mohd mansur menanyakan:
Assalamualikum.
Dulu semasa saya belajar… saya sangat kagumi ketokohan dato seri… malah semasa era Mahathir saya sangat membenci Mahathir dan menyokong anda.
Tapi kini… saya rasa dato seri sangat menghina bangsa Malaysia… sentimen terhadap kerajaan berkaitan dengan isu dato seri mungkin betul.. tetapi apabila dato seri sanggup menjatuhkan maruah bangsa Malaysia di negara lain… maka saya hilang hormat kepada dato seri.
Dato seri tak taukah atau pura-pura tidak tau tentang negara Jiran yang sentiasa menyalahkan kita sedangkan rakyatnya disini adalah warga yang sering melakukan jenayah… banyak perbelanjaan kita tanggung akibat PTI… pelacuran… semua ini dilakukan oleh warga jiran kita… namun yang dapat nama buruknya adalah negara kita… dato seri kena tengok sikit… dan jangan membuta tuli menyokong… I Feel SHAME on you Dato Seri…
Saya terlalu fanatik dengan Dato Seri…. tapi sekarang saya merasa sangat terhinanya saya kerana ada feel untuk Dato Seri….
Kenapa Dato seri tak laungkan kebejatan warga jiran di Malaysia… dari merompak, merogol, membuli, pelacur semua ini Dato seri utarakan ke? Di Sabah, ramai warga jiran kita diberi kewarganegaraan… tapi apa kesudahannya? takkan Dato Seri tak tau? Kita dah banyak berbuat baik.. namun apa yang kita dapat? cacian dari warganya… hinaan… malah Melayu dikatakan sebagai bangsa yang tidak punya Moral… Apakah hinaan seperti ini Dato Seri terima?
Sebenarnya saya ini Indian Muslim…tapi saya rasa saya juga turut terhina apabila bangsa lain menuduh macam-macam tentang bangsa Malaysia.
Begitu hinakah kita Dato Seri? Tolonglah Dato Seri… jangan lagi ulas yang buruk tentang Bangsa Malaysia jika Dato seri masih kurang fakta… JANGAN HINA MALAYSIA…
Sdr mohd mansur,
Terima kasih sdr kerana memberikan respons dengan jujur. KeADILan tidak memilih kaum, atau negara. Penjenayah Malaysia atau Indonesia mesti dihadap ke mahkamah. Jakarta Post hari ini melaporkan kenyataan saya : criminal acts by malaysians or indonesians must be dealt with without fear or favour.
Kompas di muka hadapan menekankan anjuran saya agar dua negara sahabat kembali memulihkan hubungan akrab. Elit politik malaysia jangan angkuh.
Apa salahnya mengakui lagu Rasa Sayang Eh berasal dari Indonesia tetapi kita menerimanya sebagai warisan bersama!
ANWAR IBRAHIM
















Sdr. Mansur….
Yang salah tetap salah. Yang betul tetap betul. Kenapa perlu Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu berpura-pura.? Kalau berpura-pura kantung DSAI penuh ke?
Sebenarnya pimpinan BN sekarang ini yang hipokrit. Bapak segala Bapak Puraan terutamanya pimpinan UMNO Sabah. Kalau di semenanjung Bapak Puraan diketuai MB Selangor (KHIR TOYO) dan Timbalan Menteri Penerangan (ZAhid Hamidi). Cuba tanya mereka dan dah sah mereka keturunan Jawa dari Indonesia.
En Mohd Mansur………..
anda ada massalah komunikasi sejarah……..
Anda perlu rujuk Menteri Dalam Negeri,PDRM ,IMIGRESEN ,BPR atau Menteri Pertahanan
untuk tindakan lanjut……..tentang masaalah Negara (PATI)
ITUpun jika anda MASIH percaya dengan Kerajaan…….
Anda juga di sarankan berjumpa Menteri Penerangan untuk seisi penerangan (sinonim)
Jika anda masih tidak memahami realiti keupayaan kerajaan yang had hari2 sekarang ini….
