(See also English Version)
Sekitar jam 3.30 petang tadi, peguam saya T/n William Leong & Co telah memfailkan satu permohonan di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk satu perintah untuk mengenepikan perintah di bawah seksyen 22 Akta Mencegah Rasuah 1997 yang diserahkan pada saya pada 22hb Oktober untuk menyerahkan pada BPR nashkah asal 14 minit rakaman video.
Saya ambil pendirian bahawa perintah ini adalah tidak sah, tidak munasabah dan tidak rasional. Ianya juga berniat jahat (mala fide) kerana saya telahpun memberikan keterangan kepada BPR bahawa naskah asal rakaman video tersebut adalah dalam simpanan pemberi maklumat berkenaan.
Saya ingin menegaskan bahawa saya bersedia menyerahkan naskah sahih rakaman yang boleh digunakan untuk memastikan kesahihannya dan meneruskan dengan siasatan. Malangnya, mereka gagal untuk hadir semalam seperti yang dijanjikan dan berkata mereka akan menghubungi saya segera.
Saya menggesa BPR supaya menumpukan perhatian menangani isu pokokâ€â€menyiasat jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepertimana yang didedahkan dalam rakaman video tersebut. Kaedah sebaiknya adalah dengan penubuhan Suruhanjaya diRaja untuk mempastikan penyiasatan rapi dan teliti.
ANWAR IBRAHIM
Diikrarkan pada: 26.10.2007
Difailkan pada: 26.10.2007
Tarikh Pendengaran:
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN JENAYAH)
PERMOHONAN PELBAGAI JENAYAH NO. TAHUN 2007
Dalam perkara di bawah Seksyen 22(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997
DAN
Dalam perkara di bawah Seksyen 29(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997
DAN
Dalam bidangkuasa Mahkamah yang sedia ada
Afidavit
Saya, DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM (No. K/P: ***), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat di No. 17, Jalan 16/2, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan dengan sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar seperti berikut: -
1. Saya merupakan seorang Perunding dalam Pengurusan (Governance) dan Ekonomi.
2. Saya mengikrarkan akan kebenaran perkara-perkara yang dinyatakan di dalam Afidavit ini daripada pengetahuan saya sendiri.
3. Saya membuat Afidavit ini untuk menyokong Notis Usul saya yang difailkan di sini.
4. Pada 5.10.2007, dua pegawai daripada Responden, Badan Pencegah Rasuah (“BPRâ€Â) telah hadir ke pejabat di No. 17, Jalan 16/2, 46000 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan melalui satu temujanji untuk menemuduga saya berkaitan dengan satu laporan yang dikemukakan oleh Encik Sivarasa Rasiah pada 20.10.2007 berhubung dengan amalan rasuah yang disyaki melibatkan perlantikan-perlantikan hakim termasuk Tun Ahmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Saya telah ditemuduga dengan kehadiran peguamcara saya, Encik Willam Leong.
5. Laporan ini adalah berdasarkan isi kandungan satu rakaman video yang menunjukkan seorang peguam, Dato’ V.K. Lingam sedang bercakap dengan Tun Fairuz. Saya telah menerima satu salinan 8 minit rakaman video tersebut daripada sumber yang tidak dapat saya namakan dan maklumkan buat sementara ini kepada media menerusi sidang media pada 19.9.07. Walaupun, saya telah menonton satu versi rakaman 14 minit, saya hanya diberi satu salinan oleh sumber-sumber tersebut akan rakaman video 8 minit tersebut.
6. Pada hari Isnin, 22hb Oktober 2007, tiga pegawai dari pihak BPR telah hadir ke pejabat saya sekali lagi melalui satu temujanji. Penyataan lanjut telah direkodkan dari saya dengan kehadiran peguam-peguam saya, Encik William Leong, Encik Sankaran Nair dan Encik Sivarasa Rasiah. Pegawai-pegawai BPR tersebut ialah En. Sazali Saldi, Pengarah Cawangan Tindakan Khas di Ibu Pejabat BPR dan En. Harris Mohd, Penyiasat Kanan.
7. Saya telah ditanya samada saya memiliki rakaman asal penuh versi 14 minit. Saya telah memaklumkan kepada pegawai-pegawai tersebut bahawa saya tidak memiliki rakaman asal tersebut. Saya juga telah memaklumkan kepada mereka bahawa saya akan dapat membekalkan kepada mereka satu salinan sah versi 8 minit di dalam “thumb-driveâ€Â, yang dapat disahkan secara teknikal, dan saya telah mencadangkan agar penyerahan tersebut dibuat pada Khamis, 25hb Oktober 2007 di pejabat saya. Ini telah dipersetujui oleh pegawai-pegawai tersebut.
