06
Oct
07

Bangkitlah Bangsaku!

Sabelum iftar selesai temubual dengan pegawai BPR, sahabat karib saya menyinggung seruan saya agar bangsaku bangun menebus maruah.

Begitu sekali kita dihina sebagai bangsa yang tidak bermaruah.

Hinggakan jabatan badan kehakiman dijadikan bahan jual beli tauke judi dan sekutu dalam Umno. Pemimpin Umno kaku dan lesu seketika menunggu agar
siasatan kes ditutup. Kemudian mereka akan mendera pembawa berita dan perakam video. Ini percaturan mereka yang bisa kita baca.

Saya mengimbas surah surah awal – mudatthir dan muzammil :

Qum faanzir
Warabbaka fakabbir
Wathiyabaka fatahhir…

ANWAR IBRAHIM


41 Responses to “Bangkitlah Bangsaku!”


  1. 1 pondok tanjong Oct 5th, 2007 at 11:07 pm

    kami bangkit bersamamu Anwar…membujur lalu melintang patah!!! Allah Maha Kuasa..mereka merancang penipuan tetapi Allah jua yang menentukan.

    Reply

  2. 2 najwan_halimi Oct 5th, 2007 at 11:43 pm

    aku bukanlah seorang perwira
    gagah menghunus senjata
    namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri
    demi cinta ini…

    ku ingin kotakan seribu janji
    sepanjang kedewasaan ini
    ku ingin sampaikan pesanan
    akulah penyambung warisan…

    ayuh bangkit!

    Reply

  3. 3 Kenalan Izzah Oct 6th, 2007 at 3:59 am

    Sekadar Cadangan:

    Laungan yang penting, lebih2 lagi jika dalam sebarang rapat umum/perarakan/ceramah/sidang media:
    - SIASAT PESALAH SEBENAR, BUKAN SIASAT PEMBERI MAKLUMAT
    - APA GUNANYA BADAN SIASATAN YANG TAK BEBAS?

    Kalau BPR atau Kerajaan-tanpa-integriti sekarang nak tau sangat siapa pemberi maklumat:

    - LETAKKAN SYARAT iaitu DSAI atau PRESIDEN PKR atau ENCIK SIVARASA mesti diberi ruang SIARAN LANGSUNG dalam BULETIN UTAMA TV3 dan BERITA RTM untuk mengumumkannya. Syarat ini penting dan MESTI LIVE, kerana kita mahu seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi, agar pemberi maklumat tidak diapa-apakan serta agar maklumat betul yang disampaikan.

    - PASTIKAN rakyat Malaysia, media antarabangsa dan negara2 di seluruh dunia tahu tentang syarat ini.. melalui telefon, surat-menyurat, email, web news, blog, comments, etc..

    - JIKA SYARAT TAK DITERIMA (sebab Kerajaan-tanpa-integriti ni ternyata degil dan penakut), maka PASTIKAN rakyat Malaysia, media antarabangsa dan negara2 di seluruh dunia tahu tentang sikap Kerajaan ini. Biar Kerajaan ni tanggung malu akibat perbuatannya sendiri yang zalim dan bacul. Biar terbongkar undang2 serta kaedah siasatan yang berat sebelah. Biar rakyat dan dunia tahu bahawa “bukan kita yang tak beri kerjasama, tapi Kerajaan yang tak beri kerjasama”

    - JIKA SYARAT DITERIMA, baguslah (tapi saya tak fikir syarat akan diterima).

    Reply

  4. 4 Kenalan Izzah Oct 6th, 2007 at 4:24 am

    Tambahan yang “sengaja melampau” kepada cadangan tadi:

    - PASTIKAN DYMM SPB YDP AGONG, MAJLIS RAJA-RAJA iaitu termasuk SEMUA istana diraja yang simpati terhadap DSAI mengetahui juga tentang syarat ini, agar mungkin mereka dapat menyokong dengan cara yang tersendiri untuk dapatkan RUANG SIARAN LANGSUNG tersebut..

    - Maka kita akan lihat juga: Adakah orang MELAYU, Polis Di-RAJA Malaysia dan UMNO akan DERHAKA terhadap AGONG, RAJA2 dan SULTAN2 MELAYU kali ini?

    Reply

  5. 5 faris2 Oct 6th, 2007 at 11:40 am

    Dato Seri, saya sentiasa doakan agar Dato Seri diberikan kesihatan yang baik serta semangat yang kuat untuk terus berjuang menegakkan keadilan di negara tercinta kita ini. Tidak kira sama ada menang atau kalah dalam pilihanraya ini yang pastinya kita sama-sama berjuang kerana islam serta keadilan untuk negara kita. Ingatlah sesungguhnya Allah tidak bertanya kepada kita menang atau kalah, tetapi apa yang telah kita lakukan untuk Islam serta keadilan sewaktu hayat kita di muka bumi ini.

    Saya sentiasa mengikuti perkembangan serta program-program Dato Seri dari masa kesemasa.

    Reformasi……

    Reply

  6. 6 Anuar Punguk Oct 6th, 2007 at 11:44 am

    Dato Seri. I prey the momentum that is building regarding the Lingamgate will be continued and top geared until positive outcome is achieved . Today the turnover of corrupted events has been spilled almost everyday. Before we can dwell positively on one issue, a new one crops. Then we forget old one and dwell on the new one. THis has been going on,so much so we loose the wood from the tree . Take for example the recent appointment of Tan Sri Zaki to the post of a Federal Judge
    .For what and for who Tan Sri Zaki is it has a far reaching implication on the delivery system of the judyciary.This is a very SErious matter. Now ,this man is not fit even to a judge, let alone a federal judge . How come this man who got merried on the top floor of a shoplot in the boarder town and later tore his merriage certificate to cirrcum the shyariah law in order to file the anulling of the merriage is deemed fit to be a federal judge by Pak Lah. We are not questioning his linkage with umno. Many judges have been appointed who were at one time or another been actively in umno.This man has no moral standing to sit onthe bunch unless he is sitting as a proxsy of Pak Lah!s umno.Iwill not be surprise later if he becomes CJM or PCA. Incidently I find it strange that DAP is notmaking much or not at all on those judicial issues. Anuar Punguk

    Reply

  7. 7 faisol Oct 6th, 2007 at 11:48 am

    Salam Dato’Anwar,

    Sekali lagi saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati, kekesalan dan kehinaan yang teramat sangat sebagai bangsa melayu yang di perbodohkan oleh Pemimpin2 UMNO, media-media seterusnya konco2 UMNO yang kononya merekalah pejuang MELAYU.Memang mereka adalah pejuang2 melayu bagi orang melayu tuli yang sempit minda bahkan juga bual bicara mereka hanyalah UMNO pembela bangsa.Panjat kesyukuran pada Ilahi kerana segala penipuan terbongkar jua.Dato Seri Anwar..kami sebagai warga muda penggerak kemajuan negara mengharapkan agar segala kebongkaran ini dapat membuka minda umumnya rakyat Malaysia agar jangan sesekali kita diperbodohkan dengan sandiwara politik UMNO.Saya bagi pihak golongan muda mengharapkan Dato seri dapat memimpin kami pada masa hadapan khususnya pada pilihanraya yg akan datang.

    Terima kasih.

    “Memperkasa Akal Budi”

    Faisol
    Tasek Gelugor, Pulai Pinang.

    Reply

  8. 8 pondok tanjong Oct 6th, 2007 at 11:52 am

    TUBUHKAN ‘GARUDA’

    Buat Dato’ Seri yang amat saya kasihi. Memandangkan skandal lingamgate kini kian hangat dan menekan kita. Saya syorkan kita menubuhkan satu gagasan rakyat yg diwakili oleh semua latar belakang umpama GERAK yg ditubuhkan oleh Allahyarham Ust. Fadzil Nor dulu ketika mula2 Anwar ditahan selepas dipecat 1998.

    Pada masa 1998, Ust Fadzil berjaya menyatukan semua golongan tatkala kerajaan menganas menggunakan akta ISA untuk melumpuhkan gerakan reformasi itu. Usaha tersebut amat berjaya dan semasa pelancaran GERAK di taman Melewar itu (saya pun turut hadir), lebih 100,000 org hadir membentuk gelombang rakyat yg amat menakutkan pemerintah.

    Atas idea tersebut saya cadangkan kita tubuhkan “Gerakan Rakyat Untuk Keadilan’ atau singkatan GARUDA yg dipimpin oleh Dato seri Anwar sendiri yg mempunyai sekreatari tetap. Saya syorkan kita lantik 10 hingga 15 ahli pimpinan GARUDA..antara nama2 yg saya fikirkan sesuai ialah Mahfuz Omar, Lim Guan Eng, Azmi Sharom (pensyarah undang2 UM), Hassan Ali, peguam Zulkifli Nordin, Tun Salleh Abas..dan lain2 tokoh yg sesuai. Dan kita buat pelancaran secara besar-besaran disusuli siri ceramah penerangan.

    harap Dato’ Seri pertimbangkan cadangan saya ini sedalam2nya. sekian

    Reply

  9. 9 ijat Oct 6th, 2007 at 12:21 pm

    Seperti yg dijangkakan, bukan Lingam dan Fairuz yg disiasat tapi org2 yg mendedahkan. Ini bukan kali pertama benda spt ini berlaku. Dah berkali2! The stakes are just so high. Roboh kali ni means berderai satu persatu pekung2 akan terbongkar. Pekungnya terlalu banyak yg berlaku di zaman Mahathir dan untuk menjaga kepentingannya, dinaikkan cepat2 pangkat orang2 ini who now hold important positions! So, they have to pertahankan,,,at all cost! After all, bukan setakat VK atau Fairuz saja yg terlibat….banyak pihak yg juga akan melarat kpd Attorney General dan KPN, kedua duanya terlibat terus dalam konspirasi menjatuhkan DSAI dan di antara mereka yg menerima reward dari Mahathir…for a job well done (kononnya)!

