Tazkirah atau Lembu?

8 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Ahli parlimen Lembah Pantai yang mempamerkan dirinya sebagai tokoh wanita liberal dan demokratik mengugut Jawatankuasa Surau menarik balik undangan kepada saya menyampaikan tazkirah. Gerombolan Umno pun menyusul dan memberikan kata dua, lembu sempena Eidul Fitri akan diheret ke tempat lain seandainya tazkirah diteruskan. Alhamdulillah Jawatankuasa Surau dan penduduk memilih tazkirah.

Kebetulan Sdr Sani yang memandu tiba di surau lain. Jawatankuasa dan imam lantas meminta saya mengimamkan solat Isyak. Saya teruskan menjangkakan saya ditempat yang diundang. Selesai Isyak wakil KeADILan meminta saya ke destinasi yang dituju. Terima kasih kepada Jawatankuasa surau berkenaan. Mudah-mudahan lembu tidak diheret keluar.

Apa kata jika saya ke 10 surau lainnya? Berkeliaranlah lembu di pekan Bangsar tanpa disembelih!

Gementar mereka, bersungguh-sungguh mempertahankan VK Lingam, tauke judi dan sekutu. Biar saja masyarakat Melayu bingung dan jangan terdedah dengan maklumat rasuah menteri dan hakim.

Selamatkan bangsa. Banyakkan tazkirah!

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda