Saya dan Azizah diundang ke Jakarta oleh bekas Presiden Habibie and Ainum. Sebaik tiba tengahari semalam saya terus ke Habibie Center menyampaikan pidato mengenai hubungan Malaysia-Indonesia, dalam rangka globalisasi dan keadilan.
Saya himbau dari sudut sejarah, TKI, ekonomi dan budaya (sila lihat liputan akhbar Kompas) dan Azizah menemui pimpinan Wanita Aisyah (Muhammadiyah)
Pada malamnya kami mengadakan pertemuan keluarga dengan Habibie dan Ainum diikuti jamuan yang diserta speaker MPR Agung Laksana, Ketua Golkar Mulyadi, Dr Watik dari Habibie Center dan lain-lain.
Kami kini dalam perjalanan pulang ke KL.
ANWAR IBRAHIM
















salam DSAI, datuk sering ke jakarta tapi malangnya, kami disekat daripada utk mengikuti sebarang aktiviti datuk di sini. ” Sesiapa yg menghadiri sebarang acara DSAI, akan terus di panggil pulang”kata pegawai kedutaan. oleh itu setiap kali ada acara datuk di sini, pasti SB2 dari kedutaan juga datang. ish3 sampai bila r kita nak bebas dari ketakutan… kalau terus begini, saya yakin budaya takut akan terus subur di fikiran mahasiswa2 kita.
Kepada Orang Muda…..
Kenapa perlu takut hadir.? Pergi mampus ugutan SB itu. Kamu tak perlu takut. Kalau semua palajar hadir…. meraka tak berani nak ambil tindakan.!! Dan kalau kamu datang seorang pun tiada undang-undang yg ada kaitan.