31
Oct
07

Hubungan Malaysia - Indonesia

Dalam pidato di Habibie Center saya menyingkap lembaran sejarah: Asia Tenggara, khususnya kepulauan Melayu yang terpisah akibat garis yang ditentukan penjajah Inggeris dan Belanda.

Kita mengenal hikayat Hang Tuah, Babad Tanah Jawa, kisah Melaka, Majapahit, Riau dan Damak sebagi warisan yang sama.Warisan ulama - Hamzah Fansuri, Nuruddin Arraniri, Shamsuddin, Daud Fatani - semuannya dianggap ulama jawi!

Perjuangan kebangsaan, asas gerakan Islam, dialog kebudayaan, pengarus Angkatan 45 dan Balai Pustaka - tanpa kecuali punyai rangkaian dgn Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Sejak pertengahan 70an puluhan ribu sarjana, doktor, jurutera, guru sains dan matematik Indonesia diminta datang untuk membantu kita. Kemudian tatkala ekonomi Malaysia melonjak, ratusan ribu pekerja mahir dan buruh kasar diundang.

Terdapat juga jejak muram seperti “Ganyang Malaysia” sebelumnya.

Demikianlah kenyataan sejarah yang tidak mungkin dinafikan. Ambillah pendekatan positif dan tingkatkan ikhtiar membangun negara dan membela nasib rakyat.

Mengapa dibiarkan karenah agensi pekerja yang mengambil untung berlebihan dari derita pekerja daif? Penderaan, penipuan, jenayah oleh siapa saja tidak harus dibiarkan.

Keangkuhan kuasa di kalangan kita yang mendabik dada sebagai penghuni negara kaya sebenarnya menjadi punca kekusutan hubungan dua negara jiran.

ANWAR IBRAHIM


20 Responses to “Hubungan Malaysia - Indonesia”


  1. 1 cokelat Oct 31st, 2007 at 7:02 pm

    Ehwal Semasa di TV1 malam tadi. Salah seorang ahli panel memaklumkan hambir RM2 billion levi pekerja asing masuk ke dalam kantung kerajaan Malaysia. Kantung FOMEMA pulak hampir RM400 juta.

    Kalau gitu Kantung Pak Menteri macamamana ??? Masyaallah…..!!! Saya dengar hanya orang KDN saja boleh citekan…..