8. Selepas selesai merakamkan penyataan, pegawai-pegawai telah meninggalkan bilik untuk membuat beberapa panggilan telefon. Mereka telah kembali dan kemudiannya meminta saya menerimaserah satu perintah di bawah seksyen 22(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memerintahkan saya untuk mengemukakan dokumen rakaman video 14 minit yang asal pada atau sebelum Khamis, 25hb Oktober 2007 seperti berikut:
“Klip video asal rakaman penuh perbualan telefon (selama lebih kurang 14 minit) yang dikatakan antara V.K. Lingam dan seorang hakim kanan pada tahun 2002â€Â. Sesalinan sah perintah tersebut dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai Exhibit “AI-1â€Â.
9. Sesudah itu, saya menanyakan pada pegawai-pegawai tersebut mengapa mereka mengeluarkan perintah ini, yang dengan jelas telah disiap-sediakan lebih awal, walhal saya baru sahaja memberitahu mereka yang saya tidak memiliki salinan asal tersebut. Mereka memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah diarahkan untuk berbuat demikian.
10. Pada Khamis, 25hb Oktober 2007, En. Sazali telah menelefon saya pada lebih kurang 9.30 pagi untuk menanyakan waktu mereka dapat menemui saya. Saya mencadangkan di antara 11.00 pagi hingga 11.30 pagi. Beliau berkata bahawa beliau akan menelefon untuk mengesahkannya.
11. Lebih kurang pada pukul 10.45 pagi, beliau menelefon sekali lagi untuk menanyakan samada saya boleh menemui mereka di pejabat atau di kediaman saya. Saya menyatakan bahawa saya berada di pejabat saya. Beliau menyatakan bahawa di sana terdapat ramai orang. Saya kemudiannya memaklumkan bahawa terdapat lebih kurang 150 orang hadir termasuk lebih kurang 50 wartawan dan telah memberikan jaminan peribadi bahawa proses untuk menyerahkan “thumb-drive†tersebut tidak akan mengambil masa lebih daripada 10 minit.
12. Lebih kurang pada 11.05 pagi, beliau sekali lagi menelefon dan menyatakan bahawa pertemuan kami telah dibatalkan dengan menggunakan perkataan-perkataan “terpaksa dibatalkanâ€Â. Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan menalefon kembali untuk membincangkan masa yang sesuai untuk bertemu untuk mengambil “thumb-drive†tersebut.
13. Saya telah dinasihatkan oleh peguamcara saya dan oleh itu, sesungguhnya percaya bahawa perintah seksyen 22 tersebut yang dikeluarkan terhadap saya adalah salah di sisi undang-undang dan terbatal dan harus diketepikan berdasarkan alasan-alasan berikut:
1. Pengeluaran perintah tersebut adalah tidak rasional dan tidak munasabah memandangkan tidak terdapat fakta asas yang wujud untuk tuntutan tersebut dibuat seperti seadanya. Saya tidak boleh menyerahkan sesuatu yang saya tidak miliki.
2. Cara pengeluaran perintah tersebut oleh Responden dengan mengetahui sepenuhnya bahawa saya baru sahaja mengesahkan yang saya tidak mempunyai rakaman asal yang dituntut menunjukan niat jahat (mala fides) mereka.
3. Pengeluaran perintah tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa yang sedia ada oleh Responden di Bahagian IV Akta tersebut, terutama sekali seksyen 22. Sebagai mantan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kabinet yang diamanahkan untuk menggubal Akta tersebut dan kemudiannya membentangkannya di Parlimen, saya arif dengan tujuan dan objektif seksyen tersebut yang bertujuan untuk memberi kuasa-kuasa kepada pegawai-pegawai penyiasat untuk memperolehi keterangan, maklumat dan dokumen-dokumen berkaitan daripada orang-orang yang disyaki melakukan kesalahan-kesalahan rasuah. Walaubagaimanapun, dalam kes ini, bertentangan dengan tujuan Parlimen dan Akta tersebut, kuasa-kuasa tersebut telah disalahgunakan di sini sebagai satu cubaan untuk memberi tekanan dan menakutkan saya sebagai seorang yang secara sukarela mendedahkan kesalahan-kesalahan rasuah seperti yang disyaki sebagai sebahagaian daripada tanggungjawab-tanggungjawab awam saya.
14. Saya juga telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya bahawa ketidakpatuhan perintah tersebut adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 29 Akta tersebut yang dibaca bersama dengan seksyen 57 dan seksyen 58 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau satu denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
15. Jelas, pengeluaran perintah tersebut merupakan satu ancaman langsung terhadap kebebasan peribadi saya dan satu pelanggaran hak perlembagaan saya. Memandangkan pengeluaran perintah tersebut tidak mempunyai asas undang-undang, saya percaya bahawa ianya mempunyai motif politik.
16. Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya memohon satu perintah seperti dipohon di dalam permohonan saya di sini.
Diikrarkan pada DATO’ SERI ANWAR )
BIN IBRAHIM pada 26hb Oktober 2007 )
di Kuala Lumpur (Terjemahan tidak diperlukan) ) Di hadapan saya
Pesuruhjaya Sumpah
Afidavit ini diikrarkan pada 26.10.2007 dan difailkan pada 26.10.2007 oleh Tetuan William Leong & Co, Peguambela dan Peguamcara bagi pihak Pemohon yang dinamakan di atas.