    Reply

  10. 10 thales Oct 6th, 2007 at 4:12 pm

    sdr DSAI,

    mereka akan tutupkan kes ini dengan belbagai alasan atau melengah2kan urusan penyiasatan …

    mereka yang terlibat pun akan menydeia satu strategi dan guna wang ringgit bermillion2 untuk lambatkan urusan penyiasatan …

    mereka yang terlibat akan gunakan Makhamah untuk belbagai injuksi ….

    dan ingat Kerajaan sudah lantik satu Terus ke Makhamah Agong …

    dan mereka akan gunakan keseluruahn jentera Kerajaan dan parti melayu itu untuk mengahalang raayat mendapat berita dari pembangkang …

    masih ramai lagi orang “terpelajar” masih tidak mempercayai DSAI ….

    masih AMAT RAMAI orang melayu di kampung, kawasan setinggan, flet-flet FELDA, Tentera, Polis, Immigeresen, Kastam yang akan mengundi parti melayu itu ….

    you have a gigantic task , …you may have hundreds or thousands attending your ceramah …at the end of the day, the simple-minded,complacent, malays will still vote the ruling party …

    and remember, the corpoarte guys won’t support you …they have to think of their biznes ….

    Reply

  11. 11 kublai khan Oct 6th, 2007 at 9:55 pm

    Keras perut saya gelak .. bila penal yang ditubuhkan tiada kuasa memangil tertuduh dan saksi nanpaknya apa yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa tapi tiada kuasa banyak lagi badan yang ditubuhkan langsung tiada kuasa contohnya PAC!.. ada gusi tiada taring.. PAC bagaikan harimau tua hanya boleh megaum!…. tapi tiada siapa yang perduli harap penal tu tutup aja buat malu dengan negara asing aja… mereka sama juga macam PAC cakap tak serupa bikin kalau setakat nak meeting habiskan kopi dan teh tak payah lah buang wang rakyat aja.wahai peminpin setiap sen yang dibelanjakan adalah wang rakyat ada paham..Dato’ seri nanpaknay negara kita dah jauh terkeluar dari landasan sebenar dari sudut sistem kehakiman jika video itu benar.ini satu sunami didalam badan kehakiman jika ini tidak di tagani dengan betul ianya akan meranapkan perundangan negara dari jangka panjang.megapa sebegitu rendahnya nilai sistem kehakiman kita nanpaknya satu usul ke Queen Consuel perlu dibawa kerana ia satu satunya badan kehakiman dunia yang boleh kita rujuk kerana kebanyakan peguam dan hakim belajar kat UK jadi mereka berpaksikan atau berpangkal disana sebagai rujukan Queen Consuel adalah pati atau ibu perundang dunia untuk megadu atau merujuk apa sahaja megenai undang undang lagi pun kita bekas jajahan England apa salahnya kita melaporkan masalah badan kehakiman kita saya bukan peguam tapi saya tahu peguam dan hakim perlu dan mereka tahu etika didalam kerjaya mereka jika mereka langar mereka sama sekali tak layak duduk ditempat mereka jika di negara barat mereka dah angkat kaki jika mereka bersalah sebab mereka dah langar etika mereka orang putih lebih bertangunjawab dalam soal etika mereka. berbanding orang asia yang agungkan budaya timur konon. contohnya bila orang kita pergu kedutaan Miyamar teriak dan sebagainya tegur junta negara tersebut boleh lah saya ibaratkan periuk kata belaga hitam dan belanga kata periuk hitam dah lah pemuda umno cermin diri dulu sebelum nak kata orang.

    Reply

  12. 12 mongolian Oct 6th, 2007 at 10:16 pm

    Saya amat menyokong penuh apa yang dikatakan PM kita dipersidangan parti gerakan yang mana kebanyakan peminpin BN terlalu terpengaruh dengan isu perkaumman pada saya isu ini tidak baik untuk negara terutama kepada peminpin ini kerana kedudukan mereka berpegaruh. apa yang saya lihat dipringkat rakyat memang jelas perkauman agak menebal walau pun setelah 50 tahun merdeka. cuba kita lihat dari langanan talian HP Celcom dilangani oleh kebanyakan oleh orang melayu, dan DG pula kebanyakan dilangan oleh org cina, dan MAXIS hampir kebanyakan dari kaum india sebabnya amat jelas mereka tahu siapa empunya talian tersebut, Disnati onn jangan cabar saya dalam perkara ini, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun pisang ini jelas BN telah gagal memupuk semagat perpaduan negara sepenuhnya.perpaduan amat rapuh sekali oleh itu satu peranan kemterian perpaduan amat perlu dan jangan lupa menteri buka tender tertutup untuk lantik perunding luar untuk selesai kan masalah perpaduan negara. perminpin BN pula mudah melatah dalam isu perkaumam oleh itu marilah semua rakyat malaysia megeratkan semagat perpaduan demi negara nak harapkan peminpin tiada lah nanpaknya.