  2. 2 salleh Oct 31st, 2007 at 9:51 pm

    aslkm dato’ seri,
    Saya begitu terpanggil utk memberikan pandangan mengenai isu hubungan dua negara ini. Adalah lebih baik sekiranya dato’ seri dapat mencadangkan kepada pihak kerajaan indonesia agar meminta kerajaan malaysia menguruskan pengambilan pekerja asing melalui kedutaan negara indonesia secara langsung.Ini bertujuan utk mengelakkan sebarang penyalah gunaan kuasa yg dilakukan oleh agen2 pekerja asing sebelum ini. Melalui cara ini juga, rekod2 dan alamat majikan berada dalam simpanan pihak kedutaan bagi mengelakkan kes2 yg tidak diingini berlaku.Pekerja2 asing ini juga akan diberikan penerangan yg jelas mengenai kerja,hak2 mereka,lokasi tempat kerja dan dimana/siapa yg boleh dihubungi bila berlaku perkara2 yg tidak diingini.Tentunya pihak kedutaan indonesia di Malaysia memerlukan kakitangan yg lebih ramai utk mengendalikan perkara2 ini.Disinilah wujudnya peluang pekerjaan kepada warga indonesia.Jika semua perkara dan keadaan terkawal, ia dpt mengelakkan perkara2 yg tidak diingini berlaku yg nanti akan menimbulkan keadaan tuduh menuduh sesama kita sebagai 2 negara yg berjiran.
    Hubungan Malaysia-Indonesia dijalin selama ini atas dasar kaum serumpun,kenapa jalinan ini tidak dimurnikan lagi dengan kerjasama ekonomi.Jika kita boleh menjalinkan kerjasama ekonomi dengan China dan India, mengapa tidak dengan Indonesia. Memang benar hubungan ekonomi Malaysia-Indonesia telah sedia ada wujud, tetapi ianya terhad kepada syarikat2 besar yg dimiliki oleh bangsa lain diIndonesia.Kita mulakan dengan Malaysia sebagai pencetus peluang perniagaan 2 negara.Dato’ seri sedia maklum bahawa keadaan ekonomi malaysia dari sudut penyediaan barangan pengguna terutamanya dimonopoli oleh bangsa asing.Kenapa tidak diambil satu inisiatif utk mewujudkan satu “pasaraya mukmin” yg semua barangannya dibekalkan oleh org2 melayu.Sebenarnya masalah org2 melayu adalah dari segi memasarkan produk mereka, kerana pasaraya dan mini market yg ada dinegara kita 90% dimiliki bangsa lain.Perancangan rapi perlu disusun dengan menyenaraikan semua barangan yg diperlukan dan membuka peluang membekal barangan kepada warga PAS dan keADILan (melayu).Disini kita menggalakkan pembekal mengambil barangan tempatan bumiputra dan barangan indonesia.Pengambilan barangan dari indonesia akan dapat memberikan peluang ekonomi kepada penduduk negara jiran.Hubungan inilah nanti akan menjadikan ianya berlanjutan kerana sesuatu yg berlaku terhadap melayu malaysia akan dirasai impaknya oleh warga jiran indonesia.
    Dato’ seri, saya percaya dengan terjananya ekonomi masyarakat melayu PAS dan keADILan, ianya akan banyak membantu kerja2 kempen parti dan program2 lain.Kita perlukan kekuatan dalaman utk menaikkan imej parti dan negara, kerana saya yakin hanya diri kita yg dapat membantu diri kita masyarakat melayu, bukan masyarakat luar. Percayalah, fasa pertama kita dalam membentuk ekonomi melayu akan membawa kpd. fasa2 seterusnya utk menawan tanahair tercinta dari “penjajahan UMNO”.Saya akan tunggu cadangan balas dari Dato’ seri.Wassalam.

  3. 3 angkasawan nasa Oct 31st, 2007 at 11:01 pm

    Kebanjiran pendatang indonesia adalah kesilapan umno suatu ketika dahulu kita tidak melarang kehadiran mereka akan tetapi cara mereka di bawa seolah oleh syarikat perkerja asing dimalaysia azazil yang bertopingkan manusia, rakus megejar wang tampa megira peraturan yang patut dipatuhi lesen dikeluarkan dengan banyak sekalu sewaktu menteri dalam negeri dikuasai oleh Seri Paduka Megat junit Megat Ayob yang mana lesen menbawa perkerja asing dikeluarkan bagaikan tiada notah.inilah lambang keankuhan UMNO tetapi balanya pada hari ini sehingga keadaan pendatang tidak terkawal didalam negara ini jika tidak silap saya 200 lesen syarikat pembawa pendatang yang masih ada. ini lah peminpin umno yang kita amat sanjungi. mereka kaut keuntungan bala bencana disumbangkan kepada rakyat. negara ini runtuh pada masa hadapan adalah dari tangan peminpin umno itu sendiri jika keadaan yang ada sekarang tidak dikawal maka sama samalah kita karam. termasuk stesen TV tiga suku dan RTM.

  4. 4 bumilangit Nov 1st, 2007 at 12:05 am

    aduh, saya masih belum paham kenapa nak benci sangat dengan orang indonesia.

    saya bengap atau….

