30
Oct
07

Majlis Raja-Raja Dimohon Pertimbang Usaha Reformasi Kehakiman Malaysia

Minggu ini Majlis Raja-Raja akan memutuskan samada khidmat Ketua Hakim Ahmad Fairuz akan dilanjutkan atau tidak.

Gesaan reformasi kehakiman yang dibuat oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan Shah semalam sewaktu merasmikan Konferensi Undang-UNdang Malaysia ke-14 semalam adalah begitu sesuai dan tepat pada masanya. Kredibiliti kehakiman Malaysia sudah berada di tahap yang paling rendah dalam sejarah 50 kemerdekaan negara. Fakta yang didedahkan di dalam perbualan VK Lingam – Fairuz jelas membuktikan penyelewengan dan korupsi di mana peguam, ahli perniagaan dan ahli politik mempengaruhi perlantikan hakim di peringkat tertinggi di dalam negara ini.

Reformasi kehakiman menyeluruh adalah sesuai dengan memulakan satu Suruhanjaya Bebas Kehakiman untuk memantau perlantikan hakim.

Saya menggesa Majlis Raja-Raja dan Yang DiPertuan Agong, yang dijadualkan akan bersidang pada 30 dan 31 Oktober ini, memastikan bahawa kedudukan Tun Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Negara tidak akan disambung selepas bulan ini. Permintaan Perdana Menteri Abdullah kepada Yang DiPertuan Agong untuk melanjutkan perkhidmatan Fairuz menunjukkan kelemahan pemahaman beliau ke atas nilai integriti kepimpinan sebuah negara, lantas ini perlu diubah demi kepentingan negara dan sistem kehakiman itu sendiri.

ANWAR IBRAHIM


27 Responses to “Majlis Raja-Raja Dimohon Pertimbang Usaha Reformasi Kehakiman Malaysia”


  1. 1 azman Oct 30th, 2007 at 10:24 pm

    Assalamualaikum,

    Maaf terlebih dahulu sekiranya apa yang saya siarkan nanti melibatkan maruah Dato’ Seri..

    Saya ada menerima satu link dari sesorang tentang Dato’ Seri dan untuk mengelakkan dari kemuskilan ini saya berharap Dato’ Seri dapat memberi komen tentang hal ini.

    Website tersebut adalah isuhot.com.

    Samada ini adalah propaganda atau satu muslihat atau satu kebenaran, amatlah saya berharap agar pihak Dato’ Seri memberi pendapat.

    Reply

  2. 2 HadiBenHasan Oct 30th, 2007 at 10:49 pm

    Alhamdulillah, ada jugak dari kalangan Raja2 Melayu yang faham penyelewengan yang berlaku sekarang di dalam institusi kehakiman negara sepertimana Sultan Azlan Shah. Marilah kita sama berdoa kehadrat ALLAH SWT supaya membuka pintu hati Raja2 Melayu ini agar memahami dan bertindak terhadap apa yang berlaku… Itulah harapan yang mungkin ada bagi rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran…. Daulat Tuanku…

    Reply

  3. 3 keris kuning Oct 30th, 2007 at 11:56 pm

    salam Dato seri..

    Untuk menentang keris..kena guna keris juga.(Harap Dato Seri faham).