    Reply

  13. 13 vangardx Oct 7th, 2007 at 1:04 am

    salam, moga kebenaran melindungi kita dari sebarang kejahatan

    Reply

  14. 14 thaqif Oct 7th, 2007 at 1:06 am

    DS,

    Seruan ini sebenarnya tepat sekali kalau di tujukan kepada Melayu Umno,kerana pada hemat saya maruah mereka ini lah sebenarnya yg cukup luntur sekarang ini.Mereka ini di tipu hidup-hidup oleh para pemimpin mereka,namun mereka tetap tidur lena malahan dgn dengkur yg lebih bergema.Bayangkan dalam skandel kehakiman yg terdedah melalui video Lingam ini,akibatnya tentunya boleh meruntuhkan negara satu masa nanti,tapi siapakah yg sedar dikalangan haprak Umno ini?.Lihat lah pula tindak tanduk para pemimpin mereka dlm kes ini,Najib dan Nazri, nampaknya mereka lebih mahu mempertahankan Lingam,Fairuz,VT dan Andnan dari membela nasib rakyat dan negara ini,kalau tidak masakan susah benar bagi mereka utk menyokong pembentuk Suruhanjaya Diraja,malahan si Nazri pula nampaknya beria-ria benar mempertahankan Fairuz.Ini kah bentuk perjuangan Umno sekarang?.Pandangan saya kepada puak Umno sekarang ini sudah sampai kepada rasa BENCI.

    Reply

  15. 15 Malcolm Oct 7th, 2007 at 1:29 am

    saya setuju Dato Seri
    ada kalanya saya terfikir kenapa bangsa ini tidak sedar dan bangkit walhal telah jelas terbukti kerajaan BN telah banyak melakukan kekejaman, kezaliman, korupsi dan lain-lain.

    Adakah mereka sekarang ini sudah menganggap isu-isu ini menjadi darah daging dalam kehidupan mereka?

    Ada kalanya saya terfikir apakah perlu kita menunggu satu saat dimana rakyat Malaysia tidak cukup makan atau soru miss baru nak sedar?

    Saya setuju dengan Dato’ Seri ketika berceramah di Taman Melewar mungkin kerana bangsaku ini tidak diberikan laporan yang benar sebagai contoh kes polis menembak dua orang dengan menggunakan peluru hidup di Batu Buruk akan tetapi perkara yang ditumpukan kes membakar bendera Malaysia. Kalau benar ada yang membakar kita harus ada perasaan marah akan tetapi ini melibatkan nyawa rakyat Malaysia namun mereka sengaja menggelapkannya. Akibatnya muncullah “wira” yang mempertahankan rakyat Myanmar dengan mengatakan kerajaan Junta zalim kerana menembak rakyatnya sendiri.

    hey jangan hipokrit..bagaimana di Memali, bagaimana di Batu Buruk??
    saya mendoakan agar rakyat Malaysia sedar dan bangun untuk merubah nasib mereka.

    Amin…

    Reply

  16. 16 Vagrak Oct 7th, 2007 at 10:37 am

    Sila rujuk http://my.opera.com/marhaen/blog/index.dml/tag/Poster
    Semua poster patut disebarluas semasa PRU akan datang.

    Reply

  17. 17 pondok tanjong Oct 7th, 2007 at 11:28 am

    AZMI SAHROM yg kini bertugas sebagai Ass.profesor di fakulti Undang2 UM seharusnya diberi perhatian oleh semua yg cintakan keadilan. Bagi yang selalu menbaca akhbar The Star, beliau selalu menulis utk mempertahan2 prinsip keadilan dan kehakiman. Tulisan beliau amat menarik untuk kita ikuti, di mana beliau tegas mahukan satu SURUHANJAYA DIRAJA dibentuk segera. Hujahnya amat menarik untuk kita amati.
    Tahniah Azmi Sharom!

    Reply

  18. 18 cokelat Oct 7th, 2007 at 12:21 pm

    Pengerusi GERAK dah tak bergerak. Tapi dia gerak saluran lain pulak.

    Untuk makluman, Dr. Nasir telah berjuang hampir 8 tahun nak daftar Parti Sosialis Malaysia (PSM). Turun naik mahkamah. Manakala Parti Reformasi India Malaysia (PRIM) yang diterajui peguam Uthayakumar juga dah masuk tahun ke 7 masih tak dapat kelulusan.

    Yang menghairankan bagaimana Parti Dato’ Nalla bolih lulus sekelip mata? Siapa dibelakang tabir?
    Persidangan pertama parti 28 okt di PWTC ini?

    Itulah Ezam yang saya kenali 8 tahun dulu. Bersekongkol secara halimunan dgn Khairy Jamaludin.

