23
Oct
07

Semoga Lekas Sembuh Sahabatku, Sheikh Azmi

Azizah memaklumkan yang sahabat saya yang juga bekas Naib Presiden KeADILan, Datuk Sheikh Azmi Sheikh Ahmad kini berada di Hospital Kulim untuk rawatan susulan penyakit kencing manis beliau.

Saya ada nukilkan dalam catitan terdahulu sebelum ini mengenai lawatan saya dan Wan Azizah menziarahi beliau di Subang Jaya Medical Centre.

Beberapa pimpinan KeADILan Bahagian Permatang Pauh ada menziarahi beliau di Kulim setelah dimaklumkan Azizah.

Saya dan keluarga mendoakan agar Sheikh Azmi terus berada dalam keadaan baik dan sentiasa cekal mendepani cabaran, InshaAllah…

ANWAR IBRAHIM

syeikhazmi-001.jpg syeikhazmi-002.jpg syeikhazmi-003.jpg


4 Responses to “Semoga Lekas Sembuh Sahabatku, Sheikh Azmi”


  1. 1 cokelat Oct 24th, 2007 at 12:44 am

    Mari kita doakan Datuk Sheikh Azmi cepat sembuh. Pakar undang-undang Islam yang tawadhuk, rendah diri, jarang tinggikan suara, berhemah dalam mengeluarkan sebarang kata-kata, mempunyai talian persahabatan dan taat setia yang cukup tinggi dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berbanding rakan-rakan yang lain.

    Reply

  2. 2 cokelat Hack Oct 24th, 2007 at 3:23 pm

    Sebenarnya masih ramai lagi sahabat DSAI yang masih taat dan menghormati DSAI. Ketaatan dan menghormati DSAI tidak semesti mereka tidak mempunyai perbezaan pendapat dan pendekatan. Janganlah melihat mereka mempunyai pendekatan dan pendapat yang berbeza lantas kita menyatakan mereka sudah tidak setia lagi dengan DSAI. Kesetiaan mereka tidak pernah dipersoalkan dan mereka sentiasa bersama-sama dan membantu DSAI. Pendirian Jamaah (kumpulan) adalah lebih penting daripada pendirian peribadi.

    Reply

  3. 3 cokelat Oct 24th, 2007 at 4:32 pm

    Datuk Sheikh Azmi uzur dan yang saya kenal. Insyaallah kalau Dato’ Seri bariskan sahabat-sahabatnya yang lain dalam blog ini…. tiada masalah bagi saya untuk nyatakan penghormatan.

    Reply

  4. 4 Badruzamani Azmi Oct 26th, 2007 at 9:34 am

    Terima kasih mak cik wan dan pak cik anwar serta semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayah saya. Insyaallah… semoga abah akan kembali sihat. Kelmarin dia menjalani operation kecil membersih luka dan mengeluarkan nanah di lutut.

    Saya akan memberitahu perkembangan semasa tentang keadaan abah kepada mak cik Wan… Insyaallah.

    Reply

Leave a Reply