Ruj: WL/Yus/LT-03/DSAI/076/07
















DSAI,
I like the words your lawyers are using …tidak sah, tidak munasabah dan tidak rasional …
literally translated as being invalid, unreasonable and irrational ….
invalid implies use of worng premises and/or wrong conclusions from those premises …. which is by all accounts is true .. that you being the owner, that you beingin possesion of the original and other such premises ..
unreasonable is more serious … that they ACA may not be using reasons …well, reasons is none other than the use of the facukty of the mind [thinking grey matter lah]; in which case, the ACA is proven to be very much in the absence ….
irrational is tantamount to be beyonds description anymore ….. well, only the human species is capable of being rational; they are sometimes referred to as the rational animals…..
if you say that the ACA is irrational, then, the inference, is that they are NOT rational animals ie. human beings …..
now, in ibn sina’s theory of psychology, we know, as the Europeans scholars have known from Ibn Sina’s work some very many hundred of years ago, teaching as they were for some 600 years in the universities of Paris, presumably, Oxford colleges, Padua and such like; anything other than human beings as rational animals ……
we could safely say, that ….. I think we leave that to Charles Darwin and his supporters … mind you, Malaysia is blessed with the oldest Tropical Rain Forest and the species that contain therein …
Adakah saudara akan hadir Himpunan 100 pada 10/11/2007 anjuran BERSIH
Maaf soalan saya saya ada kesilan taipan
Saya ada satu pertanyaan ADAKAH SAUDARA AKAN HADIR PADA Himpunan 100 ribu pada 10/11/2007 nanti ?
Tak kira apa disiarkan dalam surat khabar tempatan.
Kami mahukan keadilan!
Lawan tetap lawan. Reformasi!
DS,
Nampaknya ACA (Anti Corruption Agency ?)beria-ria benar mahu mempertahankan Linggam dan Fairuz,sehingga sanggup melakukan apa sahaja biar pun menjadikan mereka kelihatan tidak berwibawa.Inilah taraf kakitangan dan agency kerajaan yg sedang menguruskan negara sekarang.Kita memang tahu sebenarnya semua ini adalah utk melindungi Parti korup yg sedang memerentah sekarang yg tidak mampu berdiri dgn sendirinya tanpa bantuan kerja kotor dan kakitangan tak berprinsip begini.Tapi saya percaya dgn kegigihan dan kebijaksanaan DS,gulungan ini akan tumpas nanti.Saya mendoakan kejayaan ini.
Sdr. Budiman…..
Cara kamu tanya ni….macam polis…!!!!
Yang penting kamu hadir……. Komen saya…..kita mesti ada strategi….!!!!
SALAM PERJUANGAN….SEBENARNYA ISU POKOK UNTUK MENYIASAT KES LINGGAM DAN NAMA2 YANG TERSEBUT DALAM KLIP ITU TAK BERANI DILAKUKAN..SEBAB ITU MEREKA CUBA MENCARI ALASAN DAN BERBAGAI2 MUSLIHAT UNTUK MENUTUP SEGALA KEBENARANYA…APA YANG SDR DIN MERICAN KATAKAN MEMAG BENAR,JIKA IMAM HADARI BETUL2 TELUS DAN INGINKAN KEBENARAN DEMI UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM KEHAKIMAN NEGARA,IMAM HADARI INI DAH LAMA TUBUHKAN SURUHANJAYA DURAJA BAGI MENYIASAT KLIP LINGGAM..NAMUN NAMPAKNYA MEREKA2 YANG BERPURA2 BODOH DAN BINGAI INI CUBA UNTUK MEMBODOHKAN RAKYAT YANG DAH TERANG2 MENYAKSIKAN SANDIWARA BODOH DAN BINGAI SERTA BEBAL MEREKA2 INI…PENCACAI YANG MEMEGANG JAWATAN PUN TAK KERUAN NAK PAMIRKAN KEBEBALAN MEREKA…KALAU HENDAK SANGAT JADI BEBAL NANTI SELURUH RAKYAT AKAN DOAKAN SEMOGA KAMU SEMUA JADI BEBAL..ORANG2 BEBAL TAK LAYAK PEGANG APA2 JAWATAN TERUTAMA JADI PEMIMPIN…RAKYAT TAK MAHU IKUT JADI BEBAL MACAM KAMU…
PADA SEMUA PEJUANG2 PENEGAK KEBENARAN DAN KEADILAN…JIKA KITA BENAR2 IKHLAS DAN JUJUR INGIN BERJUANG, KITA TAK PERLU UNTUK BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA ORANG LAIN…SEMANGAT YANG BERKOBAR2 YANG MENGALIR PADA SETIAP NALURI AKAN SENTIASA HIDUP DAN TETAP TERUS BERJUANG WALAUPUN BERSENDIRIAN,DEMI UNTUK MENEGAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN UNTUK TERUS MARA MEMERANGI KEMUNGKARAN…DEMI NEGARA DAN GENERASI MENDATANG…LAWAN TETAP LAWAN…SAMA2 LAH KITA MARAKAN SEMANGAT PERJUANGAN…PERHIMPUNAN NANTI AKAN MENYATUKAN SEMANGAT2 YANG BERGELORA UNTUK MENEGAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN..
