Kita Jangan Bersikap Angkuh

30 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

mohd mansur menanyakan:

Assalamualikum.

Dulu semasa saya belajar… saya sangat kagumi ketokohan dato seri… malah semasa era Mahathir saya sangat membenci Mahathir dan menyokong anda.

Tapi kini… saya rasa dato seri sangat menghina bangsa Malaysia… sentimen terhadap kerajaan berkaitan dengan isu dato seri mungkin betul.. tetapi apabila dato seri sanggup menjatuhkan maruah bangsa Malaysia di negara lain… maka saya hilang hormat kepada dato seri.

Dato seri tak taukah atau pura-pura tidak tau tentang negara Jiran yang sentiasa menyalahkan kita sedangkan rakyatnya disini adalah warga yang sering melakukan jenayah… banyak perbelanjaan kita tanggung akibat PTI… pelacuran… semua ini dilakukan oleh warga jiran kita… namun yang dapat nama buruknya adalah negara kita… dato seri kena tengok sikit… dan jangan membuta tuli menyokong… I Feel SHAME on you Dato Seri…

Saya terlalu fanatik dengan Dato Seri…. tapi sekarang saya merasa sangat terhinanya saya kerana ada feel untuk Dato Seri….

Kenapa Dato seri tak laungkan kebejatan warga jiran di Malaysia… dari merompak, merogol, membuli, pelacur semua ini Dato seri utarakan ke? Di Sabah, ramai warga jiran kita diberi kewarganegaraan… tapi apa kesudahannya? takkan Dato Seri tak tau? Kita dah banyak berbuat baik.. namun apa yang kita dapat? cacian dari warganya… hinaan… malah Melayu dikatakan sebagai bangsa yang tidak punya Moral… Apakah hinaan seperti ini Dato Seri terima?

Sebenarnya saya ini Indian Muslim…tapi saya rasa saya juga turut terhina apabila bangsa lain menuduh macam-macam tentang bangsa Malaysia.

Begitu hinakah kita Dato Seri? Tolonglah Dato Seri… jangan lagi ulas yang buruk tentang Bangsa Malaysia jika Dato seri masih kurang fakta… JANGAN HINA MALAYSIA…

Sdr mohd mansur,

Terima kasih sdr kerana memberikan respons dengan jujur. KeADILan tidak memilih kaum, atau negara. Penjenayah Malaysia atau Indonesia mesti dihadap ke mahkamah. Jakarta Post hari ini melaporkan kenyataan saya : criminal acts by malaysians or indonesians must be dealt with without fear or favour.

Kompas di muka hadapan menekankan anjuran saya agar dua negara sahabat kembali memulihkan hubungan akrab. Elit politik malaysia jangan angkuh.

Apa salahnya mengakui lagu Rasa Sayang Eh berasal dari Indonesia tetapi kita menerimanya sebagai warisan bersama!

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda