Archive for October, 2007

25 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini:



Pasukan Pengendalian Blog DSAI

25 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

dsc06054.JPG

Pada 11:05 pagi pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghubungi saya untuk membatalkan temujanji hari ini sehingga notis selanjutnya. Percubaan kerajaan untuk mengugut saya telah gagal.

Nampaknya masih wujud keraguan tentang siapa sebenarnya yang terlibat di dalam rakaman video ini. Saya ingin memberi menyatakan secara jelas bahawa VK Lingam menyebut bahawa beliau bercakap dengan Ahmad Fairuz dan menyebut “kes Anwar”.

Pada Isnin 22 Oktober 2007, saya telah menerima notis di bawah seksyen 22(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 untuk menghantar kepada BPR versi penuh video selama 15 minit yang merakamkan perbualan VK Lingam dan Fairuz. Mereka berbuat demikian di sebalik penegasan saya bahawa saya tidak memiliki versi penuh video tersebut.

Jelas sekali pengeluaran notis ini bermotifkan politik di dalam usaha sia-sia untuk pendakwaan di atas kesalahan melibatkan Akta tersebut. Ini juga satu percubaan untuk mengugut saya, Sivarasa, Naib Presiden KeADILan dan Sim, pembantu khas saya agar tidak mendesak pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan ini secara telus.

Pembacaan Bahagian 4 Akta tersebut jelas menunjukkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22 bagi membolehkan pegawai penyiasat mendapatkan bukti daripada individu-individu yang TERLIBAT di dalam rasuah – agar suspek tidak menyorok bukti dan menghalang pendakwaan.

Justeru kuasa tersebut diberikan untuk mengarahkan individu menyerahkan dokumen dan memberi maklumat. Kuasa tersebut tidak patut diperalatkan oleh BPR untuk mengugut dan mengancam individu-individu yang telah mendedahkan kesalahan rasuah secara sukarela, di atas kepentingan awam.

Kesan lanjutan daripada BPR diperalatkan sebegini amat serius. BPR semakin hilang kredibiliti mereka dan pada masa hadapan tiada sesiapa akan berasa yakin untuk membuat laporan pada BPR kerana takut dihukum secara tidak adil.

Di atas sebab itu, peguam-peguam saya telah menasihatkan saya untuk membuat tindakan undang-undang bagi mengenepikan notis tersebut. Salahguna kuasa sebegini mesti didedahkan.

a023.jpg

Pada minggu ini media telah memainkan beberapa kejayaan terbaru BPR, khususnya di dalam kes “Pemutar Skru”. Tetapi janganlah kita melupakan kes yang lebih besar yang belum selesai seperti kes Kapal Selam Scorpene, Jet Sukhoi dan Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Kini siasatan salahlaku kehakiman nampaknya gagal ditangani dan nampaknya wujud usaha berterusan untuk menutup segala bukti. Apatah lagi, keseluruhan siasatan tersebut akan diperlekehkan jika Perdana Menteri menegaskan agar kontrak Ahmed Fairuz disambung.

Saya mendesak BPR untuk sekali lagi menumpukan masa dan tenaga mereka kepada isu-isu asas rasuah dan salahlaku kehakiman yang telah didedahkan video ini. Dan saya mengulangi bahawa hanya perlantikan sebuah Suruhanjaya DiRaja akan membenarkan siasatan secara telus dan berkesan terhadap skandal ini.

ANWAR IBRAHIM

25 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

dsai1

dsc00788.JPG

 

dsc00783.JPGdsc00780.JPG


1688406138_26788ce66f.jpg
n678875378_584841_7258.jpgn678875378_584839_6794.jpgn651444383_384738_6381.jpgn651444383_384735_5571.jpgn651444383_384698_790.jpgn651444383_384695_9853.jpgn651444383_384696_153.jpgn651444383_384737_6110.jpg1688338010_ff85971a7d.jpg

Kredit buat Sdr Salman Nasaruddin, Elizabeth Wong, Tian Chua & Kiki Gridawangsa

24 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pegawai-pegawai BPR dijangka akan hadir ke pejabat DSAI berkenaan arahan BPR untuk menyerahkan salinan video asal yang sepenuhnya atau menghadapi penjara.Orang ramai dijemput menunjukkan solidariti dengan DSAI di pejabatnya pada masa dan waktu berikut. Tolong sebarkan.

Tempat: Pejabat DSAI, 17, Jalan 16/2, Section 16, PJ.

Masa: Khamis, 25 Oktober, 10.30am.

Team Pengendalian Blog DSAI

23 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Azizah memaklumkan yang sahabat saya yang juga bekas Naib Presiden KeADILan, Datuk Sheikh Azmi Sheikh Ahmad kini berada di Hospital Kulim untuk rawatan susulan penyakit kencing manis beliau.

Saya ada nukilkan dalam catitan terdahulu sebelum ini mengenai lawatan saya dan Wan Azizah menziarahi beliau di Subang Jaya Medical Centre.

Beberapa pimpinan KeADILan Bahagian Permatang Pauh ada menziarahi beliau di Kulim setelah dimaklumkan Azizah.