    Reply

  4. 4 ulam batar Oct 31st, 2007 at 1:00 am

    Assalamualaikum,

    Daulat Tuanku Sultan Azlan Shah pemerintah negeri Perak serta jajahan takluknya selaku anak perak patek menjunjong perentah tuanku agar sestem kehakiman malaya di kembalikan maruahnya serpeti yang dikehendaki oleh tuanku. hanya rakyat perak yang benama Demang Nazri Aziz sahaja keras kepala cuba menongkah arus dengan tuanku, ini dikira menderhaka kepada tuanku, Bumi semerah padi telah lama aman tetapi sejak Tun Mamat Mahadir menbuat kacau bilau sehingga rakyat jelata jadi huru hara, ini kerana Tun mamat mahadir lah memulakan langkah mengaggu sistem kehakiman bermula dari isu Tun Salleh Abas, Adalah menjadi harapan rakyat jelata memohon repak sembah kepada semua raja raja melayu supaya badan kehakiman diletakkan dibawah majlis raja raja dan peruntukan terus dari parliment. sepaya badan ini tiada kaitan dengan politik ianya perlu berada didalam keadaan bebas dari cemkaman kuasa politik bertitik tolak dari sinilah ada rakyat megatakan negara ini negara kuku ini kerana amat jelas badan yang sepatutnya bebas sering di cemkam oleh kuku kuku yang berkuasa bagi megelak badan ini dicemkam oleh kuku yang sering mencakar badan ini perlu diletakan disatu tempat yang dilindungi dan bebas menberi pandangan adalah satu yang amat pelik bile badan kehakiman diletakan dibawah kementerian satu badan yang amat tinggi dan penting didalam negara diletakkan kedudukan nya sebegitu bawah.yang mana badan kehakiman perlu diletakan sebaris dengan Raja,Parliment dan badan kehakiman itu baru betul bukan serpeti sekarang yang mana innya diletakan ditempat yang tak sepatutnya dimana di bawah sebuah kementerian pula apa yang saya binbang suatu hari nanti raja raja pula akan diletakan dibawah satu kementerian baru yang akan diujudkan oleh junta UMNO dengan alasan nak megawal pebelanjaan negara konon. harap raja raja buka mata permainan kotor UMNO.

    Reply

  5. 5 NG LUM YONG Oct 31st, 2007 at 1:02 am

    Ini merupakan isu nasional, bukan sekadar isu Anwar,Keadilan,UMNO,Pas,Dap. Badan kehakiman merupakan tempat rakyat mengadu dan mendapat keadilan, jika turut dicemari rasuah, kemana arah negara akan dibawa? SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA

    Reply

  6. 6 King Mongkut Oct 31st, 2007 at 8:53 am

    Kebawah duli tuanku, hamba sekalian rakyat menjunjung kasih terhadap tuanku yang memulakan mesyuarat raja-raja yang menyentuh beberapa isu semasa, terutama kepada tindakan lima/enam orang yang menjahanamkan kedudukan institusi kehakiman negara, yang mencemar maruah kedaulatan undang-undang dan parlimen yang mengubal undang-undang dan meluluskannya itu juga adalah dari suara rakyat, telah dipimpin oleh mereka yang tamak dan boleh dijual beli kedudukannya sebagai CJ negara.

    Hamba sekalian rakyat jelata amat menharapkan supaya peranan Kebawah Duli-Duli Tuanku dalam menentukan kedudukan raja berpelambagaan itu dikaji semula, Mungkin ada diantara jabatan-jabatan kerajaan diletakkan dibawah kuasa parlimen juga semestinya dibawa perhatian.

    Bagi hamba bukan sekadar itu, mereka yang telah melakukan jenayah menjatuhkan maruah kehakiman ini semestinya menerima hukuman yang berat,kerana perbuatan mereka juga memungkinkan kedudukan Raja Berpelembagaan itu juga nescaya akan tergugat akibat angkara VK dan sekutu-sekutunya.

    Reply

  7. 7 cokelat Oct 31st, 2007 at 9:39 am

    Sdr. Azman…

    Saya tak tau lah pendidikan kamu setinggi mana…….
    Saya pun tak tau kamu sebagai pura-pura tak tau……
    Saya pun tak tau kamu agen Azalina……………….
    Saya pun tak tau kamu ini agen perosak UMNO……….

    Sdr. Azman….

    Segala bentuk propaganda adalah strategi dan fitnah politik UMNO….. Segala video dan risalah diatas telah pun diedarkan dan disiarkan serta dicetak oleh utusan malaysia waktu pilihanraya 1999.

    Laporan Polis dah dibuat oleh saya waktu itu. Haram jadah masuk tong sampah.