Anda di galakkan menukar Kerajaan yang ada…… tak lama lagi…… dah lamma dahhh…eheh
Dato seri tak taukah atau pura-pura tidak tau tentang negara Jiran yang sentiasa menyalahkan kita sedangkan rakyatnya disini adalah warga yang sering melakukan jenayah… banyak perbelanjaan kita tanggung akibat PTI… pelacuran… semua ini dilakukan oleh warga jiran kita… namun yang dapat nama buruknya adalah negara kita…
—————————————————————
sdr mansur tak tau kah, industri pelacuran di malaysia didalangi oleh rakyat malaysia sendiri? bagaimana mungkin rumah pelacuran bak cendawan tumbuh selepas hujan kalau tidak kerana rasuah yang bermaharajalela.
buat pengetahuan saudara mansur, malaysia bukan sahaja terkenal kerana bangunan pencakar langit, tetapi juga rumah untuk mereka yang melayani manusia seperti binatang! ya,semuanya didalangi oleh org malaysia. rakyat negara jiran merempat di negara mereka, datang ke negara kita untuk mencari sesuap nasi. tetapi mereka dilayan seperti binatang, dipukul, yang perempuan dirogol, dan dibiar merempat, lebih teruk dari negara asal mereka. apa yang kerajaan kita buat untuk memelihara hak mereka sebagai manusia? TIADA saudara mansur.setakat ini malaysia terkenal dikalangan jiran2nya sebagai negara yang tidak pernah mendakwa mereka yang menganiaya rakyat negara jiran.
apa yang kerajaan buat untuk membela nasib mereka ini. dahulu semasa kita susah, kita juga mengemis di negara org. pemimpin kita mengemis kemerdekaan dari penjajah.kita bergantung kepada pemberian dan belas ehsan negara negara yang kaya yang lain. tetapi adakah mereka melayan Tunku Ab. Rahman seperti binatang di London? adakah kita dibiar merempat begitu sahaja selepas merdeka? banyak negara2 lain membantu kita. sekarang bila kita senang, kita layan org miskin seperti binatang.
saya sekadar mengingatkan, jenayah tidak kira rakyat malaysia atau bukan, mesti dihukum.mereka yang teraniaya mesti dibela. jangan kerana yang dianiaya itu bukan dikalangan kita maka kita tutup sebelah mata. malangnya, itulah kerajaan kesayangan sdr mansur sedang lakukan.
SDR.MOHD MANSUR….MANUSIA YANG DIJADIKAN OLEH ALLAH AZZAWAJALLA SEMUANYA SAMA HANYA CUMA BERBEZA WARNA,BANGSA,BUDAYA,UGAMA DAN SEBAGAINYA…DAN APABILA KITA BERBICARA TENTANG PERJUANGAN UNTUK MENEGAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN,SEHARUSNYA KITA TIDAK HANYA MEMBUTA TULI UNTUK BERPEHAK ATAU MEMBANGGAKAN SERTA MENYOKONG SEGALA YANG SEALIRAN DENGAN KITA BAIK DARI SUDUT BANGSA, AGAMA ATAUPUN NEGARA DAN SEBAGAINYA,TANPA PEDULI AKAN KEBENARAN ATAU PEMBOHONGAN..KITA HARUS YAKIN DENGAN PENUH KEPERCAYAAN UNTUK TETAP TERUS BERPEGANG TEGUH KEPADA PRINSIP MORAL,MARUAH SERTA KESUSILAAN YANG BENAR SERTA TULIN YANG SEKIAN LAMA DIPUPUK DAN DIPELIHARA DEMI KEUTUHAN PERJUANGAN AGAR SEGALA KEBENARAN DAN KEADILAN DAPAT DIBINA DENGAN ADIL DAN SAKSAMA…PRINSIP YANG MUDAH UNTUK RENUNGAN SAUDARA YANG KELIHATAN AGAK PUDAR,SESUNGGUHNYA YANG BERSALAH TETAP BERSALAH TAK KIRA SIAPA ATAU NEGARA MANA SEKALIPUN YANG PASTI TIADA RUANG UNTUK DIBELA,DIPERTAHAN ATAU DILINDUNGI…SAUDARA MOHD MANSUR SENDIRI SEHARUSNYA KENA KERJA LEBIH KUAT DAN GIGIH UNTUK MEMBUKA MATA DAN MINDA..JANGAN MEMALUKAN DAN MEMBODOHKAN DIRI DENGAN PANDANGAN SAUDARA YANG KELIHATAN AGAK KABUR TENTANG HAKIKAT,JANGAN DIBIARKAN PEMIKIRAN SAUDARA BERNAFAS DALAM KEHAUSAN DAN KESEMPITAN,ITU HANYA AKAN MENGUNDANG MUSIBAH PADA AKAL DAN ORGAN2 DALAM OTAK SAUDARA…UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA,KAMI SEMUANYA ADALAH RAKYAT MALAYSIA YANG RELA BERKORBAN DEMI CINTAKAN NEGARA DAN RAKYATNYA,YANG MENGIMPIKAN SELURUH RAKYATNYA TANPA MENGIRA WARNA UNTUK BERPEGANG TEGUH PADA KEBENARAN DAN KEADILAN..KAMI SENTIASA DAN AKAN TETAP TERUS MARA UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB MASA DEPAN RAKYAT DAN NEGARA KAMI YANG TERCINTA INI.
saudara mansur..
