Archive for October 8th, 2007

8 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Ahli parlimen Lembah Pantai yang mempamerkan dirinya sebagai tokoh wanita liberal dan demokratik mengugut Jawatankuasa Surau menarik balik undangan kepada saya menyampaikan tazkirah. Gerombolan Umno pun menyusul dan memberikan kata dua, lembu sempena Eidul Fitri akan diheret ke tempat lain seandainya tazkirah diteruskan. Alhamdulillah Jawatankuasa Surau dan penduduk memilih tazkirah.

Kebetulan Sdr Sani yang memandu tiba di surau lain. Jawatankuasa dan imam lantas meminta saya mengimamkan solat Isyak. Saya teruskan menjangkakan saya ditempat yang diundang. Selesai Isyak wakil KeADILan meminta saya ke destinasi yang dituju. Terima kasih kepada Jawatankuasa surau berkenaan. Mudah-mudahan lembu tidak diheret keluar.

Apa kata jika saya ke 10 surau lainnya? Berkeliaranlah lembu di pekan Bangsar tanpa disembelih!

Gementar mereka, bersungguh-sungguh mempertahankan VK Lingam, tauke judi dan sekutu. Biar saja masyarakat Melayu bingung dan jangan terdedah dengan maklumat rasuah menteri dan hakim.

Selamatkan bangsa. Banyakkan tazkirah!

ANWAR IBRAHIM

8 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

img_2218.jpgimg_2173.jpg

img_2126.jpgimg_2106.jpg

Team AnwarIbrahimBlog.com

8 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Cokelat memberi respon:

Abang Din,
Dalam Ramadhan, Allah maha kaya. DIA tunjukkan jalan siapa yang DIA mahu. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan pada Abang Din. Dan dalam politik banyak asam garamnya…..kesabaran, bertenang dan tidak gopoh, penting.
Contoh…..kalau gelojoh…..lihatlah Ezam. Kalau sabar…..lihatlah Mustapha Kamil. Kalau aggresif…..lihatlah Zuraida. Kalau kesopanan…..lihatlah Kak Wan. Kalau ketenangan….lihatlah Dr. Syed Husin. Kalau bersemangat….lihatlah Tan Sri Khalid. Kalau senyum…lihatlah Sivarasa. Kalau lambat…..lihatlah Ketua AMK.

Tersenyum saya dengan celoteh sinis cokelat. Mungkin perlu saya sampaikan pesan agar Sdr Shamsul lebih menepati waktu ke mesyuarat atau program. Zuraidah mungkin perlu lebih tenang dan senyum dalam pidato. Saya? Mungkin kurangkan nada garang?

ANWAR IBRAHIM

8 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya dan Azizah sempat menziarah sahabat lama kami Dato’ Sheikh Azmi di Subang Jaya Medical Centre. Alhamdulillah beliau kian sembuh. Beliau adalah bekas Naib Presiden KeADILan setelah meninggalkan tugasnya selaku Mufti Pulau Pinang dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah WPKL.

Ramai juga teman-teman yang sedang dirawat dan sempat kami ziarah baru baru ini. Ini termasuk Dato’ Prof Mokhtar Shafie di Hospital Universiti PJ dan Dato Nasaruddin Abd Jalil di rumahnya di Petaling Jaya.

Ipar saya Kapten (pak lang) Zaki yang sempat saya ziarah beberapa hari lalu kelihatan lebih segar satelah menjalani pembedahan di HUKM.

ANWAR IBRAHIM

8 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Rakan dari indonesia menimbulkan kontroversi rasa sayang eh. Saya akui ianya berasal dari daerah Maluku atau Ambon di Indonesia. Namun saya kira ia menjadi warisan budaya rumpun Melayu.

Isu ini tidak mungkin hangat dan bergolak seandainya hubungan kedua negara akrab. Malangnya sikap pemerintah Malaysia terlalu angkuh, menangkis hujah jiran secara sombong. Penderaan tenaga kerja Indonesia, dengan kes bunuh, rogol, penindasan majikan, hukuman sebat rotan di penjara semuanya memberikan gambaran betapa kejam dan angkuhnya pemerintah dan sebahagian rakyat Malaysia.

Saya yakin isu ini dapat dileraikan dengan rundingan dan muafakat, termasuk menghentikan layanan biadab ke atas pekerja asing.

ANWAR IBRAHIM