Archive for October 10th, 2007

10 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dipetik dari AsiaMedia:

Lee: “I don’t know if you’ve caught up with this story. It’s a bit of scandal going on. [Former Deputy Prime Minister] Anwar Ibrahim leaked a video, an old video, way back in 1980, of an Indian lawyer talking to a top judge about how he can arrange to get him promoted to be the “Number One” or whatever. I think it was an eight-minute video and Anwar has now put it on the Internet and it’s on YouTube! So the Malaysian bar — which have already been dismayed at the degradation of their judiciary and the corruption and judge-buying and case-buying — they have demanded a royal commission to inquire into the facts.

So, the government, under pressure now, has appointed a committee of judges and one eminent person, to check on the authenticity of this tape. So that’s bought them some time, but in the meantime, 2,000 lawyers, following what the Pakistani lawyers did, have marched on to the prime minister’s office to deliver a petition to investigate this matter. Now, this would not have happened without the Internet and without YouTube. I mean it is so simple, you see.”

Team Pengendalian AnwarIbrahimBlog.com

10 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Nasaruddin Abdul Jalil, anak kelahiran Rawang, Selangor saya kenali sebagai aktivis PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) sejak akhir 70-an.

Semasa itu saya menjadi pengarah Yayasan Anda Akademik di Jalan Pandati Baru. Nasa merupakan mahasiswa yang sering ke sana selaku pengajar sukarela dan kemudian setelah lulus pengajian, beliau memilih untuk kekal selaku tenaga pengajar dengan elaun yang amat kecil. Sejak awal lagi isterinya Jamaliah (kami sapa “j”) setia bersamanya mengharungi setiap liku perjuangan.

Nasa kemudian mantap sebagai pasukan pembantu pimpinan Abim dan banyak mengiringi saya ke seluruh pelusuk negara.

Pada tahun 1982 beliau dilantik sebagai setiausaha saya dalam kerajaan sehingga di pejabat Menteri Pendidikan. Beliau berperanan menjana kekuatan dalam Umno di samping mengekalkan ukhuwah dengan teman lama dan aktivis mahasiswa.

Hubungan kekeluargaan di antara kami tetap utuh meskipun tidak seakrab dulu kerana penglibatan beliau dalam perniagaan sementara saya di Kementerian Kewangan.

Dan sapertimana saya lafazkan tatkala menziarahi jenazah semalam, Nasa tetap seorang pejuang yang komited, terpaksa mundar mandir di luar negara satelah diburu oleh jentera pemerintah Umno-BN secara kejam. Beliau banyak membantu keluarga dan rakan-rakan dalam kesusahan.

Saya terasa sekali akan kehilangannya. Tatkala saya dan Azizah menjenguk beliau minggu lalu kami dapat meneka kemungkinan pemergiannya dalam masa terdekat. Namun kehilangan menyebabkan kami sebak dan kesedihan . Nasa dengan segala celoteh dan kelucuannya, pasang surut hubungan kami, kemusykilan dan teguran yang saya suarakan, kehalusan hati budinya dan yang sukar diganti kasih dan kesetiaannya kepada saya dan perjuangan!

Sabarlah J dan anak-anak. Didoakan semoga dicucuri rahmat Ilahi dan diangkat bersama salihin.

Kepada keluarga, sahabat yang bersama dan Ustaz Abdullah Yassin yang membantu menyempurnakan upacara, diucapkan Jazakumullahu Khairan.

ANWAR IBRAHIM

10 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Di beberapa hari kebelakangan ini saya telah mengadakan beberapa pertemuan strategik dengan beberapa tokoh besar secara berasingan dalam lapangan masing-masing. Tanpa kecuali semuanya menghemburkan rasa mual dan bosan dengan keangkuhan kuasa dan rasuah pemerintahan Umno-BN. Namun sebahagian mereka sangsi dengan keupayaan menjana perubahan; pertama kerana cengkaman sistem pemerintahan yang autokratik dan rakus, dan kedua kerana mempersoal keupayaan barisan pembangkang dengan pakatan rapuh dan KeADILan yang sengaja dipadam kegiatannya dari media milik Umno-BN.

Saya menanyakan alternatif lain sekiranya ada, dan jawapannya tidak meyakinkan. Lantas saya mengajukan cadangan dan hujah.

Seandainya pejuang – termasuk kumpulan prihatin bahasa, pendidikan, ekonomi -, pendaawah dan aktivis masyarakat yang progresif, sarjana dan tenaga akademik tidak sekadar mengeluh dan merintih nasib bangsa dan negara dalam kumpulan sendiri. Di sebaliknya jika mereka bersedia bangun sebagai satu barisan bergerak sederap sebagai satu pasukan ampuh dalam wadah politik, tidak syak lagi ia pasti lebih menggegarkan.

Keputusan sademikian lebih mencabar dan menuntut pengorbanan besar.

Arakian perjuangan menyelamatkan umat dan negara dan menegak kebenaran dan keadilan menuntut tindakan bijak, strategik dan tersusun rapi – bunyan marsus.

Marilah kita mengorak langkah bersama – Faiza Azamta fa tawakkal allal Allah.

ANWAR IBRAHIM