Saya setuju dgn pendapat DSAI..
Buat pengetahuan saudara, saya sedang menuntut di indonesia. benda pertama yg saya ingin beritahu saudara, jangan memandang Indonesia dari TKI atau pendatang tanpa izin mereka di Malaysia!. terus terang, tidak adil bagi mereka jika kita menanggapi rakyat indonesia dari TKI nya. sudah hampir 3 tahun saya belajar dan bermasyarakat dgn rakyat di indonesia ini. Kesimpulan yg saya dapt mereka sangat ramah dan sering membantu.. cuma kita perlu hormati mereka. jangan sombong, bongkak, kononnya negara kita lebih maju dan sebagainya. memang emosi mereka mudah terganggu kerana susah payah dan tekanan hidup yg terpaksa mereka hadapi untuk mencari rezeki. saya bukan menyebelahi mana2 pihak, cuma ingin menyampaikan apa yg sara rasa setelah tiga tahun di sini. Saya setuju dgn DSAI, yg salah tetap salah! tak kiralah dia org indonesia atau malaysia. jika hal ini disingkapi dgn rasa persaudaraan, persahabatan, serumpun dan seagama, segala perselisihan dapat si atasi dgn baik. Saya nampak DSAI adalah tokoh yg terbaik utk mengeratkan lg hubungan Malaysia dan Indonesia. Ikhlas dari saya yg tidak pernah berasa malu kerana menuntut di Indonesia. Kadang2 disebalik timbunan sampah itu ada permata yg sangat bernilai. jangan kita terlalu sombong dan bongkak!!!
Dato seri, jawapan tak cukup la.
Ulas la lagi. tq
mana hilang rasa insan? apakah mereka bukan manusia jika tiada IC malaysia?
Cakap benar bukan bererti hina bangsa malaysia,RASUAH tetap Rasuah,tak kira si Rasuah itu(CIMB)
cina ,melayu,india dan bumiputra.sekiranya si Rasuah itu ditangkap walaupun dia seorang cina
saya ucapkan seribu taniah.sekiranya si rasuah itu Samy Vallu adakan bermaksud hina Bangsa Malaysia atau bangsa india.
Dato Seri…
Correct correect correeeeeeeect
permasalah yang kita alami ini hampir 100% disebabkan oleh RASUAH.
- si menteri nak yang terkaya hatta selepas bersara kalau boleh harta tak habis hingga 7 keturunan kelak ada modal utk mementerikan keturunannya
- si pegawai nak menimbun kekayaan dan nak jadi yang tertinggi dalam apa juga jabatannya
-si kerani nak beli kereta besar dan untuk ada gaya
-si itu si ini ……..projek beri / ic beri dan kadang-kadang kehormatan beri…
- di sabah pula heboh pasal projek i/c / pemangkin kepada kemenangan parti mereka
walau warganegara tak undi tak apa ….. teringat akan si pegawai penguatkuasa kutip cukai (ikan) hasil tangkapan nelayan yang menggaji pti ke laut…
- di selangor caranya mengumpul undi melalui persatuan ‘bangsa asal sebelum dimelayukan’. Jika macam nilah caranya…. negara akan hancur
rasuah rasuah rasuah INIKAH YANG KITA INGIN KEKALKAN
-si pembuat dan terlibat harus ada hukumannya walau apa jua bangsa dan kepercayaannya
Mansur ,
Kalau tak ada pekerja Indonesia ni,rumah yg kau duduk pun munkin tak ujud,apatah lagi bangunan tinggi tersergam di seluruh negara.Pinggan dan kain baju di rumah kau pun mungkin tak berbasuh dan anak pun mungkin bergelumang taik kalau isteri kau bekerja.Oleh itu para pekerja Indonesia ni sangat layak di layan secara adil dan beperikemaknusiaan.Kalau ada yg bersalah,mistilah di adili juga secara adil.
Saudara mansor…
Saya ingat saudara perlu kembali kepada sediakala iaitu menyokong DSAI dan menentang PM yang lembek ini..