    Untuk pengetahuan paling mudah ….. bekas CID Bukit Aman Dato’ Syed Abd Rahman pada tangkapan ISA 1998 mengakui kepada seorang tahanan ISA yang berpangkat Kapten Zul bahawa tragedi malang terhadap DSAI adalah politik semata-mata.

    Reply

  8. 8 Toaknaybear Oct 31st, 2007 at 12:56 pm

    Ini lah yang menyedih kan orang islam melayu di perguna kan bangsa asing, habuan hanya se sen dua,
    Sanggup bunuh agama dan bangsa demi wang dan harta, sanggup jadi barua lingam,vincent,francis yeoh,ananda krishnan dan semua nya, yg dpt se sen dua .Tapi mereka belasah habis-habisan wang rakyat.Raja-raja pula memang tak guna asal raja memang keturunan lanun menghabiskan duit cukai rakyat dan khazanah negara. semasa dsai merengkok dlm penjara mana ada raja bersuara. So dsai don’t waste your time.As for isuhot.com itu orang munafiq yg neraka nya dibawah neraka orang kafir.Tak payah layan.

    Reply

  9. 9 TarakNama Oct 31st, 2007 at 1:12 pm

    [Laporan Polis dah dibuat oleh saya waktu itu. Haram jadah masuk tong sampah.]
    aku suka ayat nie… ;)

    mintak2 ko pon AZMAN bukannya haram jadah….
    buah keranji dalam perahu
    pura-pura tak tahu…pieeeraaaaaaahhhhhh….

    Reply

  10. 10 crepe_0712 Oct 31st, 2007 at 1:16 pm

    SALAM PERJUANGAN…NAMPAKNYA KEGHAIRAHAN NAZRI AZIZ UNTUK MENJADI CIP KADAM BEBAL DAN SENGAL KINI SEMAKIN KETARA APABILA UCAPAN BEBAL BELIAU DIDALAM DEWAN PERLIMEN YANG HANYA MENAMPAKAN IANYA SEBAGAI SATU ALASAN DAN ANDAIAN PEMBOHONGAN DAN KEBODOHAN YANG HANYA MENONJOLKAN KELEMAHAN PEMIMIPIN2 DIDALAM PEMERINTAHAN NEGARA,IANYA AMAT MEMALUKAN DAN MENGECEWAKAN RAKYAT JELATA..BELIAU HANYA MENGULANGI ANDAIAN2 DARI PENGARAH BPR SERTA MEMBERITAHU KLIP LINGGAM TELAH DISUNTING DAN BERBAGAI KEMUNGKINAN BOLEH DILAKUKAN KEATAS KLIP TERSEBUT…KATA2 NAZRI HANYA MENGUNDANG KETIDAKPERCAYAAN DAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP KEPIMPINAN IMAM HADARI SERTA KADAM2 DAN PENCACAI2NYA…TANGKAPAN SERTA DAKWAAN YANG DILAKUKAN KEATAS KAKITANGAN KERAJAAN HANYALAH SATU SENDIWARA YANG LICIK BAGI MENGABURI PEMIKIRAN RAKYAT AGAR RAKYAT MELETAKAN KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN BAHAWA KERAJAAN PIMPINAN IMAM HADARI BENAR2 INGIN MEMERANGI GEJALA RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA,NAMUN HAKIKAT YANG IMAM HADARI INI TIDAK TAHU ADALAH RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN PERMAINAN SILAP MATA OLEH PEMIMPIN2 UMNO YANG ADA KUASA TAPI PENGECUT DAN TIDAK BERMARUAH…SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH SERTA HARGA DIRI DEMI MELINDUNGI BEBERAPA EKOR HAIWAN YANG KORUP SERTA SALAH GUNAKUASA…SEHINGGA SISTEM KEHAKIMAN NEGARA,TUNGGAK KEDAULATAN NEGARA,YANG MENJADI TUNGGAK TERTINGGI YANG MELETAKAN KEPERCAYAAN DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT BOLEH DIKUASAI OLEH HAIWAN2 TERKEJI DAN HAIWAN2 INI JUGALAH YANG MENENTUKAN SIAPA YANG LAYAK MEMEGANG KUASA DALAM JABATAN KEHAKIMAN NEGARA..HAIWAN2 INILAH JUGA YANG AMAT DIGERUNI PEMIMPIN2 UMNO..SEHINGGA SANGGUP DENGAN SEPENUH DAYA DAN UPAYA MELINDUNGI KEGIATAN MEREKA2 INI..MENCARI DAN MENGGALI SERTA MEMERAH SEGALA IDEA HANYA UNTUK MEMBOHONGI RAKYAT DEMI UNTUK MEMPERTAHANKAN HAIWAN2 YANG MEREKA GERUNI…HARUSKAH KITA MEMBIARKAN INSTITUSI YANG MENJADI TUNGGAK TERTINGGI NEGARA DIKUASAI OLEH HAIWAN2 INI…MARILAH KITA SEMUA BERGANDINGAN DAN BERSATU UNTUK MEMERANGI HAIWAN2 YANG TELAH MENJADIKAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA TERCEMAR,TIDAK BERWIBAWA DAN TIDAK BERKREDIBELITI…BAGAIMANALAH NAZRI YANG BEBAL BOLEH DILANTIK JADI MENTERI…MALANG SUNGGUH AHLI2 UMNO DAPAT PEMIMPIN2 YANG PENGECUT DAN LEMAH UNTUK BERDIRI DILANDASAN YANG BENAR…BERTINDAK UNTUK MENEGAKAN KEBENARAN DAN MEMBENAMKAN KEMUNGKARAN…YANG MEREKA BERANI HANYALAH MENGUGUT,MENEKAN DAN MANAHAN PEMBANGKANG SERTA MEREKA2 YANG CUBA MENGHALANG KEMUNGKARAN…SEKALI LAGI KAMI RAKYAT MALAYSIA INGIN MENGULANGI TUNTUTAN BAHAWA DIUJUDKAN SEGERA SURUHANJAYA DIRAJA AGAR SIASATAN KES KLIP VIDEO LINGGAM DAPAT DISEMPURNAKAN DENGAN TELUS DAN ADIL..AGAR MEREKA2 YANG TERLIBAT DALAM KES TERSEBUT DIHUKUM…JANGAN KAMU CUBA2 UNTUK MENUTUP KES INI,KERANA INI KES BESAR,YANG MELIBATKAN MARUAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA…(APA YANG TELAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PENAL BEBAS AKAN MENYERAHKAN HASIL SIASATAN PADA 9 NOV.)RASANYA SEMUA PEJUANG KEBENARAN DAN KEADILAN SUDAH PASTI DAPAT MENGHIDU,APAKAH HASIL SIASATAN KES KLIP VIDEO LINGGAM ITU NANTI…10 NOV.2007 TARIKH UNTUK KITA SEMUA BERHIMPUN…AYUH SEMUA..KITA SATUKAN SEMUA SEMANGAT2 KEBENARAN DEMI NEGARA TERCINTA…LAWAN TETAP LAWAN.

    Reply

  11. 11 HadiBenHasan Oct 31st, 2007 at 1:41 pm

    Saudara Azman…

    Jangan jadi ejen munafiqin atau awak memang dah jadik agen mun…..

    Reply

  12. 12 along Oct 31st, 2007 at 2:48 pm

    sdr cokelat,

    azman tu nak tahan perangkap supaya orang terkunjung website tak laku tu. tu je!

    Reply

  13. 13 alrawa Oct 31st, 2007 at 3:14 pm

    Bagi saya keputusan Raja2 bukan lah muktamad. Jika Raja2 bertindak untuk ‘kerat’perkhidmatan Fairuz – well and good.
    Namun jika keputusan Raja2 adalah sebaliknya,maka kita rakyat yang perihatin mesti lah berkorban untuk membetulkan kepincangan yang nyata berhubung perlantikan Hakim2.
    Tak payah le nak tunggu Hari Raya Korban baru nak berkorban.

