Dua hari Eid dipenuhi dengan acara menziarah keluarga terdekat. Kesempatan ini saya manfaatkan sepenuhnya kerana kesibukan acara harian tidak mengizinkan saya sering melakukan demikian.
Selesai solat di Masjid Segambut, Azizah dan anak-anak bersama ke tanah perkuburan Bukit Kiara mendoakan arwah bonda Che Yan dan Kekanda Rani. Kami kemudian ke rumah ayahanda saya di Country Heights. Rakan-rakan dari MetroTV Jakarta sedia menunggu untuk menemubual saya mengenai Eid dan pesanan buat rakyat Indonesia.
Kami tiba di rumah Pak Wan Ismail sebelah tengahari, dan menyambung ke beberapa rumah lainnya.
Agak lelah manakala tiba di rumah di waktu malam dan masih menerima kunjungan keluarga terdekat.
Pagi tadi saya diwawancara TV Al Jazeera di Kelab Selangor. Dan saya terus menerima kunjungan keluarga hingga lewat petang.
ANWAR IBRAHIM
















