10
Oct
07

Merangsang Keyakinan

Di beberapa hari kebelakangan ini saya telah mengadakan beberapa pertemuan strategik dengan beberapa tokoh besar secara berasingan dalam lapangan masing-masing. Tanpa kecuali semuanya menghemburkan rasa mual dan bosan dengan keangkuhan kuasa dan rasuah pemerintahan Umno-BN. Namun sebahagian mereka sangsi dengan keupayaan menjana perubahan; pertama kerana cengkaman sistem pemerintahan yang autokratik dan rakus, dan kedua kerana mempersoal keupayaan barisan pembangkang dengan pakatan rapuh dan KeADILan yang sengaja dipadam kegiatannya dari media milik Umno-BN.

Saya menanyakan alternatif lain sekiranya ada, dan jawapannya tidak meyakinkan. Lantas saya mengajukan cadangan dan hujah.

Seandainya pejuang – termasuk kumpulan prihatin bahasa, pendidikan, ekonomi -, pendaawah dan aktivis masyarakat yang progresif, sarjana dan tenaga akademik tidak sekadar mengeluh dan merintih nasib bangsa dan negara dalam kumpulan sendiri. Di sebaliknya jika mereka bersedia bangun sebagai satu barisan bergerak sederap sebagai satu pasukan ampuh dalam wadah politik, tidak syak lagi ia pasti lebih menggegarkan.

Keputusan sademikian lebih mencabar dan menuntut pengorbanan besar.

Arakian perjuangan menyelamatkan umat dan negara dan menegak kebenaran dan keadilan menuntut tindakan bijak, strategik dan tersusun rapi – bunyan marsus.

Marilah kita mengorak langkah bersama – Faiza Azamta fa tawakkal allal Allah.

ANWAR IBRAHIM


13 Responses to “Merangsang Keyakinan”


  1. 1 Pratamad Oct 10th, 2007 at 1:33 pm

    Observing the recent developments in our nation lately, I have been going through similar struggle and dilemma in my heart. And eventually I have to agree with you wholeheartedly, that each and every one of the concerned Malaysians must stand up and play a leadership role in whatever capacity that he/she has, to fight for the universal value of truth and justice, for our nation and people. A small little step in the form of keeping your family, colleagues and friends informed of the national issues at stake can go a very long way without your realising it. Keep it up.

    The struggle will be a long drawn process with conviction and self belief.

    Reply

  2. 2 Abdul Haq Oct 10th, 2007 at 1:47 pm

    Bunyan marsus – reference – Surah As-Saff (The Row or the Rank) – (al-Qur’an 61:4) http://www.islamicity.com/mosque/arabicscript/60_79/61_1-4.htm

    English Translation – http://noblequran.com/translation/surah61.html

    Reply

  3. 3 crepe_0712 Oct 10th, 2007 at 3:19 pm

    SALAM PERJUANGAN…BEGITULAH PERIHALNYA MEREKA2 YANG TIADA KEYAKINAN DAN TIADA KEKUATAN UNTUK MEMARAKAN SEMANGAT JUANG DALAM JIWA DAN MINDA LALU MEREKA HANYA MERINTIH,MERUNGUT DAN MELEPASKAN RASA KETIDAKPUASAN HATI PADA DIRI DAN MUNGKIN PADA TEMAN2 AKRAB..KENAPA TIDAK DISATUKAN SEMUA HATI2 YANG KECEWA KEDALAM SATU KELOMPOK YANG BESAR YANG MEMPERJUANGKAN MASA DEPAN RAKYAT DAN NEGARA DENGAN KEBENARAN DAN KEADILAN DEMI MENGEMBALIKAN MARUAH BANGSA DAN KEDAULATAN NEGARA YANG KIAN RAKUS DICEMARI TANPA RASA TANGGUNGJAWAB..YANG AKAN MENOLAK SEGALA KEBURUKAN DAN KEJAHATAN YANG DITERAJUI OLEH PEMIMPIN2 YANG TIDAK BERMARUAH..JIKA RINTIHAN DAN RUNGUTAN DARI KUMPULAN2 YANG BERSEMANGAT UNTUK MEMERTABATKAN SERTA MEMPERJUANGKAN KEAGUNGAN BAHASA,BUDAYA,UGAMA,EKONOMI,PENDIDIKAN DAN SEBAGAINYA TIDAK DIRANGKUMKAN IDEA DAN TINDAKAN MAKA SEGALA RINTIHAN DAN RUNGUTAN HANYA SIA2 MALAH KEUPAYAAN PARA2 INTELEK MAHU PUN SARJANA ATAU PUAK2 YANG BERJIWA BESAR AKAN DIHINA DAN DIKEJI OLEH GENERASI MENDATANG HANYA KERANA MEREKA2 INI HANYA BIJAK BERBIBACARA TAPI JIWA KECUT UNTUK BERTINDAK…MUNGKIN KUMPULAN2 INI MELIHAT KUMPULAN PEJUANG KEBENARAN DAN KEADILAN AGAK AMPUH NAMUN ITU MUNGKIN ANGGAPAN LAMPAU KERANA KEBANGKITAN KEKUATANYA BELUM DINILAI,DIUJI DAN DIBUKTIKAN LAGI..JIKA IANYA AGAK AMPUH KENAPA TIDAK KITA SAMA2 BERSATU DALAM SATU GEROMBOLAN JIKA TAK KETERLALUAN,MELANGKAH DALAM ARUS YANG SEIRING AGAR DAPAT KITA MENAMBAHKAN LAGI KEKUATAN DARI GABUNGAN MINDA DAN JIWA..SEMPENA BULAN YANG MULIA INI PERBETULKANLAH NIAT DAN IKTIKAD SERTA KEMANUSIAAN..AGAR KITA TETAP UTUH DAN TEGUH DALAM PERJUANGAN DAN SEMOGA TERBUKA JIWA2 MEREKA UNTUK MENYATUKAN KEKUATAN MINDA DAN JIWA SEIRING BERSAMA DALAM PERJUANGAN KITA..INSYAALLAH…LAWAN TETAP LAWAN.