Salam,
Dalam kes video VK Lingam kenapa Pak Anwar memilih untuk membuat pendedahan sebagaimana yang telah berlaku?. Kenapa saudara tidak kumpulkan angkatan pimpinan pembangkang dan bertemu majlis raja-raja sewaktu majlis raja-raja bersidang untuk menyerahkan rakaman skandal tersebut dan tuntut jaminan keadilan mesti dilaksanakan. Beri waktu kepada majlis raja-raja untuk memikirkan langkah paling tersusun untuk mempertanggungjawabkan individu-individu yang terbabit. Saya berpandangan demikian kerana yakin bahawa dibumi Malaysia ini kuasa rakyat tidak pernah mengubah apa-apa. Tahap pendidikan politik warga malaysia hanya berlegar sekitar politik kekuasaan. Akan tetapi perubahan kelihatan mula bergerak apabila golongan bangsawan dan elit masyarakat diarusperdanakan.
meluat aihh aku tgk media putar belit
cth kat TV1 malam semalam…selamba ja dia tulis bawah nota kaki dia
“Anwar ibrahim gagal menyerahkan salinan video seprti yg diarahkan - BPR”
saman jaa TV1 nie dato…
walaupon kita tahu tak ada keputusan yg penting
kita boleh jadikan ianya untuk rakyat tahu apa yg sebenarnya….
bila doto sri saman kami boleh buat modai utk p cerita kat
umno2 dungu dibawah nie….mereka tu bukan tahu apa pon…..
rakyat harus bangkit menentang ketidak adilan…..jika dok diam je sampai bila2 la kita akan di tindas
Yang Berbahagia DSAI
King Mongkut
Warta TV Cakap Bohong
Fri Oct 26, 2007 8:56PM
Apa dah jadi dengan sistem penyiaran di negara yang diperintah oleh AMNO, Sanggup keluarkan berita pembohongan kepada Rakyat Malaysia seluruh negara. Betullah punya hadhari bagaimana kau laungkan itu dan ini kepada rakyat manakala kamu membohongi rakyat berhubung kes penyerahan video klip oleh DSAI. Diingatkan terutama kepada media, perkara berbohong ni jangan diperlekeh-lekehkan dan dianggap perkara kecil. Nantilah kau tau seluruh operasi penyiaran kau tergugat dan menerima musibah yang teramat sangat sehinggakan kiamat melanda organisasi kamu. Sama-sama kita tengok, sabar kepada mereka yang benar tetap benar.
DSAI, saya benar2 tak paham, BPR tidak ambil rakaman pada DSAI tapi kenyataan TV3 katakan DSAI yg patutnya serahkan rakaman video asal lepas tu DSAI akan dikenakan tindakan undang2 kerana tidak serahkan rakaman asal. DSAI ada nyatakan rakaman itu hanya salinan asal dan bukan rakaman asal. Saya dapat rasakan mereka kelirukan rakyat terbanyak dan beban kesalahan atas DSAI. Akhirnya mereka akan kata DSAI tak beri kerjasama dan sengaja ada2kan cerita. Mereka tak peduli dgn masyarakat antarabangsa tapi hanya nak menangi hati rakyat kononnya mereka nie baik sungguh, bersih dan tak korup.
teruskan usaha, tapi biar bijaksana. selagi DS di pihak yg benar hgn takut. rakyat sentiasa menyokong anda….
Akum DSAI,
tiap kali bila ada sidang akhbar dari pihak Dato, saya dapati TV3 akan hadir. Setelah saya menonton sidang video dato di internet saya dapati kenyataan berita yang disiarkan di TV3 malam tadi adalah bercanggah dgn apa yg Dato katakan. DSAI mengatakan BPR tidak hadir, manakala di TV#, BPR mengatakan Dto Sri gagal hadir menghantar bahan bukti. Yang mana satu? Bg saya, saya lebih mempercayai kenyataan yang Dato Sri keluarkan dpd kenyataan putar belit TV3. Cuma apa saya bimbangkan adakah benar BPR boleh mendakwa DSAI dengan apa yang disebut didalam berita.And stop allowing TV3 reporter fm attending your Sidang Akhbar. They are good for nothing…….I supposed.
Sdr. Gani Patail…..
Kamu tahu karan letrik…? Adakah kamu nampak…? Beranikah kamu memegang karan letrik itu…?
Ya… Kamu tau tapi tak berani nak pegang kerana kamu akan mampus….!!!!
Cukuplah skandal xxxs kamu dan tanah beratus ekar di Sabah…..!! La ni…kamu telah menyalahguna kuasa mengarahkan BPR untuk menangkap Anwar…!
Kamu dah semakin tua. Sokongan di pejabat Peguam Negara dan BPR terhadap kamu dah semakin merosot. Insaflah sebelum terlambat. Mungkin kau dah terlupa kisah sedih arwah ‘Dugong’….