  5. 5 Mujahid Yusof Rawa Nov 1st, 2007 at 12:19 am

    Aslkm,

    Isu banjiran pekerja asing ke negara Malaysia sedikit sebanyak menguji hubungan akrab Malaysia dan Indonesia. Apa yang harus kita bezakan dalam masalah banjiran pekerja asing ialah mengimbang antara keperluan pembangunan negara dan kepentigan ekonomi kepada negara pengekspot pekerja-pekerja asing ini dengan sikap tamak haloba agen-agen dan asar kerajaan Malaysia yang lemah mengawal keadaan. Kedua ialah kategori pekerja ini dibahagikan kepada mereka yang masuk secara sah dan secara haram. Kemasukan secara haram ialah dengan kemudahan visa masuk yang dikeluarkan oleh immigresen dari mana-mana point entry negara dankemudian mereka hilang untuk menjadi sebahagian daripada pasaran buruh di negara Malaysia. Manakala secara sah pula agen-agen mengaut untung dengan kemasukan pekrja asing dan permit pekerjaan ke dalam sektor yang dizinkan tidak dipatuhi untuk mereka berada di mana-mana tanpa pengawasan. Dalam keadaan penguatkuasa yang hilang kredebiliti kerana tangap[an rasuah yang tinggi keadaan menjadi lebih buruk. Oleh itu apa sahaja yang diperkatakan tentang msalah pkerja asing dari Indonesia yang boleh menjejaskan hubungan kita dengan Indonesia harus dilihat apakah isunya. Seterusnya ialah kegiatn jenayah seglintir pendatang bukanlah membayangkan keseluruhan tenaga buruh asing yang mencari rezeki yg halal dibumi yang bertuah ini. peranan NGO bagi menyeleraskan aspek ini di kedua-dua belah pihak dapat membantu hubungan akrab Malaysia-Indonesia.

  6. 6 thales Nov 1st, 2007 at 7:35 am

    DSAI,

    it is heartening that you remember with nostalgia Hamzah, Nur al din, Shams et al, whose influences in this region cannot be denied …

    unfortunately, modern names like the new movement “al KepalaBtasi”, has certainly smeared the good and examplar of the past scholars ….

    mind you during their times, they never did, put any prefix nor suffix to their dear religion …

    tell, the Indonesians they have their hands full of other problems like Liberal, Progressive, Modern to deal with and resist any attempt to import this “al KepalaBatasi” rubbish into Indoensia…

    BTW we don’t want “al Permatang Pauhism” either …. just keep to Justice that’s sufficient !

  7. 7 Hasbullah Pit Nov 1st, 2007 at 1:52 pm

    Mungkin dulu ramai yang mengatakan jambatan ke sumatera, di cadangkan oleh Ali Rustam sebagai merepek.

    Akan tetapi itulah satu cara untuk mengeratkan hubungan Malaysia Indonesia.

    secara ekonomi, ia akan menguntungkan Indonesia, tapi jangkamasa panjang, kedua-dua akan untung

  8. 8 Yusof Nov 1st, 2007 at 2:22 pm

    Saya rasa apa yang terpampar di hadapan mata adalah satu sendiwara yang telah direka dan diarah dengan secara halus. Malaysia mahu menjadi negara “shurga untuk pekerja” selepas jatuhnya Soviet Union. Di Soviet Union dulu, terdapat berjuta-juta pekerja yang hidup cara begini, tanpa kesatuan kerana sudah dilindungi oleh “tuhan pekerja” dari atas sana. Di Malaysia, rakyat sendiri tak ramai, jadi mahu diramaikan dengan kedatangan pekerja asing supaya negara shurga pekerja menjadi lebih lengkap. Samada masuk melaui pintu depan atau pintu belakang, semuanya menguntungkan pihak-pihak tertentu. Ia sengaja dilakukan di dalam sistem hiruk-pikuk sistem kemasukan pekerja. Kalau ada hantu dan jembalang berjaya masuk memeriahkan masalah sosial di sini, janganlah salahkan mereka sahaja. Apabila urusan ini sudah mencecah beratus-ratus juta ringgit, maka jadilah dia sebuah industri dan memeriahkan suasana ekonomi negara. Siapakah yang boleh memberhentikan masalah ini?

  9. 9 gust Nov 1st, 2007 at 5:38 pm

    assalamualaikum dato seri anwar dan semua …..saya setuju dengan tulisan cokelat dan angkasawan nasa…soal kebanjiran pendatang tanpa izin ni memang jelas adalah kesilapan menteri2 terdahulu…ini satu masalah yg kerajaan sekarang harus tangani dengan lebih halus dan teliti…ada rasa gusar juga bila tengok terlalu banyak masalah yg timbul akibat dari keadaan ini…yg jadi mangsa rakyat kita sendiri…dari soal jenayah…soal lesen perniagaan..soal setinggan,rumah haram,semua berkait rapat dengan gologan pendatang…tapi yg lebih penting ialah sikap kerajaan sendiri yg menghalalkan agensi2 tertentu untuk melakukan urusan pengambilan pendatang tanpa izin ini…jadi secara dasarnya kerajaan yg harus menanggung semua beban dan bukan rakyat …assalamualaikum

  10. 10 muhammad Nov 2nd, 2007 at 1:19 am

    Sudah di publisi kan interview dengan program kick andy, metrotvnews indonesia.

    http://www.youtube.com/watch?v=IwpwK_Qltvg

  11. 11 Otak Selot Nov 2nd, 2007 at 3:44 am

    Dua negara berjiran yang dulunya seperti sebiji kek telah dibahagi dua oleh Inggeris dan Belanda.Perjuangan Dato Bahaman dengan Diponegoro Sunan Agung menjadi titik permulaan yang diteruskan oleh Tunku dan Bung Karno.Ayuh eratkanlah penyatuan ini kerana sebenarnya kita serumpun

  12. 12 atique Nov 3rd, 2007 at 1:25 pm

    Allah menciptakan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa adalah untuk saling kenal-mengenal, saling tolong-menolong dalam kebenaran dan kebaikan. Tauladan mulia dari Al-Qur’an ini bila ditegakkan dan diterapkan, Insya Allah Hubungan kekeluargaan Indonesia-Malaysia akan menjadi contoh dua negara muslim di Asia yang tangguh, kokoh dan mempunyai pengaruh yang baik.
    Bagi saudara-saudara muslim dan mukmin di Malaysia,…marilah kita jalin persaudaraan ini karena Allah semata, keikhlasanlah yang menjiwainya,…bukan perihal kemakmuran ekonomi semata dan arogansi politik dan kekuasaan saja.
    Semoga ber-hikmah.
    l’atique.

  13. 13 atique Nov 3rd, 2007 at 1:39 pm

    Allah menciptakan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa adalah untuk saling
    kenal-mengenal, untuk saling ‘fastabikul khairaat’, ta’awun (saling tolong-menolong),
    saling ingat-mengingatkan dalam kebenaran dan kesabaran.
    Tauladan mulai dari Al-Qur’an ini hendaknya menjadi panduan kita dalam kehidupan.
    Demikian pula dalam menjalani hidup sebagai dua negara yang bersaudara. Catatan sejarah
    yang telah ada hendaknya jadi pelajaran berharga.
    Bila tauladan Al-Quran tersebut ditegakkan dan diterapkan, insya Allah Indonesia dan Malaysia
    akan menjadi dua negara muslim kuat di asia yang berpengaruh.
    Marilah,…saudara-saudaraku seiman,..yang muslim-mukmin,..tegakkanlah persaudaraan ini karena
    Allah saja. Keikhlasanlah yang menjiwainya. Bukan barometer kemakmuran ekonomi semata dan arogansi
    politik dan kekuasaan saja.
    Kembalilah kepada didikan Al-Qur’an yang mahamulia dalam menjalin persaudaraan ini.
    Semoga berhikmah.