    Bubarkan saja Pergerakan Anti Korupsi itu kalau duduk diam membisu.

    Reply

  19. 19 Penyokong GERAK Oct 7th, 2007 at 3:07 pm

    Cokelat saya marah dgn cara kamu.Bukan Presiden GERAK tak nak buat bantahan tapi bini presiden pesan kalau abg ezam ganggu cj abg jgn masuk bilik.Nak tahu cokelat cj tu bapa saudara mentua Presiden GERAK.Sebab tu Presiden GERAK senyap membisu.

    Reply

  20. 20 matrempit KL Oct 7th, 2007 at 4:46 pm

    Salam DS..
    Saya dan semua ahli keluarga dikampung sudah lama bangkit sejak Dato seri ditangkap pada tahun 1999 lagi.Bapa saya yang dulunya menjawat jawatan penghulu kampung selama lebih 15 tahun telah meletakkan jawatan dan mengistiharkan keluar darpada parti UMNO..Semua tidak boleh masuk akal..Begitu juga dengan tindakan kerajaan terhadap isu drama tamil ini..Respon tentang yang dikatakan rakan kita Cokelat..saya berpendapat tindakan ezam yang keluar dari parti dan menubuhkan GERAK adalah satu strategi dan perancangan yang baik,mungkin ini juga salah satu idea Dato seri untuk menyerang kerajaan dalam pelbagai sudut.Serangan mesti datang dari pelbagai arah kerana musuh begitu kuat dengan media dan propaganda..Saya sentiasa mengikuti perkembangan GERAK dan ternyata hala tuju perjuangan menjurus ke arah yang sama.Saya cukup yakin dengan Ezam kerana dia juga seperti Dato seri mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berprinsip dan karismatik.Cuma yang menjadi tanda tanya kenapa Ezam berada di sebelah Dato Nalla semasa pengistiharan parti baru masyarakat india..Mungkin ini juga satu strategi untuk memecahkan undi MIC..Saya melihat dari sudut yang positif..

    Reply

  21. 21 Sumpah Keramat Oct 7th, 2007 at 6:32 pm

    Salam Perjuangan,

    Dato’ Seri, saya berjanji akan terus bersama DS menentang kezaliman walau dengan cara saya sendiri..Takbir!

    Reply

  22. 22 crepe_0712 Oct 7th, 2007 at 8:45 pm

    …DAN MUNGKIN NAZRI YANG TAK PAHAM YANG SEBENARNYA DIA HANYA KADAM..SEORANG KADAM YANG BERJIWA BESAR KONON NAK JADI JAGUH..KENAPALAH BEBAL SANGAT NAK MEMBODOHKAN ORANG..NAK AJAR ORANG JADI BEBAL MACAM KAMU KE KADAM NAZRI..NANTI BOLEH JADI CIP KADAM BEBAL..SURUH PANEL SIASAT KESAHIHAN RAKAMAN TERSEBUT KEMUDIAN SOAL SIASAT NAMA2 YANG ADA DISEBUTKAN DALAM RAKAMAN TERSEBUT..KENAPA KAMU SEBUK SANGAT PASAL SAKSI..KAMU SAPE..KENAPA PANEL YANG DILANTIK MEMBISU JE…KAMU TAK PAYAH NAK SEBUK KALAU OTAK DAH BEBAL..BAGI RUANG KEBEBASAN PADA PANEL YANG DILANTIK ATAU DIBUBARKAN DAN LANTIK SURUHANJAYA DIRAJA YANG BEBAS UNTUK SIASAT KES INI AGAR SEMUA PEHAK PUAS HATI..KALAU NAK SURUH POLIS ATAN BPR YANG SIASAT SURUH MEREKA SIASAT DIRI KAMU KENAPA KAMU JADI KADAM BEBAL..KALAU KAMU ADA HATI UNTUK MEMBETULKAN INSTITUSI KEHAKIMAN YANG TERCEMAR BUKAN STATEMENT YANG BEBAL SEPERTI APA YANG TELAH KAMU UCAPKAN…BANGUNLAH SEMUA BANGSA KU MARTABATKANLAH MARUAH BANGSA YANG TELAH DIHINA DAN DIMALUKAN…SEDARLAH..BAHAWA KITA ADALAH WARISAN YANG AKAN MENEGAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN SERTA MENGANGKAT DAN MENJUNJUNG MARUAH BANGSA DAN NEGARA TERCINTA DEMI ANAK CUCU KITA..

    Reply

  23. 23 siti Oct 7th, 2007 at 9:01 pm

    Ketua hakim si Fairuz ni memang tidak layak jadi
    hakim pun. Dia ni kerap called pelacur murahan
    kat mont kiara untuk berkaraoke. kalau ketua hakim
    dok berkaraoke dengan perempuan murahan, mana dia
    letak maruah dirinya sebagai ketua hakim.