Saya dan keluarga mendoakan agar Sheikh Azmi terus berada dalam keadaan baik dan sentiasa cekal mendepani cabaran, InshaAllah…

ANWAR IBRAHIM

syeikhazmi-001.jpg syeikhazmi-002.jpg syeikhazmi-003.jpg

23 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Tempat: Pusat Latihan Tertinggi, S399 Kampung Guar Nanas, Gurun Kedah (Jalan Ke Gunung Jerai)
Masa: 2-5pm, 27 Oktober (Sabtu)
Untuk Dihubungi: Cikgu Fairuz 017 3567320

23 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Program di Parlimen Pandan, Selangor

Tempat: Medan Selera Taman Muda
Masa: 7.00pm, 26 Oktober
Penceramah: Jenice Lee, Gan Pei Nei, William Leong, Anwar Ibrahim

23 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Tempat: Taman Mt Austin, DUN Puteri Wangsa, Parliament Tebrau.
Masa: 10.00pm, 25 Oktober
Penceramah: Dr. Mahfuz Omar, En. Halim Dawang, Kim
Quek, Anwar Ibrahim

Untuk Dihubungi: En. Halim 019 7763070

23 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Tempat: Crystal Crown Hotel, 117 Jalan Tebrau, Johor Baru.

Masa: 7pm, 25 Oktober (Khamis)

Panelis: Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah, Kim Quek

23 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Team Pengendalian Blog DSAI

23 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

International Herald Tribune:

KUALA LUMPUR, Malaysia: Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim said Monday he was warned to either reveal the whistle-blower behind a video tape alleging judicial corruption or risk prosecution.

Anwar accused the government of trying to delay a proper investigation and to divert public attention from the allegations of judicial misconduct raised by the video.

In a statement, Anwar asked why the Anti-Corruption Agency was more concerned about conducting a “witch hunt” for the person who made the tape than investigating the actual allegations.

Last month, Anwar released the video clip in which a prominent lawyer is allegedly taped brokering the appointment of top judges in 2002.

However, he only showed eight minutes of the original 14-minute video footage and refused to release the remainder to protect the identity of the man who secretly took the video at the lawyer’s house with his mobile phone.

Anwar said Anti-Corruption Agency officials quizzed him on Monday for a second time in three weeks and ordered him to surrender the original complete video footage by Thursday or face prosecution.

Anwar’s statement said he remained concerned for the safety of the whistle-blower if the rest of the tape is released.

The video shows the lawyer talking on his mobile phone to a person identified as a senior judge.

The lawyer allegedly talks about how he helped get the judge appointed to his current post and discusses plans to elevate him further with the help of a tycoon and a senior politician.

The government has said it is willing to offer witness protection, including plastic surgery and a new identity, to lure the whistle-blower to come forward.

It has appointed an independent panel to investigate the authenticity of the video, but activists say the panel lacks sufficient power and should expand its probe to look into the conduct of judges.

Judges are appointed by the king on the prime minister’s recommendation. Rights groups and lawyers have called for an impartial commission to oversee the appointments.

23 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

waliwibowo memberi respon:

Nampaknya saudara sekarang tersangat aktif dengan gagasan Demokrasi, HAM, dan Pluralisme setelah terkeluarnya saudara dari tim kepimpinan pemerintah. Jarang benar sekali sekarang saudara menyebut nama2 saperti al-Bana, Syed Qutub, Maududi dan sealirannya sapertimana yg gah semasa di ABIM dulu.

Perjalanan perjuangan saudara saperti bersimpang siur.

Saudara dilihat saperti seorang oportunis dengan mengambil pendekatan popular semasa. Pada awalnya saudara mirip ke IM, kemudian lompat ke tim pemerintah, dan kini tim oposisi dengan membawa gagasan popular semasa Demokrasi, HAM dan Pluralisme. Selepas ni mau kemana?

Sdr waliwibowo,

Saranan saya di Universiti Georgetown bersama Syed Hussin Nasr dan lain-lain ialah penegasan bahawa sebarang dialog akan hanya bermakna seandainnya semua aliran – ittijahad – dilibatkan. Selama ini gerakan islam dipinggirkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu mereka. Gagasan saya jauh berbeda, maka saya tetap mengadakan pertemuan dengan pimpinan Jamaat Islami di Pakistan, meneruskan hubungan dengan pimpinan Ikhwan di Mesir, mengiktiraf hak Hamas di Palestin atau merujuk kepada pandangan ulama saperti Sheikh Yusuf Al Qardhawi dan Sheikh Taha Jabir Al Elwani.

Mungkin sdr hanya menelaah liputan media rasmi milik Umno-BN. Sepanjang Ramadhan, jika sdr teliti muatan dalam blog adalah madrasah ruhiyyah dan penghayatan Al-Quran sebagai “jil qurani yun farid” (meminjam ungkapan Sayyid Qutb).

Dan seperti yang pernah disarankan oleh Hasan Hudhaibi – du’ah la qudhah – berdakwah bukan pantas menghukum. Usaha kita perlulah mengarah kepada penyebaran risalah dengan hikmah.

ANWAR IBRAHIM