    Reply

  14. 14 kublai khan. Oct 31st, 2007 at 4:16 pm

    DSAI, nanpaknya Exco Perak Datuk Zamery abdul kadir binbang dengan laporan bloger tentang alam UMNO dan BN serta keroni mereka yang di ketegahkan oleh bloger, Datuk Zamrey bagai mana nak tutup bangkai gajah dengan daun pisang ianya tetap berbau u kena banyak menbaca buku arwah Pak sako, jangan asik baca buku sejarah UMNO sahaja buka minda u seluas luasnya dunia kini telah berubah tetapi UMNO terus dengan budaya kono mereka bila nak buat perjumpaan sediakan makanan dan bas dan wang saku, kain pelaikat, sedikan baju melayu sejauh mana budaya ini nak dan manpu dikekalkan pada masa hadapan rakyat masi kini telah berubah mereka bukan lagi serpeti budak budak suatu hari nanti mereka akan tahu juga alam UMNO itu sebenarnya, kami akan terus unkit dan sonkit kelemahan dan keburukan saka UMNO dan BN serta keroninya mereka perah harta rakyat apa UMNO ingat negara ini bapak mereka punya, tolong belajar hormat rakyat harap junta umno belajar erti hidup bertamadun jangan hak orang u jadikan hak you. nanti hidup you kena sumpah oleh rakyat kaya pun tak aman.

    Reply

  15. 15 Anonymous Oct 31st, 2007 at 4:44 pm

    Saya sebagai salah seorang pegawai tertinggi kerajaan yang tidak mahu dikenali oleh sesiapa malah apabila saya melayari saya telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menukar IP pada komputer saya sebelum saya menulis maklumat ini. Saya berasa simpati dengan keadaan negara kita yang rata-ratanya tidak tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Justeru itu saya mengambil sedikit langkah menulis komen ini agar semua rakyat Malaysia tahu siapakah sebenarnya Tun Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Negara dan apakah kemusnahan yang sedang dilakukan olehnya terhadap rakyat Malaysia. Saya akan dedahkan setiap perlaku Tun Ahmad Fairuz yang selama ini kami intip sepanjang perlantikan beliau sebagai Ketua Hakim. Kami juga memiliki pita rakaman perbualan telefon dan telefon bimbit beliau dan mereka yang berkaitan dengan Ketua Hakim ini sepanjang perkhidmatannya. Kami juga memiliki senarai pegawai yang menjadi rangkaian orang-orang Tun Ahmad Fairuz jika apa-apa berlaku padanya. Kami akan dedahkan secepat mungkin dalam sehari dua lagi.

    Reply

  16. 16 Hehehehe Oct 31st, 2007 at 4:56 pm

    Tun Ahmad Fairuz banyak cerite dia kalu nak didedahkan sebab ini melibatkan ramai pegawai kerajaan termasuk dari JPA.

    Reply

  17. 17 Hehehehe Oct 31st, 2007 at 5:00 pm

    Runtuhkan rangkaian Tun Ahmad Fairuz kerana rangkaiannya kebanyakannya adalah pegawai-pegawai kerajaan dari negeri Kedah.

    Reply

  18. 18 Najib1976 Oct 31st, 2007 at 8:34 pm

    Berita terbaru dr TV3, menyatakan bahawa Panel Bebas yg siasat klip Video Linggam berpendapat Video tersebut palsu dan kemungkinan kes akan ditutup. Kemudian Ketua Pengarah BPR kesal dgn DS Anwar kerana tidak mahu bekerjasama, kemudian Menteri Bodoh yg menjaga Perundangan komen…..kerajaan bertindak betul dgn tidak menubuhkan Suruhanjaya Diraja.
    Nampak gaya rakyat sekali lagi dipermainkan oleh BN dan juak2nya, saya berpendapat keseluruhan klip Video tersebut wajib disebarkan kpd umum, Majlis Raja2 , laman2 blog…..seluruh dunia.
    Pilihanraya Umum akan berlangsung tidak lama lagi….BN akan perbodohkan rakyat sekali lagi.

