Petang ini wakil dari Badan Pencegah Rasuah telah menemubual saya berkaitan video VK Lingam yang telah diterbitkan oleh pejabat saya pada bulan lepas. Soalan-soalan mereka tertumpu terhadap kesahihan video tersebut.
Saya sudah maklumkan kepada BPR bahawa sumber kami bersedia menerbitkan kenyataan umum, meskipun beliau risaukan keselamatan peribadinya. Kami terus yakin bahawa kebenaran akan didedahkan, dan kami tidak akan sekali-kali bertolak ansur terhadap keselamatan sumber-sumber kami.
Sebarang percubaan memenjarakan pihak yang mendedahkan salahlaku hanya akan menambah lagi kemarahan orang ramai dan akan mengundang kritikan masyarakat antarabangsa untuk menyelia perkembangan skandal ini.
Panel tiga orang yang ditubuhkan untuk memastikan kesahihan video ini satu lagi bukti kegagalan kerajaan BN untuk memerangi salahguna kuasa dan rasuah yang berleluasa, memandangkan sebagaimana diakui panel tersebut, mereka “tiada sebarang kuasa langsungâ€Â. Dengan itu, tindakan sia-sia ini di dalam persepsi orang awam tidak akan mencapai apa-apa untuk menyelesaikan isu-isu utama rasuah yang ditimbulkan oleh video ini.
Saya ingin mengulangi kedudukan KeADILan yang menuntut tidak kurang dari sebuah Suruhanjaya DiRaja dibawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 untuk menentukan kebenaran perkara tersebut. Tambahan lagi Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk memanggil saksi dan dokumen serta menuntut keterangan dari mereka yang dinamakan di dalam video tersebut, khususnya VK Lingam, Tun Ahmad Fairuz, Vincent Tan, Tengku Adnan dan lain-lain lagi.
ANWAR IBRAHIM
















Mereka berdepan dengan isu ini dengan hipotesis nombor satunya: rakaman video ini tidak benar dan harus dianggap tidak benar sekiranya tidak dibuktikan benar.
salam DSAI… jawab je correct..correct..correct… habis cite hahaha…
syabas dato’… teruskan pendedahan..kami tetap sokong…
dalam cerita Tamil ni nampak macam Dato Seri Anwar yg bersalah…apasal tak siasat VK Lingam, Tun Fairuz, Vincent Tan tokey judi dan Tengku Adnan. inilah Islam Hadhari tajaan umno.
perjuangan menegakkan kebenaran memang dipenuhi byk halangan.tabah dan sabarlah.semoga Allah merahmati anda!
Siapakah di sebalik semua permainan ini? Orang yang kurang atau tidak mengulas? Arahan, apa juga tindakan yang diambil, yang cuba berselindung dan diselindung? Kenapa PM tidak masuk ke gelangan, sebaliknya meletakkan TPM ke dalam gelangang? Suatu misteri..
SALAM PERJUANGAN…APAKAH INTERGRITI YANG DILAUNG2KAN OLEH PAKLAH SELAMA INI HANYA RETORIK SAJA YANG SEMATA2 INGIN MENGABURI PEMIKIRAN RAKYAT JIKA PANEL YANG DILANTIK UNTUK MENYIASAT KES TERSEBUT TIADA SEBARANG KUASA..JIKA PAKLAH BENAR2 TELUS DAN JUJUR UNTUK MENYIASAT KES TERSEBUT SEHARUSNYA PAKLAH MEMBERI KUASA PENUH PADA PANEL YANG DILANTIK UNTUK MENYIASAT..SEWAJARNYA PEHAK PANEL SENDIRI MENYIASAT SERTA MENGANALISA KESAHIHAN RAKAMAN VIDEO TERSEBUT DENGAN MENGGUNAKAN APA JUA MEDIUM ATAU PERALATAN TAK KIRA DIMANA JABATAN SEKALI PUN BAGI MEMASTIKAN KELANCARAN SIASATAN..PEHAK2 YANG NAMANYA DISEBUT DALAM RAKAMAN TERSEBUT JUGA HARUS BERSEDIA UNTUK DIPANGGIL DAN DISOAL SIASAT..KEPENTINGAN SIASATAN BUKAN TERLETAK KEPADA ORANG YANG MERAKAM JIKA IANYA BENAR2 TELUS UNTUK MENYIASAT..SIASAT DULU KESAHIHAN RAKAMAN TERSEBUT..KEMUDIAN SIASAT ORANG2 YANG NAMANYA TERSEBUT DALAM RAKAMAN ITU..DIMANA SUARA WIRA2 UMNO..KENAPA JADI BISU BILA BERDEPAN DENGAN INTERGRITI SISTEM KEHAKIMAN NEGARA YANG SATU2NYA MENJADI TUNGGAK TERPENTING BAGI SEMUA RAKYAT MELAMPAUI SEGALA BATASAN KIAN TERCEMAR..KENAPA BILA PANEL YANG DILANTIK TIDAK DIBERIKAN KUASA PENUH JAGUH2 UMNO BISU..APA YANG KAMU SEMUA PERJUANGKAN..JIKA SEMUA NAK JADI KADAM DAN PENCACAI YANG DAH BACUL JANGAN LAGI BERKOKOK KONON NAK JADI JAGUH PEMBELA RAKYAT…SEMUANYA HANYA PEMBOHONG.
