Belum pernah berlaku dalam sejarah negara, di mana kebobrokan sistem separah sekarang. Apa lagi yang mahu dipertahankan oleh pimpinan Umno-BN? Hanya kuasa dan harta! Seandainya yang diwarwarkan adalah survival melayu dan negara ternyata hambar sekali.
Lihat saja indeks kebebasan media – mengaibkan bila kita tergolong bersama negara yang diperintah sang diktator. Teliti alasan penghakiman hakim Dato’ Hishamuddin dalam kes penahanan Malek Hussin. Tonton video VK Lingam yang memaparkan rasuah dan pembelian hakim oleh tauke judi Vincent Tan dan sekutunya pemimpin Umno yang diwakili menteri Adnan Mansor (sekarang bergelar Tengku).
Rasuah merebak, rompakan khazanah negara oleh keluarga dan kroni, kadar jenayah meningkat, ekonomi muram, mutu bahasa dan pendidikan merosot…
Senarainya tak berkesudahan dan penghinaan merebak hingga keluar negara. Di Indonesia, negara jiran dan serumpun, Malaysia terkenal sebagai negara pelindung penjenayah dan pemerasan ke atas pekerja miskin!
Sdr-sdri,
Tepuk dada tanya selera. Tunduk kepada kebenaran atau ugutan? Menelan propaganda media yang dikuasai penguasa kaya dan perasuah atau menghadham fakta?
Malah di kalangan kita juga tidak mungkin terlepas dari pujukan habuan wang, kontrak dan kedudukan. Seandainya gagal, ugutan dan tekanan akan bertambah.
Maka kita harus bangun dan menumpukan sepenuh kekuatan, memperkukuh jentera parti dan mengasak terus ke seluruh pelusuk negara.
Bekerja dari sekarang dengan segala ikhtiar dan kudrat yang ada. Semoga Allah SWT memeberkati usaha murni bersama.
ANWAR IBRAHIM


















Apa yg DSAI kata tu memang betul tapi rakyat khususnya orang2 Melayu, masih bergantung kpd UMNO kerana selama ni mereka percaya hanya UMNO sajalah yg mampu mempertahankan hak2 org2 Melayu walaupun UMNO la yg membenar dan memungkinkan hak2 org2 Melayu terhakis! Kepada kebanyakan org2 Melayu, sebut saja PAS atau Keadilan, mereka cepat2 sebut, ‘not proven’! DAP jauh sekali dan dipaparkan sebagai parti chauvinis. Ini lah persepsi org2 Melayus sekarang di mana minda mereka telah dijajah oleh UMNO supaya mempercayai hanya UMNO saja yg mampu mempertahankan hak2 org2 Melayu. Media massa milik UMNO/BN memainkan peranan penting dalam menindoktrinasi minda orang2 melayu dan setakat ni mereka berjaya. Baik yg educated atau yg bukan educated, kebanyakan percaya ni semua. Kebanyakan terpedaya dgn propaganda2 dan dakyah2 UMNO/BN walaupun mereka nampak segala kesongsangan UMNO/BN namun mereka tetap dengan pendirian mereka. Mereka akan kutuk pemimpin2 UMNO, mereka akan kutuk pentadbiran Pak Lah tapi when it comes to the crunch,…. dulu, kini selamanya.Hairan bin ajaib! Tidak seperti pengundi2 Cina dan tidak seperti pengundi2 Melayu Kelantan yg jauh lebih bijak, pandai memilih tapi yg di sebelah sini, bodoh2 belaka……minda dah tertutup, hati dah tertutup dan baghal!
Reply
siasah Reply:
June 5th, 2009 at 12:51 am
Saya ni seorang yang jahil yang tak berapa reti politik macam anwar ibrahim atau pemimpin politik yang lain tetapi punya perasaan , punya hati, mata, teling dan cukup sifat untuk menilaikan mana yang baik dan tak baik. Saya tak kira politik apa tapi yang penting adalah bangsa Melayu terbela. Anak bangsa akan datang akan duudk di negara mereka dengan aman. orang politik macam anwar seorang yang kaya bila negra ini porak peranda kemana dia pedi? Anak, isteri kemana mereka pergi dimana nak lelaki beliau belajar bukan diluar negeri kah? Kenapa nak porak peranda kan situasi MALAYSIA yang aman ini. Yang harus diperjuangkan ialah nasib anak bangsa tak kiralah pembangkang ke kerajaan ke.Cuba fikirkan siapa penagih dadah di MALAYSIA ni diapa mat rempit di MALAYSIA ini bukan kah 80 % anak Melayu… SUDAH-SUDAH LAH MELAYU JANGAN KAMU NAK BERPECAH BELAH … ORANG ISLAM BERGADUH SESAMA SENDIRI ORANG KAFIR TEPUK TANGAN , KETAWA DAN GEMBIRA KERANA UMAT ISLAM AKAN MUSNAH DAN SIAPA YANG M,EMUSNAHKAN MEREKA … ORANG ISLAM ITU SENDIRI… MELAYU ITU SENDIRI sedarlah bangsa ku…..