    Reply

  4. 4 thales Oct 10th, 2007 at 6:27 pm

    Dato Seri Anwar Ibrahim,

    you left one very important if not, the most critical common bond among Malay-Muslim struggle, that of their religion …..

    thus far, no Malay Leader has emerged out there in public, who is looked upon as a true Muslim leader who speaks beyond politics, and economics, and who can command the loyalty of followers as least to their real-self and ultimate destiny ….

    [in the modern context [post WW2] only Imam Khomeini, has shown that capability for his Iranian people …. others in the Arab countries are largely ex-Military leaders, and for some reason or another, the absolute Monarchs of Kuwait, UAE, Morocco, Jordan, and of course Saudia …. and Brunei]

    but there is a flip-side to this argument of an emerging Malay-Muslim leader; the Malay-Muslim population are by and large “nominal Muslims” ….

    and that they are incapable of knowing who their Muslim leaders are !!!!? ….. due to their ignorance and corruption of knowledge of their own religion ….

    eg. one claring example, what many percieved as “ulama” lost their seats in elections and “wannabe Ulama” are elected … or we may even ask, are they both in the class of “true ulama” or simply “wannabe politicians in the guise of ulama” ????

    in other words, the Malay-Muslims are in the state of confusion as who should be their leader …in administration and in spiritual matters ….

    meaning, we Malay-Muslims no longer can differentiate between what is good and what is bad, what is right and what is wrong …..

    surely, the Malay-Muslim leader must come from those who have knowledge of politics and administration at the same time, have quite profound knowledge of the spiritual kind …and could only have come from the ranks of “lesser ulama” , nonetheless … not just simply anybody …..

    eg. Imam Shistani of Iraq is the spiritual leader but doen’t mean he makes a good political leader which must go to someone else …

    therefore, we can safely say, that in the Malay-Muslim community , we seem to be losing that capability to make proper choices of who our True Political leader at the same time our True Spiritual Leader ….

    by logic, the Ture Political leader must by necessity be “subservient ” to the advice & counsel of the Ture Spiritual leader or group of True Ulama …

    but then, again, we have a Constitutional Monarch, who is supposed to be the Amir, Khalifah, Sultan of the followers ….

    and we have got all mixed-up by importing a foreign system of British Parliment style of administration …

    see how confused are we ….[as I have siad before, our past leaders are ignroant and misquided Malay leaders who sought the wrong kind of “freedom” …”freedom from what” may I ask ?

    Reply

  5. 5 thaqif Oct 10th, 2007 at 6:37 pm

    DS,

    Jika tokoh besar yg DS temui itu adalah dari kalangan Melayu,janganlah di harapkan sangat sokongan mereka,kerana tak ramai dikalangan mereka yg benar-benar berani melepaskan tongkat NEP,seperti TS Khalid dan Din Marican.Kalau pun mereka sendiri tidak lagi berhasrat utk mendapat faedah dari NEP,namun kaum keluarga mereka tentu masih ada.Kalau gulungan ini ikhlas,sudah lama mereka menampilkan diri,tidak perlulah melalui parti pembangakang macam kita,tapi mereka juga boleh bersuara dimana sahaja,kerana kepincangan yg berlaku sudah lama.Jangan lah di dengar sangat alasan remeh temeh mereka mengenai kelemahan kita dan cengkaman keras pemerentah,sebenarnya mereka adalah gulungan hipokrit yg bijak berhelah,lihat lah riaksi mereka andainya kita berjaya nanti.Tak kan lah tokoh besar seperti mereka tidak memahami bahawa perjalan jauh bermula dgn langkah pertama,bukan hanya termenung.

