21
Oct
07

Foto-foto sekitar Rumah Terbuka Cherok To’ Kun

Sabtu semalam acara keluarga bermula awal 1130 pagi dengan majlis doa dan tahlil arwah keluarga dan ahli qariah masjid.
Majlis dengan masyarakat berterusan hingga 630 petang. Sambutan hangat dan sokongan rayat dari pelbagai kaum amat menggalakkan.
Terima kasih kepada Jawatankuasa penganjur, KeADILan Bahagian Bukit Mertajam, Bahagian Permatang Pauh dan KeADILan Negeri Pulau Pinang.

ANWAR IBRAHIM

rayatkun1.jpg

rayatkun2.jpg

rayatkun6.jpg

rayatkun9.jpg

rayatkun10.jpg


9 Responses to “Foto-foto sekitar Rumah Terbuka Cherok To’ Kun”


  1. 1 cokelat Oct 21st, 2007 at 8:28 pm

    RUMAH TERBUKA DI BUKIT SEGAMBUT…..

    Sampai jam 4.20pm. Banyak kereta terpaksa ‘parking’ di jalan utama Segambut Dalam. Terpaksa berjalan kaki sejauh 2 KM. Dato’ Seri dan Kak Wan tak jemu-jemu menyambut tetamu. Semua bangsa dan agama hadir. Yang paling indah dan sopan… Sdr. William Leong (Bendahari Agung) dan Sdr. Tian Chua (Ketua Penerangan) memakai Baju Melayu ala Johor dengan samping didalam.

    Turut hadir, GOBI…datang jauh dari Perak. Ramai juga yang datang dari jauh. Pak Din Wateh turut membawa anak buahnya dari Silat Gayung mempamerkan kehebatan seni mempertahankan diri.

    Jam 5.45pm….Roti Canai dan Kueh Teow di khemah depan rumah….selesai…licin. Nasib baik ‘Roti John’ ada lagi.

    Tak perasan pulak Ketua Wanita Agresif…hadir atau tidak. Dengarnya kecoh di Ampang…gambarnya ditampal merata-rata tempat disitu. Dari Bukit Bintang ke Ampang…????? Pelik….! Mungkin dah atur strategi nak bertanding disana kot….

    Abang Din Merican dengan Tan Sri Khalid pun segak berbajuk batik…dan Ehsan dah jadi bujang teruna membawa rakan-rakannya dari Lim Kok Wing. Akhirnya saya pulang dengan berkat salam dari Dato’ Seri….

    Reply

  2. 2 Malcolm Oct 21st, 2007 at 11:08 pm

    permatang pauh akan terus jadi kubu keADILan..
    KJ boleh dtg , Pak Lah boleh dtg kempen tapi untuk rampas kembali no no no…

    jgn harap!! unless korang bawak pengundi hantu berbas-bas pastu bawa gangster kongkang ugut orang kampung boleh la kot..

    perangai mcm orang penang selalu kata..depa ni memang perangai cam kamjad!!

    Reply

  3. 3 Otak Selot Oct 22nd, 2007 at 11:16 pm

    Segambut pantas menggamit kenangan Eidul Fitri bersama cikgu.Sayang sekali lebaran ini kami berpergian..

    Reply

  4. 4 tok bachok Oct 23rd, 2007 at 12:30 am

    satu hari nanti tok bachok pasti akan pergi beraya di rumah pemimpin agung DSAI di cherok ro’kun. Insya Allah

    Reply

  5. 5 Fairuz Hafeez Muhammad Oct 27th, 2007 at 1:44 pm

    Ana juga nak pergi juga satu hari nanti beraya di rumah pemimpin berkarisma dan pernah mengalami kesengsaraan : DSAI. Hendak pergi tahun ini tapi apakah daya keadaan tidak mengizinkan.

    Reply

  6. 6 abrahimovic Oct 28th, 2007 at 10:19 pm

    Saya pun nak ikut, tapi tahun ni balik kampung. Kalau ada masa insyaallah thn dpn.

    Reply

  7. 7 kak mas Nov 2nd, 2007 at 8:57 pm

    ada photo terbaru keluarga DSAI? bukan apa saja nak tengok dah besar mana anak2 DSAI esp si bungsu tu, teringat masa peristiwa 1998 dulu dia masih kecil lagi.
    gambar cucu sekali kalu ada.

    Reply

  8. 8 ustazah Nov 17th, 2007 at 9:22 pm

    alhamdulillah syukur….
    semoga rezeki semakin murah dan diberkati.

    Reply

  9. 9 ustazah Nov 17th, 2007 at 9:26 pm

    semakin menyenakkan senario politik tanah air..ustazah harap dapatlah orang2 yang berilmu dan bertaqwa dapat membetulkan keadaan politik yang tak berapa betul ini dan menyakitkan hati tatkala membaca bidasan dan hentaman yang tak mungkin dapat dibalas secara umum oleh pihak pembangkang di akhbar-akhbar milik kerajaan.

    wassalam.

    Reply

Leave a Reply