    Salam …

    Reply

  19. 19 azman Nov 1st, 2007 at 12:31 am

    Harap maafla… saya memang tak tahu.. cuma sekarang ini email ini banyak disebarkan..
    Sebab tu saya nakkan kepastian..

    Ini untuk mengelakkan segala kekeliruan.. Daripada saya terus menerima propaganda itu atau mendapat penjelasan.. dan kita sendiri tahu melayu kita ini mudah menerima cerita2 sensasi dan mudah menerima.. kalau tidak kita takkan bertukar pemikiran dengan hanya sehelai kain pelikat atau duit RM500.. dan sememangnya pihak pembangkang memang tidak mempunyai peluang untuk memberi penjelasan atau pembelaan yang sewajarnya..

    Saya akui saya bukannya penyokong DSAI.. tapi saya tetap penyokong orang yang memperjuangkan Islam..

    Sekali lagi saya memohon maaf mengenai perkara ini..

    Reply

  20. 20 azman Nov 1st, 2007 at 12:38 am

    satu lagi saya tak ada niat untuk menyuruh orang ke website tersebut..

    tapi fikirkanlah sendiri sekiranya mereka yang tidak tahu mengenai hal ini mengunjungi website tersebut pasti mereka akan berasa keliru.. kalau ada penjelasan sekurangnya mereka akan berusaha mencari jawapan..

    jika saya ni jenis terus menerima saya takkan datang ke website ini dan bertanya secara terus dengan DSAI.. cuma inginkan kepastian..sejauhmana kita dapat menyekat propaganda seperti ini.. dan saya sememangnya sudah dapat rasakan anda semua akan fikir saya dari parti politik yang cuba mengganggu DSAI..

    tapi fikirlah dengan berilmu.. setiap pendakwaan mesti ada pembelaan.. jika mereka dakwa DSAI macam tu saya pun nak tengok pembelaan DSAI..

    Harap maaf

    Reply

  21. 21 Toaknaybear Nov 1st, 2007 at 8:40 am

    Toak sokong 1000% Najib1976.

    Reply

  22. 22 Hehehehe Nov 1st, 2007 at 10:09 am
  23. 23 Yusof Nov 1st, 2007 at 12:28 pm

    Dato’ Sri, saya raya tiada kesannya kalau forum tentang isu ilmiah yang berkaitan dengan sistem kehaakiman yang di bincangkan oleh kalangan raja-raja Melayu hanya di hadapan masyarakat sivil, saya rasa masih jauh untuk mencapai minda masyarakat biasa, kerana penyebaran maklumat melalui media yang dibaca orang biasa adalah terhad. Saya cadangkan agar di cari seorang Raja yang sanggup menghina duli untuk mengadakan satu forum yang boleh dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat berbilang kaum, termasuk orang-orang UMNO sendiri.

    Reply

  24. 24 keris kuning Nov 4th, 2007 at 11:56 pm

    Keris keramat jika mahu ditentang, perlukan senjata keramat juga…tapi bukan mudah untuk mencari senjata keramat…
    adakala keris menjadi keramat kerana tuannya, begitu juga sebaliknya..adakala tuannya menjadi hebat kerana kerisnya…
    Harus dipastikan, kehebatan keramat itu terletak pada kerisnya atau tuannya terlebih dahulu…
    Salah langkah dan buahnya, tertikam kembali si pencabar…(x gitu Dato seri?)

    Reply

  25. 25 Petaling Nov 5th, 2007 at 1:00 am

    Azman,

    Tma kasih kerana buat clear-off pada anda, dalam masa yang sama saya bersetuju untuk tindakan menghadapi web-web sumbang UMNO dan Barisan Nasional dilakukan, tuduhan mereka ini cukup terbatas dan tiada fakta yang meyakinkan.