    LEBIH BAIK BERI KESEDARAN KEPADA PESERTA FELDA.

    Daripada kita berharap-harap sokongan ‘tokoh besar’,adalah lebih baik rasanya kita tumpukan memberi kesedaran dan penerangan kepada peserta FELDA,untuk berani menerima PERUBAHAN.Kerana pada pandangan saya,pada masa sekarang peserta FELDA ini ada keistimewaannya,dikalangan org Melayu rasanya mereka inilah gulongan yg boleh ‘bercakap besar’tidak mengharap sangat bantuan kerajaan.Masyarakat FELDA mempunya kekuatan ekonomi,dan pendapatan mereka dipengaruhi oleh harga komoditi dunia,bukan di tentukan oleh pihak kerajaan.Masyarakat FELDA ini juga jika di uruskan dgn baik aktiviti ekonomi mereka boleh menjana satu kekuatan ekonomi yg bukan kepalang hebatnya.Pada masa sekarang saya rasa sumber ekonomi mereka lebih banyak memberi keuntungan kepada pihak lain,jadi inilah senjata kita,minta lah TS Khalid merangka apa yg kita boleh buat utk mereka melebihi dari apa yg mereka nikmati sekarang.Mereka juga tidak boleh di gertak utk di tukar atau di turunkan pangkat seperti pegawai kerajaan.Kalau kena dgn gaya nya penerangan kita,ianya mungkin boleh menjadikan mereka BERANI BERUBAH.

    Jika mendapat sokongan dari rakan-rakan di kawasan saya,saya memang bercadang utk melaksankan gerak kerja spt yg saya utarakan di sini,tapi baik juga kalau kita laksanakan diseluruh negara.

    Reply

  6. 6 cokelat Oct 10th, 2007 at 7:46 pm

    Ramai Profesor di IPTA masih mempertahankan teori mereka bahawa Anwar Ibrahim kalau nak memimpin negara ini mesti dalam UMNO. Khabar berita sahabat saya di Perlis 3 tahun dulu semasa berjumpa Dr. Sidek Baba pun berkata yang sama.

    Hairan saya….kajian dan buku ilmiah sampai penuh di laluan tangga rumah pun masih tak boleh berfikir diluar kotak. Patutlah ramai pelajar IPTA dungu-dungu belaka. Nak belajar berfikir diluar kotak belajarlah dgn Ainon Muhd dan Dr Abdullah Hasan.

    Manakala bas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dah sampai ke Cherok To’ Kun…, bas Che Gu Bard baru sampai di Tanjung Malim. Pesan saya pada Che Gu Bard buatlah solat istikharah….mana satu idaman kalbu. Dan tahniah pada sdr. Yusmadi tahu memilih landasan yang betul.

    Reply

  7. 7 taraknama Oct 10th, 2007 at 7:49 pm

    Sebenaqnya Golongan2 inilah yg paling berdosa besaq dengan rakyat Malaysia….
    sebab mereka tahu dan faham akan kejahatan yg dilakukan oleh pemerintah….
    TETAPI malang apa yg dapat mereka lakukan..sebab mereka bacul dan pengecut….
    nama sahaja TOKOH…TOKOH kepala TAIK koo orang….
    JIKA dah tahu benda tu salah nak sembunyi apa lagi…
    AYUH kita sama-sama bergerak seiringan menghapuskan kedurjanaan ini…
    JANGAN hanya pandai bercakap sahaja dan hanya berani apabila PENCEN nanti…
    AYUhhhh TOKOH2 MALAYSIA..jangan anda nanti dihina oleh generasi akan datang
    atas apa yg berlaku dibumi Malaysia ini….Ayuhhhh bangun dari lena sekarang…….

    Reply

  8. 8 bumilangit Oct 10th, 2007 at 10:22 pm

    pengungjung sekalian,

    sapa yang dapat bg info tentang eksperimen yang dilakukan oleh dr sms di ISS dan jika dapat huraikannya dalam bahasa yang mudah?