    Reply

  24. 24 pondok tanjong Oct 7th, 2007 at 9:58 pm

    sekali lagi harap Dato’ seri pertimbangkan penubuhan ‘Gerakan Rakyat Untuk Keadilan’. semua lapisan masyarakat bersatu padu dabawah payung GARUDA yg gagah perkasa untuk menumpaskan kezaliman.
    Harap Dato’ Seri fikir sedalam2nya.

    Reply

  25. 25 ulam batar Oct 7th, 2007 at 10:33 pm

    PRIM satu parti baru untuk negara, amat menakutkan bila sebuah negara ada terlalu banyak parti. USA penduduk hampir 300 juta hanya ada 3 Parti. malaysia 25 juta tapi parti tumbuh bagaikan cendawan terutama bila dekat pilihanraya ada sahaja parti baru ini yang dinamakan malaysian true asia atau malaysia boleh.Ezam kalau nak masuk UMNO masuk lah terus jangan nak main wayang sebab orang malaysia selalu tengok filem hindustan mereka dah masak dengan percaturan politik.saya akan samak tangan saya kerana saya pernah bersalamam dengan penuh erat satu ketika dulu dengan u dari air tujuh lata dan tanah tujuh negeri.

    Reply

  26. 26 najwan halimi Oct 7th, 2007 at 11:35 pm

    Datuk Seri Anwar,

    Apakah pandangan ttg Parti Bersatu India Malaysia? Apakah mungkin parti baru ini bersama-sama dengan PAS, DAP dan PKR dlm menghadapi PRU akan dtg?

    Reply

  27. 27 ijat Oct 8th, 2007 at 12:20 am

    Pengundi2 melayu khususnya di sebelah barat semenanjung Msia rata2 kurang bijak. Lebih tepat bodoh belaka. Tidak seperti pengundi2 melayu di kelantan dan pengundi2 cina! Walaupun mereka tak berpuas hati dgn apa yg sedang berlaku, dgn pentadbiran yg ada sekarang, namun mereka tetap pangkah yg tu juga! Baik yg tak berpelajaran atau yg berpelajaran! Seolah2 mcm hati mereka dah tertutup. Pada mereka hanya UMNO saja yg mampu mempertahan dan meneruskan agenda melayu! Mereka ini tak habis2 komplen, merungut, rata2 tak puas hati dgn apa yg sedang berlaku. Dah jelas UMNO is rotten to the core dan kalau dibiarkan ia akan menjadi BARAH tapi pada mereka, apa pilihan yg ada? PAS, Keadilan, pada mereka tak mampu melakukan apa yg UMNO boleh laku walaupun mereka marah dan dah hilang keyakinan dgn UMNO. Walaupun cuba diterangkan bagaimana amannya kelantan di bawah PAS, jenayah kurang, korupsi tak didengar namun, mereka tetap, dulu, kini dan selamanya….walaupun mereka marah dan hilang keyakinan pada UMNO!Pelik sungguh!Kalau hati dah buta, susah nak berubah!

    Reply

  28. 28 pondok tanjong Oct 8th, 2007 at 12:54 am

    Ezam terlalu byk berjasa kepada PKR…sempena bulan Ramadhan marilah kita berbaik sangka kepadanya. Terlalu byk pengorbanan yg telah dilakukannya sampai dirinya sanggup dikorbankan (dipenjara). Yang sudah berlaku tu sudahlah…ezam pun dah berhenti buat serangan terhadap PKR.
    Salam Ramadhan buat Ezam sekeluarga.

    Reply

  29. 29 taraknama Oct 8th, 2007 at 2:50 am

    bab EZAM selagi tak declare sokong UMNO aku usnuzon dengan beliau….
    biaq laa dia nak buat apa pon…kalau nak pecah belah BA pon lantak p laa
    janji jangan terbungkin keluaq kemunafikkan jika ada….

    jika ada betul kemunafikkan tu biaqlah satu dunia menghina akan kebobrokkan beliau…
    insya’allah….dia selalu baca ayat nie tentu dia faham akan maksudnya…

    ‘wamakaru wamakarullah………………………..’

    PASAL bangsa melayu plak…
    aku rasa kita semua perlu GEGAQ mereka dr lena bermimpikan UMNO nie…
    mereka sebenaqnya masih lagi LENA DI ULIT INTAN….
    Ayuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh semua kita GEGAQ kan semula…

    Reply

  30. 30 zamteloi Oct 8th, 2007 at 10:47 am

    katakan tidak pada perjuangan umNO !!! parti yang merosakkan bangsa Melayu sendiri apatah lagi negara Malaysia tercinta.Parti umNO juga adalah parti dayus yang lebih takutkan babi di Melaka dari melayu di Terengganu….Allahuakbar !!!

    Reply

  31. 31 cokelat Oct 8th, 2007 at 11:42 am

    Maklumat yang diberikan diatas dari sumber dalaman Dato’ Nalla dan Pendaftaran Pertubuhan.

    Harapan umur 40 tahun itu diguna pada landasan yg betul.

