dari Malaysiakini
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan bekas tahanan ISA sebanyak RM 2.5 juta sebagai sebuah keputusan yang “bakal menjadi sembilu bisa menikam undang-undang zalim” meskipun beliau sedar bahawa wujud kebarangkalian keputusan tersebut diubah selepas rayuan dibuat.
“Sekiranya rayuan dibuat, keputusan mahkamah ini mungkin berubah sebagaimana yang berlaku di dalam Mahkamah Rayuan apabila keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Hakim James Fong dalam kes Bakun pada tahun 1996 yang diakas oleh Mahkamah Rayuan dalam tahun berikutnya,” jelas Anwar.
Bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin, memenangi tuntutan undang-undang ke atas kerajaan di atas penahanan beliau dalam tahun 1998, tatkala saat genting berikutan pemecatan Anwar dalam Umno sebagai Timbalan Presiden dan dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada awal September tahun tersebut.
Malek mendakwa di dalam tuntutan beliau bahawa beliau telah dipukul dan diseksa oleh polis selepas menghadiri perhimpunan di Masjid Negara pada 25 September 1998. Pampasan ke atas Malek adalah yang pertama seumpamanya dianugerahkan kepada tahanan ISA.
Ribuan rakyat Malaysia telah ditahan di bawah akta tersebut sejak penggubalannya pada tahun 1960, di penghujung zaman Darurat sedari 1948 sehingga 1960. Malah penggubal akta tersebut yang merupakan pengamal guaman terkemuka, Profesor Reginald Hugh Hickling, telah menggesa pemansuhan akta berkenaan yang bertentangan dengan demokrasi, di dalam satu wawancara akhbar tahun lepas. Hickling meninggal di England Februari lepas.
“Aktivis hak asasi telah sekian lama menyeru agar undang-undang ISA dimansuhkan tetapi tidak ada hasil,” tegas Anwar yang telah ditahan di bawah akta tersebut sebanyak 2 kali, pertama pada tahun 1974 sebagai pemimpin belia dan kesekian kalinya pada September 1998, lantaran pemecatan beliau.
“Usaha memansuhkan ISA ibarat hikayat Sisyphean – seolah menolak batu ke atas bukit untuk melihat ia jatuh ke bawah, ” tambah Anwar.
“Saya melihat ada kemungkinan di mana ada peluang yang baik di mana akta ini akan disemak semua samada menyemak atau memansuhkannya sewaktu kepimpinan Suhakam di bawah (Tun) Musa Hitam, tetapi beliau menghentikan gerakan tersebut selepas 9/11 Dalam keadaan momentum pemansuhan ISA semakin kuat mendesak,” kata Anwar, yang masih terpenjara pada ketika itu.
“Walaupun keputusan ini ditolak oleh Mahkamah Rayuan, ia merupakan suatu detik perubahan yang sukar untuk dinafikan.
“Pemansuhan ISA adalah sesuatu yang tepat pada masanya,” tegas beliau.