  14. 14 dhani Nov 12th, 2007 at 12:09 am

    sebelumnya aaya sangat bertrimakasih pada anda sebagai politikus dari malaysia yg sudah berkunjung ke indonesia, bahkan saya melihat wawancara anda dengan metrotv beberapa waktu lalu, anda begitu tenggelam dengansegala tuduhan dan fitnah yg dilakukan oleh oknum tertentu yg sangat tidak ingin anda memegang kekuasaan di negeri anda. namun saya memberikan apresiasi dan penghargaan saya terhadap anda yg dapat melihat secara jernih permasalahan indonesia malaysia saat ini yg semakin tidak harmonis, mungkin kedua belah pihak harus berintrospeksi diri, dan jgn saling menghujat dan angkuh satu sama lain, namun saya pun amat menyesalkan banyaknya budaya dan alat seni indonesia yg secara sepihak telah dipatenkan dan diakui sebagai budaya anda. alangkah baiknya kita berdiri menatap langit dan sadar akan apa yg negeri anda miliki. mungkin kita mengerti negara anda lenih maju dalam hal ekonomi. namun bukan berarti negara anda dapat memperlakukan sahabat terdekat anda yang sedang sakit di tikam pula oleh anda dari belakang. saya berharap untuk kedepannya pemerintahan anda melakukan pemikiran yg matang untuk mengakui suatu budaya atau alat musik negara lain. silahkan anda melakukan promosi wisata besar-besaran namun banggalah dan promosikanlah budaya negeri anda yg memang benar-benar asli budaya anda. kami di indonesia membutuhkan anda, entah anda membutuhkan kami atau hanya menganggap sampah yg patut di curi segalanya. kedepannya diharapkan kita sebagai bangsa melayu dan muslim dapat bersatu dan saling menghargai satu sama lain. mohon maaf apabila terdapat ucapan saya yg tidak berkenan. ini hanya opini pribadi saya. trimakasih.

  15. 15 muuahhh Dec 18th, 2007 at 6:03 pm

    Kebanjiran pendatang ya,
    gimana kalau semua pendatang dibalikin aja semua, semua lo…

    Bukannya terima kasih ada yang bantu malah nolak…

    Perasaan malaysia ga jauh lebih besar deh dari sumatera…

    Bodo’ ach… yang penting jangan claim budaya aja deh… jangan ngaku-ngaku… OK

  16. 16 Dr.Siddiq Dato' Azani Jan 14th, 2008 at 11:55 am

    Datuk seri, terimalah hakikat yang rakyat kedua2 negara ini tidak akn berbaik!

    cuba datuk seri lihat sendiri, mereka datang ke negara ini, carik makan, berkerja, dengan senang lenang kaut duit negara keluar, kita tak kacau pun. tetapi cuba la rakyat malaysia pergi kesana dan berniaga cendol di tepi jalan pun cukup lah, kalau tak kena penggal kepala.

    rakyat indonesia melampau. sudah diberi tempat di sini, merusuh pula tu. baru2 ini banyak profile di friendster berasal dari indonesia memburukkan nama malaysia dan kutuk mengutuk. penat saya melaporkan pada webmaster dan syukurlah friendster telah pun menutup friendster2 mereka.

    konon la, susilo bambang datang nak mengeratkan hubungan. huh. sungguh lucu sedangkan berjuta2 rakyat indonesia di sana sekarang sedang mengutuk kita! amat sedih, saya selalu bayangkan malaysia dan indonesia dapat jadi seperti AS dan britain, berkongsi budaya, bahasa dan kepercayaan. tetapi lain pula yang berlaku.

    maaflah kalau kenyataan saya ini menyinggung perasaan sesetengah pihak tetapi saya sudah tidak tahan lagi bila nama negara saya yang tercinta ini di caci, dihina, diANJINGkan oleh sebuah tamadun lain yang tak sedar diri, menumpang dan mencari rezeki di negara orang!

  17. 17 Lynxluna Feb 23rd, 2008 at 1:56 am

    Datuk seri, terimalah hakikat yang rakyat kedua2 negara ini tidak akn berbaik!

    cuba datuk seri lihat sendiri, mereka datang ke negara ini, carik makan, berkerja, dengan senang lenang kaut duit negara keluar, kita tak kacau pun. tetapi cuba la rakyat malaysia pergi kesana dan berniaga cendol di tepi jalan pun cukup lah, kalau tak kena penggal kepala.