    Reply

  32. 32 Cavalera Oct 8th, 2007 at 8:26 pm

    saya tak la kenal rapat dgn Ezam nie cuma sekadar ‘observe’ dari jauh dan kerap hadir dlm ceramah beliau (semasa dlm PKN/PKR)…yang zahir saya nampak kerja beliau bukan satu tindakan yg salah, malah dapat memberi kita satu lagi maklumat baru tentang masalah2 korup/salahguna kuasa di Malaysia. Klu benarla dia terlibat dlm “…Bersekongkol secara halimunan dgn Khairy Jamaludin…” (cokelat:2007) dlm penubuhan Parti India Bersatu Malaysia (MIUP), biarkanla dia dgn labu2nya…kebenaran akan terserlah jua.
    Pendapat pribadi saya kaum India adalah minor dimsia dan andaikata 1/2 atau 3/4 kaum india dimsia bersama MIC, yg tinggal hanya didlm PKR, parti politik lain yg ada kaum india, club penyokong PAS dan lain2 NGO…so, berapa yg tinggal? adakah ia akan mencubit umno/bn? bukankan satu perkiraan yg agak baik utk memecahkan undi MIC/BN jika ada antaranya yg menyokong Nalla?
    bak kata taraknama
    …”selagi tak declare sokong UMNO aku usnuzon dengan beliau….
    biaq laa dia nak buat apa pon…kalau nak pecah belah BA pon lantak p laa
    janji jangan terbungkin keluaq kemunafikkan jika ada….”

    Reply

  33. 33 lelaki cikgu muda Oct 9th, 2007 at 12:12 am

    kedah tetap akan menjadi kubu kuat PAS dan dato’ seri….tegakkan kebenaran,hapuskan kemungkaran!!!basmi korupsi!!!!

    Reply

  34. 34 Cavalera Oct 9th, 2007 at 6:42 am

    cokelat..cokelat, kau marah sgt ke dgn si Ezam nie…?
    jgn emosi sgt, byk keja lain yg perlu kita selesaikan daripada layan mamat tu…
    nak kata maklumat org dlm…semua org ada org dlm…dan saya rasa DSAI sendiri ada org dlm…

    Reply

  35. 35 cokelat Oct 9th, 2007 at 11:45 am

    Sdr. Cavalera….

    Tiada emosi cuma menyatakan kebenaran. Saya pernah tegur semua pimpinan hatta Dato’ Seri Anwar sendiri. Dan terpulang pada mereka untuk menerimanya.

    Reply

  36. 36 gombak adil 4 eve Oct 9th, 2007 at 2:29 pm

    kepada kekawan kita muhasabah diri kita dulu.adakah kita membuat kerja untuk menjamin kemenangan rakyat..Yang penting kita turun ke bawah sebar risalah isu hakim,batu burok dan semualah.Kita cari anak muda yg sanggup bersama dengan kita.Dgn GERAK biarlah dia dgn cara dia.Nalla dgn vara nalla.Bagi PKR kita bangun dan lawan.Lawan tetap Lawan.Lawan sampai menang

    Reply

  37. 37 Cavalera Oct 9th, 2007 at 8:25 pm

    betul tu gombak adil 4eve (panjang tu…) spt yg saya katakan terdahulu…biarkan mereka dgn labu2nye, selagi kita sebut nama dia selagi tu dia masih releven…DSAI bkn kecik2 anak malah beliau lebih arif tentang sepak terajang politik tanahair…

    Reply

  38. 38 Free But Yet Oct 10th, 2007 at 6:09 am

    Akan termaktub dalam lipatan sejarah
    Sebuah negara yang kononnya aman dan berhemah
    Pemimpin keturunan ulamak terbilang
    Cemerlang telah hilang tidak lagi gemilang

    Rakyat dihimpit kegusaran yang mendalam
    Hari-hari yang mendatang kian suram
    Apakah wujud pelapis yang sedang diam
    Kelak mewarnai alam yang kian kelam

    Sabarlah teman dan rakan
    Tawakkallah saudara dan sahabat
    Yang jahat akan pasti didedahkan
    Yang kejam akan pasti disebat

    Allah sendiri telah berjanji
    Setiap perbuatan ada balasannya
    Tugas kita tabah dan tekadkan diri
    Demi ugama, bangsa dan negara

    Reply

  39. 39 azmi Oct 15th, 2007 at 10:49 am

    to pondok tanjong, tau tak GARUDA tu nama lambang Indonesia?? tak de name lain k?

