARUH PULAK….KALAU NANTI DAH BOLEH BEKERJA, KAMU PASTIKAN YANG HASIL PENDAPATAN KAMU NANTI DARI SUMBER YANG HALAL..AGAR REZEKI KAMU DIBERKATI..AKU DOAKAN KAMU BERJAYA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT..INSYAALLAH…AMIN.
SALAM PERJUANGAN…..DATUK SERI..BAGI SAYA,DATUK SERI DAH BANYAK PENGALAMAN DAN ARIF TENTANG STRATEGI DAN PERCATURAN POLITIK SERTA PILIHANRAYA…APA PUN PILIHAN DAN PEMBAHAGIAN TENTANG KEDUDUKAN KERUSI ATAU TEMPAT SERTA PEMBAHAGIAN JUMLAH KERUSI UNTUK SETIAP PARTI DALAM BA,PASTINYA DATUK SERI LEBIH MENGETAHUI DAN BERPUAS HATI TENTANG KEPUTUSAN YANG TELAH DIBINCANGKAN DAN DIPUTUSKAN BERSAMA…SAYA SERTA TEMAN2 SENTIASA DAN AKAN TETAP TERUS MENYOKONG SETERUSNYA BERSEDIA UNTUK BERGERAK BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN BERPEHAK KEPADA BARISAN ALTERNATIF..INSYAALLAH..LAWAN TETAP LAWAN..
alangkah seronoknya jika ke perhimpunan agung umno dengan membawa anak…… dapat tidur nyenyak si ibu @ si bapa dengan anak sekali ketika didodoikan oleh ……c pm. Tak pelulah disusubotolkan.. boleh jimat sikit ( dah naik harga ).
Okey juga datuk halik tanya tu tapi jawapannya perlu melalui saluran yang rahsia. Dari satu sudut pandangan ,perkembangan positif ( jawapan kepada pertanyaannya) ini dapat memotivasikan datuk halik serta meningkatkan usahanya ke arah kejayaan. Apa-apapun pesanan kepada diri saya dan kepada datuk halik …. tingkatkan usaha demi merealisasikan malaysia yang berjaya dalam ertikata kejayaan sebenar ( kejayaan rakyat keseluruhannya).
Perbincangan dalam pembahagian kerusi tak ubah seperti pembahagian harta. Tak usah diperpanjangkan dan yang penting tahu dan faham dengan peranan serta tugasan malah skutur masing-masing. Fahami dasar diikuti dengan perluaskan minda dengan terbuka dan jauh demi generasi mendatang.
Budak u,
Elok benar tulisan sdr.ditujukan kepada org yg mengaku mencari al Ghazali dan al Shafie tapi membenarkan rasuah dan ketidak adilan terus bermaharajalela.Kami di sini hanya menuntut KEADILAN.Dizaman khalifah 4 berlaku peperangan antara para sahabat nabi kerana mununtut KEADILAN apabila Saidina Uthman di bunuh,jadi setakat apa yg kami lakukan disini tetnunlebih drp wajar demi menuntut KEADILAN.
SALAM PERSAHABATAN….SILA TERUSKAN PERJUANGAN ANDA, JIKA IA BENAR2 MEMBERI KESAN BURUK KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA. AGAR DIBERKATI ALLAH S.W.T……