    rakyat indonesia melampau. sudah diberi tempat di sini, merusuh pula tu. baru2 ini banyak profile di friendster berasal dari indonesia memburukkan nama malaysia dan kutuk mengutuk. penat saya melaporkan pada webmaster dan syukurlah friendster telah pun menutup friendster2 mereka.

    konon la, susilo bambang datang nak mengeratkan hubungan. huh. sungguh lucu sedangkan berjuta2 rakyat indonesia di sana sekarang sedang mengutuk kita! amat sedih, saya selalu bayangkan malaysia dan indonesia dapat jadi seperti AS dan britain, berkongsi budaya, bahasa dan kepercayaan. tetapi lain pula yang berlaku.

    maaflah kalau kenyataan saya ini menyinggung perasaan sesetengah pihak tetapi saya sudah tidak tahan lagi bila nama negara saya yang tercinta ini di caci, dihina, diANJINGkan oleh sebuah tamadun lain yang tak sedar diri, menumpang dan mencari rezeki di negara orang!

    I also “dreaming” that Malaysia Indonesia Singapore and Brunei which share some (NOT ALL) similar (note: NOT SAME) language and culture. But If your heart is hurt because your nation being humiliated, and called as DOG by some (NOT ALL) Indonesian People. But my heart is really-really hurt when my culture (angklung, reog, batik, rasa sayange, or whatever) used by Malaysia government as country identity.

    Although I speak Bahasa Indonesia well, but I don’t admit we’re “serumpun”. Malaysia people (esp. Melayu) just “serumpun” with Sumatra people. Malaysia people not really “serumpun” with Javanese or Sundanese which language and culture is TOTALLY different. Malaysia people not really “serumpun” with Papua which language, culture, race, and skin is TOTALLY different.

    Just admit, we are different. Melayu is Malaysia culture identity, but Melayu IS just a LITTLE PART Indonesia identity.

  18. 18 Ali Muhamad Feb 23rd, 2008 at 2:32 pm

    Datuk Seri, Kalau bincang panjang2 orang Indonesia tidak boleh terima hakikat bahawa Melayu di Malaysia lebih luas. Melayu kita adalah Jawa, Bugis, Banjar, Mandailing,Aceh, Melayu Patani dan lain-lain keturunan termasuk Arab, India dan Pakistan yang berasimilasi dengan Melayu. Bagi orang Indonesia Melayu hanya sekelompok etnik yang berada di Riau atau di Sumatera sahaja. Memang mereka tidak faham konsep Melayu kita. Mereka ingat saudara orang Melayu Malaysia kita hanya terdapat di Riau atau Sementara saja. Kita bersatu atas lambang Melayu sebab kita serumpun. Dari generasi ke generasi kita mengaku kita sebagai Melayu dengan sukarela. Hanya generasi baru jawa atau Bugis terutama di Sabah saja yang tidak tulis indentiti mereka sebagai Melayu tetapi percampuran dengan bangsa rumpun Melayu lain ok juga malah ada orang Jawa dab Bugis sABAH yang jadi ahli UMNO dan melalak di Parlimen Malaysia.

    Datuk Seri,
    Saya rasa sedih dengan sikap orang-orang Indonesia yang buta sejarah atau lupa SEJARAH. Mungkin mereka tahu tetapi buat2 lupa kerana kemarahan. Kita susah mahu lupa mereka sebab sebahagian besar kita adalah berasal dari seberang. Bahasa Jawa, Bugis dan Minang tetap utuh walaupun mereka sudah jadi Melayu. Masakan Jawa, Bugis , Minang dan lain-lain masakan dengan cita rasa istimewa masih dimasak dan di hidang pada keluarga dan tersebar kepada Melayu yang lain. Sedih bila budaya yang kita warisi dari nenek moyang di anggap sebagai tiruan dan ciplak