Selamat Pagi Malaysia meneremuramah Ahli Parlimen Ulu Langat, namanya MARKIMAN KOBIRAN (merangkap Pengerusi LPKP) pagi tadi di TV1. Terus terang Republik Indonesia berharap…lebih mudah sekiranya karajaan Malaysia sendiri mendakwa 200 syarikat Malaysia yang membakar secara terbuka di Indonesia…..sebagai menjaga persahabatan kedua-dua negara.
SAUDARA MANSOR U KENA BELAJAR BERTOLAK ANSOR DALAM DUNIA INI TIADA SEMPADAN HANYA POLITIK SAHAJA MENBENA SEMPADAN,GARISAN DAN TEMBOK TETAPI DARI SUDUT AGAMA,CARI MAKAN,BUDAYA,ALAM SEKITAR DAN SEBAGAINYA TIADA SEMPADAN ALLAH BERFIRMAN CARILAH KAMU REZEKI DIBUMI KU YANG LUAS DISINI JELAS JIKA ORANG INDONESIA DATANG,JIKAMEREKA NAK MENCARI REZEKI YANG HALAL JIKA TIADA MEREKA KLCC,KL TOWER,KLIA TERMASUK RUMAH PERDANA MENTERI PUN DI BENA OLEH TANGAN BURUH INDONESIA APA HINANYA MEREKA NAK MENCARI REZEKI DI SINI,MANSOR U KENA BELAJAR MENHORMATI ORANG LAIN SEBELUM U MAHU ORANG LAIN MENHORMATI YOU.YOU JANGAN AMAKAN ALA JUNTA.SAUDARA MANSOR SBENARNYA TUN MAHADIR SAYA TAHU MAKRIFAT SAYA TINGGI,TUN BARU DIBEDAH BAWALAH BEREHAT SAYA BINBANG KELAK MEMUDARATKAN KESIHATAN TUN JUGA.
Menurut mansur, beliau adalah keturunan Indian Muslim yang membawa maksud Mamak atau kaum india yang memeluk agama islam. Itu kenyataannya. Berkaitan dengan apa yang diperjuangkan oleh DSAI ialah nilai keadilan dan ketelusan kerajaan. Tidak benar jika isu menjatuhkan maruah negara. Kepada king yang menjatuhkan maruah negara ialah pemerintah itu sendiri. Institusi kehakiman dibuli dengan ringgit malaysia, proses kehakiman dalam mahkamah tidak adil,isu ISA,penderaan kepada mereka yang dianggap melawan kerajaan.
Sudahkan anda lupa bertapa sangsaranya DSAI didalam kurungan selama 9 tahun semata-mata bagi menyelamatkan pemerintahan mahathir yang tidak adil sama sekali terhadap seorang insan.
Bertapa isu perwaja yang membebaskan tokey yang sekongkol dengan pemerintah keparat,Mungkin kamu tau tentang sejarah kaum mamak, tapi kamu tidak faham maksud perjuangan.
nie pon kira adik beradik azman kot….
agaknya laa….;)
assalamualaikum dato seri anwar dan semua yg kerap menulis disini…menarik juga untuk mengupas tulisan saudara mansur ni.terkadang kita terlalu lancar membicarakan tentand kesalahan orang lain..keburukan orang lain …kejelikan orang lain tanpa kita sedar yg kita juga tidak terlalu bersih dari semua perkara yg kita katakan terhadap orang lain.tidak mungking ape yg dato seri perjuangkan semuanya salah…dan tidak semua yg kerajaan lakukan itu salah semuanya kan ?bila berbicara semua orang akan ada dalil dan fakta yg diarasa amat tepat dan betul.ada perangkaan itu dan ini…peratus itu dan ini…seolah-olah kita saja yg amat betul..dan ape yg saya dapat lihat pihak dato seri seolah-olah tidak ade modal yg kuat untuk melawan kerajaan sekarang….ape perlu selalu ke luar negara memberi ucapan..menghadiri majlis yg pada saya(manusia yg tidak pandai)tidak akan memberi undi pada pihak dato seri…kami perlukan dato seri di sini…bukan di indonesia atau di amerika..dan satu lagi soalan saya pada fanatik dato seri..anda semua selalu lengkap dengan cerita2 tentang kesalahan orang2 jahat dalam kerajaan…anda semua amat arif dengan penyelewengan ..salah laku menteri itu,menteri ini,dan bekas perdana menteri terdahulu..tidak ada langsungkah rekod2 yg salah tentang mereka2 yg penting di dalam keadilan ini sendiri,atau rekod tentang dato seri anwar sendiri…jangan marahkan saya dengan soalan ini…saya cuma bersikap adil..assalamualaikum
Sdra Mansur,
Sdra tulis yang sdra tidak hormat lagi dengan Dato Seri Anwar. Kalau baca pandangan sdra untuk tidak menghormati DSAI kononnya menghina Melayu, saya rasa. sdra buat andaian yang salah.