Reply
Salam perjuangan, satu demi satu kemelut dibongkar. Malangnya ia seperti tidak meninggalkan kesan dlm diri kita. Keegoan, nafsu mematikan pertimbangan akal dan fitrah yg sehat. Ayuh wahai rakyat malaysia, SAMPAI BILA KITA HARUS DI PERBODOHKAN OLEH MEDIA..!!!! fikir dengan rasional.. ketepikan emosi dan kepentingan peribadi. Buat semua pendukung keadilan dan kebenaran, teruskan usaha anda walau sekecil apapun. IKHLASKAN DIRI; BUKAN UNTUK MENDAPAT PUJIAN / PENGHARGAAN MANUSIA, KERANA KITA AKAN MUDAH KECEWA JIKA TIDAK MENDAPATKANNYA. Satu hakikat yg perlu kita akui, segala sesuatu ada episodnya yg telah diatur oleh yg maha kuasa, so kepada Dialah segala pengharapan. Moga Allah buka hati kita semua.
Reply
DS,
Sayang sekali ramai diantara kita yg sengaja mencari-cari alasan yg remeh untuk tidak betindak,mereka nampak nya lebih suka mati secara perlahan-lahan daripada menelan ubat yg cukup pahit utk pulih kemudiannya.Inilah sikap mejoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.Saya cukup keciwa,tapi tetap bersama DS terus mencuba dan berusaha.
Reply
SALAM PERJUANGAN….JIKA DULU SEMANGAT MASYARAKAT MELAYU BEGITU KUAT DAN BERKOBAR2 UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI SEGALA ANCAMAN SAMADA DARI DALAM MAHUPUN LUAR,KINI SEMANGAT2 ITU TELAH PUDAR DAN LENYAP,SEGALANYA BERPUNCA DARI PEMERINTAHAN UMNO YANG HANYA MENGAJAR RAKYAT SUPAYA MENUTUP MULUT DAN MEMBUTAKAN MATA..RAKYAT DISOGOKAN DENGAN HIBURAN,PEMBANGUNAN DAN PEMBOHONGAN AGAR DAPAT MENYEMBUNYIKAN SEGALA KEBURUKAN PEMIMPIN2 DARI PENGETAHUAAN RAKYAT..JIKA ADA YANG CUBA MENGHEBAHKAN SEGALA PERLAKUAN BURUK PEMIMPIN2 MAKA UGUTAN DEMI UGUTAN AKAN DITERIMA,SEHINGGA PEMIKIRAN SEGELINTIR RAKYAT MENJADI BEKU DAN KAKU, TIDAK MAMPU SERTA TIDAK MAHU UNTUK MEMIKIRKAN KEADAAN NASIB NEGARA SAMADA KINI ATAU AKAN DATANG..MEREKA DIAJAR UNTUK MEMIKIRKAN NASIB DIRI MEREKA SENDIRI DARIPADA MEMIKIRKAN NASIB MASA DEPAN NEGARA DAN GENERASI YANG AKAN DATANG…MAKA RAMAILAH GENERASI2 YANG BUTA DAN PEKAK SERTA LEMAH FIZIKAL DAN MENTAL YANG DILAHIRKAN DALAM PEMERINTAHAN PEMIMPIN2 YANG KORUP DAN LEMAH SERTA TAK BERAKAL…MEREKA TAKUT UNTUK MENYUARAKAN TENTANG KEBENARAN DAN KEADILAN…BAGI MEREKA,MASAALAH NEGARA BUKAN MASAALAH MEREKA,ADA YANG BERKATA,MEREKA DAH SENANG UNTUK APA NAK SUSAH2KAN DIRI NAK MENENTANG PEMIMPIN2 YANG KORUP…BIARKANLAH…ASALKAN NEGARA AMAN..INILAH SIKAP SEGELINTIR RAKYAT YANG TELAH DIAJAR OLEH PEMIMPIN2 UMNO UNTUK MENJADIKAN MEREKA2 INI TERUS MEMBISU BIARPUN KEMUNGKARAN PEMIMPIN2 BERLELUASA…SEHINGGA AKHIRNYA LAHIRLAH BERBAGAI BAGAI GEJALA NEGATIF MENGUASAI DIRI ANAK2 REMAJA UNTUK MEMENUHI JIWA DAN NAFSU2 MEREKA..PIMPINAN MELALUI TELADAN..DISEBABKAN INILAH JUGA RAMAI ORANG2 MELAYU YANG JADI LEMAH DAN PENGECUT,YANG HANYA MAMPU JADI PAK TURUT..HANYA MENGIKUT KATA2 ORANG YANG ADA KUASA..DULU