    Wassalam Datuk Seri

  19. 19 Ukas Danaria Aug 25th, 2008 at 10:06 pm

    assalamualaikum….
    terimakasih kalau boleh saya berpendapat dalam forum ini. mengenai hubungan kedua negara yang retak akhir-akhir ini sebenarnya bermula dari mana?? dari pihak malaysia kah atau dari pihak Indonesia??? perlu anda-anda ketahuai bahwa konsep melayu seperti yang anda ungkapkan tak kami kenal ( benar adanya begitu} seperti saya… adalah orang suku Sunda (west Java) dan jelas saya tak merasa sebagai ras melayu karena bahasa ibu saya adalah bahasa sunda. Kami hanya tahu ras /suku melayu adalah meliputi wilayah seluruh sumatera. anggapan tersebut berdasarkan bahasa dan budaya seperti pakaian, kesenian yang mereka pakai sehari-hari. sedang kan kami….dari segi budaya/ pakaian, adat dan bahasa jauhh dari gambaran melayu. keterangan ini untuk menjawab pernyataan dari saudara ” Ali Muhamad “Melayu kita adalah Jawa, Bugis, Banjar, Mandailing,Aceh, Melayu Patani dan lain-lain keturunan termasuk Arab, India dan Pakistan yang berasimilasi dengan Melayu. Bagi orang Indonesia Melayu hanya sekelompok etnik yang berada di Riau atau di Sumatera sahaja.”

    Indonesia bukan melayu tapi melayu adalah bagian dari Indonesia. Ratusan suku dan ratusan bahasa yang ada di Indonesia. Indonesia adalah Dari “sabang sampai merauke”, maaf kalau konsep melayu saya agak berbeda.
    Perlu kalian ketahui bahwa kami (bangsa Indonesia adalah bangsa yang cinta Damai.. tepai kami lebih cinta lagi harga diri bangsa kami. sekali di usik kami rela mati berkalang tanah. Anda boleh bersikap arogan di masa sekarang… tapi ingatlah kejayaan itu pasti ada batasnya. Kami kemabali sedang tertatih setelah berjaya….maka tidak mustahil suatu saat rakyat malaysia akan mencari kerja di iNdonesia….. apa balasan yang paling pantas kami lakukan…../ maslah budaya kami yang kalian claim milik malaysia tidak seberapa besar bermasalah buat kami, tapi harga diri bangsa kami ketika mendengar saudara kami di dera dan disiksa oleh majikan/tuan malaysia…ugh…sangat menyakitkan.. terkhir kausu wasit Karaete..yang dikeroyok polisi diraja malaysia… huh lebih menyakitkan lagi itu. kok bisa orang terhormat utusan negara dalam forum resmi bisa salah tangkap. saya ingin bertanya bagaimana sih proses pendidikan polis diraja???? sampai salah tangkap begitu????? tanya kenapa??? jadi…… sekali lagi kami tak membenci negara malaysia tapi kami membenci oknum-oknum (rakyat malaysia yang berlaku jahat terhadap warga Indonesia)…. saya punya kawan di malaysia juga ….and its ok……no problem gitu lho…….wassalam..

  20. 20 Ukas Danaria Aug 25th, 2008 at 10:17 pm

    Tapi sudahlah. itu sedikit rasa nasionalisme saya sebagai satu bangsa… sekarang kenapa kita mesti berpikiran sempit…. mari kita cari persamaan . bukan perbedaan. bahasa kita sama, agama kita sama. kenapa mesti ribut. saya yakin kalau kita (Indonesia-malaysia) bersatu.. maka kita akan menjadi negara muslim yang hebat. kita terpecah belah karena kafir ingris dan kafir belanda.. ayolah jangan jadi bangsa yang bodoh. kita bertengkar mereka tertawa….hahahaha…., apa yang kita ributkan sama persis bagai kara berebut tempurung….hmm.. kasihan……mari satu sama lain, malaysia -Indonesia saling memahami, saling mengerti dan saling menghormati jangan kaena jadi NKB (Negara Kaya Baru) kalaian jadi sombong dan angkuh. untuk Indonesia jangan karena luasnya wilayah dan besarnya pendududk kita jadi tak sadar….. bersatulah.kita pasti bisa….

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia DSAI masuk Parlimen Malaysia 

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

October 2007
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031