    Daripada jawapan anda, hendaklah terlebih dahulu tidak mengantung maksud dan menyebabkan anda terdedah kepada kritikan.

    Reply

  26. 26 GuruBashid Dec 2nd, 2007 at 8:40 am

    DALAM pengamatan saya kerajaan selalu diperangkap dengan pelbagai taktik pembangkang supaya kerajaan melatah . Tetapi pembangkang selalunya gagal berbuat begitu. Saya melihat sementara sifat melatah ada pada pembangkang, skill mengusik pula ada pada kerajaan.
    Pihak kerajaan jarang-jarang menyebut hadis yang berbunyi as-Sabru minal-Iman atau sabar itu sebahagian daripada iman. Tetapi realitinya kerajaan begitu sabar dan tekun meneliti masalah rakyat, sementara pembangkang pula kelihatan mendesak-desak dan cepat reaktif. Ini satu lagi rahsia kejayaan kerajaan yang sebenarnya menjadi tunjang kekuatan kerajaan apabila berhadapan dengan sebarang masalah dalam dan luar; kecil dan besar.
    Kejayaan terhadap sesuatu yang dilakukan hanya dapat diraih dalam jangka waktu tertentu. Justeru itu setiap matlamat yang hendak dicapai oleh negara diletakkan jangka masa yang berpatutan. Umpamanya untuk mencapai status negara maju kita memerlukan masa 40 tahun (dari tarikh dilancarkan). Di sinilah setiap warga Malaysia di segenap peringkat perlukan sedikit kesabaran. Kesabaran untuk berusaha sambil berdoa semoga usaha kita membuahkan hasil. Penyakit tidak sabar kesannya sangat buruk. Ia bukan sahaja akan merugikan diri sendiri, tetapi kadang kala ia seolah-olah melepaskan peluang kepada orang lain.
    Biasanya kita hilang sabar di penghujung setelah kita boleh bersabar dalam jangka waktu yang agak panjang sebelum ini. Ia tidak ubah seperti cerita seorang penggali emas yang mula kecewa kerana tidak menemui emas setelah menggali sekian dalam, lalu ia meninggalkan lubang yang digalinya sekian lama. Datang seorang yang lain menggalinya dan tidak sampai sekaki, emas pun ditemui. Akhirnya orang yang kemudian, yang tidak perlu modal yang banyak menjadi kaya-raya. Bukan kerana orang itu terlampau hebat, tetapi kerana penggali emas yang tidak sabar. Hakcipta Abd Bashid Harun

    Reply

  27. 27 Tengku Indra Oct 14th, 2008 at 8:04 pm

    Salam semua,,
    adalah patik mohon sembah kbawah duli tuanku majlis raja2..adanya patik sekalian kurang periksa atas perkara dalaman isi kandungan majlis raja2,,cuma patik pohon supaya pihak majlis raja2 gunakan kelebihan dan kedaulatan raja2 melayu bagi memastikan rakyat jelata punyai tempat berteduh dibawah payung tuanku majlis raja2.
    hanya pihak DYMM raja2 sahaja yg mengetahui penghinaan pihak tertentu terhadap institusi beraja melayu.
    salam sembah

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Religion and Pluralism in a Divided World:  Public lecture by Anwar Ibrahim at the London School of Economic... http://bit.ly/c2yKdA
4 hours ago
anwaribrahim: London visit photos now online. See here http://bit.ly/av3cKS or here http://bit.ly/9T0tMO #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @exAvantz Sewajarnya mereka jawab dgn fakta dan hujah.Sebaliknya ugutan dan kuasa rakus. #fb
15 hours ago
anwaribrahim: @khalidkarim Persistent pressure!But I've gone true worse.Pray all is well #fb
15 hours ago

Galeri Flickr

_DSC1794_wb1 _DSC1759_wb1 _DSC1795_wb1 _DSC1775_wb1 _DSC1784_wb1 _DSC1824_wb1 _DSC1798_wb1 _DSC1833_wb1 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

October 2007
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031