TAAT PADA MAMAK BENDAHARA,KINI SEBELAH MATA PUN TAK PANDANG SEBAB TAAT PADA PAK LAH, TAKUT PAKLAH MURKA..AKAN DATANG TAK TAU DAN TENTU LAGI..MUNGKIN AKAN BUAT IKRAR TAAT SETIA PADA ANWAR KUT..YA LAH SEKARANG NI MENENTANG AKAN DATANG TERPAKSA LAH BUAT IKRAR..BEGITULAH PRINSIP SEGELINTIR MASYARAKAT MELAYU,TAK PAYAH LAH KITA NAK MENGHURAIKAN LAGI…SEBAB ITULAH SUKAR UNTUK MENCARI PEJUANG2 MELAYU YANG BENAR2 BERSEMANGAT DAN BERWIBAWA YANG BERANI MENENTANG SEGALA KEMUNGKARAN DAN MENEGAKAN KEBENARAN SERTA KEADILAN MELAINKAN DIDALAM KELOMPOK2 PEMBANGKANG…NAMUN KITA HARUS TERUSKAN USAHA DENGAN PENUH KEYAKINAN DAN BERSEMANGAT UNTUK MENCUCI OTAK2 MEREKA YANG MASIH DIBELENGGU DAN TERMANGGU2..PIMPINLAH LAH MEREKA2 INI DAN TUNJUKAN LAH JALAN MENUJU KEBENARAN DIDALAM RUANGAN KEADILAN….LAWAN TETAP LAWAN.
Reply
Saudara jiran ku, bersabarlah menantikan perubahan di Malaysia.Saya yakin semakin bobroknya UMNO dan BN maka akan semakin hampir kepada yang namanya Reformasi, sepeti yang berlaku di Indonesia ketika rejim Suharto jatuh karena kehendak Yang Maha Kuasa jua.Apa yang berlaku di Indonesia dapatlah kiranya menjadi bahan kajian tuan-tuan sekalian yang merindukan Reformasi di Malaysia.Sehingga pada saatnya nanti hal-hal buruk yang menimpa Indonesia pasca reformasi tidak berlaku di Malaysia.Beruntunglah masih ada tokoh seperti DSAI yang berwawasan luas dan berakhlak lurus dalam memperjuangkan kebenaran atas kebathilan.My wish is alangkah bagusnya seandainya parti-parti Barisan Alternatif dapat bahu membahu memperjuangkan perubahan minda rakyat Malaysia sehingga kekuatan dan kesadaran rakyatlah yang akan menjadi pendobrak segala ketidak adilan yang berlaku saat ini.Semoga DSAI terhindar dari daya upaya kaki tangan BN yang akan membungkam setiap pendedahan terhadap salah laku dan rasuah yang mereka lakukan.Saya merindukan Malaysia yang tidak hanya maju dari segi ekonominya tetapi juga kebebasan rakyatnya dalam menyatakan pendapatnya.
Reply
DSAI…..
saya doakan dsai akan mendapat pertolongan dalam perjuangan menegak keadilan di negara kita…. muga piliharaya kali ini akan merubah suasana politik negara kita
dengan kemenangan BA…
Reply
Assalamualaikum,
Pada pendapat saya memang Malaysia sekarang dalam keadaan parah dan saya sebagai rakyat Malaysia amat risau tentang prestasi negara saya sendiri. Saya amat berminat untuk menceburkan diri dalam politik, tapi bukan kerana saya ingin merosakkan fikiran rakyat tapi untuk mencari keadilan mana yang di cari oleh pemimpin kita. Kerana kita sebenarnya perlu memikirkan keadaan Malaysia dari segi kewangan, keadilan,dan beban rakyat yang tertanggung. Saya akui zaman dah berubah tapi apa yang pemimpin perlu lakukan adalah kerana rakyat dan bukan kerana kepentingan diri sendiri. Jangan sampai Malaysia kembali dijajah dahla…ok.salam
Reply