Pergilah jumpa isterinya sekurang-kurang ingatan kamu segar kembali. Kau merancang dan Allah pun merancang.
SALAM PERJUANGAN….NAMPAKNYA PEHAK BPR TIDAK MAMPU DAN TIDAK ADA KEBERANIAN SERTA LEMAH DALAM TUGAS YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT…BERBAGAI2 ALASAN SERTA MUSLIHAT DICIPTA HANYA UNTUK MENOLAK DAN MENAFIKAN SEGALA KEBENARAN DAN KESAHIHAN YANG DIBUKTIKAN DIDALAM KLIP LINGGAM…SEGALA KEBENARAN YANG TELAH DIBUKTIKAN TERPAKSA DITENTANG DENGAN BERBAGAI2 CARA DAN ALASAN DEMI UNTUK MELINDUNGI BEBERAPA EKOR PETUALANG YANG MUNGKIN DIBERI KEKEBALAN DALAM UNDANG2 YANG SEAKAN MENGUASAI SISTEM KEHAKIMAN NEGARA SEHINGGA PEMIMPIN2 UMNO SERTA BPR DAN POLIS BEGITU RAPI DAN BERSUNGGUH2 DENGAN SEDAYA DAN UPAYA MEREKA MENCARI DAN MENGGALI IDEA(IDEA YANG HANYA MAMPU MEMPAMIRKAN KELEMAHAN DAN KEBODOHAN)UNTUK MEMPERTAHANKAN PETUALANG NEGARA YANG MUNGKIN LEBIH BERKUASA DARI PEMIMPIN2 BEBAL YANG ADA…ADA MENTERI PUN BAHLUL..APA YANG MAMPU ORANG BEBAL MACAM NAZRI TU BOLEH LAKUKAN..DIA HANYA MAMPU LUAHKAN PANDANGAN YANG SAMA BAHLUL MACAM DIRI DIA..
JIKA BENAR AL-IMAM AL-HADARI INI INGIN DENGAN JUJUR,TELUS DAN MERIALISASIKAN KALIMAT CIPTAANYA IAITU ‘INTEGRITI’SERTA PUNYA PERASAAN IKHLAS INGIN MEMPERBAIKI SISTEM KEHAKIMAN NEGARA YANG KINI SEMAKIN PARAH YANG DIANGGAP TIDAK ADA KREDIBELITI,SEHARUSNYA AL-IMAM AL-HADARI MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MEMBOLEHKAN SIASATAN KES LINGGAM DILAKSANAKAN DENGAN JUJUR DAN TELUS…KERANA ITULAH JUGA HARAPAN RAKYAT JELATA AGAR SURUHANJAYA DIRAJA DAPAT DIUJUDKAN UNTUK MENCARI KEBENARANYA SERTA DAPAT MENGHERET SEMUA PETUALANG KEMUKA PENGADILAN UNTUK DIHUKUM…NAMUN SEHINGGA KINI NAMPAKNYA AL-IMAM AL-HADARI SEOLAH2 TENAT SERTA LEMAH DAN TIDAK BERMINAT UNTUK MENCARI KEBENARAN JAUH SEKALI UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM KEHAKIMAN NEGARA,SEGALANYA HANYA RETORIK YANG CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT…NAMPAKNYA AL-IMAM AL-HADARI HANYA NAK MENDODOIKAN RAKYAT DENGAN SENANDUNG PUISI UNTUK MENCARI AL-GHAZALI…TAPI APA YANG DIDENGAR RAKYAT ADALAH..’MANA LAGI PEMBOHONGAN HARUS KU GALI’…CUKUP2LAH PAK IMAM WOIII…UNTUK PENGETAHUAN PEMIMPIN2 UMNO,KETUA BPR DAN KETUA POLIS,SEBENARNYA RAKYAT DAH MUAK UNTUK MENONTON SENDIWARA YANG KAMU SEMUA LAKUNKAN…CUKUPLAH KAMU MEMBODOHKAN DIRI KAMU..RAKYAT DAH TAK PERLU LAGI PEMIMPIN2 YANG BEBAL DAN BODOH SEPERTI KAMU…SETIAP KALI KAMU SEMUA BUKA MULUT,YANG KELUAR HANYALAH PEMBOHONGAN YANG BODOH DAN BEBAL..SEKALI LAGI KAMI SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERTEGAS DENGAN SEKERAS2NYA UNTUK MENUNTUT SATU SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN UNTUK MENYIASAT KES KLIP LINGGAM AGAR KEBENARANYA DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN SEMPURNA….SISTEM YANG ADA HANYA UNTUK MENOLAK KEBENARAN DAN MENGEMBANGKAN KEMUNGKARAN ‘YANG MEMBERI MAKLUMAT SERTA YANG KEMUNGKARAN AKAN DIDAKWA,YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN AKAN DILINDUNG…YANG DERUSAHA MELINDUNGI KEMUNGKARAN DAPAT GANJARAN..’