Apa yang sebenarnya DSAI telah menyuci arang dimuka bangsa Melayu yang selama ini diperbodohkan oleh pemimpin pemimpin rasuah, malah perundangan negara juga dinodai oleh orang “yang sepatutnya kau tidak hormat”. Bukan DSAI.
Kenapa kau tidak “terhina” bila wang negara diagih agihkan kepada kroni dan anak anak serta menantu pemimpin? Why? Kenapa kau tidak terhina punya seorang PM yang tukang tidur? Why?
Kenapa kau tidak terhina bila DSAI difitnah, diaibkan, dianiaya dan dipukul tanpa ada undang undang kemanusiaan yang melindunginya, kenapa sdra tidak terhina? Why?
Apa bila Tun Mahathir bersara dari politik, Mahkahmah Agung mendapati DSAI tidak bersalah. Kalau DSAI dibebaskan oleh Mahkahmah dari kes liwat dan beliau didapati tidak bersalah, bagaimana boleh wujudnya kes rasuah kuasa? (Menyalah gunakan kuasa).
Kenapa sdra tidak hilang hormat kepada pemimpin pemimpin Melayu yang menerajui Kerajaan yang bersikap zalim dan membelakangkan undang undang negara? Why?
Sdra Mansur
Sebenarnya sdra adalah seorang hipokrit. Mungkin dah dapat banyak project roti canai kot?
Salam,
Kita buat andaian begini saja..
Jikakalau kritikan DSAI salah sekalipun, tidak beerti UMNO itu betul!
Aku lontarkan soalan sdr gust…kat orang kampung aku pasai jemputan orang luar negara tu….
Orang kampung yang giginya yang rongak kat depan… menjawab…..” Selagi ado oghang nak panggil den…. Den akan poiii…..! Kalau tak do… den akan duduk ghumah…!!!!”
Yang paling tak tau malu ada oghang tua tu… beri berjuta pada oghang tongah… untuk jumpa BUSH…
jgn layan dgn mansur. dia ni cetek ilmu. biarkan dia ditipu dan trus ditipu. sapa dia ni?
Minta maaf kiranya mencela…
Saudaraku Mansur, pada hemat saya DS Anwar bukanlah menjatuhkan maruah bangsa Melayu. Tetapi beliau kesal dengan kumpulan-kumpulan pemimpin negara kita yang menjatuhkan maruah mereka sendiri. Andaikata saudara Mansur bekerja di sebuah syarikat gergasi yang punya pengurus secara terang-terangan makan duit pekerjanya.
Dan dalam masa yang sama pengurus tersebut memecat saudara Mansur di atas tuduhan yang tidak pernah saudara Mansur lakukan (padahal saudara Mansur dipecat kerana saudara tahu akan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan oleh pengurus tersebut. Dan mungkin Mansur merupakan saingannya untuk jawatan tersebut).
Dalam masa yang sama saudara Mansur mempunyai ramai lagi rakan-rakan dan mungkin orang bawahan yang menjadi mangsa pengurus tersebut. Adakah Mansur biarkan sahaja? Kalau saudara Mansur tidak punya rasa tanggungjawab, mungkin saudara Mansur cuma berdiam diri dan mencari pekerjaan lain. Tapi bagaimana jika hal sebegini terkena pada orang lain yang mahukan keadilan? Pastinya orang tersebut akan melakukan sesuatu yang bisa membantu rakan-rakan lain untuk mendapatkan hak mereka yang telah diambil sesuka hati oleh pengurus tadi.
Tetapi bagaimana caranya? Tidak mungkin kita sebagai manusia yang punya akal fikiran untuk membiarkan orang seperti pengurus tersebut untuk terus menerus memakan duit pekerja-pekerja lain.
Begitu juga halnya dalam keluarga kita sendiri. Sekiranya adik lelaki saudara Mansur mengganggu anak dara orang. Tidak mungkin Mansur menyebelahi adik sendiri kan? Sepatutnya diberikan kesedaran dan berhenti daripada mengganggu anak dara orang.
Tidak perlulah saudara Anwar fanatik kepada DS Anwar. Tidak perlu memuja manusia terlalu tinggi. Kita sama-sama bergelar manusia. Jika saudara Mansur punya maklumat cukup apakah yang sedang DS Anwar lakukan, saya pasti kita semua akan bersama-sama beliau berganding bahu untuk menjadikan Malaysia yang tercinta ini BERMARUAH.
Kita terlalu angkuh bila menyelar bila Indonesia menyatakan rakyat kita pemalas dan tidak suka berkerja berat.. Kerana itu kita mengambil rakyat negara mereka untuk berkerja sebagai buruh disini..
Tapi cuba fikir dengan logik kata kata indonesia itu memang masuk akal.. Kita bising bila melihat ramai rakyat indonesia dan bangla masuk ke negara ini.. tapi bangsa kita sendiri terlalu angkuh untuk bekerja seperti itu..
Dan bila indonesia mengeluarkan kenyataan itu kita terus menyelar bermacam macam.. tidak mengenang budila.. padahal kita yang terlalu angkuh dengan kemewahan yang kita reka reka sendiri..
Itulah rakyat kita yang terlalu memikirkan taraf dan darjat sehinggakan kita membazirkan duit kita demi menaikkan taraf negara tetapi bukan rakyat
Parti UMNO bukan parti yang mewakili bangsa Melayu tetapi mewakili berapa banyak nilai wang rakyat yang dapat dicuri dan dirompak ke dalam akaun masing-masing. Pemimpin UMNO adalah perompak dan pencuri yang berlandaskan undang-undang dan perlembagaan negara. Mereka juga merupakan penipu dari segala penipu yang wujud di negara kita.
Pemimpin yang diyakini /dirasa diperlukan / berkebolehan diperlukan di merata dunia… so perlu dikongsikan isi otaknya. Janganlah memilikperibadikan pemimpin seperti ini. Manusia (berilmu dan bertakwa ) memenuhi ciri ‘manusia adalah khalifah di bumi ini’….tidak setakat di malaysia kerja dakwa ini dan bukan semata untuk kepentingan politik kepartian. Anda bebas ke mana saja anwar …. perjuangkan nasib manusia-manusia yang tertindas/miskin/diperdaya
Rasanya lagi enak didengar kalau kita katakan lagu Rasa Sayang berasal dari Maluku.
kok lagu bisa bikin hanget banget? nggak ngerti cara berfikirnya kita! capet mikirin fikrah jumud gini…
Sdr Mansur,
anda tak rasa terhina ke kalau Pak Lah sebagai menteri dalam negeri (atau menteri polis) bertindak menembak orang ramai yang berkumpul saling tak tumpah seperti mengikut jejak cara Junta Myanmar meleraikan orang ramai? tidakkah anda rasa terhina? kata dulang paku serpih?? tidakkah Malaysia nampak bodoh bila ada pemimpin yang bersifat macam George W. Bush (yakni dia buat takpa, orang lain buat, tak boleh)?
eh nkalian org malaysia jangan merasa manusia dengan hak istimewa di hada-pan TUHAN saya pelajar INDONESIA SAYA GARAM SEKALI KENAPA BANGSA MALAYSIA SANGAT SERAKAH PERTAMA PULAI AMBALAT MAU DIREBUT,KEDUA BATIK YANG KAMI JUNJUNG TINGGI HARKAT DAN MARTYABATNYA MALAH SAMA BANGSA MALAYSIA DI SEROBOT,DAN YANG TERAKHIR LAGU DAERAH KAMI DIJIPLAK SEENAKNYA.AWAS KAU LIHAT NANTI DI AKHIRAT!!!!!!!!!!!!!!#### U
Sdr Mansur, ye ke dulu ada sokong dan hormat sama DSAI? Apa ada bukti ke? Dari segi nada tulisan anda tu, anda tak pernah hormat sama DSAI.
Sebenarnya, tak perlu nak hormat sangat. Tengoklah pendirian seseorang pada satu-satu masa. Dulu Anwar dalam UMNO/BN. U suka dia sebab dia UMNO. Sekarang dia pembangkang, u benci dia sebab dia pembangkang dan u masih sokong BN!
Berbagai benda tak betul dah dilakukan oleh BN, tapi tak ada pun u buat apa2 komen?.
Bagi saya pembangkang atau kerajaan tetap sama. Saya adalah rakyat biasa dan boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk.