Apakah Habuan Kerajaan kepada identity sebenar sumber clip tersebut?…
Jawapan
A- RM 1000
B- RM 10000
C- RM100,000
D- LOKAP SUNGAI BULOH/ISA
Soalan Bocor Sijil VideoClip Malaysia (SVM)
Pangeran
kepada semua penyokong kebenaran..
Marilah setiap diri kita berperanan dalam kapasiti masing masing untuk menyebar-luaskan jaringan maklumat berkenaan agenda perubahan seperti Agenda EKONOMI ,isu2 rasuah dan salah guna kuasa pihak BN/umno.
Saya setakat ini menyebarkan AGENDA EKONOMI kepada adik beradik dan rakan sekerja.InshaAllah selepas ini ke groups-groups yahoo pula.
SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENUMBANGKAN UMNO DAN SEKUTUNYA.
Tahniah Dato’ Seri Anwar, En Sivarasa dan lain lain.
2 suruhanjaya di raja perlu sekarang!!
Nampaknya ‘tsunami lingamgate’ kian terasa dahsyatnya. teringat daku pada mula2 sidang akhbar bila Anwar dipecat…keadaan ada persamaan. Kami semua menyambut gelombang reformasi kedua ini. Jikalau Anwar ke penjara lagi kali ini…kami tidak akan berdiam diri. Kekuatan kami dapat menjatuhkan kerajaan yg zalim!!!
Tahniah Dato seri
Satu keputusan yang baik untuk tidak mendedahkan lagi sumber..Saya pun hairan kita telah maklumkan kepada kerajaan bahawa semuanya akan didedahkan jika ada penubuhan suruhanjaya di raja..Kenapa kerajaan begitu takut untuk menubuhkannya..Ini bermakna mereka ingin memberi tekanan kepada sumber dan sumber akan menarik balik isu ini..Jadi dato seri mungkin sekali lagi akan di penjarakan atas salah laku fitnah dan ISA iaitu menjejaskan keselamatan negara kerana semua ini mengundang kepada kemarahan rakyat..Dato seri perlu berhati-hati dalam hal ini..Saya cukup yakin dengan politik Dato seri dan kebolehan Dato seri dalam mengendalikan hal ini..Setelah isu ini dibangkitkan kita lihat sekarang dalam majlis-malis atau program PAK LAH sudah tidak tidur lagi..Mungkin tidur dengan isteri baru pun tak lena..Yang sedang sakit pun sudah mula gelisah,sudah sembuh pun ,mahu duduk hospital kerana di hospital lebih tenang…
DSAI…
percayalah kami telah bersedia untuk mati demi mempertahankan bumi bertuah ini.
salam
negeri hang sebat
Cara pihak kerajaan mengerakkan organisasinya ternyata mengambarkan bahawa kerajaan BN tersepit dan terhimpit dengan isu ini. Alhamdulillah Keadilan dibawah kepimpinan DSAI bertegas kepada prinsif menegakkan dan menuntut keadilan. Rakyat Malaysia wajar mengambil peluang dan kesempatan ini untuk terus menyokong perjuangan keadilan. Apa yang dikehendaki ialah siapa dia ampunya angkara. DSAI, bariskan dan himpunkan saja lautan manusia di Malaysia ini ,jika sampai begitulah kehendaknya,Semua rakyat mengaku melakukan skodeng, Awas jangan sekali-kali cuba bertindak terhadap DSAI,Kami akan terus menyokong dan sedia untuk penuhkan penjara dengan seramai mungkin pejuang2,penyokong2 dan penegak keadilan kerana melakukan skodeng tape vk lingam.
What is stopping VK Lingam from privately informing the ACA the whisteblowers? He couldn’t hv forgotten who were in the room with him that day. Wouldn’t the security of the whisteblowers already compromised? Personally, by now, i’m pretty sure the government has known who Mr X, Mr Y and Mr Z are..
Dato seri,
Saya setuju dengan kenyataan ky. Ini semua adalah taktik kotor pihak pemerintah. Jangan terpedaya dengan tipu helah mereka. Rakyat sekarang sudah matang cuma ramai yang takut untuk tampil kerana mereka rasa tiada siapa yang akan bela mereka kalau mereka bersuara. Tindakan Bar council untuk protest isu lingamstan baru baru ini adalah sesuatu yang diluar dugaan. Saya harap kerajaan sekarang ini tidak memperkecilkan kesabaran rakyat. Time will tell when the “dead” will rise to crush the evil!!