INILAH SISTEM NEGARA…SEGALA PEMBANGUNAN YANG DICIPTA HANYA UNTUK MEMBELASAH DAN MENELAN HASIL2 RAKYAT DENGAN PEMBOHONGAN UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN KANTUNG PERIBADI DAN KELUARGA SERTA DENGAN NAFSU YANG RAKUS…BILA DAH KENYANG,DENGAN BANGGANYA MEREKA2 INI CUBA UNTUK MEMBODOHKAN RAKYAT DENGAN LAUNGAN..”LIHATLAH KEMAJUAN NEGARA YANG SENTIASA MEMBANGUN KEARAH YANG CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG..” NAMUN MEREKA TIDAK MENDENGAR SAHUTAN DARI RAKYAT JELATA…”CEMERLANG,GEMILANG,GEMILANG DAN PENUH DENGAN TEMBERANG…”…HIDUP PEMBOHONGGG…PEMBOHONG BOLEHHH…”
Spt yg diduga, they are turning the tables on DSAI. They just cant afford to loose the case because the stakes are so high. Spt yg pernah disebut dulu, byk yg terlibat dlm kes ini. Bukan hanya Lingam atau Ahmad Fairuz, even the AG can be dragged into this. Kes2 yg lampau spt kes pemecatan Tun Salleh dan juga kes perbicaraan DSAI, semua akan di buka semula! Pekungnya terlalu ‘far reaching’. The govt just cant afford..Pak Lah was part of the system then. In fact, many ministers were part of the system then but they couldnt do anything, Mahathir ruled with an iron fist.Siapa yg berani go against him, padah la jawabnya spt apa yg berlaku kepada DSAI, yg tak ada boleh diadakan dan diperbesarkan melalui media massa yg dikontrolnya…Kes ni melibatkan kredibiliti, integriti badan kehakiman negara yg telah dipunahkan di zaman Mahathir lagi. Yes, Mahathir was the one who screwed up the system. Whatever good system that we had, be it the public or the private sector, Mahathir singlehandedly, screwed up almost everything! All for his own personal agenda, for his political survival.Malaysia Boleh, semua boleh, screwing up badan kehakiman pun boleh!
Salam DSAI,
Tidakkah Dato akui, orang yang mengelilingi dato kurang arif dalam strategi menghadapi UMNO? Tidakah dato akui, perjuangan dengan kemarahan itu menghancurkan dan perjuangan dengan akal itu menghidupkan.
Dato, kembalilah kepada hakiki dan dari situ lakukan satu persatu kerana tanah ini tanah Melayu, nasihat yang hakiki adalah nasihat dari Melayu.
Sekian
Salam buat Saudara Anwar…
Media Perdana keluar kenyataan putar alam….saya khuatir sebahagian rakyat percaya bahawa saudara Anwar penipu. Dimana rakaman kedua Pita Liggam ? saya sarankan siarkan rakaman penuh Pita tersebut , supaya penyokong BA akan ada perasaaan yakin. dan mereka boleh laksanakan kempen secara besar-besaran ke ceruk Malaysia. Saya bimbang saudara Anwar akan ditangkap kemudian didakwa serta dipenjara. Mungkin saudara sudah lali dengan penjara, tetapi bagaimana dengan rakyat yg mempunyai harapan tinggi terhadap saudara utk melakukan perubahan ? berhati-hati saudara Anwar , tersilap langkah saudara akan meringgkuk ke penjara.
Wassalam…..
Allahu Akbar…
BRAVO COKELAT…NAMPAKNYA DAH SEMAKIN PANAS…SYABAS…HIDUP KITA DIDUNIA INI HANYA SEKALI JADI BIARLAH KITA TINGGALKAN DUNIA INI NANTI DENGAN PENUH BERERTI DAN PUAS KERANA DAPAT TUNAIKAN AMANAH UNTUK ANAK CUCU DENGAN KEBERANIAN…BIARPUN KECUNDANG TAPI HATI PUAS…SEMOGA DIAKHIRAT NANTI DAPAT KITA SEMUA BERTEMU..
Kalau Sesiapa yang berpengelaman dengan pesakit pesakit mental, elok sangat kalau kita bandingkan dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini antara rakyat dan pemerintah. Pesakit mental bukan bermakna gila (100 peratus hilang akal) tetap berlaku ketidakseimbangan bahan kimia didalam otak mereka. Oleh itu mereka perlu mengambil ubat. Jenis jenis nya pulak contohnya: depression, borderline personality, bipolar, anxiety disorder, panick attack,nassasitic disorder so on.
Mereka ini nampak berkelakuan normal tetapi pintar. Pandangan pakar pakar jiwa, sukar sekali untuk mengubat mereka kerana kepintaran dan boleh membodohkan semula pakar pakar jiwa berkenaan hasil putar belit mereka.
Yang teramat jelas kebanyakan persakit pesakit ini adalah ‘arrogant’-keras kepala sukar sekali menerima pandangan orang, menanggap idea nya sendiri terbaik., cukup prejudis dengan orang lain terutama orang yang berniat nak menolong mereka. Padahal sebenarnya mereka lah yang bodoh sombong dan lemah. Jadi nama timangan yang terbaik bagi mereka ini adalah kurang siuman.