Dulu saya pernah menangis kerana DSAI dan pernah hancurkan TV kerana emosi. Kerana saya sangat kagumi DSAI. Kekaguman saya bukanlah kerana dia adalah orang kerjaan (UMNO) tetapi kerana ketokohan beliau dan juga karisma beliau sebagai pemimpin.
Cuma… apabila DSAI membelakangkan Malaysia, waktu itulah saya rasa hilang segala rasa hormat saya kepada DSAI.
Saya memang cukup meluat melihat kes-kes yang berlaku di Malaysia. Tetapi pada masa yang sama, saya tetap Warga Malaysia yang mempunyai komitmen terhadap negara saya.
Akibat dari komen DSAI di INDON… warga INDON menggunakan peluang ini untuk memaki secara keseluruhan warga Malaysia dan saya tidak boleh terima komen-komen INDON yang tidak masuk akal tentang Malaysia. Sedangkan kita banyak berbuat baik terhadap warga mereka termasuklah memberi kerakyatan.
Bangsa kita malas ke atau angkuh ke… itu adalah tugas untuk DSAI untuk membawa masyarakat kita ke arah yang betul. Saya percaya DSAI memang boleh lakukan. Tapi janganlah sampai DSAI menghina bangsa sendiri di negara lain. Seperti pepatah melayu”Meludah ke langit akan terkena ke muka kita juga”.
Saya komen nie bukan pasal lagu Rasa sayang atau batik atau lain-lain yang di kalim oleh Indon. Tapi kerana kesal terhadap bangsa Malaysia yang sanggup menghina bangsanya sendiri di negara lain dan bangsa lain tepuk tangan dengan peristiwa demikian.
Sdr mohd mansur,
mohon dilihat semula video yang dipapar di MetroTV dan paparan media Indonesia lainnya..
prinsip saya jelas. tidak timbul isu mencemuh bangsa sendiri, tetapi penindasan dan kezaliman itu perlu ditentang tanpa mengira ras dan kasta.
kita tidak wajar berkompromi dengan kebejatan sosial yang dilakukan warga asing,tetapi apakah kita bisa lihat mereka dizalimi,diaib ibarat bukan manusia?
sekiranya mereka bersalah,hakimi dengan undang-undang, bukan dengan keganasan hanya kerana mereka bukan warga negara.
Keadilan dan kesaksamaan tidak mengira darjat.
salah tetap salah, benar kekal benar.
ANWAR IBRAHIM
Saya lihat.. disini banyak Indon yang komen… saya tak nak Indon yang komen tentang kenyataan saya. Saya rasa terhormat jika komen itu datang dari warga negara Malaysia yang sejati. Saya rasa lebih terhormat jika dapat cacian dan makian dari berbagai kaum yang ada di Malaysia berbanding KOMEN dari INDON. Mohon moderator sekat komen INDON dari ruangan ini. Biar kita gaduh sesama sendiri tanpa diapi-api oleh bangsa lain.
admin: sdr mansur, blog ini tidak ada sebarang limitasi komen,selagi mana bersesuaian untuk dipaparkan kepada umum.tidak kira apa kerakyatan,selagi mana baik komennya dan teratur bahasa dan fakta,insyaAllah tak ada halangan untuk disiar.
Saya bukan pengikut membuta tuli DSAI ni. Dulu dia dalam UMNO, tapi saya pembangkang. Semasa DSAI dipecat secara zalim dari UMNO dan beliau dihina, disiksa didalam lock-up, hak asasinya disekat, haknya untuk mendaptkan perubatan dinafikan, diketika itulah saya menyokong gerakan reformasi, bukan semata-mata untuk Anwar tapi untuk rakyat yang dinafikan hak asasi.
Perjuangan Anwar semakin matang dan menjadi keperluan di Negara yang berbilang kaum Malaysia. Anwar menyedarkan kita bahawa DEB yang suatu ketika dulu perlu tetapi telah disalahgunakan oleh golongan korporat Melayu, Cina dan India. Agenda Ekonomi Malaysia untuk memperjuangkan hak rakya trbesar tanpa mengira kaum adalah suatu keperluan di Negara Malaysia ini. Perjuangan bebentuk perkauman mestilah ditolak demi masa depan Malaysia yang gembilang.
Peranan Anwar cukup besar dari segi perpaduan kaum dan politik di dalam Negara, dan pendirian Anwar diperingkat antarabangsa mengkagumkan. Seperti kata DSAI, yang benar tetap benar, yng salah tetap salah.
Rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia mempunyai tujuan utama untuk mencari pendapatan untuk keluarga mereka di kampong mereka. Tetapi riuan dari mereka telah dianiaya oleh majikan-majikan yang tidak berperikemausiaan, ada seetengah mereka tidak dibyar gaji, dan ada sesetengah mereka yang disimpan gaji oleh majikan, tetapi pada waktu gaji sepatutnya diberikan, majikan itu telah membuat laporan palsu bahawa pekerja-pekerja mereka itu tidak mempunyai pas kerja/permit, maka mengadu majikan itu kepada Imigresen, maka ditangkap dan ditahan pekerj-pekerja itu seolah-olah mereka pendatang tanpa izin.
Sesetengah pekerja itu berpeluang datang semula ke Malaysia setelah dihantar pulang ke Negara mereka.
Sesetengahnya megambil peluang untuk membalas dendam, dan mereka menjadi jahat kerana dilatih oleh majikan-majikan yang tidak berhati perut.
Saya sendiri pernah terjumpa 6 orang pekerja-pekerja Indonesa yang baru terima gaji, dan mereka pergi kebandar untuk membeli belah, tetapi malangnya, diperjalanan itu merek ditahan oleh beberapa orang polis, dibawa keempat yang sunyi (kubur cina), habis duit orng-orang Indonesia itu dikebas pihak polis.
Semasa bertemu dengn saya, mereka menceritakan kejadian itu. Saya ajak mereka buat laporan polis. Tetapi mereka tidak sanggup, bimbang kalau-kalau mereka akan dikejakan lebih truk oleh polis.
Itu cerita benar. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kita berjuang untuk kebenaran walaupun terpaksa membuka pekung didada sendii.
Bukan semua pekerja-pekerja Indonesia tu baik. Setakat ini saya dah pakai 5 orang maid dari Indonesia. 2 darinya bolehlah dikatakan sederhana. Tak baik sangat tapi boleh tahan. 2 darinya, langsung tak guna. Kita pergi kerja dia pun “membuta”, cukup pemalas, kerja yang patut dia buat, isteri kita yang kena buat.
Tapi seorang darinya betul-betul hebat buat kerja. Kita terpaksa larang dia buat kerja. Lepas solat Subuh dia tak henti-henti buat kerja. Kita kesian kepadanya, dan kita sanggup beri gaji lebih kepadanya kerana pengorbanannya.
Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.
Manusia tetap manusia, ada yang baik dan ada yang tidak. Tak kira samada dia Melayu, Cina, India, Filipina, Indonesia, Mat Salleh, Arab, Nigeria dan sebagainya.
Yang benar tetap benar yang salah tetap salah. OK Sdr Mansor!
A’Kum. Buat semua yang komen terhadap apa yang saya utarakan dalam halaman ini, saya ucapkan terima kasih. Kerana komen-komen anda sedikit sebanyak dapatlah saya membuka minda dan mata saya.
Saya tidak nafikan bahawa di negara kita memang ada unsur-unsur Rasuah, kroni, dan bermacam-mecam tabiat yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin mahupun sebagai kakitangan awam. Tapi saya masih berfikir kenapa kita harus memikirkan orang lain tanpa mengoreksi bangsa kita Malaysia. Adakah dengan cara membela orang lain, maka akan dapat berubah nasib bangsa kita? Sepatutnya, kita perlu ada usaha untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang semua aspek samada dari aspek politik, agama, HAM, dan yang lain-lain.
Saya juga bukan Rasis, bukan benci bangsa Indonesia… jauh sekali. Tapi keberadaan mereka disini lebih baik dari negara asal mereka. Saya pernah belajar di Indonesia. Saya tahu adat resam orang Indonesia. Bangsa malaysia jauh lebih baik dari bangsa mereka sendiri. Saya tak ingin komen banyak tentang mereka. Yang saya tahu, kita adalah lebih baik dari masyarakatnya sendiri.
Saya mohon kepada Rakyat Malaysia Sejati supaya dapatlah kita mengoreksi diri. Kepada DSAI, saya doakan semoga hasrat dan cita-cita DSAI akan tercapai. Tapai, jangan sampai, bila duduk dibarisan kepimpinan, kita melihat sama saja seperti yang sekarang. Semoga Malaysia Maju Jaya
Saya suka dengan pemikiran anda tetapi belakangan ini anda seperti yang hanya manis di kata-kata tapi tidak dengan kenyataannya….semoga Anda sukses……..