    Reply

  40. 40 orang seberang Oct 24th, 2007 at 5:54 pm

    BPR menangkap pegawai yang mengambil rasuah tidak menyiasat para Menteri terlibat

    didalam negara ketuanan Melayu ini, para-para Menteri Melayu adalah tuan-tuan baru negara yang telah merdeka dari penjajah kulit putih terdahulu …. mereka adalah penyambung kepada bekas penjajah tanah air, oleh kerana mereka ini dapat didikan dalam persekitaran orang putih maka mereka tidak beberapa faham tentang kewujudan negara ISLAM dan oleh kerana telah terlalu taksub dalam cara memerintah orang putih, mereka tidak lagi mampu ngundur kebelakang untuk melihat balik apa-apa yang harus ditinggalkan dari zaman pemerintahan orang putih yang masih menekan bangsanya sendiri ….. kefahaman yang tertutup rapat menjurus kepada mempertahankan sistem pemerintahan orang putih menjadikan mereka lebih orang putih dari orang putih yang asli …. ada juga yang cuba merubah sedikit dengan dasar pandang ketimur tapi hanya menceduk cara bekerja orang timur tanpa merubah strukutur pemerintahan …. jadi kalau dasarnya sekarang harus taatsetia kepada tuan-tuan Melayu, apakah yang boleh dibuat oleh hulubalang-hulubalang BPR – mereka ini hanya merupakan hamba sahaya kepada tuan-tuan Melayu, kalau tak ikut perintah nanti kena sepak dan terajang ….. memang mereka hamba kepada tuan-tuan Melayu, kalau di suruh terjun kelubang najis sekalipun mereka dengan senang hati dan tersenyum akan menghumbankan diri mereka kelubang najis ….. tapi sebaliknya untuk menjadi hulubalang derhaka dengan bertindak menangkap tuan-tuan mereka sendiri tidak akan mereka lakukan sama sekali.

    Tuan-tuan Melayu ini sudah terlalu kuat, sehingga membuatkan mereka begitu angkuh terhadap undang-undang yang mereka berjanji serta bersumpah untuk mempertahankannya … tiada yang dapat melawan tuan-tuan Melayu ini, melainkan apabila mereka bergaduh sesama sendiri …. buat masa ini itu mustahil terjadi masih terlalu banyak kontrek serta wang dalam perbendaharaan Melayu yang boleh dibahagi-bahagi sesama mereka ….. hanya apabila ada yang gila kuasa sedikit nanti memungkinkan mereka bertelagah sesama sendiri, tapi buat masa ini buat apa bergaduh wang serta darah rakyat terlalu banyak untuk mereka himpun dan hirup bersama …. bagi tuan-tuan Melayu ini apa saja halal tak ubah betul dari filem-filem Melayu dahulu …. dalam masyarakat sekarang masih belum ada hero yang berani untuk melawan tuan-tuan Melayu ini walaupun sekarang ni orang Melayu terus hidup papa kedana, kerana orang-orang Melayu ini memang perlu ada hero baru berani sedikit untuk bertindak …. inilah negara ketuanan Melayu, jangan banyak cakap nanti kena tangkap nanti kena serkap ….. masuk ISA baru tahu, tak dapat jumpa anak isteri ….. anak isteri pun nanti kena sapu dengan tuan-tuan Melayu …. tengok le bertapa biadap yang baru berpangkat Senator dan YB, boleh main-main dengan isteri orang / dengan suami orang …. itulah perangai tuan-tuan Melayu …. yalah duit dah banyak apa lagi enjoy lah …. itu baru 3 tahun ketua tuan Melayu naik takhta dari Raja yang lama ….. dah separuh negara anak beranaknya jual …. apalagi dah jadi Raja berkulat ….. sultan-sultan pun kena sepak-sepak dengan anak menantu Raja baru, tak takut pun dengan daulat Raja-Raja Melayu sebenar …. yalah kalau ada Raja nak angkat muka tak susah bagi aje kuda ….. biar raja tu syok sendiri naik kuda kesana kemari tak jadilah dia nak angkat muka …. munkin Ketua tuan Melayu baru tak lama lagi akan pergi bersara lah katakan dah penat, honey moon pun belum habis … masa tu mungkin celaru sedikit tak dapat nak enjoy banyak ….. Ketua tuan Melayu yang lama dulu tak sempat nak naikkan anak sendiri tapi mungkin yang baru ini dengan memanggil PRU lebih awal dapat memberi tempoh yang lebih selesa untuk menantu naik cepat menganti tempat yang bakal dikosongkan …. kut yang bernama Lee Kuan boleh buat, kenapa tuan no 1 Melayu tak boleh buat …..

    Mudah-mudahan tercekik lah bila memakan dari hasil yang haram …… muga-muga juga tiada yang menghalalkan semua yang dikebas secara haram ….. nanti depan ALLAH, jika tidak hari ni atau besok tahulah tuan-tuan Melayu yang celaka lagi durjana …. cis pengkhianat bangsa

    Reply

  41. 41 zamteloi Mar 10th, 2009 at 2:32 am

    UMNO hanyalah sebuah parti usang yang didokong oleh golongan VETERAN dan sudah tidak lagi RELEVAN dalam arus kemodenan dan pemikiran anak muda bernama MELAYU kerana dikuasai oleh puak-puak yang jumut dan kosong akalnya dalam memacu perubahan.

    Reply

Leave a Reply