Penyakit seperti ini juga boleh terjadi pada bila bila masa pada seseorang di awal atau lewat usia. mereka tidak tahu cuma orang yang normal saja dapat mengecamnya diatas ketidakstabilan cara berfikir mereka ini. berubah ubah dan terbalik songsang.
sebab sebab salah satu nya adalah tekanan hidup yang kuat dan lemah ketahanan diri. Disamping bnyak lagi sebab lain.
Jadi tidak hairan scenario seperti ini boleh ditonton dimana mana terutama dikalangan pembesar pembesar negara hari ini. Walau pun kadang kadang bodoh dan sombong mereka dibuat buat tetapi ada setengah setengah nya memang benar benar bodoh dan sombong dan perlukan rawatan
YANG THE WORST SEKALI IALAH KEBODOHAN DAN KELEMAHAN MEREKA INI DITUNDINGKAN KEPADA ORANG LAIN, DEMI UNTUK MENUTUP KELEMAHAN SENDIRI. INI SUDAH CUKUP PARAH DAN KRONIK.
Datuk Seri,
You are my Prime Minister.
I believe you are the one who can lead Malaysia out of its current rot.
God bless you.
apa jadi dengan c Lingam??..hidup la ka mamat nih?..BRP dah soal-soasat kat mamat ni?
kesalahan fakta yg begitu ketara pd item 4; tarikh2nya tak masuk akai…
“Bagi melaksanakan dan mencapai visi dan misi yang ditentukan, adalah penting pegawai dan staf BPR memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuan, profesionalisme serta melaksanakan kod etika jabatan.”
Ucapan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
(http://www.bpr.gov.my)
Note these “visi(wawasan) dan misi(amanah) yang ditentukan” are not elaborated
Jelas dari kes video lingam bahawa kerajaan kita dikawal oleh mereka mereka dari luar kerajaan dimana orang orang tertentu yang punyai kekayaaan boleh jadikan kerajaan patung atau anjing buruan sebagai contoh pada hari ini kerajaan megikut telunjuk ahli perniagaan yang kaya, cuba lihat TAK Ananda Krishnan,YTL,Berjaya Group, dan sebagainya mereka dapat bermacam itensif serta berbagai lesen,permit,tanah dan berbagai lagi sedangkan mereka dah cukup kaya tak perlu lagi bantuan kerajaan mereka sudah jadi tamak dan rakus yang terbaru Air Asia dapat 2 laluan ke Singapore MAS baru nak bernafas dan cuba meletakkan syarikat dilandasan keuntungan MAS telah ditikam dari belakang oleh tuan punya nya sendiri sebab tuan nya bodoh,saya rasa CEO nya yusof jala elok lah u balik serawak pergi menjala ikan lagi bagus.buat apa u kerja kuat kuat, orang di dalam board of derector MAS adalah orang Air Asia kawan baik Mr.Tony, Munir Majid adalah kawan baik Mr.Tony semua rahsia perniagaan MAS jatuh kepada Air Asia dan beberapa ahli lembaga pengarah MAS adalah orang Mr.Tony. Berani saya katakan ada duri dalam daging di MAS Cuba kita lihat setiap keputusan MAS agak layu sepatutnya MAS telah mendapat wang pampasan lebih 900 juta kerana AIRBUS gagal serah kapal terbang A800 Jumbo, tetapi lembaga pengarah MAS sengaja lambatkan tuntutan sebab mereka beri laluan AIRBUS siapkan A300 Air Asia. Air Asia telah dapat kapal terbang tetapi MAS tak dapat kapal terbang pada hal MAS yang tempah lebih awal kapal terbang tetapi Air Asia pula yang dapat dulu Kapal terbang kesempatan ini diambil oleh mereka kerana AIRBUS ada masalah kewangan mereka tak tuntut panpasan tapi syaratnya buat kapal terbang Air Asia dulu. hanya rakyat yang pandai sahaja dapat menjakau perkiraaan mereka. tetapi mereka lupa mereka telah mengadaikan wang dan syarikat rakyat (MAS)tetapi mereka tolong Air Asia yang mana pihak tertentu punnyai kepentingan mereka sangup tikan syarikat rakyat. disini jelas kerajaan telah diperkudakan oleh ahli perniagaan. ada kemungkinan wang panpasan tersebut dikurangkan dan dibayar untuk bena kapal terbang Air Asia dalam perniagaan kerajaan masa kini bermacam boleh jadi ini kerana kerajaan telah di perkudakan oleh orang luar jika badan kehakiman boleh di perkudakan ini kan pula syarikat GLC kacang pada mereka tamak haloba tipu dan tidak tulus adalah mainan mereka tak caya tanyalah bekas pengurus MAS yang lepas.Apa perlunya Air Asia diberi 2 laluan ke singapore tujuan mereka amat jelas nak buat kacau dan jejaskan syarikat rakyat pada hal orang ramai masih boleh gunakan laluan darat KL -singapore boleh naik KTM,BAS,Kereta tapi isu sebenar mereka laparkan laluan tersebut untuk lihat MAS terjejas keuntungannya mereka amat berniat jahat dari sudut jangka panjang kalu boleh nak lihat MAS tumbang dan mereka jadi syarikat NO1 negara dalan pernerbangan dangan bertopengkan tambang murah.jika kelapangan kita akan huraikan siapa di belakang Mr Tony sebagai FUND kat poket dia untuk naikkan Air Asia dia ada back up yang cukup kuat dibelakangnya. harap PAC lihat penngurusan MAS di mana cacat celanya jangan nak tumpu kat FTZ kat kelang aja MAS lebeh hebat pecah amanahnya dan salah guna kuasa nanpaknya PAC kena buka cawangan di setiap negeri. supaya ringan sikit tugas dato sharill kita. rumusan kita GLC boleh diperkudakan ini kan pula badan Kehakiman oleh LINGAM.
Dato Seri,
Saya masih ingat kisah skandal video tape seorang Deputy Speaker Dewan Rakyat (dari MIC) mungkin dah 16 tahun yang lalu.
Ceritanya begini, YB. Karpal Singh telah mendedahkan skandal sex seorang Deputy Speaker Dewan Rakyat dengan pekerja pekerja MAIKA melalui video tape copy.
Saya ingat begitu juga mereka buat kepada YB. Karpal Singh, tapi Karpal Singh kata orang beri dia melalui postal box kat gate dirumahnya.
Cuba inform Encik William Leong cari (MLJ)itu di Library Mahkahmah untuk rujukan dalam kes Dato Seri ini mungkin ada persamaannya.
Setelah mengikuti Affidavit Dato Seri, saya dapati tidak ada “prima-facie” untuk mengaitkan Dato Seri dalam skandal VK Paria itu dalam talipon conversation tersebut. Dato Seri cuma suruh siasat sahaja kebenaran (kesahihannya). Tugas BPR siasat kepada nama nama yang tersebut dalam rakaman itu untuk membersihkan nama baik Kehakiman Negara kita.
Point yang paling cantik sekali dalam Affidavit Dato Seri, Dato Seri cuma ada copy dari perbualan tersebut yang diberikan oleh orang yang tidak mau dikenali namanya. Kalau BPR mau tau sepenuhnya, sila ambil lah copy tersebut dan siasat lah. PKR mungkin juga ada pakar forensic luar negara untuk membantu mengenal pasti suara VK Paria itu. Ini mungkin sudah cukup mempunyai “corroboration” kesahihan suara VK Paria itu walaupun dari copy video tape itu. Kalau kebenaran menyerlah mungkin lebih teruk lagi imaj Malaysia diluar negara.
Seperti mana Queen Council Jonathan Gilbert berhujjah dalam kes corruption Datuk Halik vs DPP dalam tahun 1982, Mahkahmah tidak boleh menghukum seseorang berdasarkan “assumption” atau Hakim mestilah “take to the account” sama ada BPR mengambil tindakan berdasarkan undang undang atau ada motif politik.
salam perjuangan…
DSAI saya berharap DSAI akan mengetuai rakyat pada 10.11.2007 ini..
rakyat amat memerlukan seorang tokoh yang bersih seperti DSAI..
sebagai salah seorang penyokong DSAI saya telah menemui satu blog yang menyokong kerajaan pengkianat BN…
dalam blog nie DSAI telah dihina dengan teruk..
sedih saya melihat masih ade manusia yang buta dalam melihat perjuangan DSAI…
mesti blog ini kepunyaan cybertrooper UMNO..
maklum la bahang pilihanraya makin terasa…
harap DSAI dapat memantau blog ini…
http://sahabatmantap.wordpress.com/
kerana bagi saya segala fitnah yang ditaburkan kepada DSAI perlu dijawab supaya rakyat melihat keperibadian DSAI yang sebenar…
fitnah yang ditaburkan di blog ini mmg bertujuan memburukkan DSAI…
DSAI perlu bangkit mempertahankan diri…
jgn jadi mcm pak leLAH….
ape yang kita tanya dia,dia suh tanya kat orang lain…
mcm tue ker PM..
buat malu je..
baik DSAI jadi PM Malaysia…
sejuta kali lebih baik DSAI dr pak leLAH…
harap DSAI akan terus berjuang di landasan yang diredhai oleh allah…
DSAI akan terus disokong oleh saya dan sekelian rakyat jelata…
moga malaysia dapat diubah kerana malaysia skrg makin sakit dibawah BN dan pak leLAH…
DSAI tolong la selamatkan MALAYSIA…
anda la harapan rakyat mahren…
Saman je media-media berkenaan…
Nazri talk big as he know he will get voted again by stupid rakyaat, that why he talk like he is the king of the jungle,Let campaign at CHENDEROH.PERAK his representive seat during this coming election so that he will LOSS out his Parliment seat. Then he will know that he should serve the rakyaat or ..Lingam & Fairuz… All for l this x