Acara saya dalam Kick Andy Show di Metro Tv disiar semalam di Indonesia. Beberapa teman emel dan sms. Pelbagai persoalan dibangkitkan termasuk gejolak 1998, pengalaman di penjara, KeADILan, masa depan politik Malaysia, dan keluarga.
Akhirnya saya diminta mengumandangkan lagu tatkala meringkuk di penjara. Secara spontan, saya pun melalak, bukan mendendangkan lagu:
sudah lama tak jumpa hati merasa gundah
siang malam terbayang, oh nasibku malang…
haha! (bikin saya gemuruh dan tersipu-sipu)
Beberapa personaliti ditemubual untuk memperolehi pandangan mereka termasuk Azizah, Menteri Industri Fahmi Idris, pejuang hak asasi dan peguam terkemuka Adnan Buyung Nasution, dan Adi Sasono.
Persembahan program ala Oprah dan Larry King dan Andy menampilkan bakat pengacara terkemuka di rantau ini.
ANWAR IBRAHIM
