    Reply

  9. 9 yousef Oct 10th, 2007 at 10:39 pm

    aku rasa betul jugak apa diorang ckp kat DSAI tuh..cuba kita buat polling la kat mana2, semua mostly tak tahan dgn BN, tapi the thing is that diorang jugak tak yakin dgn pakatan pembangkang mcm DSAI nyatakan…

    So, lastly aku setuju yang sering DSAI katakan, perjuangan tidak mudah…ia perlu istiqamah

    Reply

  10. 10 mat saman kati Oct 11th, 2007 at 9:35 am

    Keseiringan itu sangat penting, seperti yang AI katakan,”Di sebaliknya jika mereka bersedia bangun sebagai satu barisan bergerak sederap sebagai satu pasukan ampuh dalam wadah politik,…”

    Menarik tokoh-tokoh penting kedalam barisan itu sangat baik, tetapi askar dan soldadu juga perlu diperkemaskan. Dan ini yang dilihat merisaukan. Kalau ada jeneral yang hebat, tetapi leftenan dan prebet tak bergerak macam tak makan, macam mana nak berperang.

    Ambil contoh Lingamgate, seluruh dunia tau, tapi makcik dan pakcik kat kampung tertanya-tanya, “apa dia?”. Kat bandar, peguam berarak tapi kat kampung orang masih lagi tertanya, “pasai apa?”. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak betui dalam jentera pembangkang.

    AI kena tengok juga perkara ni. Banyak short circuit dalam wiring Keadilan. Banyak ‘fuse’ dalam Keadilan dah ‘fused’.

    Reply

  11. 11 kz ahmad Oct 11th, 2007 at 2:21 pm

    Demokrasi tidak boleh memaksa kita diterima.

    Apakah sederap itu menjanjikan perubahan ‘total’?

    Reply

  12. 12 muhd muhazir Oct 17th, 2007 at 12:08 pm

    Saudara KZ Ahmad,

    Sederap tak mungkin menjanjikan perubahan total, tapi sekurang2nya akan bertambah bilangan orang yang memiliki pengetahuan…membawa maksud kita berjaya melangkah setapak ke hadapan dalam perjuangan…

    wallahu a’lam…

    Reply

  13. 13 anak kawan Dato' Seri Oct 20th, 2007 at 10:17 pm

    Barisan Rakyat punyai suara…

    Sudah lama saya tidak post komen kerana sibuk dengan kerja serta merancang dan memikirkan cara untuk menumbangkan gergasi UMNO-BN. Memang perjalanannya adalah sukar dan jauh, namun ianya tidak mustahil.

    Sebarkan kata-kata ini dalam apa jua cara pun…

    Fikir dan berdoa untuk semua rakyat Malaysia!
    Kini, PM dan BN tidak boleh disentuh usik undang-undang negara
    Jangan benarkan PM dan BN membawa kesusahan kepada rakyat
    Ramai rakyat akan terus sengsara kiranya PM dan BN terus berkuasa!

    Harga minyak, petrol, disel dan gas akan dinaikkan tahun depan
    Harga barangan harian akan bertambah naik lagi
    TETAPI, masih ramai rakyat bergaji dan berpendapatan yang sama
    TETAPI, gaji dan pendapatan PM dan BN terus menerus naik

    Ingatkan BN di pilihanraya ini, Malaysia hak rakyat Malaysia!
    Malaysia bukan hak mereka yang berkuasa dan yang kaya sahaja
    Pendapatan negara adalah untuk rakyat Malaysia
    Bukan hak PM dan BN yang akan putuskan mana hak rakyat dan mana hak PM dan BN

    Beri Barisan Rakyat satu peluang
    Beri Barisan Rakyat satu penggal untuk buktikan
    Jika Barisan Rakyat gagal memenuhi hasrat rakyat
    Pilihanraya akan datang, pilih BN semula

    ENGLISH VERSION

    Think and pray for all Malaysians!
    PM and BN are already above the Malaysian law
    Don’t let BN and PM dictate your life to be a struggle
    Many Malaysians will suffer should PM and BN continue!

    Prices of oil, petrol, diesel and gas will increase next year
    Prices of consumer good will increase further
    BUT, many Malaysian salaries and income remains the same
    BUT, salaries and income of PM and BN will increase forever

    Remind BN in this election, Malaysia belongs to Malaysians!
    Malaysia does not belong to the elite few
    Our resources are for Malaysian
    Its not up to PM and BN to decide for us and the few

    Give Barisan Rakyat a chance
    Give Barisan Rakyat one term to prove itself
    If Barisan Rakyat fails to step up,
    Return the power back to BN in the next election

    …itu pun kalau Dato’ Seri setuju untuk di siarkan…

    Reply

Leave a Reply